Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 29 September 2006

BILA KOMPAS PENGAKAP KAPTEN PAK LAH BADAWI MASUK AIR

"SAYA tidak hilang kawalan. Saya punya cara sendiri," kata Pak Lah di Havana.

Setelah sekian banyak memerhati kenyataan Perdana Menteri kita, saya telah sampai kepada kesimpulan bahawa beliau sememangnya hilang kawalan. Apakah beliau tidak hilang kawalan sekiranya beliau langsung tidak menyedari:

1. Penjualan Pantai Holdings Berhad kepada Parkway yang menjadi isu berbulan-bulan lamanya sebelum wawancara popular Perdana Menteri yang mendakwa tiada syarikat Malaysia diambil alih oleh syarikat Singapura. Bukankah ini tanda jelas beliau sudah hilang kawalan walaupun membabitkan kementerian bawah jagaannya sendiri?

2. "I don't know. I'm not involved in anyway." Itu kata Pak Lah bila ditanya mengenai penggabungan ECM Libra (yang menantunya ada kepentingan) dengan Avenue Capital Resources Berhad milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF inc.). Apabila Menteri Kewangan menyatakan beliau tidak terbabit dalam urusan penggabungan syarikat dibawahnya bukankah bermakna beliau telah hilang kawalan?

3. Apakah beliau tidak hilang kawalan jika tekanan dan permintaan orang Melayu dan UMNO supaya NST dikembalikan kepada pengawalan orang Melayu dan UMNO tidak dapat beliau laksanakan?

4. Apakah beliau tidak hilang kawalan apabila gagal mengambil sebarang tindakan ke atas Kalimullah yang mempertahankan kenyataan bahawa Perdana Menteri mengubah keputusan di saat terakhir dalam isu pembelian DRB-Hicom oleh Syed Mokhtar.

[NST sebelum itu melaporkan Tan Sri Nasimuddin sebagai pemenang dalam bida membeli DRB Hicom. Namun keputusan kerajaan menjual kepentingan DRB Hicom kepada Syed Mokhtar menyebabkan, NST menanggung malu kerana telebih dahulu mengisytiharkan berita kemenangan Nasimudin. Sungguhpun Pak Lah menafikan berlaku perubahan saat terakhir, namun NST ketika itu tetap mempertahankan bahawa Pak Lah mengubah keputusan saat terakhir.]

5. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila terpaksa membatalkan jambatan bengkok pada April 2006. Sedangkan pada Februari 2006 beliau sendiri menegaskan "not building the bridge is not an option."

6. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila arahan beliau supaya kerajaan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir bahawa Malaysia yang terlebih dahulu menawarkan pasir kepada Singapura dalam rundingan pembinaan jambatan tidak dipatuhi sehingga sekarang?

7. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia - Jepun amat berat sebelah dan merugikan Malaysia?

8. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Kalimullah (yang juga merupakan rakan niaga menantunya) yang menipu pembaca seluruh negara dengan mendakwa Dr. Mahathir yang memohon untuk berjumpa Pak Lah di Jepun?

9. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau menganggap Idris Jala adalah seorang muslim semasa dilantik mengetuai MAS. (Bukan isunya Idris Jala muslim atau tidak untuk mengetuai MAS. Apa yang ingin diketangahkan ialah PM tidak melakukan sebarang penelitian yang rapi dalam perlantikan yang begitu penting).

10. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau kelam kabut menghantar menteri memohon maaf kepada negara China dalam isu ketuk ketampi bogel oleh seorang wanita yang didakwa oleh pembangkang sebagai warga China. Sedangkan kemudiannya terbukti wanita tersebut bukan cina dan warga Malaysia.

11. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila menerima cadangan rasionalisasi MAS oleh budak-budak tingkat 4 sehingga hampir melingkupkan MAS?

12. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila dengan segera memenuhi permintaan Air Asia untuk membina terminal tambang murah (LCT) berharga RM 100 juta sedangkan terminal sedia ada mampu menyediakan ruang untuk air asia.


13. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila banyak isu semasa tidak dimaklumkan dengan teliti kepada beliau oleh budak-budak tingkat 4 sehingga menyebabkan beliau kelihatan tidak memahami keadaan dan kemarahan rakyat.

14. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau melaporkan kembali komen dan pandangan seorang menteri mengenai Khairy kepada menantunya itu.

15. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila membenarkan menantunya yang baru beberapa tahun menyertai Umno terbabit dalam menemuduga beberapa calon pilihan raya BN 2004 termasuk seorang presiden parti komponen kecil BN?

16. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila semakin ramai para sahabat beliau di BTN dan dalam politik yang kian menjauhkan diri kerana disisih oleh budak-budak tingkat 4.

17. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila TV3 yang diketuai oleh bekas Setiausaha Akhbarnya sendiri membenarkan rakaman wawancaranya yang kurang teliti itu disiarkan?

18. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kenaikan harga petrol turut diikuti kenaikan harga barang, cukai pintu, dan kadar faedah bank?

19. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila membenarkan dirinya dipergunakan oleh Patrick Lim untuk penganjuran Moonson Cup tanpa pembinaan iinfrastruktur mahu pun pulangan ekonomi dengan bajet RM200 juta?

20. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila turun untuk melihat proses pemilihan Myteam milik menantunya tetapi tidak pernah sekali pun hadir melihat latihan mahu pun perlawanan skuad negara.

21. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila, setelah berbulan-bulan krisis gula belum selesai?


22. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila beliau langsung tidak menyedari kemarahan Tun Dr. Mahathir sehingga nasi menjadi bubur?

23. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila para pembantunya terus menarik semua keistimewaan Tun Dr Mahathir semasa bekas Perdana Menteri tersebut sedang bercuti dan Pak Lah baru memangku jawatan Perdana Menteri (akhir Oktober 2003) tanpa pengetahuan beliau?

24. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila tidak ada satu sen pun dana mahu pun wang diberikan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak penubuhannya?

25. Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kerajaan juga sengaja tidak meneruskan kerja pembinaan jambatan berhampiran bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana?

Apakah Pak Lah tidak hilang kawalan apabila kenyataan beliau seringkali bercanggah dengan realiti semasa.

Sebenarnya, Pak Lah sudah hilang kawalan pada saat beliau tidak lagi menguasai maklumat dan fakta. Para pembantunya meletakkan beliau dalam dunia halusinasi yang tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan supaya mudah mereka memanipulasi keadaan.

Khamis, 28 September 2006

POPE BENEDICT XVI - TUNGGULAH JANJI ALLAH KE ATAS KAMU !!!

Artikel ini kami terima dari seorang sahabat yang meng'email'kan kepada kami.. Insya-Allah, mungkin artikel ini sedikit sebanyak dapat merungkai kenyataan POPE yang telah membakar api kemarahan umat Islam diseluruh dunia-Moderator Jasindaily

Di tengah umat Islam bergembira menantikan kedatangan bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak, ketua kristian sedunia, Pope Benedict XVI telah menunjukkan sikap biadab beliau terhadap Islam dan kaum Muslimin. Yang lebih menaikkan amarah kita ialah sikap kurang ajar beliau yang mengaitkan nama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam pernyataan yang beliau keluarkan. Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa lepas (12/09/06) di Universiti Regensburg, Jerman di hadapan para penganut Kristian Roman Katolik. Benedict dilaporkan telah memetik satu kenyataan daripada sebuah teks Zaman Pertengahan, kurun ke-14 berkaitan dialog di antara Maharaja Kristian Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang intelektual Parsi berhubung Kristian dan Islam. Pope Benedict memetik kata-kata Maharaja tersebut yang berbunyi,

"Jika engkau tunjukkan kepadaku apa yang dibawa oleh Muhammad, di sana kau akan mendapati bahawa ianya bersifat kejahatan dan tidak berperikemanusiaan, seperti seruannya kepada kebenaran dengan menggunakan pedang".

Kenyataan ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di serata dunia. Namun mengikut Benedict, teks yang dipetiknya tidak menggambarkan pandangan beliau sendiri. "saya sangat menyesal kerana reaksi yang timbul di sesetengah negara terhadap beberapa perenggan dalam ucapan saya di Universiti Regensburg yang dianggap menyinggung perasaan umat Islam." katanya [Utusan Malaysia 18/09/06]. Persoalan yang timbul adalah, mengapa Pope Benedict memetik kenyataan tersebut? Adakah ianya menggambarkan dendam yang ada padanya seperti dendam para Salibiyyin di abad yang lepas kepada Islam? Ini adalah sebagaimana yang digambarkan oleh seorang ilmuan Perancis Count Henry Decastri yang menulis bukunya yang berjudul "Islam" tahun 1896 M:

"I cannot imagine what the Muslims would say if they heard the tales of the medieval ages and understood what the Christian orators used to say in their hymns; all our hymns even those which emerged before the 12th century emanated from one concept which was the cause of the Crusades, these hymns were filled with hatred towards the Muslims due to the total ignorance of their religion. As a result of those hymns and songs, hatred against that religion became fixed in the people's minds and the erroneous ideas deeply rooted, some of which are still carried nowadays. Everyone used to regard the Muslims as polytheists, disbelievers, idol worshippers and apostates." ("Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan dikatakan oleh orang-orang Islam seandainya mereka mendengar kisah-kisah di abad pertengahan dan memahami apa yang terdapat di dalam nyanyian-nyanyian orang-orang Kristian? Sesungguhnya seluruh nyanyian kami dari sebelum abad ke-12 M bersumber dari konsep yang satu - Perang Salib. Seluruh nyanyian dipenuhi dengan kebencian terhadap kaum Muslimin disebabkan kebodohan mereka. Kesan dari lagu-lagu ini, kebencian terhadap Islam telah melekat di fikiran mereka dan salah faham (terhadap Islam) terus mengakar, yang mana sebahagiannya kekal hingga ke hari ini. Setiap orang (Kristian) menganggap orang-orang Islam sebagai musyrik, tidak beriman, penyembah berhala dan murtad.") [Dipetik dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiuddin An-Nabhani].

