Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Oktober 2006

AKTIVIS DAKWAH, BERSAUDARALAH!'

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah.

Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.

Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.

'Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun'.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.

Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya adalah berterus-terang

Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.

Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."

Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.

Eratkan kembali ukhuwah

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

RENUNGAN - 5 SYARAT UNTUK LAKUKAN MAKSIAT

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua.. -DPPPKJASIN

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam

Isnin, 30 Oktober 2006

BERUNTUNGNYA JADI ORANG ISLAM

Ketahuilah bahawa umat Islam itu amat beruntung. Kenapa beruntung? Umat Islam beruntung kerana Allah amat dekat kepada setiap individu Islam yang mendekatkan diri denganNya (muqarrab).

Ini pasti, Umat Islam tidak perlukan Pope atau Rahib atau Sami untuk doakan mereka, tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk dapatkan Sijil Pengampunan. Umat Islam berdoa secara percuma, tidak ada sebarang bayaran, dan boleh saja berdoa setiap ada kesempatan.

Orang Islam digalakkan berdoa pada setiap masa, sebaiknya sebelum melakukan sebarang usaha atau amal kebajikan, tidak hanya berdoa selepas solat.

Orang Islam tak perlu buat 'confession' di depan seseorang yang bersembunyi di belakang tirai. Umat Islam terus 'confess' kepada Allah tanpa sebarang bayaran, pada bila-bila masa, sekerap mana yang mereka ingin lakukan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Malah, orang Islam beruntung kerana bila dia berdoa, dia tidak perlu cakapkan agar di dengar oleh orang lain. Dalam hati pun seorang Muslim boleh berdo'a, kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Malah, sebelum seorang Muslim berdo'a pun Allah sudah tahu, dan bila seorang Muslim tergerak untuk berdo'a, maknanya Allah sudah sedia untuk mengabulkan do'a itu. InsyaAllah. Ini adalah antara sebesar-besar rahmatNya ke atas hambaNya seluruh umat Islam.

"Dialah Yang Tetap Hidup, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Hubungan seorang Muslim dengan Allah adalah secara langsung. Secara 'direct'. Bacalah Al-Qur'an dan persaksikanlah bagaimana para Rasul berdoa ke hadrat Allah. Banyak kisah sebenarnya. Tidak ada perantaraan, tidak perlu kepada patung-patung, tidak perlu sembah pokok besar, tidak perlu letakkan keris, tanjak di Tokong, tidak perlu berikan kepada Allah buah limau, epal atau anggur, malah tak perlu buang ancak:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu." (Al-An'am 006:14).

Carilah agama yang agung seagung agama Islam untuk anda bandingkan. Mengaku sajalah. Anda tidak akan jumpa. Jika anda Islam, Allah galakkan anda memohon kepadaNya (berdoa). Tidak cukup dengan itu, Allah janji pula akan perkenankan semua doa anda! Setiap orang Islam diangkat mertabatnya berbanding mahkluk lain dan mereka boleh berdoa sendiri terus ke hadrat Allah. Apakah Allah tidak terlayan doa yang sebegitu banyak dan datang pada setiap 'split second'? Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Berilmu. Itu amat mudah bagi Allah.

Kalaulah anda jadikan manusia sebagai Tuhan, memanglah dia tidak terlayan sebab dia hanya manusia biasa seperti anda. Tuhan kita ialah Allah, Tuhan kepada Musa a.s., Tuhan kepada Isa a.s., Tuhan kepada Muhammad s.a.w ., Tuhan kepada seluruh alam. Dia Hidup. Dia Berdiri Sendiri. Dia tidak perlu jadi manusia kemudian jadi Rasul untuk selamatkan umat manusia yang lain. Dia utuskan Rasul dari kalangan hambaNya yang soleh sebagai rahmat kepada umat manusia. Dia tidak perlu 'kena salib' untuk ampunkan dosa umat manusia (malah hambaNya para Rasul pun tidak perlu disalib untuk ampunkan dosa umat manusia). Fikirkanlah, terutama mereka yang telah menghina Islam. Sesungguhnya Islam adalah agama dari sisi Allah, satu-satunya Tuhan yang sebenar.

