Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Julai 2006

CERAMAH LAWYER ZULKIFLI NOORDIN... MESTI BACA (CHRONICLES ISLAM DIPERKOTAK-KATIKKAN DI MALAYSIA )

Bismilah hirrahmannirrahim,

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita siti nor haliza nak kawin dengan dato k. cerita berapa hantaran, cerita sapa nak reka kasut kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb.

Dalam pada tu terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta sepencarian rm7 juta. Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato' k, dan yang best
sekali gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok peluk awek. Orang kata - bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no komen, sebab aku don't give a damn. Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti.

tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato k vs ct ni, kita semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut pikiaq masak2, dan patut buat apa yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India kristian. Kesian sungguh tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata menjaga kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu. La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana keislaman itu sudah terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan terus mengenepikan ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang lelaki dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari azlina binti jelani kepada 'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu diganti dengan perkataan 'kristian'. Astaghfirullahul azim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau al-islah di taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr zulkifli nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim).

Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua dok pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu umno - punya la sensitif dengan masa depan natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah, "mahkamah di singapura dibanjiri darah". Melayu sekarang ada berani ka?

Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah zulkifli nordin ni (2 jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita kes suzy teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni.

Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy adalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab aku kecik lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli nordin akan terus menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2 tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986) yang mana beliau masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan) mengenai kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak kristian dan kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin untuk beragama.

Akibatnya, kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam.

Lawyer ni kata polis tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau. Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes aisyah tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya, tapi menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah, sorang saja melayu".

Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq, kalau mufti perak ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata ustaz zulkifli nordin lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La ni dia dah pakai nama hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki hindu yang memurtadkan anak kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi oleh ibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. "orang melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam bermaharajalela," kata zulkifli lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia".

Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang melayu masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara: tukar nama buang tulisan islam dan ganti dengan kristian benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan pendaftaran tapi alhmadulillah, pegawai islam jabatan pendaftaran reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah aliran, suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah anwar siapa yang tak kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri hadhari kita. Marina anak mahathir, nori anak pak lah, dan anak tun Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi, tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap kat putera sultan ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..." Tengku mahkota tanya kenapa?

Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu. Malahan nazri orang kuat ameno ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang bulan lepas.

Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis johor dato' hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus ameno. Ni la terus terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara terang-terangan.

Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri, biadap. Ramai orang umno tak tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu".

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, pak lah dalam poket saya".

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan Allah"

"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu umno 1950 berani lawan kes natrah, tapi la ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).

"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."

"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH. BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama. Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.... Duit, duit, duit.... Cinta dunia dan takutkan mati. Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat pedang brader...

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia dimaki oleh rais yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal).

"kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka (pada ustaz harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa jolok sarang tebuan".

DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2...menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. zulkifli nordin kata mufti marah2 kat harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la kot. Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata "every person has the right to profess & practice the religion". Semua orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah.
Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama
islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina joy dengan bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang islam di Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki
undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa
sebab:

merujuk kes dulu2 cara hakim tanya soalan pun dah tau jangan percaya hakim melayu

kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman, hakimnya adalah hakim melayu. Dalam kes serban, hakim melayu. Dalam kes purdah, hakim melayu. Kes islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap hak individu dan lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:

Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu islam dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa) terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh tangan wei...), ooo begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke) atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT (hat @ ni aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betulke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab faham tapi minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja, depa sorak yeeee (aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa, tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, minah yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap, "saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin, sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la.

Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes lina joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam puri, sambung kat universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure).

Bila balik Malaysia

pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysia sekirannya mahkamah memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya, bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada kena mengena dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.

Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara.

Maknanya, senang sungguh depa nak mempermainkan islam. Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes lina joy, orang kafir senang2 kata
undang2 murtad tu salah, yang betul ialah perlembagaan persekutuan dan hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerja orang kafir nak kata orang islam tak boleh pakai serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara kes ni bukan dalam mahkamah syariah. Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim buat tafsiran "ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat keputusan merujuk kepada "pemerhatian" dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis.

Ada ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban, dia kata, "saya rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak pakai serban pun."

"saya perhati mufti tak pakai serban pun..."
kata hakim kes serban ni. Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban ialah kerajaan sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup pakai songkok saja atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv.

Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung, malah pakai kot, maka si hakim yang handle kes serban baru2 ni kata: "tengok... so and so mana ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM) sehingga sanggup menjadikan diri mereka sasaran fitnah.

"hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua yang nabi buat tu kita kena ikut. Contohnya kalau rasulallah duduk dalam rumah tanah liat, naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut..." Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia mereka yang ikut muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding dengan rumah batu?

Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas lawyer pak sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa ke nama yang handle kes serban baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika hadis, orang yang hina rasulallah macam tu dah kira murtad.

Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah glamer rumput carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia tak tau saya pun ada dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila dia (ustazah mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut balik. Saya kata jangan balik dulu. "saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu bangsa sendiri," kata zulkifli nordin.

Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama boleh bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang menghina islam dan rasulallah macam tu.

Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri, hilanglah hak penjagaan anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu.

Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan anak kita tak mau sembahyang dgn alasan tertentu, kalau kita paksa jugak dia boleh pi bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan tak boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata macam tu.

"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy ni," katanya. Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni, yang terdiri dari 11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada.

Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada. Katanya kalau nak tau who's who yang defend / sekongkol dengan lina joy laknatullah ni, rujuklah laman web www.bracketfund.com

"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA MELAYU. KALAU MENANG KES NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN,"
cerita zulkifli nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni.

Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak murtadkan anak2 melayu sebab mereka masih lagi dalam jagaan mak bapak.Beliau turut mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah berjaya dapatkan lebih USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll.

Katanya lagi, pada peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni. kalau tak percaya jugak, katanya tengok website www.sydneyamerican.net , ada dalam tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak murtadkan melayu yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam website tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil kehadapan, tubuhkan Badan Peguam Pembela Islam (PPI). "lawyer kita cuba nak lawan".

Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang berada diperingkat akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab mahkamah akan buat keputusan tak sampai 6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar, dan kalau kita tak berbuat sesuatu, tandatangani petisyen ka, solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok salahkan orang lain lah.

"kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa ka, sebab tu lah lawyer-lawyer melayu mula bersatu." Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah menyatakan sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3 iaitu islam sebagai agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat.

Bukan takat baca doa masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja.
Artikel 11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,supaya kebebasan beragama itu (keluar masuk agama) tidak terpakai kepada orang Melayu / Islam.
Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia ditambah.

Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah dengan orang islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:

"kalau kita nak tengok nasib bangsa akan datang, tengoklah diri kita hari ini." Katanya 50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam kes natrah pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la macam mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork website dan print maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2 kejiranan, bagi kat kawan2 ke. Lagi satu, dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab dulu geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat 50,000 tandatangan meminta supaya Artikel 11 perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak kepada orang melayu islam.

Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh nama 'Hamba Allah' tapi tulih nama sendiri dan bagi

henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada credibility."biar Allah tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil mengedar borang petition kat surau al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB baca ka, pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal sangat dah, dan kita kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang sultan - johor, selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi positif kepada perjuangan lawyer2 islam hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah al quran baru baru ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So, sembahyang jumaat nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka pasti tetap relevant pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit dari zon selesa. "saya minta orang2 umno bangkit, sebab dah lama dah mereka (orang bawahan) ditipu. Sekarang bangkitlah pertahankan melayu." Zulkifli nordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi sukarelawan dalam tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini, bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni katanya, budak UPM yang dok ramai jadi sukarelawan ni, walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa sanggup. Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so bagitaulah macam mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang tanya: "apa pendirian pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab pen aku dah berjalan bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin lebih kurang kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong geng artikel 11). So macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih nota ceramah tu, taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah supaya orang kita mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia dah banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya usaha kita ini akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita, anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara ini. Amin.

DARI MEJA ICT JASIN

Assalamualaikum w.b.t

Jutaan kemaafan kami pohon kerana gagal untuk 'update' blog ini pada setiap hari..ini kerana kami terlibat dengan penyediaan buku "SEJARAH PAS KAWASAN JASIN ( 1967-2006 )" sempena kedatangan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan / Mursyidul Am PAS ) untuk merasmikan Kompleks PAS Kawasan Jasin ( KOMPAJ ) pada 13 Ogos 2006. Kami dipertanggungjawabkan untuk mendokumentasikan sejarah-sejarah pada setiap cawangan yang berada di Kawasan Jasin. Insya-Allag blog ini akan kembali aktif seperti biasa selepas kerja2 ini selesai.Terima kasih diatas sokongan yang diberikan.Insya-Allah kami akan sentiasa menyalurkan maklumat2 terkini didalam blog ini....