Jika kita kembali ke zaman Rasulullah dan para sahabat serta zaman Pemerintahan Umayyah, kita akan dapati banyak sekali peristiwa di mana orang-orang Kristian hidup aman dan sentosa di bawah Daulah Islam. Mereka memiliki kefahaman yang benar tentang Islam dan menyaksikan bagaimana para Khalifah menjaga darah dan harta mereka. Tidak terhitung jumlah dari mereka yang memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan ajaran Islam dan sifat aqidah Islam itu sendiri yang bertepatan dengan fitrah dan memuaskan aqal. Mereka memeluk Islam tanpa melalui sedikit pun paksaan dari kaum Muslimin, kerana inilah apa yang diajar oleh Allah kepada kaum Muslimin. Walaubagaimanapun, dengan peristiwa Perang Salib dan kejahatan para agamawan Kristian pada ketika itu yang sering memburuk-burukkan Islam, maka kita mendapati kaum Kristian ini telah mula berubah. Pada masa inilah (Perang Salib dan selepasnya) kita mendapati banyak kenyataan yang bersifat menghina dan merendahkan Islam, hasil dari kebencian mereka terhadap Islam.

Jadi tidak hairanlah jika sekarang, Pope Benedict meluahkan kebusukan hatinya terhadap Islam yang hanyalah merupakan manifestasi kejahilannya tentang Islam dan kebencian yang ada pada dirinya. Jika kitab-kitab mereka sanggup mereka ubah, jika agama mereka sendiri sanggup mereka putar belitkan, jika Allah sanggup mereka dustakan (menyatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Allah dan malaikat itu anak perempuan Allah), apatah lagi ajaran Islam, yang telah lama menjadi dendam kesumat mereka sejak Perang Salib. Sememangnya Islam telah lama menjadi puncak kebencian mereka dan apa yang berlaku sekarang hanyalah luahan kedengkian dan kebusukan hati yang tidak dapat dibendung lagi oleh pemuka Kristian ini. Apa yang jelas ialah Pope Benedict nampaknya berkongsi konsep dan kebencian yang sama terhadap Islam sebagaimana yang dibawa oleh si kafir Bush dan Blair. Apa pun dalih yang mereka nyatakan (di dalam menyembunyikan kebencian mereka), kita mengenal dan meyakini perangai jahat dan buruk mereka melalui firman Allah,

"Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." [TMQ Ali Imran (3):118].

Sautun Nahdhah pada kali ini ingin memaparkan Penjelasan (Bayan) Rasmi Dari Hizbut Tahrir Pusat yang diedarkan di seluruh dunia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pope ini (Artikel asal adalah di dalam bahasa Arab, dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu).

MUNGKINKAH POPE BERANI BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ISLAM YANG AGUNG JIKA NEGARA ISLAM, KHILAFAH RASYIDAH MASIH BERDIRI?

Penjajah Kufur Barat tidak pernah berhenti meniupkan api kebencian terhadap Islam dan kaum Muslimin. Sebelum ini Amerika telah memijak-mijak kitab suci kita, Al-Quranul Karim. Kemudian, beberapa surat khabar dari Denmark pula membuat karikatur menghina Nabi junjungan kita Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabatnya, dan penghinaan ini diikuti oleh beberapa media massa Eropah yang lain. Kini, Pope telah berbohong menghina Islam, dan menyerang puncak kejayaan Islam (jihad).

Sebagaimana Amerika sebelumnya mengatakan bahawa tindakan mereka mengoyak dan memijak Al-Quran dengan kaki-kaki mereka tidak dimaksudkan untuk menghina Al-Quran, sama sebagaimana yang dikatakan oleh Eropah bahawa tindakan mereka menghina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sebahagian dari 'kebebasan bersuara', demikian pula Pope pada hari ini mendakwa bahawa pernyataan dustanya itu 'tidak bermaksud apa-apa'. Namun yang sebetulnya menjadi masalah ialah pemahaman kaum Muslimin yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang diucapkan oleh beliau!!!

Dalam penjelasan ini, kami tidak bertujuan untuk mengutarakan dalil-dalil tentang kebenaran Islam dan pembohongan Pope ini. Ini adalah kerana ucapannya yang menyatakan bahawa 'Islam adalah satu perkara yang menidakkan peranan akal, dan jihad yang menjadi puncak kepada ajaran Islam adalah kejam, penuh pertumpahan darah dan ganas' hanyalah sampah semata-mata. Kita semua mengetahui bahawa akidah Islam adalah dibangun berlandaskan aqal yang rasional dan memuaskan. Begitu juga dengan jihad di mana ia adalah seperti nyawa di dalam badan, yang memancarkan kehidupan; jihadlah yang telah menyebarkan keadilan dan cahaya, menerangi segala kegelapan dan kezaliman dunia. Semua ini dapat dirasakan dan dinikmati oleh semua negara yang Islam masuk ke dalamnya di kala futuhat (pembukaan) Islam.

Akan tetapi, dalam penjelasan ini kami hanya ingin mengajukan dua persoalan dan mengemukakan dua mesej. Kami akan meletakkan keempatnya di hadapan setiap orang yang memiliki dua mata (penglihatan) agar tampak jelas padanya yang mana batil dan yang mana hak serta yang mana tuduhan dusta dan yang mana kejujuran.

Persoalan Pertama: Di dunia Islam yang begini luas saat ini, apakah yang menyebabkan penduduknya memeluk Islam? Sedangkan Al-Qur'anul Hakim telah menyatakan, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)...."[TMQ al-Baqrah (2):256]. Dan Hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam pun telah memaklumkan, "Siapa saja yang tetap dalam keyahudiannya dan kenasraniannya maka ia tidak akan dipaksa keluar dari (agama)nya".

Lalu apakah yang menjadikan penduduk negeri-negeri yang telah dibuka Islam itu melepaskan agama mereka dan malah memeluk agama para mujahid yang justru 'menakluk' mereka? Malah sebahagian mereka (yang memeluk Islam) bersabar di dalam agama mereka; mereka mengembang dan menyebarluaskan Islam serta membelanya lebih gigih daripada yang diperbuat oleh para mujahid yang 'menakluk' mereka?

Kita telah melihat dan mendengar bahawa penjajah Barat, sewaktu berjaya menduduki suatu wilayah, mereka menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan mereka untuk memaksa manusia mengembankan nilai-nilai dan pemikiran mereka. Namun, bukankah penduduk di wialayah tersbut malah mencaci maki mereka (penjajah) pagi dan petang sehingga negara-negara penjajah itu gagal dan sentiasa gagal untuk mengubah penduduk negeri-negeri yang mereka jajah beragama dengan agama mereka?

Bukankah jawabannya, bahawa penduduk negeri-negeri yang berjaya dibuka Islam memeluk dan menjaga Islam, sebagaimana para mujahid yang membukanya kerana Islam sesuai dengan fitrah dan memuaskan akal?

Kami ingin menambahkan suatu perkara yang telah membuat ramai orang merasa takjub, iaitu bahawa Wali Maghribi, Muhammad Nashir, pada zaman kekhilafahan Abbasiyyah, pernah menolak kesedian Raja Inggeris, John Lackland pada tahun 1213M untuk masuk Islam kerana kekuasaannya. Hal ini terjadi kerana Wali Maghribi tersebut sedar bahawa kesediaan Raja Inggeris untuk masuk Islam adalah kerana terpesona oleh keagungan Daulah Islam, bukan kerana kepuasan intelektualnya terhadap Islam!

Persoalan Kedua: Mungkinkah Pope berani menunjukkan kebiadaban beliau dengan melontarkan tuduhan keji terhadap Islam dan aqidahnya, sekaligus menyerang jihad sebagai puncak kejayaan Islam, jika Daulah Khilafah tegak berdiri?

Sungguh kami ingin memperingatkan Pope ini tentang Islam dan kemuliaanya pada masa kekuasaannya dahulu. Kami ingin mengingatkan Pope dengan kisah Khalifah al-Mu'tasim dengan Kota Amuriyah, Khalifah Harun ar-Rasyhid dengan Nakfur Rom, Salahuddin al-Ayubi dengan King Richard, Sulaiman Al-Qanuni dengan King Louis Perancis, dan kisah pembayaran jizyah oleh Amerika kepada Daulah Khilafah (melalui Wali Algeria) pada tahun 1795 M. Tidak lupa juga kisah Sultan Abdul Hamid dengan Theodore Hertzl dan Britain yang berada di belakangnya pada tahun 1901M. Kami juga ingin mengingatkan Pope supaya dia mengetahui bahawa jika dia masih mempunyai maruah dan akal yang sihat, pasti dia tidak akan mengeksploitasi kelemahan kaum Muslimin (sekarang) dengan menyebarluaskan kebohongan serta menyerang Islam, akidah, peradaban dan puncaknya (jihad).

Sedangkan mengenai dua mesej yang ingin kami sampaikan, Mesej Pertama adalah ditujukan untuk kaum Muslimin, terutamanya mereka yang tertipu dengan seruan 'dialog antara agama' yang dilaungkan oleh Pope. Maka sesungguhnya telah jelas maksud seruan sebenarnya, iaitu bertujuan untuk menanamkan keraguan terhadap Islam di dalam jantung kaum Muslimin sekaligus menyerang akidah mereka. Dialog tersebut jelas bukannya bertujuan untuk berbincang dan mengenalpasti yang hak untuk kemudian mengikutinya dan mengenalpasti yang batil untuk kemudian mencampakkannya serta menjauhinya. Seruan kepada dialog antara agama adalah jelas seruan untuk melawan Islam dan pemeluknya dengan cara-cara yang keji dan menyesatkan (sila lihat SN bertajuk: Dialog Antara Peradaban - Umat Islam Terperangkap Agenda Kuffar). Meskipun mereka merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dan menghidangkannya dengan segala penat-lelah, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.

"Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap, dan kecelakaanlah bagi kamu disebabkan apa yang kamu sifati (mensifati Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagiNya)". [TMQ Surah al-Anbiya' (21):18].

Sedangkan Mesej Kedua adalah ditujukan kepada Pope dan orang yang mengagungkan seruannya dari pemuka Barat, dan kepada setiap orang yang memburuk-burukkan Islam yang agung, sebagai risalah samawi terakhir yang mana Allah berjanji untuk memeliharanya, "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya...." [TMQ al-Hijr (15):9].

Tuduhan para pendusta, serangan para penjual agama, konspirasi, Dajjal dan penyesatan, serta berbagai jerat yang dirancang untuk melawan Islam sesungguhnya tidak akan pernah mampu meraih tujuannya. Bahkan dengan izin Allah, Islam tetap akan menyinari kegelapan dengan cahayanya yang tidak akan padam selamanya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah mengkhabarkan kepada kita akan hal ini, "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya....." [TMQ ash-Shaff (61):8].