Umat Islam amat beruntung kerana mereka memang digalakkan berdoa terus kepada Allah, dan Allah mampu memberikan petunjuk terus-menerus atau langsung kepada setiap hambaNya yang dikehendakiNya menerusi ilham dan sebagainya lagi. Beruntunglah seorang Muslim kalau tergolong kepada hambaNya yang mendapat naungan sifat Ar-Rahim:

"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia."

Jumaat, 27 Oktober 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam Aidilfitri ditujukan khas untuk kaum muslim di Malaysia dan diserata dunia. Terima kasih diatas segala sokongan yang diberikan terhadap blog ini. Alhamdulillah, dengan sokongan dari kalian kami masih dapat bertahan setelah hampir setahun berada di arena IT. Jutaan kemaafan kami pinta jika ada sebarang kekasaran dan kesilapan ketika kami mengendalikan blog jasindaily ini.

Insya-Allah blog ini akan kembali aktif seperti biasa selewat-lewatnya hari Isnin minggu hadapan. Kami dari wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN) dengan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Terima kasih sekali lagi diatas sokongan yang kalian berikan. Salam Perjuangan dari kami..

Blogmaster DPPKJASIN

Sabtu, 21 Oktober 2006

LINA JOY : MENANTI KEPUTUSAN RAYUAN

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, kes Lina Joy atau Azlina Jailani perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak gopoh kerana ia membabitkan isu sensitive dan perlu dilakukan mengikut perlembagaan Negara. Katanya, ini kerana kes tersebut membabitkan banyak pihak dan beliau telah mendengar banyak hujah termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perlu melihat hujah itu dari sudut perlembagaan Negara.

"Kami perlu menimbangkan hujah-hujah ini secara berhati-hati dan seperti yang anda katakan, ia adalah isu sensitive. Kami juga perlu buat pertimbangan dari pandangan perlembagaan. Kami perlu dilihat dari sudut tersebut dan anda juga perlu ingat, saya bersidang dalam panel tiga hakim.

"Oleh itu kami perlukan sedikit masa. Kami tidak boleh tergopoh gapah dalam perkara ini. Kami perlu berhati-hati dalam menulis alasan (berhubung rayuan ini),"katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai khabar anginyang disebarkan berhubung rayuan wanita Melayu yang memohon perkataan Islam dalam MyKadnya dipadamkan kerana mengaku bukan lagi penganut Islam. Rayuan Lina Joy didengar dihadapan Ketua Hakim Negara bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak.


Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Pada rayuan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinamakan pihak responden pertama.

Kerajaan Malaysia (responden kedua) dan Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (responden ketiga). Lina Joy, 42 diwakili oleh peguam Datuk Dr.Cyrus Das, merayu terhadap penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 19 september 2005 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya.


Beliau mendakwa bahawa pihak responden enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihan iaitu Kristian. Majlis peguam Malaysia hadir sebagai pemerhati, selain beberapa NGO termasuk pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pusat Pembangunan Wanita (WDC), Persatuan Tindakan Wanita Malaysia (AWAM) dan Sister In Islam (SIS).

Persatuan Hak Asasi Kebangsaan (HAKAM), Persatuan Majlis PeguamWanita dan Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Perundingan Bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia (MCCBCHS). Kesemua peguam pemerhati bagi pihak NGO dibenarkan bagi menyampaikan masing-masing yang menyokong penuh rayuan Lina Joy.

"Kami perlu menimbangkan hujah-hujah ini secara berhati-hati dan seperti yang anda katakan, ia adalah isu sensitif. Kami juga perlu membuat pertimbangan daripada perlembagaan. Kami juga perlu dilihat dari sudut tersebut dan anda juga perlu ingat, saya bersidang dalam panel tiga Hakim."Oleh itu kami memerlukan sedikit masa. Kami tidak boleh tergopoh gapah dalam perkara ini. Kami perlu berhati-hati dalam menulis alasan berhubung rayuan ini,"
katanya.