SALAM PERJUANGAN DARI ICT JASIN

Rabu, 26 Julai 2006

SUKAR MELINTAS

MELAKA: Penduduk sekitar Jalan Sawah, Kampung Padang Temu, dekat sini mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan pembahagi jalan yang dibina bertentangan dengan simpang jalan kampung itu sehingga menyukarkan mereka menyeberang ke kawasan berhampiran.

Pembahagi jalan berkenaan yang dibina di sepanjang jalan utama Taman Pertam Jaya bersebelahan kampung terbabit ternyata menimbulkan masalah kepada penduduk terutama kanak-kanak sekolah yang sering berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan Padang Temu.

Penduduk mendakwa, sejak pembahagi jalan itu dibina, mereka terpaksa membuat pusingan-U sehingga ke lampu isyarat di simpang jalan utama Padang Temu sejauh kira-kira 200 meter.

Seorang penduduk, Salleh Abu, 69, berkata ramai penduduk mengeluh kerana terpaksa berjalan jauh untuk menyeberang jalan berikutan kewujudan pembahagi jalan itu.

"Bayangkan kanak-kanak ke sekolah terpaksa berjalan jauh hanya semata-mata untuk menyeberang jalan yang terletak bersebelahan jalan," katanya.

Sidang Kampung Padang Temu, Musa Salam mendakwa penduduk dan kanak-kanak yang menggunakan jalan berkenaan terdedah kepada bahaya kemalangan jalan raya kerana kebanyakan kenderaan yang melalui jalan itu dipandu laju.

Katanya, sesetengah penduduk turut bertindak menunggang motosikal atau basikal menentang arus semata-mata untuk menyeberang ke kawasan berdekatan kerana terpaksa.

"Selain menghadapi bahaya menyeberangi jalan ini, kewujudan sebuah peti kabel elektrik bagi lampu jalan taman terbabit yang diletakkan di atas pembahagi jalan itu turut membahayakan orang ramai.

"Kedudukan peti kabel itu sungguh tidak praktikal kerana ia dibimbangi mendatangkan bahaya yang lebih besar jika dilanggar kenderaan yang lalu lalang di sini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk mahu PBT menimbangkan masalah yang dihadapi mereka dan menyelesaikannya dengan segera.

Isnin, 24 Julai 2006

MAKSIAT DI KAMPUS MENGEJUTKAN

Kepincangan melanda dalam negara kita...dari satu masalah ke satu masalah..generasi yang dianggap sebagai pelapis untuk generasi akan datang semakin mengalami keruntuhan moral yang berada diparas kritikal...KHALWAT merupakan kes yang paling tinggi seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Dr Adham baba...

Inikah barisan pelapis yang dinantikan oleh kerajaan Malaysia selama ini..adakah Malaysia ini akan dipimpin oleh insan yang pernah terjerumus dikancah sedemikian rupa..??...dalam hal sebegini siapakah yang patut dipersalahkan..???...
Dalam pada kita heboh berbahas berkenaan Moral Policing serta perlakuan sumbang dan lucah di khalayak ramai, dengan takdir Allah SWT terkeluar pula satu angka baru yang sungguh memeranjatkan dan seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua.

Menurut Berita Harian: "KHALWAT dan berdua-duaan adalah kes yang paling tinggi dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Universiti dan kolej Universiti (Auku) 1971."

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Dr Adham Baba berkata, "sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib."

Bermakna sepanjang tempoh 35 tahun iaitu dari 1971 sehingga 2006 terdapat 381,735 kes maksiat ini yang dikenakan tindakan tatatertib. Itu tidak termasuk kes-kes yang terlepas pandang. Bermakna juga secara average terdapat 10 906 kes seumpama ini setiap tahun di IPTA kita!

Ini sudah pasti melibatkan pelajar-pelajar cemerlang kerana pelajar-pelajar yang lemah tidak dapat melangkahkan kaki ke IPT. Dalam erti kata lain perlakuan maksiat ini diperlakukan oleh anak-anak yang cerdik yang berpendidikan, bayangkan bagaimana pula angkanya bagi mereka yang di luar; yang tiada peraturan dan kawalan!

(malang sungguh, mereka semua merupakan golongan intelek yang bakal membangunkan negara..tetapi bagaimana golongan ini hendak menjunjung AGAMAnya sekali sedangkan zaman silam mereka dipenuhi dengan gejala2 -ve..)

Kesimpulannya, isu maksiat dan kemungkaran ini sudah sampai ke tahap di luar kawalan. Maka wajarlah kita khasnya mereka yang berkuasa mengambil langkah mengawal dan menyekat perkara ini dari terus berleluasa.

( renung2kan lah usaha yang hendak dilakukan oleh Menteri Pelancongan yang paling 'bijak macam keldai' untuk melanjutkan masa kelab2 malam hingga ke 5 pagi...sia2 saja jika ada sesetengah pihak hendak membanteras masalah gejala sosial tapi dalam masa yang sama ada pihak berusaha untuk "memajukan' maksiat di Negara kita.. )

Kerana itulah 'Moral Policing', pendidikan akhlak dan agama perlu diberi perhatian dan penekanan yang serius. Jika tidak maka kita akan mengundang keruntuhan bangsa dan agama kita sehingga hilanglah nilai maruah dan harga diri buat selama-lamanya.

( oleh itu, kementerian pengajian tinggi janganlah dok sekat program2 yang berunsur ke'ISLAM'an dan jangan dituduh setiap program yang dilakukan ini ada kaitan dengan politik mahupun PAS..pikir yang +ve atas dasar apa program2 sedemikian perlu dilakukan )

Jangan dilayan dan diraikan mereka yang menuntut hak dan kebebasan dalam perkara-perkara yang melibatkan akhlak, kononnya mahu bebas seperti Barat, kerana ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan.

( aku sokong sangat...coz ni lagi menjuruskan kepada keruntuhan remaja kita pada masa kini...seperkara lagi, aku berharap agar pihak2 ni selalu memantau setiap IPT di negara ni..xkirala yang GOMEN mahupun swasta...jika boleh sediakan asrama secukupnya & tidak dibenarkan pelajar tinggal diluar asrama..ataupun mewajibkan pelajar perempuan sahaja untuk tinggal di asrama...ala duit banyak2 hangpa bole pulak buat litar sepang & KLIA...xmasuk lagi dengan duit yang digunakan untuk jadi penganjur sukan....takkan untuk masa depan remaja ni ko xbole nak bersusah payah...demi kebaikan negara juga kan... )

Apa guna kita melaung sehingga serak-serak anak tekak BELIA BOLEH, BELIA BOLEH tetapi hakikatnya akhlak belia kita sedang teruk terkikis menunggu masa untuk runtuh dan ranap.

p/s : renung2kan lah.........bagaimana pula dengan anak2 kita nanti..???

BANTUAN UNTUK USAHAWAN TANI MELAKA

INFO : Kepada semua rakyat Negeri Melaka sila ambil perhatian. Bank Pertanian Malaysia Negeri Melaka telah meluluskan pinjaman berjumlah RM154.3 juta dibawah Rancangan Malaysia ke 5 bagi kemudahan usahawan negeri ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai minat untuk menceburi sektor pertanian bolehlah cuba-cuba tanya mana tau kot-kot boleh dapat pinjaman.

Kita mesti sedar bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk rakyat Malaysia. Jadi anda juga layak memohan jika memenuhi kritirea-kritirea tertentu tidak kira dari kalangan parti mana sekali pun.

Harap-harap tidak adalah terlalu banyak birokrasi yang merumitkan.

Sabtu, 22 Julai 2006

MENANTU BUKAN PENASIHAT SAYA : PM ( BOLEH PERCAYA KER..??? )

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan yang mengatakan menantunya, Khairy Jamaludin adalah penasihat yang mempengaruhinya dalam urusan pentadbiran atau keputusan berkaitan dasar kerajaan
( ye ker...bole percaya ker ??? )

Perdana Menteri menjelaskan, segala keputusan berkaitan urusan pentadbiran dan dasar kerajaan dibuatnya sendiri selepas mempertimbangkan apa yang terbaik untuk rakyat serta negara.
( cakap2 ko ni Pak Lah makin membuatkan hati aku ni rasa was2..bukan per, kenapa dah beberapa bulan isu ni dibangkitkan baru sekarang ko nak bukak mulut ??? )

"Menantu saya bukan penasihat saya dan beliau tidak lagi bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri. Memang dulu dia bekerja dengan saya..... sebagai pekerja, dia mungkin terbabit membuat analisis dan beri pandangan mengenai macam-macam perkara.
(hah..ad la juga yang dia ni pernah jadi penasihat ko...Pak Lah2..cakap biaqla serupa bikin..jangan dok pusing2 ayat )

"Tapi sekarang dia dah berhenti. Dia tahu orang bising sangat... dia dah tak ada kena mengena lagi, buat apa tuduhan itu dibuat," katanya selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-100 di Kompleks Perdana Putra di sini, semalam.
( memang dia dah berenti, tapi before dia berenti dah berapa banyak harta rakyat dia songlap...tu ko kena ingat Pak Lah..ingat, pembangkang xakan berdiam diri tau...tunggu je la nanti )

Perdana Menteri diminta mengulas dakwaan pihak tertentu menerusi internet kononnya Khairy ialah penasihatnya dan banyak mempengaruhi keputusannya berhubung pelbagai perkara.

