Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Mei 2006

SALAHUDIN AYUB BERSAMA 20 AKTIVIS DITAHAN

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Ronnie Liu (DAP) dan Badrul Hisham Shahrin (KeADILan) antara pemimpin utama pembangkang beserta 15 aktivis lain, dan dua orang wanita ditangkap dalam demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di hadapan KLCC kira-kira jam 10.50 pagi ini....more


Selasa, 30 Mei 2006

PLAZA MAHKOTA DI MELAKA LOKASI HIDU GAM, BOHSIA

MELAKA ( Harian Metro): Deretan pusat perniagaan di Plaza Mahkota, di sini, yang kosong sejak beberapa tahun lalu kerana tiada penyewa kini menjadi lokasi bohsia dan pelajar menghidu gam dan melakukan maksiat.Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati tingkat tiga deretan bangunan perniagaan itu turut dijadikan tempat tinggal sementara bagi pelajar yang melarikan diri dari rumah.

Kebanyakan bohsia dan kaki gam ini hanya ke deretan bangunan itu selepas tengah malam untuk tidur manakala pada waktu siangnya dihabiskan dengan bersiar-siar atau melepak di pusat beli belah.

Seorang daripada mereka yang ditemui di kawasan itu mengakui lokasi berkenaan adalah tempat yang selamat daripada gangguan pihak berkuasa atau pencegah maksiat.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan deretan bangunan itu yang banyak kosong memudahkan mereka melarikan diri atau berpindah jika dirasakan kawasan itu tidak selamat untuk didiami.

''Tempat ini baik kerana berdekatan dengan pusat beli belah dan pada masa sama bebas untuk melakukan apa saja,'' katanya yang sering berada di kawasan itu bersama rakan terutama pada hujung minggu.

Menurutnya, dia tinggal bersama keluarga di Telok Mas, di sini, tetapi pada hujung minggu datang ke deretan bangunan itu untuk melepak bersama rakan.

''Ramai juga saya mendapat rakan baru dan kebanyakan adalah di kalangan pelajar perempuan yang lari dari rumah.

''Mereka ini mudah apabila tiada wang minta rakan lelaki yang baru dikenali belanja,'' katanya.

Bangunan itu yang dibina pada sekitar akhir 1990-an dipercayai kosong kerana tiada penyewa yang berminat walaupun kadar sewa yang ditawarkan murah.

Ini disebabkan kawasan itu bukan tumpuan ramai walaupun berdekatan dengan pusat beli belah dan pusat tumpuan pelancong.

Antara faktor menyebabkan bangunan itu kosong kerana kebanyakan perniagaan yang dijalankan kurang mendapat sambutan pelanggan.

Khamis, 25 Mei 2006

DINAR : TEKS UCAPAN HUSAM DALAM SEMINAR EKONOMI

Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato' Husam Musa dalam Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 anjuran Pusat Kajian Strategik Kelantan, 21 Mei lepas sebenarnya melontarkan kembali suatu cetusan idea untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kekangan ekonomi....more

Rabu, 24 Mei 2006

KELANTAN GUNA NILAIAN WANG DINAR - DOLLAH BADAWI HALANG LAKSANA EKONOMI ISLAM

Kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan nilaian mata wang dinar dan dirham apabila ia dilaksanakan kira-kira tiga bulan lagi. Sementara itu Malaysiakini memetik berita - PM Abdullah Badawi rejects PAS's plan on Islamic currency......more


Isnin, 22 Mei 2006

PAS PERLU MENANGI HATI REMAJA PEREMPUAN - ISU SERIUS YANG PERLU DIKAJI

Kekalahan Pas pada pilihan raya lalu seharusnya menyedarkan kita semua dan harus bermuhasabah. Ini kerana apa yang amat merisaukan kita ialah kekalahan ini ada yang telah mematikan semangat sebahagian penyokong kita. Ada yang tidak percaya perjuangan yang "very confident to win'' tiba-tiba bertukar menjadi kekalahan yang amat teruk.....more


Ahad, 21 Mei 2006

Sabtu, 20 Mei 2006

REMAJA HARI INI







SALAH SIAPA? BERJAYAKAH ISLAM HADHARI? INIKAH MODAL INSAN KERAJAAN BN?

Jumaat, 19 Mei 2006

MAHATHIR, KU LI DAN ANWAR PERLU BERSEMUKA

Mutakhir ini, senario politik negara banyak diwarnai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilihat vokal menyatakan kritikan ke atas kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.....more

Khamis, 18 Mei 2006

ISU MP JASIN - DRAMA MP KAYU GERGAJI

Drama "MP Kayu Gergaji" semakin hari semakin menarik, terkini disiasat oleh BPR pula. Peguam Negara juga telah menyatakan bahawa beliau menunggu Investgation Paper (IP) dari pihak BPR. Siasatan sedang berjalan di bawah peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Ordinan 22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970...more


Rabu, 17 Mei 2006

E2 - ARTICLE 1 MENGGALAKKAN MURTA..???

Turutan dari metoda "soal jawab" yang saya nukilkan dalam posting "Nota Kaki Untuk PSEPP" yang lepas, atas kesibukan yang masih err... sibuk... izinkan saya menulis posting ini menggunakan metoda yang sama.....more


Selasa, 16 Mei 2006

ISU MP JASIN : KES MOHD SAID SEMAKIN PANAS..!!!!

Kedudukan Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dalam keadaan 'panas' kerana dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah telah dibuat terhadapnya. Pada 9 Mei, Ketua Bahagian Jasin, Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyerahkan laporan kepada pegawai BPR, dan 11 Mei Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng pula menyerahkan satu lagi laporan kepada BPR....more

Sabtu, 13 Mei 2006

PALESTIN...CUKUPKAH SEKADAR BERDIAM DIRI..???