Khamis, 19 Oktober 2006

DEBARAN KES LINA JOY (BAHAGIAN AKHIR)

IMPILIKASI DAN DEFINISI 'INDIVIDU'

Nampaknya isu ini kecil tetapi implikasinya besar. Menurut Presiden ABIM yang juga pengerusi PEMBELA, Yusri Mohamad, selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh 50 pertubuhan beraspirasikan Islam, implikasi jangka panjang isu ini orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya.

"Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlebagaan,"jelas beliau.

Bagi pengamal undang-undang peguam Zulkifli Nordin, kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ia telah di'marketing'kan ke peringkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh , dan ia adalah satu daripada sekian banyak kes yang menanti untuk diketengahkan.

"Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya bdan salah satu cabaran umat dalam mempertahankan akidah seorang muslim yang lain," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, kes ini pada dasarnya rentetan daripada tuntutan kumpulan Artikel 11 yang pernah berkumpul di Petaling Jaya, Melaka dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14 Mei 2006 yang menuntut kepada kerajaan untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan murtad dibawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan kes Mohamad Abdullah @ Moorthy, S.Sharmala dan Nyonya Tahir.

"Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali sebgai Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu dan Islam," ujar beliau.

Bagi Zulkifli, kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilahkan sebagai "beyond our imagination" yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, sama ada ia akan dipinda atau akan dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mencabar hukum yang Allah S.W.T telah tetapkan di dalam Al-Quran dan As Sunnah.

"Banyak kes permohonan murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu dan sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan menjadikan permohonan untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh Perlembagaan, jika hujah yang sama digunakan," tegas Zulkifli Nordin lagi.

Rabu, 18 Oktober 2006

DEBARAN KES LINA JOY (BAHAGIAN 3)

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seorang muslim keluar dari Islam, dan sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000, seerusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2000, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes tersebut adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam didalam kad pengenalannya.


Setelah semuanya tidak berjaya, peguam bela beliau telah berjaya mendapatkan kebenaran untuk membawa kes tersebut kepada Mahkamah Persekutuan. Kes tersebut didengar oleh 3 hakim dan pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan. Hinggalah majlis peguam yang diketuai oleh Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi peguam pemerhati berserta beberapa NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.

Hujah yang dibawa oleh Barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh kumpulan Artikel 11 dan IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.


Isu yang diperjuangkan oleh kesebelasan NGO non muslim atas nama kumpulan Artikel 11 dan Inter Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinasikan perkataan "person" (individu) yang terkandung didalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.(bersambung)

Selasa, 17 Oktober 2006

SETIAP INDIVIDU MUSLIM WAJIB MAIN PERANAN

Setiap dari kita wajib memainkan peranan utk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan islam bagi menyambung tugas nabi saw.walaupun dengan satu ayat.rasul dan nabi tiada lagi diturun pada umat selepas nabi saw kerana tugasnya telah diserahkan pada kita untuk menyubur dan menyebarkan kepada keluarga,rakan,kariah dan ummat di sekeliling kita.Kita juga wajib peka dengan suasana sekeling yang kian menjerat nafas islam agar dipinggirkan,diasingkan,diiniayakan dan akhirnya cuba dimusnahkan olen musuh musuh islam yang berbagai rupa strateginya.

Sebenarnya mereka tak mempunyai kekuatan cuma umat islam masa kini terlalu lemah umpama buih dilautan yang terlalumudah dipergunakan olih air dan angin atau sesiapa saja.Mudah mengikut perasaan dengan hasad ,tak bersangka baik,tak peka pada makanan halalharam,cenderun pada hiburan ,tak peka kesengsaraan saudara saudaranya yang menderita serta mementingkan diri sendiri.