Abdullah sebaliknya berkata, beliau sentiasa bekerja dengan suara hati yang jelas dan membuat keputusan mengenai apa yang difikirkan baik untuk rakyat serta negara, tanpa dipengaruhi sesiapa.
( suara hati konon....patutlah pemerintahan Malaysia kucar kacir dibuatnya...rupa2nya ko wat suma ini ikut dasar ati...mm Pak Lah2, patutla minyak & tarif letrik naik harga...akan datang tunggu pulak harga gula pulak naik )

Ditanya sama ada beliau terguris dengan cakap-cakap seumpama itu, Abdullah berkata: "Saya dengar macam-macam orang cakap. Kita pun ada perasaan, kadang-kadang kita rasa sedih juga bila macam-macam keluar.

"Tapi, saya dapat mengawal diri dan tidak akan membiarkan diri dipengaruhi sehingga wujud keadaan kelam-kabut atau susah hati yang seterusnya boleh menjejaskan kerja.
( tau pulak ko sedih bila anak menantu ko dicerca dan dikeji...tapi kenapa ko tak wujudkan kesedihan ko pada umat Islam yang berada di Palestin dan Lubnan..??? takkan ko tak tau yang kedua2 negara islam ni dibedil oleh israel yahudi laknatullah..!!...kenapa ko selaku pengerusi OIC tak menjalankan amanah yang diberikan..ko langsung tak bersuara untuk menentang paksi kejahatan Israel..nak buat demo jauh sekali....ko ni memang menteri yang penakut la Pak LAh....ko kena ingat Pak Lah, akhirat kelak ko akan disoaljawab pasal tanggungjawab ko semasa kat dunia ni...)

"Saya tak buat keputusan untuk ambil harta orang dan saya tak buat keputusan untuk menyusahkan orang. Saya buat keputusan apa yang saya fikir baik," katanya sambil menjelaskan itulah sebabnya beliau sentiasa kelihatan tenang.
( keputusan ko xde yang baiknya Pak Lah..bukan aku nak menidakkan tapi cara pengendalian ko terhadap sistem pentadbiran di Malaysia ni..bermula dengan Islam Hadhari sampai ke la ni, tiada apa perubahan..yang ada, semakin galak maksiat di tanah air kita...xkirala yang tua muda, suma sama...ni ke Islam yang ko inginkan..???..Islam acuan yang berjaya ko ciptakan... )

Khairy, 30, mula berkhidmat dengan Abdullah (yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri) pada 1999 sebagai penulis ucapan dan kemudian dilantik sebagai pegawai khas beliau.

Beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri yang juga Pengarah Bahagian Polisi dan Komunikasi, pada Jun 2004.

Ditanya mengenai jika ada pihak cuba mempengaruhinya, Perdana Menteri berkata, perkara itu memang biasa kerana semua orang bercakap dengannya dan hendak menasihati Perdana Menteri mengenai apa yang perlu dilakukan, termasuk pembangkang.
( mempengaruhi memang xde tapi yang dok bodek punyela ramai..terutama sami vellu, pidah aziz, ustazah mashitah ( mengaku yang Malaysia ni negara Islam ), adnan mansor, si botak jalanan ( Nazri Aziz ) dll...( ramai woo, tak tersbut aku )

"Tiada Perdana Menteri bebas daripada cubaan pelbagai pihak untuk mempengaruhinya, termasuk mempengaruhi supaya kita terima (luluskan) kontrak dia," katanya tetapi menegaskan walau apa pun, sesuatu keputusan itu tetap dibuatnya sendiri.
( memang benar dibuat sendiri tetapi ada baiknya ko selaku PM kena berfikir tentang permasalahan yang berlaku pada rakyat..ko tak pikir ker betapa terbebannya mereka yang mempunyai keluarga yang besar tapi memperolehi pendapatan yang sederhana @ kecil..???..tak pernah ke ko pikir akan kesusahan mereka..pernah ker ko berusaha nak bantu mereka selepas rumah2 mereka dirobohkan oleh puak2 majlis bandaran yang xberperikemanusian.....mm Pak Lah2...hidup ko memang dipenuhi dengan kemewahan..ko xkan merasa susah..yang ko tau cuma kuar statement yang rakyat perlulah 'mengubah gaya hidup' pabila ko naikkan harga minyak...aku pelik ngan bangsa aku sendiri yang hanya tau mengeluh tapi dalam pilihanraya still lagi pangkah BN..kononnya BN la punca rezeki mereka....dah jauh merepek dah depa ni..moga dgn apa yang berlaku la ni memberikan ruang pemikiran yang lebih luas lagi untuk rakyat Malaysia menilai kerajaan yang sedia ada..moga Pilihanraya akan datang akan berlaku keajaiban untuk parti2 pembangkang x-specially PAS.)

Jumaat, 21 Julai 2006

8 PROJEK BARU DI MELAKA?

Melaka telah menerima 8 projek baru yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK5). Difahamkan antara 8 projek itu ialah projek membina jalanraya dari Peringgit ke Lapangan Terbang Batu Berendam dan Politeknik Merlimau dan Kota.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah mula mengagihkan projek dan Melaka telah menerima 8 daripada 880 projek pembangunan di seluruh negara. Ini adalah senarai awal.Timbul beberapa pertanyaan daripada maklumat ini apakah projek jalanraya yang tersenarai ini merupakan 'projek baru'?

Kalau kita cek balik, jalanraya yang hendak dibina iaitu Peringgit ke Batu Berendam mungkin jugaklah sebab tak nampak pun macam ada projek sebelum ni kecuali dari Melaka Sentral bertemu Jalan Malim yang menghubungkan ke Batu Berendam tapi Jalan dari Politeknik Merlimau ke Kota kat mana eh?

Yang ada sekarang ni iaitu yang sedang berjalan sekarang ni memang ada satu jalan dari bandar melaka ke Muar yang boleh berhubung ke jalan Politeknik Merlimau. Jalan ini kah yang dimaksudkan? Tapi ini projek lama bukan projek baru. Kalau bukan jalan ini apakah jadah nak buat jalan baru sedangkan jalan ni belum siap lagi? (ini pun mungkin siap dekat-dekat pilihanraya esok)

Kami berharap sungguh supaya Barisan Alternatif dapat memantau perjalanan projek-projek yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri Melaka agar ia dilaksanakan dengan penuh ketelusan , amanah dan bertanggungjawab. Tahu ajelah UMNO ni, daripada rekod-rekod projek yang ada memang banyak penyelewengan. Banyak kemusykilan dalam hal ini. Sebagai contoh, kalau benarlah projek jalanraya ini adalah projek lama, kemanakah peruntukan untuk jalan tersebut sebelum ini? Adakah memang belanja buat jalan tu melebihi baget ? atau bagaimana?

Satu hal lagi, apakah 7 projek lagi yang tersenarai dalam agihan awal untuk pembangunan di Negeri Melaka?

Khamis, 20 Julai 2006

PELANCONGAN DI MELAKA

KESUNGGUHAN kerajaan negeri menjalankan usaha untuk mempromosikan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan sememangnya tidak boleh dinafikan lagi, bilamana pelbagai projek pembangunan dirancang serta dijalankan bagi mencapai hasrat ini.

Memamg tidak dapat dinafi. Cuba kita cek tengok projek pembangunan yang macamane.

Selaras dengan usaha kerajaan mempelbagaian produk pelancongan di negeri ini telah menyaksikan bertambahnya tarikan yang ada. Ini termasuklah Sungai Melaka, Bandaraya Mall dan Dataran Sejarah.

Hah tu lah, yang engkauorang buat projek tempat orang ramai merendek, membuat maksiat, sure heboh, lepak-lepak, race motor. Itu ajekah idea engkauorang? comelah... Pelancong-pelancong ini bukan kerja dia ni lepak-lepak atau tengok wayang free lakonan bohsia-bohsia tempatan. Membinalah sikit Pak Tam oi!. Bukannya kitaorang menolak projek pembangunan pelancongan, tapi cara engkau manage negeri ni kreatif lah sikit. Kami tengok kalu cerita bab projek pembangunan ni tak membangun lansunglah. Yang penting ada projek.