Kami ingin sudahi Penjelasan (Bayan) ini dengan 2 kalimat:

Pertama: Bahawasanya Hizbut Tahrir mencabar Pope untuk berhujah melakukan diskusi aqidah (teologi) berasaskan akal yang rasional (hanya akal yang rasional semata-mata) supaya jelas lagi terang bagi setiap orang yang mampu melihat. Sesungguhnya alamat Pejabat Penerangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia sudah sedia termaklum, terdapat di mana-mana sahaja pelusuk dunia yang di dalamnya terdapat aktiviti Hizb. Pihak Pope boleh memilih masa dan tempat yang diinginkan, dan kami tidak akan menyalahi janji.

"....maka buatlah suatu waktu untuk pertemuan antara kami dan kamu, kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) kamu di suatu tempat yang pertengahan (letaknya)". [TMQ Thaha (20):58].

Kedua: Sesungguhnya kami tidak menghendaki permohonan maaf dari Pope, kerana Pope tidak mengucapkan perkataannya secara keliru tanpa maksud tertentu, atau kerana kebodohannya tanpa perhitungan. Akan tetapi, kata-katanya jelas merupakan satu kesengajaan dan disengaja, terlalu terang dan tidak mengandungi kesamaran sedikit pun. Terhadap semua itu, permohonan maaf tidak ada gunanya.

Sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja yang menghina Islam, Kitabnya dan RasulNya atau yang menyerang jihad sebagai kemuncak kejayaan Islam untuk menginjakkan kaki mereka di tanah Islam atau diterima di negeri-negeri Islam sehinggalah Daulah Islam kembali ke pangkuan Islam (berdiri kembali), yakni Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Khilafahlah yang akan mengetahui bagaimana cara memperlakukan musuh-musuhnya serta menjaga bumi dan langit Islam; juga bagaimana cara menjaga/melindungi tanahnya sekaligus memuliakan akidah dengan peradabannya serta kemuncak kejayaannya.

"Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." [TMQ Yusuf (12):21].

24 Sya'ban 1427 H
17/09/2006 M
HIZBUT TAHRIR


Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian tentang kemuliaan yang telah kalian kecapi sewaktu Khilafah berdiri, berbeza dengan kedudukan sekarang yang mana agama Islam dengan begitu mudah dipermain-mainkan oleh kaum kuffar tanpa sedikit pembelaan pun dari pemimpin kaum Muslimin. Yang ada hanyalah seruan-seruan kosong yang sedikit pun tidak menggentarkan jantung-jantung musuh. Walhal dulu, Islam benar-benar dijaga oleh para khalifah dari dihina oleh mana-mana pihak, khususnya kaum kuffar. Sedikit sahaja agama Allah dihina, maka berangkatlah satu pasukan jihad untuk mengajar kebiadaban musuh Islam, sedikit sahaja Rasulullah diperburukkan, maka hancurlah pemerintah dan kerajaan yang berbuat demikian. Inilah apa yang telah dilakukan oleh para khalifah demi menjaga kesucian dan kemuliaan Islam dan penganutnya.

Khalifah Harun Al-Rasyid dan Nakfur si anjing Rom: Satu perjajian telah dibuat di antara Daulah Khilafah dan Rom, namun perjanjian ini telah dicabuli. Khalifah Al-Rasyid terus menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan berkata "Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur si anjing Rom, jawapannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar", maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Khalifah Mu'tasim dan Umuriyyah: Pada zaman pemerintahan Khalifah Mu'tasim, berlaku satu peristiwa di mana seorang perempuan Islam telah terungkap auratnya dan dilihat oleh pemuda-pemuda Rom. Mereka kemudian mengusik dan mempermain-mainkan perempuan tersebut. Perempuan itu kemudian menyebut "Ya Mu'tasim, Ya Mu'tasim!" Maka diperhatikan peristiwa itu oleh seseorang dan didengari akan kata-kata perempuan itu. Orang itu kemudian terus berangkat menuju Istana Khalifah yang perlu ditempuhi selama 2 bulan perjalanan semata-mata untuk menceritakan kepada Khalifah Mu'tasim tentang kejadian tadi. Sebaik mendengar kisah tersebut, maka Khalifah terus menghantar bala tenteranya ke jantung Rom iaitu Amuriyyah dan berjaya mengalahkannya. Seramai 30,000 tentera Rom terbunuh dan 30,000 lagi ditawan.

Amerika Membayar Jizyah kepada Daulah Khilafah: Pada zaman Khalifah Salim III, Amerika telah membayar cukai tahunan kepada wali Khilafah di Algeria sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Uthmani sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Uthmani di wilayah Algeria. Dan buat pertama kalinya Amerika terpaksa mengadakan perjanjian dalam bahasa selain bahasanya (perjanjian adalah di dalam bahasa Daulah Uthmaniyyah) pada 21 Safar, 1210 Hijrah - bersamaan 5 September 1795 Masehi. Inilah kemuliaan yang dicapai oleh kaum Muslimin dan kehinaan yang menimpa kaum kuffar semasa Daulah Khilafah memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah.

Kisah Sultan Abdul Hameed II dan Hertzl: Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi kepada perbendaharaan Daulah. Beliau tidak gentar kepada tekanan antarabangsa agar ia mengizinkan mereka (Yahudi) untuk menduduki Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur, "Sungguh aku tidak akan melepaskan bumi Palestin ini walau sejengkal.....bumi ini bukanlah milikku tetapi milik umat Islam keseluruhannya. Kaumku telah berjihad dalam mempertahankan bumi tersebut dan telah menyiraminya dengan darah-darah mereka. Jika Negara Khilafah satu hari nanti hancur, maka sungguh mereka (Yahudi) akan dapat mengambil Palestin secara percuma. Namun selama aku masih hidup, tertancapnya pisau bedah pada tubuhku adalah lebih ringan bagiku daripada aku menyaksikan Palestin terlepas dari Daulah Khilafah, dan hal itu tidak akan terjadi. Sungguh aku tidak setuju untuk mencabik-cabik tubuh kita sendiri, padahal kita masih hidup".

Wahai kaum Muslimin! Ini hanyalah secebis dari kisah-kisah keagungan Islam dan pemerintahnya. Walaubagaimanapun, kisah ini berakhir dengan begitu pilu apabila Daulah Khilafah telah berjaya ditumbangkan. Kata-kata Sultan Abdul Hamid itu telah menjadi kenyataan saat ini, di mana hasil dari hancurnya Daulah Khilafah, maka kaum Yahudi la'natullah telah berjaya menduduki Palestin. Setelah jatuhnya Daulah juga, maka kehinaan terus-menerus menimpa kaum Muslimin. Kaum Muslimin telah kehilangan perisai (Khalifah) yang selama ini telah menjaga darah dan harta mereka. Perisai inilah dulunya yang telah menjaga kemuliaan Islam dan umatnya. Perisai inilah yang dulunya 'mengajar' segala kebiadaban yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah ke atas umat Islam. Kaum kuffar menyedari bahawa perisai ini masih belum dijumpai oleh kaum Muslimin, justru mereka mengambil kesempatan untuk menyerang Islam dan kaum Muslimin habis-habisan. Mereka sedar dan amat-amat sedar bahawa apabila perisai ini kembali ke tangan kaum Muslimin, maka itulah saat mereka akan dihancurkan, sebagaimana Allah telah menghancurkan nenek moyang mereka dahulu kerana kejahatan dan kezaliman mereka.

Ya Allah! kembalikanlah Daulah Khilafah kepada kami yang mana dengannya Engkau akan menghancurkan musuh-musuhMu melalui tangan-tangan kami, yang mana dengannya Engkau akan mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin dan mencampakkan kehinaan kepada kaum kafirin.

Amin ya Rabbal 'alamin.

Rabu, 27 September 2006

250,000 MURTAD : MASIHKAH KITA INGIN BERDIAM DIRI?

Isu Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang memohon murtad telah sekali lagi membuktikan bahawa aqidah umat Islam mudah terhakis di bawah undang-undang sekular. Lina, 42 tahun, yang dilahirkan dalam keluarga Melayu Muslim, telah memohon supaya perkataan "Islam" dibuang daripada kad pengenalannya. Walau pun permohonannya belum lagi diputuskan oleh mahkamah namun beliau telah pun menganut agama Kristian. Lina diwakili oleh 4 orang peguam bukan beragama Islam. Salah seorang peguam beliau, Datuk Dr. Cyrus Das, berhujjah bahawa Lina mesti diberi hak dalam perlembagaan untuk memeluk agama yang dipilihnya. Menurut Das, mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan mahu Malaysia menerimapakai undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam. Das menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya menolak hujjah yang mengatakan bahawa Islam mengatasi Perlembagaan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, berhujjah bahwa jika Muslim dibenarkan mengisytiharkan diri mereka murtad, ia akan mendatangkan kesan negatif ke atas beberapa pihak.

Menurut laman web Malaysiakini.com bertarikh 8 Julai 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar 'ustazah' telah murtad. Angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah ini pada tahun lepas. "Wanita bergelar ustazah itu mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar "Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian" di Kuala Lumpur. Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan aqidah umat Islam di negara ini dilakukan selepas beliau mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup mengaku secara terbuka sudah keluar dari Islam kerana bimbang dibunuh atau dipukul. Menurut Mufti Perak ini lagi, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad. Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk "Ancaman-ancaman Terhadap Islam" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu. Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimana pun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti.

Murtad : Isu Penting dan Utama

Masalah murtad di kalangan umat Islam tidak pernah reda. Perbincangan mengenainya pun tidak pernah mencapai noktah. Setiap kali isu ini timbul, emosi umat Islam akan bangkit. Malangnya emosi tersebut tidak dipersatukan dengan fikrah (pemikiran) dan thariqah (method) Islam dalam menangani gejala ini. Tahu dan marah dengan apa yang berlaku, kemudian balik kerja, main bola, tengok TV dan masuk tidur. Islam hanya menjadi agama ritual (ibadat) dan tidak diambil untuk diperjuangkan. Wahai mereka yang mementingkan selimut! Bangkit dan berjuanglah! Islam memerlukan tenaga kalian. Diutusnya Rasul adalah supaya manusia beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan selainNya. Diturunkan Islam adalah supaya manusia masuk ke dalamnya dan tidak mengambil selainnya. Masuk ke dalamnya rahmat, keluar darinya celaka. Maka Allah jualah sebaik-baik penghukum bagi si celaka ini. Thariqah Islam menyatakan bahawa keluarnya seseorang dari agama yang Allah redha ini, maka keluarlah ruh dari jasad. Keluarlah kepala dari badan. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan syurga kepada penyembahNya dan yang berpaling tadah, nerakalah tempat kembalinya. Allah adalah sebaik-baik Pemberi khabar gembira dan sebaik-baik Pengancam. Bertaqwalah/Takutlah kalian kepada Allah wahai kaum Muslimin!