Kejahilan adalah perkara penting yang harus kita atasi.Dengan adanya ilmu ,kita boleh munafaat untuk diri dan mereka yang berdekatan dengan kita.Kita perlu membangkit sensitivi ummat islam agar berada pada landasan yang diingin olih roh islam itu sendiri.Dewasa ini sering kita lihat mereka yang membawa islam atas akal,nafsu serta kepentingan pangkat dan pengaruh tertentu hingga lebih suka kepada pandangan yang popular.Bila ulama bersuara ,mereka cantas sekejamnya.Masalahnya ,bila kita jahil,kita tidak akan dapat membaca apa yang tersirat dibalik yang tersurat.

Disamping itu kita wajib mempertingkatkan lagi nilai persaudaraan kita ketahap semaksimumnya,hapuskan segala hasad dengki,buruk sangka sesama kita dan kekuatan islam yang lampau kerana kekuatan ukhwah diantara mereka.Sakit kaki kiri terasa kaki kanannya,seorang wanita islam dimalukan ,satu bala tentera kerajaan islam diutuskan.Kini ratusan,jutaan ummat islam dizalimi ,para kerajaan islam hanya mengutuk atas kertas..paling..palingpun!......oooo...iiii...ccc.,Kita perlu banyak lagi negara macam Iran dan syria.

Bila kita lihat masjid-masjid di negara kita,terutamnya waktu solat.Kita sudah boleh menafsirkan kelemahan islam itu sendiri dan ketahuilah islam tidak dapat ditewas olih musuh islam ,melain orang islam itu sendiri yang menewaskan dirinya.kes serban ...ditewas kan olih orang islam.kes...semua dah tahu.kes hudud ...orang islam yang tak mahu.kes SAR ..orang islam yang penjarakan.......dan banyak lagi.

KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN..
JGN ISLAM ADAT..KITA PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG DI AMANAHKAN....
MASA KITA AMAT TERHAD....WASAALAM

DEBARAN KES LINA JOY (BAHAGIAN 2)

Pendedahan Datuk Seri Harussani mengenai penyelewengan akidah umat Islam di Negara ini adalah yang kedua selepas mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM 1 biliion setahun untuk minum arak dan RM 3 billion lagi untuk berjudi. Datuk Seri Harussani juga berkata kumpulan murtad itu turut cuba mendapatkan perhatian daripada beberapa pihak di AmerikaSyarikat dengan mendakwa mereka ditindas oleh umat Islam di Malaysia kerana menukar agama.

"Saya dapat maklumat dari Amerika yang mana mereka marah kepada saya. Dia ingat saya ini ialah ketua agama di Malaysia dan saya telah menyekat orang Islam yang telah mendaftar masuk Kristian daripada melawat gereja," katanya. Beliau berkata berikutan itu terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam di Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup secara terbuka mengaku sudah keluar Islam kerana bimbang dipukul atau dibunuh.

Datuk Seri Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk "Ancaman-ancaman terhadap Islam" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu.

Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimanapun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti. Beliau bagaimanapun tidak mahu meyatakan nama pihak berkuasa agama itu.

Datuk Seri Harussanni juga berkata umat Islam di Malaysia kini kian pincang dengan keimanan yang tipis apabila mudah terpengaruh dengan unsure-unsur yang boleh melemahkan keyakian dan pegangan akidah umat Islam.

KES LINA JOY

Selain kes Natrah terdapat kes-kes murtad ini yang mendapat perhatian akhbar, antaranya kes Jamaluddin Othman atau Josuha Jamaluddin, Hartini Kamaruddin, Nor Aishah Bokhari dan yang terbaru adalah kes Azlina Jailani @ Lina Joy.

Menurut kenyataan peguam PEMBELA (gabungan NGO Pembela Islam), Lina Joy selepas berkahwindengan seorang yang bukan Islam telah memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam kad pengenalannya masih tertulis yang beliau beragama Islamwalaupun beliau telah berjaya menukar nama dalam kad pengenalan kepada Lina Joy.

Beliau berusha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. permohonan tersebut tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tiada kebenaran yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seorang muslim keluar dari Islam, dan sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan (bersambung)

Isnin, 16 Oktober 2006

DEBARAN KES LINA JOY (BAHAGIAN 1)

Bagi pengamal undang-undang (peguam), Zulkifli Nordin, Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah di'marketing'kan ke peringkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada sekian banyak kes yang menanti untuk diketengahkan.