Tidak lama lagi, satu lagi tarikan bakal muncul di Melaka berikutan cadangan mengadakan perkhidmatan kereta kabel di negeri ini. Walaupun pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju dengan projek ini, namun satu kajian kesesuaian sedang dijalankan.Walaupun masih belum ada kata putus mengenainya atau bila ianya bakal dilaksanakan, namun yang pastinya kewujudan perkhidmatan ini nanti pasti akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.

Belum pasti lagi bang oi.....tapi yang pasti projek tu bernilai berjuta-juta ringgit!

Keupayaan perkhidmatan kereta kabel menarik pengunjung memang sudah dibuktikan. Lihat saja di Genting Highlands dan Langkawi. Di Langkawi umpamanya, kereta kabel di Gunung Raya sudah menjadi satu tempat tumpuan utama orang ramai sekiranya melawat ke pulau tersebut.
Melihat kepada kemampuan perkhidmatan ini di Gunung Raya, tiada sebab mengapa Melaka tidak boleh mencatatkan sesuatu yang sama apabila perkhidmatan ini bermula kelak di negeri ini.

Genting Highlands tu tempat berjudi, kita tak payahlah jadikan contoh. Langkawi pun boleh tahn juga sebab pulaunya indah. Ala-ala pulau Sentosa kat Singapore. Tapi kat Melaka ni kat mane engkauorang nak letak benda ni?

Yang pastinya, sokongan orang ramai diperlukan untuk kerajaan meneruskan projek ini. Bagai yang telah dikatakan, ketibaan pelancong yang ramai akan turut membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan. Oleh yang demikian, orang ramai perlu melihat kepada kesan jangka panjang projek ini kepada pembangunan ekonomi negeri.

Banyak lagi cara nak meningkatkan ekonomi rakyat tempatan. Berapa keratlah rakyat negeri melaka yang dapat manfaat dari projek ni. Kalau menyentuh ekonomi kerajaan negeri pulak kami bimbang ia hanya menambah depesit kerajaan negeri melaka. Untung tak seberapa.

Bagi pihak yang bakal diberi tanggungjawab melaksanakan projek ini, biarlah proses perjalanan projek ini tidak memberi sebarang kesan kepada faktor sejarah atau alam sekitar. Yang pastinya, segala kajian kesesuaian nanti akan dijadikan sebagai garis panduan projek.

Ini mesti. Memang kena pantau. Pantau betul-betul! jangan duit habis, khazanah sejarah pun habis rosak, malang sungguh!

Buat rakyat Melaka keseluruhannya, kita semuanya pastinya boleh merasa bangga apabila projek ini menjadi kenyataan nanti. Sebab itulah sokongan padu semua pihak amat diperlukan.

Aku tak banggalah.....Kalau engkau buat sesuatu projek pelancongan yang ada hubung kait dengan Islam kan bagus. Melak nikan pintu masuk penyebaran agama Islam di rantau ni. Sampai diberi nama 'Malko' iaitu tempat berhimpunnya ulama-ulama dulo kala. Kajilah dan buatlah sesuatu. Ini baru glokal!!Tak de kalau engkauorang tak tahu buat, panggillah orang bijak pandai yang buat. Janji niat tu adalah untuk kesejahteraan umat Islam khususnya di negeri Melaka yang tercinta.

WA

Selasa, 18 Julai 2006

WEB JUAL GAMBAR LUCAH MELAYU...

Akibat nafsu dan tiada pegangan agama dalam diri menyebabkan perkara sedemikian rupa berlaku...beginilah sebuah negara yang diagung2kan oleh menteri kita Pak Lah Al-Badawi bersama2 konconya yang mencanang Islam Hadhari dengan 10 prinsip Hadhari..tetapi apakah usaha yang telah dilaksanakan..masalah gejala sosial & keruntuhan akhlak semakin berleluasa di bawah sebuah negara yang hanya bertopengkan imej 'ISLAM' tetapi tidak berpandukan pada garis panduan yang sebenar iaitu 'AL-QURAN dan AS-SUNNAH'....inilah hasil yang perlu ditanggung akibat dari kejahilan menteri yang ada.......dengan web lucah semakin berkembang dengan pesat dengan memaparkan adegan2 yang melibatkan pasangan melayu yang ratanya beragama Islam....

moga ISLAM akan terus bangkit dengan bersama2 orang yang memperjuangkannya....moga MALAYSIA yang ada disinari dengan nur yang baru....moga perjuangan ISLAM di Malaysia akan membuahkan hasil walaupun dihujani dengan pelbagai mehnah dan tribulasi....moga dalam usaha ni perkara sebegini dapat diatasi.....ingat, ini semua permainan dari puak2 kafir yang ingin melihat kejatuhan ISLAM diatas muka bumi ini......

SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 26 laman web termasuk laman catatan peribadi (blog) serta sembang di internet dikesan memperdagangkan gambar lucah pasangan Melayu untuk menarik perhatian penggemar seks

Berdasarkan pemantauan, kebanyakan laman web itu menyediakan khidmat muat turun klip video pasangan yang melakukan hubungan seks atau kegiatan tidak senonoh.

Selain itu, turut disediakan adalah kolum sembang yang kebanyakannya berkisar mengenai perkara tidak senonoh selain gambar serta cerita lucah.

Pemantauan juga mendapati sekurang-kurangnya 15 laman web sembang yang menyediakan khidmat muat turun klip video lucah tempatan yang kebanyakannya dirakam sendiri pasangan terbabit tanpa menyedari ia disebarkan secara meluas di internet.

Pengendali laman web itu menyiarkan amaran hanya mereka berusia 18 tahun ke atas saja boleh memasuki ke laman web terbabit.

Lebih memalukan, ada di antara pengendali laman web lucah itu meminta remaja yang berusia 18 tahun ke bawah mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mendaftar ke laman terbabit.

Eksekutif jualan, Mohd Hafiz Junus, 27, berkata penyebaran klip video pasangan Melayu di internet cukup memalukan serta menjatuhkan maruah masyarakat dan agama.

"Perkara ini perlu dibendung segera kerana setiap hari remaja kita disogok dengan pelbagai kegiatan tidak senonoh," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar, berkata pihaknya sukar menyekat laman web terbabit tetapi siasatan sedang dijalankan.

"Pelayan web itu dipercayai berpusat di luar negara menyebabkan ia sukar disekat. Tetapi kami sedang berusaha memantau kegiatan ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya." katanya

Isnin, 17 Julai 2006

DEMONSTRASI NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN DI SELURUH NEGARA JUMAAT INI - PRESIDEN PAS

MELAKA, 17 Julai - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan mengadakan Demo menyatakan sokongan kepada Umat Islam Palestin dan Lubnan pada hari Jumaat ini. Arahan ini dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Sementara itu Presiden PAS juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hizbullah dan Hamas kerana membangkitkan semangat umat Islam menentang keganasan Israel selepas mereka dikecewakan oleh kerajaan sekular di negara masing-masing.

Dalam kenyataan medianya sebentar tadi beliau berkata, PAS bersama dengan seluruh gerakan Islam sedunia memberikan sokongan padu kepada Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Palestin yang bangkit berjihad menentang Israel.

"Insya Allah PAS dan gerakan Islam lain akan guna saluran politik dan berusaha dengan apa bentuk yang mampu dihulurkan untuk memberikan sokongan moral sekurang-kurangnya kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Lubnan" ujar beliau.

Katanya, PAS mengharapkan peristiwa yang berlaku di Lubnan dan Palestin sebagai satu kebangkitan baru kepada umat Islam setelah mereka dizalimi dengan begitu rupa, khususnya dunia Barat tidak menerima gerakan Islam yang menang dalam pilihan raya melalui proses demokrasi.

Presiden PAS menegaskan. konflik terbaru di Asia Barat merupakan agenda Israel, pertamanya, untuk menggulingkan kerajaan Hamas yang menang dalam pilihan raya, setelah Hamas tidak dibantu oleh negara-negara OIC khususnya Liga Arab.

"Kedua, Israel berusaha untuk melucutkan kekuatan persenjataan Hizbullah dengan mencetus pergolakan politik di Lubnan.

"Kita mengharapkan kedua-dua agenda Israel ini gagal," tegas beliau
.

Mengulas mengenai dakwaan Amerika Syarikat dan Israel bahawa Hizbullah dan Hamas mandat bantuan Iran dan Syria, Presiden PAS menegaskan bahawa Israel terlebih dahulu mendapat bantuan daripada Amerika, Britain, Perancis dan beberapa negara Barat yang lain.

Tegasnya, "Tidak salah Iran atau Syria membantu Hizbullah dan Hamas. Bahkan wajib semua negara umat Islam membantu, jika tidak, menurut hukum Islam mereka akan menanggung dosa."

Menurut Ustaz Hadi, PAS melihat berlaku perbezaan ketara di antara pendapat umum umat Islam berbanding kerajaan umat Islam yang diterajui oleh golongan sekular.