Kebencian kafir Barat kepada mereka yang menyembah Allah adalah amat melampau. Pelbagai usaha dilakukan namun tidak mendatangkan hasil lumayan, tetapi yang pasti upaya memurtadkan kaum Muslimin tidak pernah pudar dari benak mereka. Islam dituduh agama yang 'ketat' dan zalim, tidak memberi kebebasan. Slogan kebebasan dilaungkan di serata dunia dan dijaja dengan penuh keindahan. Hak Asasi Manusia diolah sedemikian rupa sehingga menjadi satu perjuangan yang suci lagi menyucikan. Umat Islam terkeliru dan terpukau. Ada yang ingin membela Islam, namun meletakkan diri di kandang salah, membela Islam sebagai pihak yang tertuduh. Ada pula yang rosak dan busuk hatinya, terus menjadikan Barat sebagai rasul (ikutan), kerana inilah 'agama' baru yang lebih benar dari agama Allah. Inilah kebebasan yang benar, bebas sebebas-bebasnya. Inilah hak asasi bagi manusia!. Golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sisters In Islam (SIS) menjadi tali barut musuh-musuh Allah dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia. SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)(www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm )

Ini hanyalah secebis dari perkataan mereka yang ingin memadamkan cahaya Allah. Banyak lagi perkataan-perkataan seumpama ini yang sentiasa kedengaran dari 'kekasih-kekasih' Barat seperti ini. Setiap kali isu murtad muncul, maka mereka akan menzahirkan perjuangan mereka di dalam membela orang-orang murtad ini. Kenapakah kata-kata jijik ini dibenarkan berlegar di udara? Tak lain tak bukan kerana amalan kebebasan bersuara yang diamalkan pada hari ini. Ya, kebebasan bersuara yang membiarkan suara-suara kufur dialunkan tetapi menghalang suara-suara haq dari berkumandang. Suara untuk mengajak kembali kepada hukum-hukum Islam, kepada Daulah Khilafah Islamiyyah dan seumpamanya adalah suara-suara yang merbahaya tetapi seruan kepada kemurtadan adalah suara-suara yang mulia. Inilah hakikat Hak Asasi Manusia yang dilontarkan oleh Barat dan 'disambut baik' oleh pemuja-pemuja mereka dari kalangan kaum Muslimin.

Inilah barah sekularisme yang ada di dalam tubuh umat Islam, yang memisahkan agama dari kehidupan. Pembuatan undang-undang adalah di tangan manusia, bukan di tangan Allah. Manusia telah mengambil hak Allah sebagai Asy-Syari' (pembuat undang-undang). Undang-undang ciptaan manusia yang ada sekarang langsung tidak membuatkan orang gentar atau takut untuk murtad, malah peruntukannya 'semacam' membenarkan aktiviti sesat ini. Malaysia menganggap bahawa dadah adalah musuh utama sehingga hukuman mati mandatori dikenakan kepada pengedar dadah. Tiada kompromi tentangnya. Sebaliknya, kes murtad tidak dianggap isu utama dan orang yang murtad boleh lepas bebas. Jika hukuman mati-lah yang dicadangkan, maka Hak Asasi Manusia akan diambil kira dan wajib diutamakan!!. Mesti berkompromi. Inilah apa yang berlaku dan inilah hakikat mereka yang berpegang teguh dengan sekularisme.

Hukum Murtad Menurut Islam

Apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah, 2:217]

Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, "Dihadapkan kepada Amirul Mukminin 'Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata 'Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, "Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh."

Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah, iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, "Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia", menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh Ali radhiAllahu 'anhu. tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di sini ialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Ali. Apa yang dilakukan oleh Ali adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliau mendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).

Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, "Bahawa Abu Bakar radhiAllahu 'anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu."

Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Mu'az memerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut, setelah memberi kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Mu'az. Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi kemurtadannya. Jika ternyata dia mengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak).

Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, "Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamah al Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Mas'ud dan menceritakan kejadian itu. Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya, "Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh."

Seperkara yang perlu diperhatikan ialah dari segi perlaksanaan hukum di mana mereka yang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara (pemerintah) atau orang yang ditugaskan oleh negara (Qadhi). Mana-mana individu atau jemaah tidak boleh melakukannya. Tugas individu atau jemaah hanyalah sebatas memberi peringatan, ancaman dan memuhasabah pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam. Malah wajib ke atas mana-mana individu atau jemaah meluruskan pemerintah dalam kes ini. Individu atau jemaah juga boleh berdakwah kepada mereka yang murtad agar kembali kepada Islam dan jika mereka berdegil, urusan mereka dikembalikan kepada pemerintah (untuk dihukumi).

Menjawab Kebohongan dan Pengeliruan

Di dalam mempertahankan perjuangan mereka, golongan sokong-murtad ini telah mengelirukan umat Islam dengan tafsiran ayat "tidak ada paksaan dalam agama..." [TMQ al-Baqarah:256]. Mereka mengatakan bahawa orang Islam boleh keluar dari Islam berdasarkan ayat ini. Kesalahan mereka amat jelas dan ketara di mana ayat yang mulia ini sebenarnya menerangkan tidak ada paksaan ke atas orang kafir untuk memeluk Islam, bukan sebaliknya. Jadi meskipun wajib bagi orang kafir untuk masuk Islam (lihat Ali-Imran:3,19,85), mereka hendaklah memeluk Islam atas kerelaan dan kesedaraan sendiri dan bukan kerana ada paksaan.

Mereka juga berhujah mengatakan bahawa hadis "Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia" sebagai Hadis Dha'if (lemah), kerana terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalam sanadnya. Sebenarnya Muhamad bin Al-Fadhal diterima oleh ahli hadis, sehinggalah penghujung umur beliau. Imam Bukhari berkomentar bahawa dia adalah tsiqah (dipercayai) tetapi "berubah-ubah di penghujung umurnya". Kebohongan golongan sokong-murtad ini jelas di mana mereka sebenarnya tidak mengkaji hadis ini dengan sempurna. Terdapat hadis yang sama diriwayatkan oleh Bukhari melalui 16 sanad yang lain yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalamnya. Yang mereka ketengahkan ialah satu sanad sahaja yang dikatakan tidak sahih kerana adanya Muhamad bin Al-Fahdhal (Hadis -6411) walhal terdapat 16 sanad yang lain (Hadis -2794) yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal dan yang langsung tidak mengandungi kecacatan di dalamnya namun ini tidak pernah tidak dibincangkan oleh golongan sokong-murtad ini.

Terdapat banyak lagi pengeliruan dan kebohongan nas-nas yang dilakukan di dalam membolehkan murtad ini. Golongan ini sememangnya 'kreatif' di dalam mencari nas demi merubah hukum Allah. Disebabkan keterbatasan ruang, kami tidak dapat untuk menyiarkan semua hujah-hujah palsu mereka untuk dijawab. InsyaAllah di lain waktu akan diperbincangkan.

Khatimah

Slogan Hak Asasi Manusia yang dilaungkan oleh kafir Barat telah betul-betul dimanfaatkan oleh mereka untuk menguasai negara umat Islam dan meluaskan cengkaman mereka ke atas kita. Selain dari menjajah umat Islam dari segi ketenteraaan, politik, ekonomi, pemikiran dan kebudayaan, musuh-musuh Allah ini juga tidak pernah putus asa berusaha mengeluarkan kaum Muslimin dari agama Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan kita,

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].

Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa salah satu tujuan luhur Islam dalam menjaga masyarakat (yang disebut sebagai maqasid syar'iyyah) adalah 'menjaga agama/aqidah'. Allah sekali-kali tidak memberi hak dan keizinan ke atas manusia untuk menyekutukanNya atau tidak mempercayai kewujudanNya (atheist). Allah Subhanahu wa Ta'ala menjaga agamaNya melalui hukum bunuh ke atas orang-orang yang telah menukar kepercayaan (murtad) ini. Dan orang yang dibebankan oleh Allah untuk melaksanakan hukuman ini tidak lain tidak bukan adalah pemerintah. Wajib ke atas pemerintah menjaga agama Allah dengan menerapkan sistem yang datang dari Allah, bukan menerapkan hukum mengikut kehendak sendiri, kehendak manusia lain, apatah lagi kehendak musuh-musuh Allah (kafir Barat). Kita selalu berdoa dan mengharapkan supaya Allah menjadikan orang-orang yang bertaqwa/takut (kepada Allah) sebagai pemimpin kita, bukan pemimpin yang 'bertaqwa' kepada Barat. Hanya pemimpin yang bertaqwa kepada Allah sahajalah yang akan menyelamatkan umat ini dari kehancuran.

Rasulullah dan para khulafa' telah berjaya mengIslamkan umat manusia. Mereka benar-benar menjaga aqidah umat yang telah memeluk Deenul haq ini. Penerapan hukum bunuh ke atas si murtad telah berjaya menjaga kesucian dan kebenaran agama Allah ini. Sudah lama kita mengharapkan perkara yang sama dilakukan oleh para pemerintah, tetapi harapan tinggal harapan. Undang-undang yang ada sekarang adalah hasil ciptaan manusia dan telah terbukti gagal menangani masalah ini. Undang-undang aqal yang lahir dari sistem demokrasi ini tidak pernah berjaya dan ia akan terus gagal dan gagal. Tidakkah kalian sedar wahai kaum Muslimin? Tidakkah kita semua rindu akan kehidupan di mana Sistem Allah diterapkan di dalamnya? InsyaAllah kerinduan kita ini akan terubat bilamana kita menyaksikan Daulah Khilafah sekali lagi memayungi dunia. Tetapi kita tidak boleh menanti wahai saudaraku, kita wajib berjuang untuk mendirikannya sebagaimana perjuangan Rasulullah semasa di Makkah dahulu sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah. Perjuangan merubah pemikiran-pemikiran kufur yang ada pada umat untuk digantikan dengan pemikiran-pemikiran Islam yang berasal dari wahyu, bukan yang datang dari sistem demokrasi-sekular. Hukum bunuh ke atas orang-orang murtad akan kembali diterapkan bilamana Daulah Khilafah memerintah dunia nanti. Wahai kaum Muslimin, kekallah kalian di dalam agama ini dan patuhilah segala perintah Allah. Ingatlah! Haram untuk kita mati di dalam keadaan tidak tunduk patuh kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim". [TMQ Ali-Imran:102]

Selasa, 26 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN AKHIR )

Sepatutnya, pemimpin UMNO termasuk Annuar bimbangkan fenomena yang lebih serius iaitu "75% remaja Malaysia yang kehilangan dara."(Mingguan Malaysia 31 Julai 2005). Ini adalah sejenis bala yang menimpa Negara. Jika diikutkan kajian tersebut, daripada 18,805 orang remaja yang telah dijadikan sample, seramai 14,121 orang remaja atau 75% yang didapati ketiadaan dara lagi. Ini tentu ada kaitan dengan dasar-dasar "pembangunan songsang" yang telah diacuankan oleh kerajaan UMNO/BN. Sudahnya, UMNO gagal dalam serba serbi. Dara, dadah, dedah aurat, mujrtad, zina',rogol, liwat, rasuah, belasah, ragut, rompajh, Ayah Pin, ectasy dan asap ganja.