Mungkin ramai yang masih ingat kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabitelkah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keperihatinan seluruh umat Islam dan seluruh pelusuk Tanah Melayu terserlah apabila mereka sanggup berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul dan berdemontrasi di Singapura. Mereka membantah dan mempertahankan akidah seorang muslimah dari dimurtadkan. Mereka bangkit tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan tindakan tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka.

Namun apabila Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa kira-kira 100,000 orang Islam di Negara ini termasuk seorang Ustazah telah murtad, kita tentu terkejut. Sejauh mana sensitivity umat Islam dalam mempetahankan akidah masyarakat Islam hari ini dibawah kepimpinan BN yang dengan slogan barunya ISLAM HADHARI.

Menurut Datuk Seri Harussani, angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan professional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah itu pada tahun lepas.

"Terdapat seorang wanita bergelar 'ustazah' turut mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini," katanya kepada pemberita selepas menyampikan ucaptama dan merasmikan seminar "Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian?" di Dewan Tun Syed Nasir , DBP anjuran kumpulaqn Karangkraf dan Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa waktu lalu.

Pendedahan Datuk Seri Harussani mengenai penyelewengan akidah umat Islam di Negara ini adalah yang kedua selepas mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM 1 biliion setahun untuk minum arak dan RM 3 billion lagi untuk berjudi. Datuk Seri Harussani juga berkata kumpulan murtad itu turut cuba mendapatkan perhatian daripada beberapa pihak di AmerikaSyarikat dengan mendakwa mereka ditindas oleh umat Islam di Malaysia kerana menukar agama. (bersambung)

Sabtu, 14 Oktober 2006

ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SERUPA...

Keadaan yang disebutkan dalam artikel ini kelihatan sudah banyak berlaku di malaysia dan di kalangan orang melayu. cuma lagi tiada pembunuhan beramai-ramai secara jelas, namun agama dan akidah kita disembelih sedikit demi sedikit oleh kafir laknat hari ini.

1.Umat islam sudah boleh murtad dan berani berdiri di khalayak ramai sambil menjerit mengatakan haknya untuk murtad, orang islam sendiri (pemimpin dan hakim2) merestuinya.
2.Jilbab dan serban adalah diharamkan pemakaiannya oleh hakim islam sendiri, kita hanya memerhatikan tanpa dapat berbuat apa2.
3.Sunnah nabi ditolak kerana tidak relevan dengan kehidupan moden hari ini.
4.Zina dan maksiat berlaku terang-terangan antara orang islam. termasuk bohsia dan bohjan/jalang/ gigolo/gay dll
5.Berpakaian menjolok mata tanpa rasa malu atau bersalah, umat islam sendiri turut menyatakan ia adalah kehendak moden dan orang lain tidak boleh melarang mereka.
6.Kaki mabuk menjadi ikutan muda-mudi.
7.Undang-undang dan perlembagaan menjadi rujukan, al quran dan hadis hanya dijadikan sebagai pembuka doa majlis dan doa makan. ramai anak muda sudah tidak tahu mengucap dan sembahyang.
8.Orang jahil menjadi ketua/pemimpin
9.Gerakan menyongsangkan akidah oelh pertubuhan dan ngo yang diiktiraf oleh kerajaan yang dikatakan negara islam.
10.Rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi, rakyat terus diabaikan dan perut sendiri menjadi keutamaan.