"Umat Islam sedunia bersama-sama dengan Hizbullah dan Hamas, adapun kerajaan mereka berada dalam ketakutan dan terpinga-pinga.

"Kita mengharapkan kerajaan negara OIC, khususnya Liga Arab supaya bangkit dari tidur sebelum mereka dibangkitkan oleh rakyat masing-masing," tegasnya.


Sehubungan dengan itu, Presiden PAS mengarahkan Badan Perhubungan PAS negeri-negeri menggerakkan semua ahli PAS di seluruh negara, supaya melakukan solat hajat dengan qunut nazilah memohon pertolongan Allah khusus untuk saudara seislam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

Sumber : Harakahdaily.

Ahad, 16 Julai 2006

SAMPAN GENTIan KACA GANTI PANCUNG

MELAKA: Penyeludup rokok keretek dari negara jiran dikesan mengubah taktik dengan menggunakan sampan gentian kaca bersiaz kecil yang memuatkan tidak lebih 50 guni dan bukan lagi menggunakan bot pancung yang mampu mengisi berpuluh ribu karton rokok.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Melaka, Rafdzi Maulud, berkata perubahan taktik itu bertujuan mengelakkan penyeludup terbabit menanggung kerugian besar jika kegiatan mereka dikesan dan barangan dirampas.

"Sampan gentian kaca berharga cuma sekitar RM5,000 setiap satu berbanding bot pancung yang jauh lebih mahal. Jadi, jika sampan itu dirampas, mereka (penyeludup) tidak rugi banyak.

"Jumlah rokok kretek dibawa juga lebih kecil kerana mereka mengambil bekalan yang dibawa oleh kapal besar di tengah laut," katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Bahagian Pencegahan di Pelabuhan Melaka di sini, semalam.

Rafdzi berkata, selepas mengambil bekalan, penyeludup yang menggunakan sampan gentian kaca dengan kelajuan 30 kuasa kuda membawa rokok kretek ke muara sungai sebelum barangan itu dipunggah ke van atau lori yang sedia menunggu.

Katanya, penyeludup sukar ditangkap kerana cepat dan licik melarikan diri serta sanggup meninggalkan rokok keretek bernilai beribu-ribu ringgit itu.

Dalam kejadian terbaru, sepasukan pegawai kastam daripada bahagian pencegahan berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok keretek pelbagai jenama ke negara ini di Parit Kasim, Muar, Johor, jam 5.30 pagi kelmarin.

Dalam operasi itu pegawai kastam merampas 25 guni berisi 2,000 karton keretek bernilai RM20,000, sebuah sampan gentian kaca dan sebuah van.

"Ketika pegawai kastam menyerbu kawasan itu, enam orang memunggah rokok kretek dari sampan ke dalam van. Mereka bertempiaran lari ke kawasan belukar berhampiran," katanya.

Rafdzi berkata, rampasan rokok keretek kali ini ialah jenis Gudang Garam dan yang terbaru jenis 'Halftime 5 Virginia' yang mempunyai lambang Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2006.

Katanya, van dirampas itu tiada cukai jalan dan pihak kastam akan meminta kerjasaama polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemilik van kerana ia kemungkinan dicuri.

Mereka yang terbabit dengan penyeludupan rokok boleh didakwa mengikut Seksyen 135(i)(aa) Akta Kastam 1967, iaitu denda minimum 10 kali duti atau RM50,000 yang mana lebih kecil dan maksimum 20 kali ganda atau RM100,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, bahagian pencegahan Melaka berjaya mematahkan empat cubaan menyeludup rokok yang membabitkan nilai RM246,960 dan duti cukai membabitkan RM633,625.60 serta merampas empat sampan pancung dan sebuah van.

Sabtu, 15 Julai 2006

ORANG TUA PUN BERJUDI

BUKIT BERUANG, 13 Julai : Lapan warga emas, termasuk seorang wanita dan seorang lagi wanita berumur 49 tahun, adalah antara sembilan yang diberkas polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi di sebuah rumah di Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia lingkungan antara 49 dan 71 tahun itu diberkas dalam satu serbuan polis dinamakan 'Ops Dadu' yang dijalankan kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mazlan Kesah berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai kegiatan itu sebelum melakukan serbuan.

"Kami merampas beberapa peralatan dipercayai alat yang digunakan dalam perjudian termasuk 28 keping "pakau", sebuah kalkulator, lima buah dadu, sekeping piring kecil, wang tunai RM290, meja dan kerusi,"katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga 15 Julai ini bagi membantu siasatan. Laporan MHI

p/s - Manusia ni dia tak takut polis tapi dia mesti diajar takutkan tuhan.

Jumaat, 14 Julai 2006

PENDAPATAN ALI RUSTAM RM37,010.27 SEBULAN?

AYER KEROH 14 JULAI: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, baru-baru ini mengeluarkan zakat pendapatan berjumlah RM11,103.14 kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, pada majlis penyerahan cek zakat perniagaan di Seri Negeri di sini. Berita ini disiarkan oleh Berita Hairan hari ini.

Zakat berkenaan adalah untuk pendapatan yang beliau peroleh sepanjang tahun lalu dan diserahkan sempena majlis penyerahan cek zakat perniagaan di Seri Negeri di sini.

Seperti yang kita sedia maklum zakat pendapatan yang wajib dikeluarkan sebanyak 2.5 % dari jumlah pendapatan setahun. Jika di kira, ini bermakna pendapatan tahunan beliau ialah RM444,125.60 setahun iaitu RM37,010.47 sebulan. Kita tidak tahu adakah pendapatan bulanan beliau ini semata-mata dataang dari gaji dan elaun bulanan beliau atau ianya dicampurkan sekali dengan pendapatan lain (jika ada, seperti perniagaan dan lain-lain). Andaikata jumlah pendapatan RM37,010.47 ini, hanya datang dari gaji dan elaun beliau, maka jumlahnya dikira amat besar. Sebagai elaun dan gaji Menteri Besar Kelantan tidak sampai sebanyak itu.

Jika sekiranya pendapatan itu datang dari gaji dan perniagaan maka timbul tandatanya kepada kita, bolehkah Ketua Menteri berniaga. Apakah perniagaan yang beliau ceburi? Siapa rakan kongsi beliau dan pelbagai lagi persoalan yang perlu di jawab oleh beliau.

Namun apa yang pasti pendapatan lebih RM37,010.47 cukup mewah. Maka tidak hairanlah mengapa beliau tidak kisah dengan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik serta harga barangan keperluan harian.

Tetapi bagaimana dengan rakyat bawahan? Rakyat Melaka perlu menilai perkara ini dengan serius.

sumber dari :
www.pemudabukitkatil.blogspot.com

Rabu, 12 Julai 2006

MALUNYER PAK NAJIB KITER.......

PUTRAJAYA 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau akan menjelaskan saman-saman trafik dan menggesa menteri-menteri lain yang disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas, berbuat demikian.( hah...tiba2 je rasa macam nak tercabut je buah pinggang aku bila terbaca kenyataan si najib ni...agak2nya baru dapat hidayah kot nak bayaq saman yang dah lama tertunggak...najib2..apola nak jadi ngan ko ni....ish ish ish..asyik ngan jet pjuang & PLKN ko yang tak bole diguna pakai...teruk sangat ke koje hang sampai saman pun xleh nak bayaq..??? )

Sambil menjelaskan bagaimana namanya tersenarai antara menteri-menteri Pusat yang tidak membayar saman kerana kesalahan trafik, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Seperti yang anda tahu, saya tak bawa kereta, orang lain bawa kereta." ( ye la najib oii, dah hal macam ni mula la ko cakap yang kete tu bukan ko yang bawa..memang la ko tak bawa kete, yang bawa kete tu dreber ko...kalo ko sndiri yang bawa kete alamatnya jatuhlah status ko...betui tak..??...tapi...ada tapinya heh heh heh.....benda ni takkan terjadi jika ko xsuruh dreber ko bawa laju...hah betui tak..nak tipu pun bagi la lojik sikit..ni ikut stail budak level tadika...)


"Jadi saya tak tahu kereta itu disaman dan pihak berkenaan pun tak beritahu saya," katanya mengulas senarai di laman web yang menunjukkan beliau berada di tangga keenam dengan 67 saman sejak Mac 1999, dengan nilai kompaun berjumlah RM7,820 selepas pengurangan.( maybe la disebabkan dia berada di ranking yang ke -7, tu yang dia minta menteri lain pun bayaq sama...nak bagi adil la katakan..tapi bab masalah rakyat yang memerlukan bantuan xmau pulak ko amik peduli....hah cuba hang jawab Najib..banyak juga nilai kompaun yang ko kena..jika duit tu ko salurkan sikit pada orang yang memerlukan lagi baguih najib..ni asyik nak bayaq duit saman je....ni bukan nak berikan penjimatan kos, ni membazirkan duit rakyat..ko kena ingat tu...!!!.)