Jika diikutkan "ilmu keupayaan", UMNO telah gagal 100% kerana "there is only one proof of ability - results." UMNO gagal apabila dia gagal melahirkan rakyat yang beriman dan Negara yang bahagia. Itulah "end result"nya dan itulah ukurannya.

Ringkasnya, jika Annuar Musa baru sedang berkhayal untuk merampas Kelantan, PAS pula sudah berkira-kira mengambil alih Putrajaya, Perak Darul Ridzuan, Kedah Darul Aman, Pahang Darul Makmur, Terengganu Darul Iman, Perlis Indera Kayangan dan Selangor Darul Ehsan. Kita ambil Negara seluruhnya.

Insya-Allah, walaupun tubuh kami kecil tetapi jangan terkejut jika kami boleh melompat lebih tinggi dari orang yang gemuk dan letih bertongkat.

Annual Bakri Haron
Setiauasah Politik
Menteri Besar Kelantan

Sabtu, 23 September 2006

DEMO BANTAH POPE DI MASJID AL-AZIM - 23 SEPTEMBER 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1427 HIJRAH

Salam Ramadhan ditujukan khas buat seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia. Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dari ilahi dalam melaksanakan ibadah puasa. Inilah masa dan peluang untuk umat Islam mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T.serta merebut amalan sepanjang bulan Ramadhan.

Insya-Allah selain itu juga, umat Islam dapat mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan jihad dan amal ibadat lain kepada Allah S.W.T.- SALAM PERJUANGAN DAN SALAM IKHLAS DARI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN

Jumaat, 22 September 2006

BAGAIMANA YAHUDI MELEMAHKAN UMAT ISLAM?

RAHSIA KEKUATAN DAN KELEMAHAN UMAT ISLAM DI TANGAN MUSUH

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.

Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.

Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.

DEMO BANTAH POPE HARI INI

PERHATIAN
Demonstrasi bantah pope akan diadakan di perkarangan Masjid Negeri Al Azim Melaka pada hari ini Jumaat 22 Sept 2006, Selepas solat Jumaat. Semua dijemput hadir. Takbir!! ALLAHUAKBAR!!!

Khamis, 21 September 2006

PEMUDA UMNO BUKAN HERO MAT REMPIT

Assalamualaikum,
Saya melihat aktiviti mendekati golongan Mat dan Minah Rempit ini bukanlah untuk 'menjinakkan' mereka agar kembali ke pangkal jalan (Definisi pangkal jalan juga berbeza kepada penganut sekuler-kapitalis berbanding dengan ihdinassiratal mustaqim).

Akan tetapi, ia hanyalah salah satu perancangan "re-branding" (penjenamaan semula) Pemuda UMNO secara khusus dan UMNO secara amnya. Mutakhir ini, kita menyaksikan imej Pemuda UMNO terutamanya Naib Ketua Pemudanya yang juga menantu PM berada ditahap yang amat memalukan. Satu demi satu skandal terbongkar dari isu saham ECM Libra hinggalah kisah cinta dengan Sang Pontianak Cantik yang dinafikan secara tidak professional. Sesuatu perlu dilakukan oleh graduan Oxbridge ini untuk memastikan matlamat duduk di takhta pemerintahan negara suatu waktu nanti tercapai. Selain dari aktiviti MyTeam, mendekati Mat Rempit bukan sekadar satu langkah untuk menarik mereka menyertai Putera yang bakal menjelma menjadi Pemuda UMNO, malah menaikkan imej dimata masyarakat juga amat perlu dan mesti.

Cita-cita yang paling atas (ultimate intention) ialah mendapat manfaat politik (political mileage) bukan hendak membawa adik-adik rempit ke jalan yang benar. Pada akhirnya, ia gagal dengan cemerlang (F9). Sesuatu yang boleh dijangka dari awal lagi. Membina umat untuk menjadi manusia sejati bukan hanya mengumpulkan mereka secara fizikal. Ia adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dilalui semua samada pernah merempit atau golongan yang tidak tahu pun apa itu 'spark plug'.

Ia juga adalah tanggungjawab pemerintah, kerana ia melibatkan penggunaan sumber (kemahiran, manusia,kewangan,logistik,dsb) yang tidak sedikit, yang payah untuk dilakukan oleh orang perseorangan atau kumpulan individu spt NGOs disebabkan kekangan sumber (constraint on resources).

Seringkali aktiviti tempelan sebegini hanya dilakukan untuk menutup atau mengalihkan perhatian umat (divert the focus of the masses) agar tidak lagi memperkatakan isu lebih besar. Apabila isu yang menjadi kontroversi telah reda, Mat dan Minah Rempit akan dilupakan dan mereka akan mengganas semula di jalanraya. The story never ends.

Wassalam.

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 10 )

Tak semena-mena, dalam keadaan UMNO ynag cukup lelah itu, seorang bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru dilantik oleh Pengerusi KADA boleh mengunjurkan yang "kemungkinan Kelantan akan menghadapi masalah kemiskinan yang serius dalam tempoh 5 tahun jika tiada perubahan politik." (Utusan Malaysia 31 Julai 2005)

Seluruh orang Kelantan naik kebingungan mendengar kenyataan Dato' dari Bukit Marak ini. Ini kerana disepanjang 4 minggu kebelakangan ini, telah terbukti yang dasar-dasar UMNO/BN lah yang banyak menimbulkan pengangguran dan memiskinkan orang Melayu. Orang Melayu miskin akhlak kerana UMNO. Orang Melayu mula meminggirkan agama kerana UMNO. Orang Melayu semakin dihimpit kos hidup yang tinggi kerana UMNO menaikkan harga minyak dan menyusahkan orang Melayu.

Siapa boleh yakin yangdasar tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu ke IPTS yang menjejaskan hampir 120,000 anak Melayu amalan UMNO terkini adalah "mesra Melayu".

Dalam keadaan bersepah-sepahnya bahan bukti kegagalan UMNO yang sangat menyeluruh, bolehlah rakyat percaya dengan unjuran Dato' Annuar Musa. Jika kita perlu bertanya, apa yang telah dilakukan oleh Annuar semasa beliau menjadi menteri pembangunan luar Bandar untuk mengatasi kemiskinan di Kelantan.?? Adalah dua tiga projek ternakan ikan, tanaman orkid dan telur emas disana sini, tetapi tidak satu pun menjadi. Yang rakyat pasti ialah wujudnya skandal melibatkan kehilangan wang rakyat hampir RM 40 juta yang diperuntukan untuk golonganrakyat termiskin. Rakyat boleh bertanya lagi sama ada skandal sebegini boleh membantu membasmi kemiskinan atau memburukkan lagi suasana kemiskinan.? Dalam keadaan keraguan memuncak rakyat tentang integriti dan kejujuran pemimpin UMNO, saya tidak faham bagaimana Annuar begitu berani mengempen rakyat untuk membuat perubahan politik. Kita tahu, maksud beliau ialah menukar kerajaan lah. Tukar dari kerajaan yang stabil kepada kerajaan yang tidak stabil. Tukar dari kerajaan yang rasuah politik kepada kerajaan yang rasuah politik. Tukar dari kerajaan yang kasihkan Islam kepada kerajaan yang kurang kasihkan Islam. Tukar dari kerajaan yang membantu SAR kepada kerajaan yang menyekat bantuan SAR.

Sebenarnya apa yang dituduh oleh Annuar bukan benda baru. Dia Cuma ulang kata-kata Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang sebelumnya. Annuar Cuma perlu "cut and paste" reaksi Nik Abdul Aziz kepada Mustafa sebelum ini yang berbunyi :-

"Jika betullah kenyataan Dato' Mustafa Mohamad yang berbunyi, "PAS gagal menangani masalah pengangguran (di Kelantan) walaupun sudah memerintah sejak tahun 1990" (mingguan Malaysia 9 Mei 2004), maka betullah juga jika saya mengeluarkan kenyataan yang UMNO gagal menangani masalah pengangguran walaupun memerintah di Malaysia sejak tahum 1957. Mustahil Mustafa mahu menafikan fakta yang kini terdapat seramai 58 000 orang penganggur terhormat berkelulusan dari IPTA/IPTS yang sedang aktif merayau-rayau di seluruh Negara. Siapa yang memerintah seluruh Negara jika tidak UMNO? Jangan mudah-mudah Dato’ Mustafa cuba nafikan fakta ini kerana ia diakui sendiri oleh Menteri Sumber Manusiadalam temuramah secara langsung di TV1 jam 8:00malam pada 1 Mei 2004 sempena sambutan Hari Buruh."( semak tulisan-tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam Harakahdaily) -BERSAMBUNG

Isnin, 18 September 2006

DIMANAKAH HILANGNYA SISTEM DEMOKRASI DIMALAYSIA ??

Kain Rentang UMNO yang digantung pd Masjid Kg. Duyung. Boleh kah kain rentang PAS digantung bersama?

Dalam hal-hal macam ni masyarakat silalah ambil perhatian. Apabila UMNO melanggar peraturan tak pe tapi kalau PAS akan diambil tindakan.

Hampirilah kejujuran, bukan pembohongan. Ini baru bab kain rentang dia menyalahi kuasa, bagaimana yang lain??

Sabtu, 16 September 2006

POPE HINA AQIDAH ISLAM?

Qardhawi Tanggapi Pernyataan Paus Soal Penghapusan Jihad dari Kamus Islam

Pernyataan Paus Benedict XVI soal penghapusan istilah jihad atau perang suci dari literatur kaum Muslimin dan tentang Rasulullah saw, memicu protes keras di berbagai tempat. Mereka meminta Paus untuk meminta maaf atas pernyataannya yang bertendensi buruk itu kepada satu setengah milyar Muslim di seluruh dunia.

Dr. Yusuf Qardhawi, ketua Persatuan Ulama Islam Internasional mengatakan, "Kita sekarang menunggu sikap yang akan dilakukan seorang petinggi agama di dunia Kristen. Hendaknya ia lebih berhati-hati, teliti, berkonsultasi dan berdialog lebih dahulu jika ingin bicara tentang agama besar seperti Islam dan telah berkembang lebih dari 14 abad, juga dipeluk oleh lebih dari satu setengah milyar manusia."