Semakin lama dan dalam diam ahli kafir mula mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan orang islam, bermula dengan kes natrah di awal tahun 50-an yang menyebabkan berpuluh-puluh orang melayu ditembak dan berbelas yang lain dihukum gantung sampai mati kerana menentang kemurtadan natrah. kini, selepas 49 tahun kemerdekaan kita, umat islam sekali lagi menjadi tatapan peristiwa yang hampir sama namun kali ini agak berbeza, kebanyakkan umat islam dan pemimpin islam terus menyepi dan hanya memandang perkembangan ini tanpa ada tindakan yang sewajarnya diambil oleh kita. tidak malukah kita sebagai orang islam hanya memandang tanpa bertindak apa2 tentang hal ini, sedangkan kaum kafir laknat telah mengumpul lebih dari RM 4 juta untuk menentang kita dimahkamah bagi mendapatkan hak untuk menjadikan azlina jailani (lina joy)sebagai orang murtad, tapi kita hanya mampu mengumpul 700 ribu seperti yang dimaklumkan dalam Harakahdaily pada 2 minggu yang lepas . Apa tindakan yang kita ambil? kalau masih tiada apa-apa, tolong lah sekurang-kurangnya sebarkan artikel ini semoga sekurang-kurang kita dapat membantu membangkitkan kesedaran umat islam yang lain.

Kenapa kafir laknat beria-ria untuk menangkan kes Azlina jailani ni? mudah untuk kita berfikir, mereka akan dapat memurtadkan lebih banyak lagi orang islam di masa hadapan, secara tidak langsung orang bukan islam akan menguasai negara ini pada masa itu. apabila mereka berkuasa, maka status melayu itu yang dalam perlembagaan adalah mereka yang beragama islam akan mudah ditukar, tiada lagi kuota untuk orang melayu, tiada lagi keistimewaan yang dinikmati oleh kita hari ini. secara mudah, tiada lagi loan kerajaan, tiada lagi diskaun bagi kita, tiada lagi kuota pelajaran untuk anak-anak kita, tiada lagi mahkamah syariah dan segala-gala yang kita nikmati hari ini kerana status islam dan melayu. agama islam akan dibincangkan dan ditentukan oleh mereka yang kafir berdasarkan undang-undang dan perlembagaan dan bukan oleh majlis agama islam itu sendiri. kita tidak ada kuasa lagi untuk mentafsir undang-undang islam kerana sesiapa sahaja berhak melakukannya. itu lah yang dikehendaki oleh orang kafir hari ini dalam kes Azlina Jailani (lina joy).

Kesan lain, kita akan lihat orang islam yang melakukan kesalahan seperti tidak berpuasa di bulan ramadhan, apabila ditangkap akan menyatakan bahawa mereka bukan islam, keluar dari mahkamah sahaja mereka adalah islam semula, kes lain... anak-anak kita ditangkap kerana khalwat atau berzina dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan mengatakan mereka bukan islam kerana nak mengelakkan kena hukum, apabila keluar semula dari mahkamah mereka boleh menjadi islam semula. agama kita ini boleh sewenang-wenangnya dipermainkan oleh sesiapa sahaja kerana tiada hak dan undang-undang islam boleh dipraktikkan lagi.

Maka dengan itu juga, raja-raja melayu akan hilang kuasa kerana tugas utama mereka adalah dalam hal berkaitan agama islam dan adat istiadat melayu, siapa yang hendak mereka perintah lagi. orang islam yang merujuk kepada melayu sudah tiada. semuanya sudah murtad.

Apa yang hendak kita tunggu dan lihat lagi...adakah kita hendak tunggu hingga Allah hantar bala bencana baru kita akan sedar? fikirlah, kalau tidak kisah akan diri sendiri pun, fikirkanlah mengenai masa depan anak cucu kita dimasa hadapan. sudah tiba orang islam bertindak memerangi puak kafir yang semakin berani mencampuri hal-hal kehidupan orang islam secara terang-terangan.

Jumaat, 13 Oktober 2006

REALITI DI MALAYSIA

MENGAPA MELAYU MURTAD DAN APA MELAYU BOLEH BUAT???

Buat masa ini kalau melayu murtad pergi ke mahkamah, Melayu murtad akan menang dan TERUUUUUS MURTAD kerana perlembagaan negara Malaysia yang dikatakan sebagai negara islam ini memenangkan pihak orang murtad.

Apa yang menyebabkan Melayu Islam kalah dalam membicarakan hal murtad.