Mengetuai senarai itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, diikuti Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.( kalo ada la dibuat carta menteri yang xbayaq saman mesti lagi gempak...silap2 haribulan radio era pun tak bole cari makan pas ni..he he he....tapi xsangka ye, si Nazri botak ni pun terselit juga nama dia....naik cemuih lak aku dengar nama dia ni....)

Ditanya mengenai senarai terbabit pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai graduan menganggur di sini, Najib berkata: "Kebanyakan ini kereta peribadi, orang lain bawa, kita pun tak sedar. Jadi sesiapa yang ada dalam senarai itu, kita akan ambil tindakan bayar saman. Kita akan selesaikan perkara ini."( yo la najib, ko ajer la yang betui..nasib baikla yang intebiu ko ni wartawan dari utusan meloyar...kalo aku yang intebiu aku sekeh2 kepala ko....cakap biaq betui2 najib..hang tu pemimpin...ingat, kat akhbar milik puak kerajaan buleh la ko putar belit....bawa2la baca akhbar pembangkang pulak..dalam SUARA KEADILAN pun dah bongkar kes salah laku jalan raya yang melibatkan para menteri..antaranya si Azalina Othman & Shahrizat jalil...dalam utusan xdenya nak sebut...maybe depa ni golongan yang penyegan kot...tu sebab xde artikel berkaitan ngan depa berdua.......)

Mengenai sama ada calon Program Latihan Khidmat Negara yang berdegil wajar disekat daripada mendapat pinjaman perumahan atau pekerjaan, Najib berkata, undang-undang sudah menggariskan langkah yang boleh dikenakan terhadap mereka yang berdegil. ( untuk si Najib, aku rasa elokkan PLKN ni dimansuhkan terus...aku rasa ia xmendatangkan faedah..percampuran lelaki pompuan..terutama pd aktiviti yang dsediakan...silap2 haribulan ia boleh mendatangkan impak yang -ve pada masa kelak..tambahan duit yang dgunakan untuk perblanjaan PLKN elokkan disalurkan pada biasisiwa untuk student yang xmampu @ membantu golongan yang kurang upaya...toksah lah ko nak ikut mcm s'pore....mana prinsip ko selaku kerajaan yang bernaung dibawah parti UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu....ko perlu ingat, hak2 keistimewaaan orang melayu banyak dah ditarik balik..ni suma dari Parti ko sendiri...)

"Kita tak ada apa-apa cadangan lain. Mereka yang berdegil, yang tak ada sebab yang munasabah, baru kita akan ambil tindakan,'' katanya. ( sodap2 ko nak hukum anak orang..undang2 buatan manusia ni sungguh menyusahkan dan membebankan...MANSUHKAN JE PLKN TU..ingat....sejak ada PLKN sudah pelabagai perkara -ve yang timbul tapi ko xnak amik pengajaran...!!!..apa yang istimewa pada PLKN ni..???...bagi aku, PLKN bukan membentuk akhlak & peribadi yang mulia tapi sebaliknya dicemari dengan perkara2 -ve...dari ke kes rogol, pukul hingga la ke kes yang melibatkan kematian...takkan itu pun ko nak banggakan sangat...?? )

Tindakan sedang dilakukan untuk mendakwa 5,494 calon yang berdegil sejak 2004, yang tidak mengikuti latihan wajib itu tanpa sebab. ( lebih baik ko banteras menteri ko yang terlibat ngan rasuah....budak2 tu ko nak ganggu kenapa pulak..perkara yang wajib dilaksanakan ko xmau lak nak wat, perkara yang xmendatangkan manfaat pada negara ni pulak yang ko susah2kan pulak...ko ngan Pak lah hadhari badawi sama je....perabih duit poket negara jer ..)

Mengikut undang-undang mereka yang gagal mengikuti latihan itu boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.( udah2 la najib oii..jangan dok sibuk ngan denda ko kat bebudak ni....ko p settlekan saman ko..baru bole nak bersuara...perangai ko tak ubah macam ketam yang nak ajau anak dia berjalan tau....kawan2 sekalian..hangpa buatla keputusan yang terbaik untuk pilihanraya akan datang..dah lama sangt dah depa memerintah..tiada kemajuan yang dicapai melainkan kita sendiri kehilangan keistimewaan hak kita..tak dikira lagi ngan kemelut keagamaan yang melanda pada orang ISLAM...kita bagi peluang PAS memerintah.....bawa2lah berfikir....don't closed your mind....)


layarilah blog kami

Selasa, 11 Julai 2006

MENGENANG KEMBALI BEBERAPA PERISTIWA

Pasaraya Carrefour : Kejadian benar ini berlaku di Pasaraya Carrefour . Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai juruwang di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang pemuda.

Ini berlaku kerana ketika pemuda tersebut sedang membayar harga barangan, juruwang ini telah menegur pemuda itu ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda tersebut.

Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam.

Juruwang itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah.

Mendengar jawapan pemuda tersebut, juruwang ini dengan tidak disangka-sangka, menumbuk muka pemuda tersebut. Huru-hara lah suasana di Pasaraya Carrefour itu. Kemudian pemuda itu memaki hamun lalu datanglah Pengurus Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat juruwang tadi.

Apa yang di lakukan oleh juruwang tadi adalah satu etika yang patut di contohi walaupun menumbuk orang sesuka hati memanglah salah. Tapi malangnya, Pengurus tersebut bukan hanya memecat juruwang tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun juruwang itu dengan kata-kata kesat.

Juruwang ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh pemuda tadi.

Sekarang ni juruwang ni sedang menunggu untuk di saman oleh pemuda tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar-sabar untuk menunggu di saman oleh pemuda tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap juruwang tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada semua, berhati-hatilah kerana saya percaya, baju yang di pakai oleh pemuda tadi adalah salah satu strategi untuk menjatuhkan maruah Islam. harakahdaily

p/s - Marilah ikhlas dengan agama.

Isnin, 10 Julai 2006

MAHU LAPORAN MURTAD

PUTRAJAYA: Pihak yang melakukan kajian dan mendapati 100,000 orang Islam murtad diminta menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.( terima kasih Datuk Seri Harussani Zakaria kerana membangkitkan isu ini...)


Kelmarin, Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad. ( isu ini perlu diperbincangkan dengan lebih serius..tapi jika mufti Perak jer yang bersuara adakah perkara ini dapat diatasi...???..aku lihat jarang pemimpin negara kita @ majlis Agama mengutarakan isu ini.....yang dok sibuknya hanyala ngan naikkan harga minyak, tarif letrik & yang terbaru pasal isu nak 'up' kan masa kelab2 malam beroperasi hingga jam 5 pagi..kononnya nak beri peluang pada pelancong menikmati suasana pada waktu malam....ceh buang karan sungguh...)

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, Jakim tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan terdapat 100,000 umat Islam di negara ini murtad.( hah baru aku komen dah Pengarah JAKIM kuar statement lagu tu..katanya xdapat dakwaan yang umat Islam kat negara ni murtad..apa bondonya ni cik abang oiii..hangpa dok buek kojo macam mana.????..ingat sikit, puak2 kristian berusaha macam2 cara nak murtadkan orang Melayu Islam...antara kaedahn, siap tabur risalah kat atas jalan....peguam zulkifli Nordin yang banyak kendalikan kes murtad ada beri info tika dalam ceramahnya di Melaka pada bulan 8, 2005, dimana puluhan ribu orang Islam di Negara kita sudah dimurtadkan...tapi Si Tapa ni cakap xde kenyataan yang mengesahkan orang Islam kat Malaysia ni dah ramai yang murtad......teruk dah Jabatan Agama kita ni...)

Beliau berkata, Jakim sendiri ada membuat kajian mengenai hal itu lima atau enam tahun lalu tetapi beliau tidak menyatakan jumlah orang Islam yang keluar daripada agama itu.( bole percaya ke ni....???...ingat, kat dunio ni hangpa memang lepas, tapi kat akhirat kelak, hangpa jawab la sendiri ngan Allah S.W.T )

Katanya, pihaknya berusaha mencari jalan untuk membantu golongan yang murtad itu kembali ke pangkal jalan.( usaha..???...takkan dengan beri kaunseling jer kot...)

"Ini dakwaan saja. Kita tiada laporan. Saya harap kumpulan yang melakukan kajian itu memberi satu salinan kepada Jakim," katanya.

Dalam laporan akhbar semalam, Harussani berkata, seorang wanita bergelar 'ustazah' turut mengetuai kumpulan murtad itu dan laporan mengenai perkara itu disampaikan kepadanya di ibu negara tahun lalu dengan jumlah mereka yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.