Menurut Qardhawi, Paus yang sebenarnya sibuk mengajarkan lahut dan sejarah keyakinan di Universitas Ratesbon sejak tahun 1969, telah gegabah mengkritik Islam bahkan menyerang Islam dari sisi keyakinan aqidah dan hukumnya, dengan cara yang tidak layak, keluar dari orang sepertinya.

Qardhawi melanjutkan, sebelum Paus mengeluarkan pernyataannya di Universitas Regensberg Jerman hari Selasa lalu (13/9), seharusnya ia merujuk dahulu ke kitab suci Al-Quran, dan keterangannya dari sunnah Rasulullah saw. Tapi ia ternyata hanya merasa cukup dengan dialog yang terjadi empat belas abad lalu antara raja Bizantium dan seorang Muslim Persia. Di mana saat itu Raja Bizantium mengatakan, "Tunjukkan kepadaku sesuatu yang baru yang dibawa Muhammad? Tidak ada sesuatu yang baru sedikitpun kecuali keburukan dan ketidakmanusiaan seperti perintahnya menyebarkan agama dengan mengangkat pedang...."

Qardhawi menyanggah pernyataan Paus mengutip perkataan tersebut. Ia menegaskan bahwa apa yang dikatakan oleh penguasa Bizantium itu adalah kedustaan luar biasa. "Tak satupun tokoh yang konsisten dan keras melawan keburukan, menyerukan kebaikan, memelihara kehormatan manusia, menghormati fitrah manusia, seperti Muhammad saw yang diutus sebagai rahmatan lil aalamiin," ujar Qardhawi. Ia lalu menegaskan bahwa Islam tak menerima keimanan yang diakui oleh seseorang dengan cara pemaksaan, karena Allah swt berfirman, "Tidak ada paksaan dalam agama, telah jelas mana petunjuk dan mana kesesatan."(QS. Al-Baqarah: 256)

Paus, tandas Qardhawi, lupa bahwa Rasulullah Muhammad saw datang dengan kelebihan yang sangat dan sangat banyak yang tidak terdapat dalam ajaran Kristen maupun Yahudi. Islam memadukan antara unsur immaterial (ruhiyah) dengan materil (maddiyah), antara dunia dan akhirat, antara cahaya akal dan cahaya wahyu, dan menyeimbangkan antara individu dan masyarakat, antara hak dan kewajiban. Lalu menetapkan dengan jelas persaudaraan antar berbagai level masyarakat, antara berbagai unsur masyarakat, satu sama lain. Itu tertera dalam firman Allah swt, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan Kalian dari kaum laki-laki dan wanita dan Kami jadikan kalian berbangsa-bangsa dan berkelompok kelompok agar kalian saling mengenal." (QS. Al-Hujuraat: 13). (na-str/iol)

SUMBER ERA MUSLIM

SHAH ALAM DIHADIAHKAN GEREJA TERBESAR DI MALAYSIA

Hampir 15 tahun yang lalu semasa baru sahaja tamat pengajian di Universiti, isu pembinaan gereja di Shah Alam telah pun berlegar ketika itu tetapi telah mendapat tentangan masyarakat setempat.

Idea pembinaan gereja tersebut di rancang oleh pertubuhan missionaries rantau Asia dan dirangka untuk menjadi gereja yang terbesar di rantau ini. Diantara orang2 penting yang mendalangi usaha2 tersebut ialah bekas menteri besar sabah (Pairin Kitingan). Usaha awalnya adalah untuk membina gereja tersebut di Seri Petaling(SP) memandangkan pada ketika itu maklumat dalaman telah diperolehi oleh pihak Keristian bahawa SP akan menjadi tempat yang teramat strategik kerana pembanagun yang dirancang utk kawasan tersebut dan persekitarannya.

Alhamdulillah, perancangan mereka telah dapat dikesan oleh beberapa orang penggerak aktif dalam jemaah tabligh lalu mereka membuat pertemuan dengan Datuk Bandar KL pada ketika itu (kalau tak salah namanya Datuk Panja Aris) dan tapak tanah yang telah pun dimohon oleh pertubuhan kristian untuk pembinaan gereja terbesar Asia, telah diserahkan kepada jemaah tabligh untuk didirikan masjid yang kemudiannya menjadi markaz kegiatan tabligh mereka.

Keputusan ini telah menjadikan pihak2 kristian amat marah tetapi mereka tidak berputus asa. Tumpuan mereka kemudian dialihkan ke Shah Alam tetapi sebagaimana yang diberitahu awal tadi, mendapat tentangan dari masyarakat setempat.
"sedar-sedar tiba2 Saja tersergam" itulah taktik mereka selepas kegagalan mereka pada peringkat awal.

Untuk makluman semua, mereka akhirnya berjaya juga mendirikan sebuah gereja di kawasan SP/Sg. Besi. Kalau sdra/i lalu MRR2 atau Lebuhraya KL-Seremban dan perhatikan diatas bukit dibelakang warehouse perabut sebelum exit SP, maka akan dapat dilihat gereja mereka tersergam diatas bukit tersebut. Mengikut khabar2 yang tersebar, terdapat kemudahan asrama dan bilik kuliah untuk menjalankan dan merancang kegiatan2 mereka.

Bilakah atau sudahkah terdapat usaha2 untuk memulakan langkah2 "pro-aktif" menangani permasalahan murtad JANGKAMASA PANJANG di Malaysia? Kalau telah pun ada, boleh saya tahu apakah usaha2 tersebut? (maksud saya selain dari usaha mengumpul t/tangan bagi menyuarakan bantahan kes Lina Joy)

(cerita "AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ" insya-Allah akan disambung semula pada Hari Ahad (17 September 2006 )..maaf diatas segala kesulitan yang ditimbulkan oleh kami dan membuatkan pengunjung blog ini tertunggu-tunggu)-jasindaily

Jumaat, 15 September 2006

DIMANAKAH TANGGUNGJAWAB KITA DALAM MENANGANI ISU MURTAD DI MALAYSIA..????

Kita baru saja menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 49, yang menandakan sudah hampir separuh abad negara kita telah merdeka. Kemerdekaan yang kita rayakan adalah merupakan satu anugerah yang patut disyukuri dan dipertahankan. Salah satu nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ialah apabila Islam dimaktubkan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara.

Walaubagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat berbagai usaha yang agresif dan berterusan untuk menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan. Ini dapat disaksikan melalui deretan kes-kes yang timbul seperti kes-kes murtad [Azlina Jailani, Kamariah Ali dan lain-lain], kes Muhammad Abdullah @ Moorthy [pendaki gunung Everest], desakan meminda serta memansuhkan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Interfaith Commission of Malaysia (IFC), penubuhan kumpulan pendesak hak kebebasan beragama yang dikenali sebagai "Article 11" dan lain-lain. Untuk tujuan ini, terdapat pelbagai organisasi dan individu, Islam dan bukan Islam, serta gerakan dalam dan luar negara [eg. The Beckets Fund] yang bergerak atas nama hak asasi manusia dan kebebasan individu untuk menentang kedudukan istimewa ugama Islam di negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kita sedia maklum bahawa ugama Islam sudah sebati dengan Melayu, di mana Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan sendiri mendefinisikan Melayu sebagai:

-Beragama Islam,
-Berbahasa Melayu, dan
-Mengamalkan budaya Melayu.

Islam melangkaui batas definisi undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Nenek moyang kita mempertahankan identiti ini dan tidak mengubah aqidah mereka meskipun dijajah kuasa besar Kristian untuk hampir 500 tahun. Jika kita membiarkan perkara ini berterusan, identiti bangsa akan terhakis dan kedaulatan Islam di negara ini akan tercemar. Sehubugan dengan itu, satu pertubuhan dikenali sebagai Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah ditubuhkan baru-baru ini.

Begitu juga, MSM [Majlis Syura Muslimun] selaku sebuah pertubuhan Islam di United Kingdom dan Ireland merasakan ini adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikul bersama oleh semua umat Islam Malaysia. MSM menyeru individu-individu dan organisasi-organisasi untuk turut menyokong dan menyebarkan kepada lebih ramai lagi usaha-usaha yang telah dimulakan oleh PEMBELA. Sumbangan dari kita juga amatlah diperlukan samada dari segi kepakaran, idea, tenaga atau kewangan untuk membantu memperjuangkan isu ini. Pihak PEMBELA boleh dihubungi di laman web www.myislamnetwork.net .

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa pentingnya setiap dari kita memahami Islam dalam ertikata yang sebenarnya dan bersungguh-sungguh dalam mengamalkanya. Islam bukan sahaja satu agama yang hanya diamalkan di tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu tetapi ia adalah ad-Deen, suatu cara hidup yang amat sempurna selagimana ia menjadi prinsip hidup kita. Kemanisan nikmat ini akan dirasai sekiranya kita betul-betul memahami dan mengamalkannya. Islam yang terbina dalam diri setiap individu muslim insyaAllah akan melahirkan satu umat yang mampu mendukung Islam di mana-mana sahaja.

Oleh itu, isu aqidah adalah satu isu yang harus dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kita perlu sentiasa ingat kelalaian kita akan isu-isu seperti ini akan memberi kesan yang besar bukan sahaja pada diri kita malah kepada anak-anak kita serta generasi yang akan datang.

Dr Mohd Hafizal Mohd Yunus
Ameer
Majlis Syura Muslimun UK & Eire

Khamis, 14 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 9 )

UMNO MABUK ISU

Dalam suasana harga minyak yang naik dan berlumba-lumbanya barang-barang lain yang ghairah mahu naik, apa sangatlah nilai amaran Timbalan Perdana Menteri. Jika amaran yang berbunyi "the government will act severely against price hike."(NST 31 Julai 2005) itu berkesan, tidak akan naiklah harga barang-barang semasa 2 kenaikan harga minyak yang terdahulu. Nampaknya peniaga sudah hampir tahu perangai kerajaannya. Mereka seolah-olah berkata, kerajaan buatlah apa yang kerajaan suka danmereka pula bebas berbuat apa yang mereka suka. Pelanduk tersepit di tengah dua gajah itu ialah rakyat. Seakan-akan tiada siapa pedulikan mereka. Tanyalah semua lapisan rakyat, itulah responnya. Temubual spontan NTV 7 pada malam 31 Julai 2005 boleh mengesahkan segala-galanya. Salah seorang rakyat yang ditemuramah, secara sinis berkata, "saya sokong PM 100% kerana sudah 3 kali berjaya menaikkan harga minyak. Jadi saya sokonglah."