Ketika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin (PA) masih belum menerima gaji mereka. Wang hasil kutipan cukai milik kerajaan PA bernilai USD 300 juta (sehingga kini) telah dibekukan oleh rejim Zionis Israel. Begitu juga halnya dengan bantuan bernilai USD 200 juta dari Arab Saudi dan Iran juga belum lagi dapat memasuki bumi Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Bantuan bernilai USD 50 juta sumbangan Algeria pula telah di"sapu" oleh Bank Arabi yang untuk melangsaikan hutang kerajaan PA yang lalu (dibawah Fatah) telah berhutang dengan mereka dengan nilai ratusan juta dollar. Bantuan-bantuan yang dulunya mereka terima dari masyarakat antarabangsa juga kini telah disekat oleh kempen AS dan EU untuk "menghukum" rakyat Palestin.Apakah dosa rakyat Palestin sehingga dihukum sedemikian rupa?....more

Jumaat, 12 Mei 2006

BERITA MELAKA : PEMBANGKANG JASIN KECAM AHLI PARLIMEN JASIN SALAHGUNA KUASA

Tindakan Ahli Parlimen Jasin yang mencampuri urusan Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka dalam isu rampasan kayu balak bergergaji import, merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang harus diberi perhatian khusus......more

Khamis, 11 Mei 2006

Rabu, 10 Mei 2006

NAZRI DEDAHKAN SIKAP SEBENAR UMNO TERHADAP ISLAM

Di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya UMNO terhadap Islam...more


Selasa, 9 Mei 2006

TAHLIL UNTUK UMNO...

Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda Umno telah digesa agar mengibarkan bendera bagi menandakan ulangtahun ke 60 parti tersebut pada 11 Mei, demikian menurut laporan dalam salah sebuah akhbar utama negara. Berita sebenar sepatutnya berbunyi, " Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda telah digesa agar mengibarkan bendera separuh tiang bagi mengingati tarikh kematian Umno tahun 1988.....more

Isnin, 8 Mei 2006

TNB MAHU NAIKAN TARIF,KENG YAIK KHIANAT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat permohonan menaikkan tarif. Kenaikan tarif tersebut akan memberi kesan kepada 55% daripada 6.2 juta pelanggan TNB. Tindakan tersebut jelas tidak meletakkan kepentingan negara dan pengguna kerana ia hanya melindungi keuntungan berganda Independent Power Producers (IPP) dan akan membuatkan inflasi bertambah teruk bagi 25 juta penduduk Malaysia....more

Ahad, 7 Mei 2006

SURAT TERBUKA UNTUK DOLLAH BADAWI

Adakalanya penghormatan untuk Dato Seri perlu dikaji semula. Dato Seri bolehlah diibaratkan macam Dato Seri Samy Vellu yang suka cakap berpusing pusing tu. Cumanya kelebihan Dato Seri ialah pandai bermuka muka dengan kesetiaan yang palsu kepada TDM. Sebagai penghormatan kepada Dato Seri, perlulah diingatkan Dato Seri menjadi Presiden UMNO dengan pertolongan khusus dari TDM. TDM begitu percaya dengan kesetiaan palsu Dato Seri. Kepercayaan TDM, Dato Seri telah membalasnya dengan....more

Jumaat, 5 Mei 2006

POLEMIK TAFSIR DI ANTARA KAUM TUA DAN KAUM MUDA DI NEGERI KELANTAN

Petikan: Bagaimanapun penulis membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[54] pada tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat melembutkan pendekatannya walaupun sebenarnya terus mengekalkan fahaman Kaum Muda....more

Khamis, 4 Mei 2006

ISU DENMARK DAN JIHAD EKONOMI UMAT

Walaupun agak lama kita amat terluka melihat umat yang dipukul bertalu-talu. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, dapatlah menjadi sedikit pengubat bagi keperitan itu. Isu lukisan kartun yang menghina kekasih dan hati nurani umat ini iaitu baginda Nabi s.a.w telah membangkitkan kemarahan yang hebat. Ia bukan sekadar demonstrasi jalanan yang berakhir setelah letih menjerit dan habis kain bendera untuk dibakar. Bahkan ia disertai dengan tindakan pemulauan barangan Denmark yang benar-benar memberikan kesan ekonomi kepada negara terkutuk itu. Allahu Akbar!!! Umat ini masih hidup rupanya. Kali ini bukan sahaja rakyat bawahan, bahkan kerajaan dan pemerintah umat Islam juga sudah berani bersuara.....more

Rabu, 3 Mei 2006

APABILA GOLONGAN AGAMA MENYEBABKAN AGAMA MENJADI LEMAH

Pada bulan September lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM. Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen....more

Isnin, 1 Mei 2006

PAKSI ISLAM: SYAKSIAH ATAU HUJAH??

Sejauh manakah relevannya persoalan di atas? Kita biasa mendengar bahawa masalah terbahagi kepada dua iaitu masalah yang kelihatan (presented problem) dan masalah yang sebenar (real problem). Namun apakah polemik ini juga wujud dalam soal yang berkaitan dengan agama? Inilah persoalan yang ingin saya kupas melalui artikel ini. Seandainya dakwaan bahawa kebanyakan masalah Aqidah, Fiqh dan Akhlak kita ini bukan masalah Aqidah, Fiqh dan Akhlak, maka masalah apakah sebenarnya yang menghantui kita selama ini? ....more