Mustafa berkata, antara usaha yang boleh dilakukan Jakim ialah memberi kaunseling kepada umat Islam yang memohon untuk murtad atau sudah keluar daripada agama Islam.( kaunseling jer...bagi puak kristian yang cuba nak mem'MURTADKAN'kan orang pula macam mana...????...xde usaha nak atasi ker....???.. )

Katanya, kaunseling biasanya dilakukan Jabatan Agama Islam negeri selepas pemohon datang untuk menukar agama.

Beliau berkata, biasanya wanita Islam yang ingin berkahwin dengan lelaki bukan Islam yang memohon untuk menukar agama.( senang, laksanakan hukum hudud...tapi tula, hangpa takut sangat ngan pemimpin2 yang ada..suma nak harap pada PAS jer bersuara.....)

"Mula-mula lelaki ini masuk Islam tetapi menyeleweng kemudian," katanya.
Mustafa berkata, Jakim juga tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kumpulan yang memohon menukar agama menerusi permohonan menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara.( tiada gunanya kita mencapai kejayaan yang cemerlang dari segi ekonomi dan teknologi tetapi sebaliknya kita mengalami kerugian yang besar dari aspek keagamaan dan keruntuhan moral yang semakin meruncing masa kini...)

Bagaimanapun, katanya berdasarkan kajian Jakim, antara golongan utama yang murtad ialah saudara baru seperti Orang Asli dan lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam.( sepatutnya mereka nilah yang diberi pemantauan yang lebih agar masalah ni tidak timbul, tapi cuba hangpa perjelaskan..bagaimana depa ini dibimbing selepas masuk ISLAM...??? )

Beliau berkata, masalah timbul selepas pasangan bercerai dan lelaki berkenaan mahu kembali ke agama asal.( sepatutnya usaha nak atasi masalah ni perlu dkaji dan dirancang dari awal dan dipinda dari masa kesemasa agar masalah sebegini dapat diatasi...bagi aku lebih baik depa sound pemimpin yang ada agar gubal undang2 & buat hukum Islam kat Malaysia ni..berani kerana benar pakcik oiii...!!!.INGAT.., rezeki suma dari Allah bukan dari depa..depa dah tentu ngan kerja2 depa yang xmau bawa Islam, tapi yang hangpa ni dah ada 'title Islam, berusahalah untuk melebarkan sayap ISLAM...jangan dok goyang kaki jer....buat kajian ngan lebih mendalam lagi..INGAT..!!..pemimpin kita yang ada la ni banyak pemikiran mereka yang dok merapu jer...aku minta maaf jika ada kekurangan dari ayat kali ini..cuma aku harapkan pembaca sekalian bawa2la berpikir & renung2kan lah...moga kita dapat kesedaran melalui perkara ini...)

APA RANCANGAN KERAJAAN PILIH 300 BUAH SEKOLAH IKUTI PROGRAM KHAS?

AYER KEROH : Rancangan kerajaan memilih 300 daripada 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk mengikuti satu program khas bagi menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan pelajar bertaraf dunia mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, sekolah-sekolah yang dipilih itu akan disahkan kelayakannya berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi menjadikan sistem pembelajaran di negara ini setaraf dengan sekolah di United Kingdom dan Australia, sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

p/S - Apakah program khas yang boleh diiktirafkan sebagai cemerlang dengan kriteria-kriteria tertentu dan dikaitkan taraf sekolah di United Kingdom dan Australia?

Apabila menyentuh mengenai sistem pendidikan ia adalah sesuatu yang amat serius kerana ia membabitkan jati diri seseorang apalagi ia melibatkan pelajar-pelajar muslim di seluruh negara. Kecemerlangan itu biarlah selari dengan tuntutan syarak.

Selama ini kita sudah banyak kali mendengar rungutan orangramai yang mengatakan sistem pendidikan malaysia telah gagal melahirkan manusia yang berakhlak dan kesan daripada itu telah mengakibatkan jenayah gejala sosial berleluasa.

Dari pucuk pimpinan sehinggalah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah telah memperlihatkan kesan pengajian yang salah yang sepatutnya telah diubah sejak lama dahulu.

Adakah ia untuk melahirkan pelajar jurusan ekonomi yang cemerlang? atau jurusan kejuruteraan? Jika ia merangkumi kedua-dua jurusan ia amat baik tapi pastikanlah ia tidak disuntik dengan eleman-elemen sekularisme kerana ia bukan mendatangkan kecemerlangan tetapi mendatangkan kemunduran dan kehancuran di masa akan datang.WA

Ahad, 9 Julai 2006

SUPERDET RETURN PART 2

Seorang 'superhero' yang telah pencen, Superdet telah meletak jawatan sebagai Presiden negara Malaypulis dan bercadang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan orang tua. Namun apabila melihat musuh lamanya, yang juga penggantinya iaitu Lah Luthor telah melakukan berbagai kemusnahan serta kerosakan kepada projek kesayangannya, Superdet ingin kembali berkuasa semula.

Malangnya apabila menyuarakan hasratnya itu kepada bekas menteri kabinet beliau, mereka semua menolak mentah-mentah termasuklah menteri yang pernah dicintainya dulu, Pidah Lane.

Superdet mengunakan berbagai strategi untuk memenangi hati rakyat negara Malaypulis. Lah Luthor pula pergi bercuti kesebuah pulau dan menyerahkan segala permasalahan yang ditimbulkan oleh Superdet untuk dijawab oleh timbalannya. Berjayakah Superdet berkuasa semula? Jangan lupa untuk menyaksikan filem terhebat abad ini, Superdet Return Part II.............
SUMBER DARI : www.tranungkite.net

Sabtu, 8 Julai 2006

ADNAN MANSOR BUAT HAL LAGI, APA PERANAN KITA...??????

HO CHI MINH: Kementerian Pelancongan mahu waktu operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, restoran dan pub di bandar utama di Malaysia dilanjutkan hingga jam 5 pagi bagi membolehkan pelancong asing yang berkunjung menikmati aktiviti kehidupan malam dengan ceria.( cis..........xde akai ke hapa, tak tau ker dia, perkara ni boleh memberikan impak yang -ve pada masyarakat terutama pada golongan remaja..nak kaut keuntungan dengan nak tarik pelancong tapi dalam masa yang sama menggalakkan kehancuran akhlak remaja masa kini....)

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lanjutan waktu operasi itu perlu dalam menarik minat pelancong asing bercuti di negara ini kerana keadaan sedia ada tidak menarik minat mereka berkunjung meskipun pelbagai promosi tarikan dilakukan.( memang la tak dapat sambutan pasal ko salah guna kuasa yang diberi..pastu nak buka disko sampai ke pagi....nak bagi manusia makin lalai....tak tau ke ngko yang majoriti yang ke disco tu orang melayu....????...memang jenis manusia yang betui2 xde otak la dia ni....)

Beliau berkata, bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain pusat tarikan pengunjung seperti pulau Langkawi seakan 'bandar tidak bernyawa' pada waktu malam berbanding di negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand.( laa, yang ko nak ikut Negara tu buek apo....kan ke kat sana ramai orang kapir....ketua pemimpin mereka pun kafir....jangan sampai terikut-ikut rentak mereka....dimana persepsi dan ketrampilan pada setiap pemimpin UMNO ini....geram sungguh aku....rasa nak semelih jer si Adnan ni....cakap main ikut sedap mulut dia jer.....)

"Bandar raya seperti Kuala Lumpur sangat 'malap' pada waktu malam, tiada aktiviti hiburan, mereka (pelancong asing) tidak tahu buat apa selepas jam 12 malam, pusat membeli-belah pun tutup jam 10 malam.( dah tengah malam buek apo nak jalan2 p la tido....sok pagi depa bole round lagi.....itu pun nak kena ajar ker.....apa la PAK LAH, amik anak buah yang sengal untuk diserapkan didalam kabinet.....jangan pasal nak ikutkan kehendak si pelancong ni ko sanggup nak gadaikan maruah anak bangsa kita....PAS makin doknak atasi masalah gejala sosial ko pulak nak ikut kepala otak sekular ko....kang mati katak dibueknya baru ko tau )

"Walaupun segelintir tempat menyediakan aktiviti malam, mereka tidak tahu tempat berkenaan, oleh itu, perkara ini (waktu operasi) perlu diselaras kerana ia membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang memberi lesen dan menguatkuasa undang-undang," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh, Nguyen Thi Lap Quoc, di sini, petang semalam.( aku rasa, biar cepat si Adnan jatuh...memang xboleh nak pakai menteri macam ni....aku rasa dia ni dah nyanyuk tahap maxima la...)