Baru sepanjang minggu, gegaran penyalahgunaan AP menghantui rakyat. Baru beberapa minggu juga kita dikejutkan dengan cadangan pembekalan kondom dan jarum. Baru beberapa minggu yang lepas, kita dihebohkan dengan pandangan seorang "Menteri Ulama' Wanita" dari UMNO yang membolehkan pelacuran jika darurat. Kita juga digemparkan dengan rasuah politik raksasa yang melibatkan Naib Presiden UMNO. Baru beberapa minggu juga, Malaysia menyaksikan seorang bekas Ketua Menteri Sabah dari klon UMNO yang kalah judi melibatkan RM7.1 juta. Pendek kata Malaysia terlalu kaya dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa UMNO/BN terhadap amanah rakyat. Dibawah kepimpinan UMNO, nampaknya pendekatan yang gemar diambil ialah "wait and see." Tunggu dan lihat-lihat kalau ada air selut yang bergelodak itu turun dan tenang tanpa perlu dicari penyelesaian.

Lihatlah isu AP misalnya. Rakyat boleh lihat percubaan awal yang dibuat ialah Menteri berkenaan menulis surat kepada bekas Perdana Menteri yang berkenaan. Bila diminta reaksi, PM berkata, "ok, semua sudah selesai." Bila didesak balas oleh PAS dan dipaksa oleh Tun Dr.Mahathir sekali lagi dengan perkataan "berbohong", keluar pula senarai kedua. Jadi, senarai satu yang dikatakan betul itu apa dan senarai kedua yang dikatakan lebih betul itu, apa?? (bersambung)

Rabu, 13 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 8 )

Tanda-tanda kegagalan DEB era baru ini yang baru cuba diisytiharkan ini, pada saya dapat dibaca dari 2 signal yang telah diangkat oleh Presiden MCA Dato' Seri Ong Kah Ting dan Presiden Gerakan iaitu Dato' Seri Lim Keng Yaik. Walaupun saya tidak suka sebut perkara sejarah mengenai 13 Mei tetapi inilah bom jangka yang sedang menunggu kita. Jika AS boleh gagal di Iraq dan Afghanistan dengan menggunakan undang-undang dan kekerasan, maka apa jaminan UMNO untuk berjaya. Hanya yang akan menyelamatkan Malaysia dan kita semua ialah keadilan bersumberkan peraturan dan keadilan daripada Allah S.W.T.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan ustaz-ustaz UMNO. Jika nasihat adalah teras kepada dakwah Islamiyah, maka membinakah mereka apabila tidak menasihati kerajaan yang dipimpin oleh UMNO ini?? Saya cukup takut didakwa oleh Allah S.W.T nanti sebagai manusia yang meruntukan agamanya sendiri.

"Perhatikanlah, betapakah mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka)."- Surah An-Nizaa': Ayat 50 -(Insya-Allah akan bersambung untuk tajuk "UMNO MABUK ISU")

Selasa, 12 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 7 )

Dalam perhimpunan UMNO yang lepaspun, saya masih mendengar seorang perwakilan UMNO dari Terengganu yang cuba-cuba memberanikan diri untuk menyebutkan perkara pertanggungjawaban di Padang Masyar., Ertinya disini, jika UMNO sudah menerima perkara soal jawab di akhirat, kenapa masih berdegil menggunakan Prlembagaan Persekutuan mengatasi Al-Quran dan Hadith. Malah, akhir-akhir ini pula, UMNO sangat jelas semakin membenci agama. Agama mula disebut sebagai candulah. Agama disebut sebagai individulah. Zina dan pelacuran halal jika daruratlah. Mahu meminggirkan undang-undang yang mencegah kemungkaranlah. Sebelum ini, UMNO jugalah yang menolak hudud. Pemimpin mereka menghina janggut Nabi, menyekat bantuan SAR dan memutuskan untuk membatalkan penggunaan perkataan Islam dalam mana-mana pertubuhan. Rakyat memang tidak lupa dosa-dosa ini. Walaupun, Hishamuddin Tun Hussein sudah mula melaungkan "takbir", menandakan UMNO sudah terkepit, tetapi tidak pernah menghalalkan UMNO untuk terus mengelirukan rakyat melalui perjuangan Melayunya.

Jika Ayah Pin dan pengikutnya boleh diisytiharkan telah rosak akidahnya oleh Menteri Besar Terengganu, maka tidakkah pemimpin UMNO juga telah lebih awal rosakakidahnya dengan perbuatan-perbuatan ini. Nampaknya setengah pemimpin UMNO juga turut perlu dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah untuk proses penyembuhan. Jika Ayah Pin dituduh penakut apabila terus bersembunyi untuk berdepan dengan soal jawab mahkamah, apa wajarnya UMNO untuk juga bersembunyi dan senyap sunyi apabila diminta oleh PAS untuk bermuzakarah?

Kembali kepada DEB, pada saya dasarnya tersebut akan gagal sekali lagi walaupun sedang ditiupkan rohnya untuk bernyawa semula. Ini kerana UMNO meninggalkan ISLAM. Aspek Islam yang berkaitan disini ialah pembelaan mesti dilakukan tanpa syarat asalnya rakyat itu miskin dan berhak mendapat bantuan. Semangat Islam mudah saja iaitu menolong pihak yang lemah tanpa mengira kaum kerabat dan fahaman politik (bersambung)

Isnin, 11 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 6 )

Dengan adanya deklarasi sedimikian, semua rakyat yang berada dibawah garis kemiskinan atau golongan termiskin akan terasa diri mereka dibela. Ini akan mengikis kecurigaan, hasad, prejudis dan nafsu saling berdengkian sesame seindiri. Ini akan merapatkan jurang jurang sosial dan membina keakraban serta perpaduan kaum. Tak perlulah UMNO mengangkat keris dan membazir masa dalam perhimpunan. Ini, Melayu Barulah. Globallah. Glokallah. Semuanya retorik. Saja nak sedapkan telinga pendengar dan mendidihkan sentimen Melayu. Jika betul-betul nak bantu anak Melayu sangat, kenapa tidak dijelaskan kedudukan hamper 120,000 pelajar yang tidak mendapat peluang untuk memasuki IPTS misalnya, kerana MARA dan PTPTN tidak disediakan peruntukan. Isu ini sangat mendesak tetapi anihnya tak satupun keputusan konkrit dibuat yang mampu menghadiahkan sesuatu kepada warga Melayu dalam perhimpunan sebesar itu.

Sebenarnya, jika UMNO dengar teguran PAS, sudah lama Malaysia selamat. Kami menentang pendekatan bangsa walaupun kamipun juga orang Melayu kerana kami lebih yakinkan penyelesaian yang telah disediakan Islam UMNO telah membazirkan masa melawan Islam yang dibawa oleh PAS tanpa alasan. UMNO duduk diatas dasar yang salah. Akhirnya setelah hampir 50 tahun, mereka gagal menguburkan PAS dan terus gagal dalam mengubah nasib Melayu. Ini yang dia asyik tukar istilah, jargon dan gagasan. Habis tak ada kerja, dia mulalah gubah koir, gambus, dan nasyid untuk memuji "pemimpin mursyid".

Dalam hal ini, saya teringat benar dengan satu ingatan seorang pemimpin MCA yang menyebutkan factor pentingnya iman dalam menangani gejalka zina dan dadah. Beliau memberi reaksi kepada Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam isu pembekalan percuma jarum dan kondom. Ertinya disini, apabila tersepit, BN akan kembali kepada ISLAM setelah dilihatnya penyelesaian secara secular tidak berhasil. Hatta, kemunculan dasar penerapan nilai-nilai Islam, masyarakat madani, pengisytiharan Malaysia Negara Islam oleh Bekas PM dan terkini, Islam Hadhari oleh PM sekarang adalah bukti-bukti kukuh tentang sesaknya nafas perjuangan UMNO ytng berteraskan kebangsaan. ( bersambung )

Ahad, 10 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 5 )

NAIK LETIH MELAYAN UMNO

Setelah lenguh berpukulan sesama sendiri dan berjaya menaikkan paras mercury mengenai penyalahgunaan AP hingga ke tahap megelegak, perhimpunan UMNO beralih pula kepada isu kegagalan DEB. Di sini juga, UMNO yang buat dasar. Dia yang melaksanakan dasar. Dia yang pinda dasar. Dia yang mengaku kegagalan dasar. Tak pasal-pasal yang disalahkannya Tg Mahaleel dan orang Melayu. Dari satu segi, ada juga hikmahnya. PAS belum berkesempatan memerintah di peringkat pusat. Jika tidak , PAS lah 'lembu Mekah' yang dipaksa memikul kegagalan Melayu. Dalam isu AP misalnya, jelas sudah bahawa 'serangan balas' terkini Tun Dr.Mahathir yang m,embawa 21 fakta, benar-benar menenggelamkan hujah Datuk Seri Rafidah dan sekaligus hujah pemimpin UMNO dibawah kepimpinan Dato'
Seri Abdullah. Perhimpunan empat hari tiga malam itu jelas gagal melendikkan isu yang berkedut-kedut dalam dunia Melayu di Tanah Melayu.

Apatah lagi helah Presiden UMNO apabila bekas Presiden UMNO sendiri masih berkeras bahawa "she (rafidah) lied." Bila "tidak bercakap benar,"(Utusan Malaysia 27 Julai 2005) maknanya UMNO berbohonglah. Di sini, siapa yang membohongi apa dan siapa, tak tahulah. Lihatlah bagaimana pemimpin UMNO menconteng arang ke muka orang Melayu.

Pada saya mudah saja. DEB salah sejak hari pertama ia dilahirkan kerana ia bertolak dari pekat faham nasionalisme Melayu bawaan UMNO. Mana voleh satu dasar nasioanl yang mengfokuskan orang Melayu sahaja. Jika UMNO menggunakan sewntimen Melayu, tentulah logic bagi MCA dan MIC menggunakan sentiment bangsa mereka juga untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing. Jika UMNO menggunakan kaedah keadilan ISLAM untuk penyelesain, DEB wajib mengenegahkan gagasan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum tanpa perlu menimbulkan apa juga peratus peneyertaan sesiapa dalam membataskan ekuiti pemilikan mengikut bangsa dan pengenalan kaum. (bersambung)

Sabtu, 9 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 4 )

Dalam konteks politik setempat, UMNO juga perlu pendekatan muzakarah dalam mereda apa jua isu. Amalan-amalan yang menyerupai Bush menggunakan kuasa, gari, ISA dan gas pemedih mata perlu dihentikan serta merta. Meletakkan syarat UMNO bersedia bermuzakarah dengan PAS menerima Islam Hadhari terlalu menampkakkan kebudak-budakan. Sepatutnya cukuplah meletakkan Al-Quran dan Hadith sebagai asas muzakarah. Perlu apa lagi dengan hadhari jika Islam itu sudah mandiri ??