Tengku Adnan berada di bandar raya ini dua hari, bermula kelmarin, sempena mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).( satu agenda yang dok PERABIHKAN DUIT NEGARA tapi tak membawa keuntungan bahkan membawa malapetaka....Ya Allah, moga Malaysia ni tak jadi seperti Negara Indonesia....moga cepat jatuh pemerintahan Barisan Nasional ni )

Sementara itu, Tengku Adnan berkata perkara itu perlu dilaksana segera kerana ia membantu meningkatkan pembangunan industri pelancongan negara yang menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang pendapatan negara.( ni bukan nak sumbang pendapatan Negara, ni nak sumbang maksiat pakcik oiiiiiii....tak kan tak belaja agama....??? ops, lupa lak yang kat masjid UMNO mana ajar detail perkara ni...paling koman pun ajar pasal semayang & pose )

Beliau berkata, tambahan pula, kerajaan kian giat melakukan pelbagai usaha menarik pelancong sempena TMM07 tahun depan selain bagi mencapai sasaran 24 juta pelancong menjelang 2010.( memang dah sah orang tua sekor ni dah xde idea....bagi aku si Adnan dah patut pencen la....dah kira tahap xpired dia ni......kalo makanan yang dah xpired date bole bikin sakit perut tapi bila otak dah xpired pada setiap pemimpin silap2 ari bulan boleh datangnya kejatuhan pada Negara.....)

"Lanjutan waktu operasi di pusat karoake, pub, kelab malam dan restoran yang menyediakan aktiviti bersih ini perlu dilaksanakan segera terutama di lokasi tarikan pelancong seperti kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.( ceh....memang tak tau apa yang dikatakan bersih.....aku rasa pas ni aku nak kirimkan buku kamus dewan bahasa dan pustaka & buku feqah, biar dia tau apa itu bersih )

"Namun bagi pusat hiburan berhampiran kawasan perumahan, ia tidak dibenarkan kerana ia boleh menganggu ketenteraman awam," katanya.( lawaknya...boleh bikin GROUP SENARIO yang baru takpun boleh join group SENARIO yang ada la ni...pandai pulak si budak tua ni ckp menganggu ketenteraman awam.....abih tu, ko tak piker yang ko dah ganggu aqidah orang ISLAM kat Malaysia ni...........??? )

Tengku Adnan, berkata pihaknya sebelum ini sudah berbincang perkara itu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, namun sehingga kini belum sebarang keputusan berhubung perkara itu.( kalo depa setuju, aku rasa kita kena protes abis-abisan....biaq depa kenal dan tau yang maruah orang ISLAM tak boleh dijual beli dengan cara sebegini )

"Secara asasnya, mereka bersetuju dan masih mengkaji perkara itu. Saya harap penggubalan undang-undang mengenai perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.( memangla ko setuju pasal cadangan ko, tambahan ko pun nak berhibur sama sampai ke pagi.....tak gitu....??? )

Ditanya mengenai kesan negatif cadangan itu sekiranya dilaksanakan, Tengku Adnan, berkata perkara itu boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya penguatkuasaan dapat dilakukan dengan berkesan.( ceh penguatkuasa konon....penguatkuasa tengkorak kamu........dulu majlis agama Islam kuala Lumpur nak tubuhkan pasukan khas nak cegah maksiat depa tolak....ni yang sedia ada belum tentu cukup tangan nak tangani.....tula, kang aku cakap menteri ni sengal ko marah aku pulak....)

"Perkara ini berkaitan dengan penguatkuasaan, kalau kurang umur, memang tidak boleh masuk ke tempat macam itu.( ceh, ko tak penah buat pemantaun boleh la cakap lagu tu...ko try p skali mana2 disco kat Malaysia...hmmmmmmm ko tak tau betapa lalai & alpanya mereka bila dihanyutkan dengan lagu setan & rentak2 yang keras....tak masuk lagi ngan minuman yang lagila boleh mengeraskan tubuh badan....)

"Kita tidak boleh menidakkan cara hidup pelancong asing yang suka berhibur dan 'minum' dan kita kena mendidik rakyat kita, perkara mana yang baik dan tidak baik.( ko nak ajar rakyat pulak, ko tu sapa...alim ulama' ker....cakap ikut sedap mulut jer....)

"Selama ini, Malaysia mengamalkan toleransi dalam pelbagai hal termasuk beragama, mungkin orang tidak suka saya cakap begini, namun kita kena praktikal," katanya.( memang nak kena guling menteri ni....dasar tak hormati orang yang beragama Islam....asyik nak hormati warga asing sampai kepala Orang Islam kat Malaysia ni kena pijak pun nak toleransi juga ker....?? Malaysia ni majority orang Islam jadi depa kena ikut kehendak kita...depa datang Malaysia takkan kita nak kena ikut telunjuk depa....?? Sengal sungguh si budak tua ini )

Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap minuman beralkohol di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan pelancong asing mengeluh.( ciss....makin banyak la arak berada kat Malaysia pas ni....ni bukan nak Bantu....tapi nak pelingkup Negara....dia ni nak jadi Kamal Artartuk Malaysia ker.....??? )

"Minuman seperti 'beer' dan 'wine' menjadi minuman harian mereka, masa makan pun mereka minum.( depa yang minum, orang Islam mana bole minum....buek apa nak ikut kehendak depa )

"Kadar harga di negara ini terlalu tinggi, sehingga beratus ringgit sebotol. Kalau kadar cukai minuman keras dinaikkan tidak mengapa, tetapi yang kurang keras ini perlu diteliti semula," katanya.( tolongla berfikir kawan2 sekalian..kalo macam ni sikap menteri kita, tak mustahil negara kita ni jadi macam negara barat.....aku berharap sangatla, walaupun aku ni bukan orang yang mampu beri sumbangan pada Negara tapi aku tetapkan sayang tanah airku & agamaku....mari kita sama2 wat pilihan yang setepatnya untuk pilihanraya akan datang....jatuhkan pemerintahan yang ada dan buat pilihan yang baru....dah 50 tahun BN memerintah tapi tiada kemajuan yang dapat kita lihat pada bangsa kita....murtad semakin berleluasa, baru2 ini aku dkhabarkan borang permohonan untuk orang yang ingin bertukar dari agama Islam ke agama lain setinggi hampir 2 kaki....ini berlaku di selangor....memang aku harap sangat agar Malaysia ini mendapat pucuk kepimpinan yang baru agar undang2 yang sedia ada ini boleh digubal semula.....undang-undang yang sedia ada semuanya berdasarkan undang2 sekular.........renung2kan lah........

-dari meja ICT Pemuda PAS JASIN,sahabat304-

SUPERDET RETURN.....

Kemunculan semula SUPERDET adalah untuk membanteras penyelewengan yang berlaku di dalam kabinet dibawah kepimpinan LAH LUTHOR...mmm yang dia dulu ni tak pernah buat penyelewengan ker..???...
Syukur Alhamdulillah, doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor dimakbulkan oleh Allah...baru dia tau betapa besaqnya kesilapan yang dia lakukan.....
tapi, bagi menebus segala kesilapannya, SUPERDET berusaha menangani kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di dalam kabinet LAH LUTHOR yang boleh mengancam ekonomi negara ( MALAYSIA )..sama-sama saksikan filem terbaru yang lebih box office daripada filem SUPERMAN RETURN yang ditayangkan di seluruh dunia...



Jumaat, 7 Julai 2006

PENDUDUK HIDU BAHAN KIMIA

MELAKA: Dua minggu selepas masalah gangguan lalat dihadapi penduduk Kampung Tambak Paya, di sini berpunca dari sebuah pusat ternakan diselesaikan pemiliknya, kini timbul pula gangguan bau bahan kimia yang digunakan untuk membunuh serangga berkenaan.

Gangguan bau sejak dua hari lalu bukan saja merunsingkan penduduk malah dikhuatiri boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan.

Bagaimanapun, gangguan lalat di kawasan rumah penduduk masih berlaku, tetapi tidak serius berbanding dua minggu lalu.

Tinjauan Harian Metro mendapati, banyak reban ayam sudah dikosongkan pemiliknya.

Seorang penduduk, Goh Ah Meng, 58, berkata masalah bau bahan kimia itu menusuk hidung dan berlaku pada sebelah pagi dan lewat petang.

"Keadaan itu menyebabkan cucu saya yang baru berusia 15 hari sukar bernafas dan saya terpaksa meletakkannya dalam bilik setiap masa.

"Saya mengakui masalah gangguan lalat sudah dapat diatasi selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPH) memberi amaran kepada pemilik pusat ternakan itu.


"Bagaimanapun, saya masih menggunakan perangkap lalat,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Akhbar ini dua minggu lalu melaporkan penduduk kawasan berkenaan mengadu menghadapi masalah gangguan lalat dan bau najis ayam berpunca dari pusat ternakan komersil yang terletak berhampiran rumah mereka.

Berikutan itu, pemilik pusat ternakan itu memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin dengan mendapat khidmat nasihat daripada pakar pemusnah serangga.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambak Paya, Senin Mat, mendakwa bahan kimia yang digunakan penternak ayam untuk membunuh lalat disyorkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

p/s : ni terjadi pasal dok buat keje amik mudah...tak pernah nak bersungguh-sungguh..