Islam itu lengkap dari asal ia diturunkan dan tidak memerlukan dukungan-dukungan lain. Sewaktu Islam belum dihubungkan dengan hadhari pun UMNO sudah menolak muzakarah. Apa bezanya perangai UMNO sebelum "Hadhari" dengan selepas mengisytiharkan "Hadhari"?? Malah, saya perhatikan selepas pengisytiharan, UMNO semakin menyerlahkan cirri-ciri hadharah jahiliyyah. Ada pemimpin UMNO yang kalah judi hingga RM 7.1 juta. Ada yang popularkan gerakan Islam liberal dan menolak undang-undang yang ada elemen pencegahan mungkar. Ada amalan rasuah yang melibatkan Naib Presiden. Ada menteri UMNO yang menghalalkan pelacuran jika darurat. Pembahagian AP? Ayah Pin? Pencapaianj DEB? Inflasi? ISA? OSA? Anak beranak, ipar dan kroni? Dalam konteks ini, saya hanya sedang ,menunggu satu sahaja. Saya menunggu jawapan UMNO secara bertulis terhadap buku Presiden PAS yang berjudul "Hadharah Islamiyah" dan bukan Islam Hadhari.

Jika Bush sering juga kelihatan keluar masuk Teheran, Tel Aviv dan Palestin untuk berunding, maka apa sangatlah salahnya bagi UMNO mengadakan rundingan dengan kita. Sekali lagi saya ulangi bahawa PAS sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Al-Quran yang sentiasa terbuka. ( Insya-Allah akan bersambung untuk tajuk NAIK LETIH MELAYAN UMNO )

Jumaat, 8 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 3 )

Dalam keadaan Iran bersempedanan dengan Russia, saya yakin dengan Negara Kremlin itu tidak akan mendiamkan diri. Adalah logic bagi Russia menjaga kepentingan dilautan Hitan dan Laut Baltik. Bush kena berfikir 3 kali sebelum melakukan sesuatu yang di luar batas akal ke atas Teheran. Dalam web site "World Tribune" ada diberitakan tentang "rundingan Bush - Putin" di Moscow yang berlangsung pada hujung Mei 2005. "Bush-Putin Summit" menyaksikan tuduhan Amerika terhadap Presiden Russia yang dikatakan telah membantu Iran untuk membangunkan kuasa reaktor nuklear di Bushehr. Kenyataan ini membuktikan bahawa dasar lautan Russia akan berpihak kepada Iran, takdirnya Teheran cuba diganggu oleh Bush.

Bush perlu faham bahawa telah ada perjanjian diantara presiden Vladimir Putin dengan beberapa Mullah di Teheran. Perjanjian itu melibatkan pembelian dianata 3 hingga 7 billion USD alat-alat persiapan perang. Program Shahab-3missile yang telah dimiliki Iran misalnya, adalah diasaskan kepada Teknologi Korea Utara iaitu dari kepakaran Negara China dan Russia. Pendek kata tidak cukup dengan Bush mengisytiharkan Iran sebagai Negara paksi kejahatan. Iran perlu didekati secara sivil di meja rundingan secara muzakarah melalui kaedah-kaedahdiplomasi terkini. Amewrika perlu lebih waras untuk bertindak sebagai bapa keamanan. Penyelesaian secara 'pisau rambo' akan lebih menyemarakkan api terrorisme dimuka bumi.

Amerika boleh bongkak dengan kekutannya tetapi ia masih perluy membaca sejarah. Firaun yang menguasai kunci perbendaharaan dunia pada satu masa dahulu pernah membawa perangai yang sama. Akhirnya dia diselami oleh Allah S.W.T di Laut Khulzum. ( BERSAMBUNG )

Khamis, 7 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ ( BAHAGIAN 2 )

Dalam konteks Iran terkini, isu Isfaha yang dikaitkan dengan kiloang pengkayaan uranium dan tapak pemprosesan senjata nuklear sekali lagi menjadi alasan. Pergunungan Tora Bora pernah menjadi debu dan Baghdad hamper menjadi padang jarak padang terkukur kerana alasan-alasan jahat seperti ini. Jika Afghanistan dan Iarq dihancurkan tanpa alasan, apa pilihan warga dunia untuk bersangka baik terhadap pendirian Buah terhada Iran terkini. Usahkan Negara-negara Islam sedunia membenci Washington dengan sikap ini, malah Negara-negara EU pun turut tidak senang dengan dasar "terrorisme" pasca 9/11 Amerika. Jika kita membaca akhbar-akhbar luar Negara, kita dapat intip suara-suara kekesalan komuniti eropah melalui majalah New Yorker misalnya atau The Washington Post sendiri. Dalam konteks ini, pendirian Menteri Luar British, Jack Straw boleh dijadikan contoh. Beliau pernah menegaskan "that the could not imagine any circumstances which would justify military measures against Iran. It was inconceivalve that the united kingdom would support such a policy." Dalam hal ini, pemimpin Negara Jerman mengambil sikap yang serupa. Ini boleh diikuti melalui akhbar mingguan Die Zeit yang membaca sikap Amereika dalam kata-kata berikut :-

"Mullah-Mullah itu mesti dihapuskan. Jika bom tidak boleh melumpuhkan mereka, maka sekurang-kurangnya punca-punca kuasa di Teheran itu akan dilumpuhkan." (The Mullah must - if the bomb cannont be defused than the power apparatus Teheran shoul be)

Sebenarnya Amerika adalah satu kuasa bongkak yang ganas. Ini boleh dibaca melalui dokumen-dokumen sejarah. Hiroshima dan Nagasaki pernah dileburkan. Penglibatan mereka di Vietnam, Cuba, Burma, Zimbakwe, Belarus, Palestin, Kashmir, China, Pyongyang, Baghdad dan Kabul dipenuhi dengan pancutan darah. Bagaikan singa ganas yang besar, Pentagon mencajar sesiapa sahaja yang tidak tunduk kepada nafsunya. Bush seakan-akan ‘mabuk darah’ dan sentiasa laparkan daging manusia. Tidak cukup dengan kekejaman di Iraq, kini dia mahu lagi mencetuskan satu lagi kolam besar untuk diisi dengan darah dan daging manusia. Itulah cita-cita Bush di Iran nantinya. Saya cukup kesal dengan Bush yang mewakili agama Kristian. Jika setiap kali Hari Natal disambut, Santa Claus sentiasa digambarkan sebagai seorang tua berjanggut putih yang ceria membahagi-bahagikan "goodies" dan sangat dilihat sebagai pelindung, maka bagaimana pula dengan Bush yang beragama Kristian itu membawa wajah hodoh seekor gorilla.disebalik sikap negarawan, Bush bertindak sebagai seorang gangster. (bersambung)

Rabu, 6 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ

Cerita ini saya terpaksa menaip semula coz mendapat amanah daripada sahabat dari badan NGO. Beliau menerima buku 'AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK AZIZ' semasa beliau di Kuala Lumpur. Buku yang ada pada beliau terhad dan beliau rasa terkilan tidak dapat memberikan kepada ahli jemaah yang lain. Diatas permintaan sahabat ini dan demi untuk masyarakat Islam di Malaysia saya abadikan ceriata ini di dalam blog ini dalam bentuk bersiri dimana buku ini dihasilkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan iaitu Anual Bakri Haron. Insya-Allah moga pemabaca sekalian dapat manfaat daripada cerita ini-jasindaily

Oleh Annual Bakri Haron

SIKAP BUSH TERHADAP IRAN, SIKAP UMNO TERHADAP ISLAM

Kata-kata Bush berunsur gerak sarat oleh Iran yang meramalkan "Bush akan melakukan kesilapan besar jika menyerang Iran untuk menghentikan program nuklearnya" ( Utusan Malaysia 15 Ogos 2005 ) amat menarik untuk direnung. Jika Iran pun Amerika sedang 'melipat kain' ke arah megatur strategi pengunduran selepas gagal menundukkan Baghdad walaupun berusaha kerasa selama 28 bulan yang lalu, sedangkan penduduk syiahnya ada sebahagian sahaja, apa pulak agaknya jika Washington meletupkan Teheran. Darah penduduk yang mengalirkan roh keberanian Saidina Ali bermazhab syiah 100% dibawah pimpinan presiden baru Mahmoud Ahmadinejad itu bukan boleh dipandag enteng.

Jika diteliti di Iraq, matlamat Amerika ialah untuk menubuhkan sebuah Negara demokrasi. Di luar jangkaan beliau kaum Kurdish, sunni dan syiah di Republik itu masih mahu menuntut undang-undang yang selaras dengan agama Islam. Ertinya Bush Cuma mengoyak Baghdad semata-mata untuk mengasaskan sebuah Negara secular moden yang boleh diperbudak-budakkan untuk dijadikan 'kuli barat' nantinya. Rupanya hajat Bush tidak menjadi. Beliau mungkin ditipu oleh pegawai-pegawai bawahannya di Pentagon tentang rangupnya keropok di Kota Baghdad. Kini, rumah putih perlu turunkan bendera separuh tiang kerana kalah di Iraq.

Dalam keadaan hina dina itupun, bush masih cuba cuba mengelembungkan dada lalu ingin pula memasuki Teheran. Jika diikutkan sejarah, cita-cita jahat Washington tertunas sejak proksi mereka diguling dalam revolusi Rakyat pada tahun 1979 lagi. Telah hamper 20 tahun Amerika mengenakan "Economic Saction" untuk menekan Islam di Iran. Seperti biasa alas an penderaan ekonomi yang dibina oleh Amerika adalah untuk membantu mendisiplinkan Iran.

a. Saction 1984 - Iran dituduh terlibat dalam peristiwa pengeboman Pengkalan Tentera Laut Amerika di Beirut, Lebanon pada 1 Oktober 1983

b. Saction 1995 - Iran dituduh menggunakan senjata kimia semasa perang Iran - Iraq

Seakan-akan UMNO juga yang suka menyekat peruntukan kepada pihak yang kecenderungan kepada Islam, Amerika masih mengambil pendirian seperti yang pernah disebut dalam maksud Firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

"Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar):"Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah)." - (Surah Al-Munafiquun : Ayat 7) - bersambung