Peruntukan perlembagaan Malaysia no.4 ....Mana-mana undang undang yang bercanggah dengan undang-undang Perlembagaan maka ianya terbatal.Dengan sendirinya undang undang islam (syariah) juga terbatal.Maka mana-mana peguam yang membela orang murtad akan menang dengan artikel ini kerana perlembagaan Malaysia memberi kebebasan beragama kepada sesiapa pun selepas berumur 18 tahun.

Sesiapa yang ke ke jabatan pendaftaran negara cuba semak nama paderi melayu yang sekarang namanya JOSHUA atau nama asal Jamaluddin yang telah dengan terang dan nyata menyebarkan agama kristian .Pernah ke Mahkamah kerana memurtadkan anak melayu dan menang kes itu kerana beliau menyatakan dibawah seksyen 8 mana-mana penganut agama adalah bebas untuk menyebarkan agama mereka didalam Malaysia.

JADI ORANG MELAYU AKAN TERUS MURTAD.

Pagi ni penasihat dr M dalam TV1 H.O dalam Bicara Islam menyebut orang murtad tak banyak dalam setandan pisang ada 1 atau 2 aje yang buruk. Jadi beliau cakap itu tak kisah.tapi rekod sejak 1997 sudah lebih 640 macamana..SAYA NAK TANYA SYAZANA dan kawan kawannya yang sewaktu dengannya ...Apakah perasaan beliau kalau MAK dia ka PAK dia ka adik dia ka MURTAD lepas tu pi kat perlembagaan nak minta tolong .Maka perlembagaan akan kata kalau hang nak MURTAD boleh tapi nak lawan murtad tak payah la.....PILA MENANGIS banyak banyak..

JADI APA YANG KITA PERLU BUAT??????
UBAH PERLEMBAGAAN INI ???
MACAMANA?? .....atas pemilihan kamu sekiranya kamu mengekalkan apa yang ada ini kamu bersama menggalakkan orang murtad maka kamu akan ditanya.

GERAKAN MEMBASMI MURTAD..

Rabu, 11 Oktober 2006

BERITA JASIN : KETUA PEMUDA MELAKA MENGULAS 2 KENYATAAN ARTIS MALAYSIA

Jasin - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin bin Hj Sidek hari ini telah membidas kenyataan dua pelakon terkenal tanah air iaitu Rosyam Nor dan M. Rajoli, berikutan komen beliau terhadap penyanyi Mawi yang dikatakan meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon .

Kenyataan dua pelakon tersebut yang disiarkan dalam akhbar Metro ( edisi Melaka / Negeri sembilan – sabtu, 7 Oktober 2006- mukasurat R12 & R13 ) dirasakan tidak bertanggungjawab dan mempersendakan hukum agama.

Menurut beliau , "kenyataan Rosyam Nor itu seolah olah menghalalkan apa jua tindakannya selama ini dan menggambarkan ceteknya pengetahuan beliau dalam hukum agama"

Pada kenyataan pelakon yang juga bekas bilal masjid - M. Rajoli, ustaz Kamarudin mempersoalkan "adakah sudah tiada sumber yang lain untuk menyara keluarga dan keadaan semasa belum ditaraf 'darurat'. Kias yang dibuat oleh M.Rajoli pun tidak tepat pada takrifnya, jelas Ustaz Kamarudin yang juga merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Kepada kedua pelakon tersebut beliau menasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Bercakaplah dengan ilmu dan bukannya dengan emosi.

Seterusnya beliau menyarankan agar kedua pelakon tersebut bertaubat dan menarik balik kenyataan tersebut agar nama baik industri perfileman tidak tercemar dan tanggapan umum tidak terkeliru kerana hari ini pelakon adalah ikon masyarakat.

PENAPIS JEREBU


Pusat asuhan Tunas Islam Al Ikram hari ini telah mengedarkan penapis jerebu yang menutup hidung kepada kanak-kanak Pasti bagi menjamin kesihatan mereka. Sambil menunjukkan isyarat BAGUS, mereka berjalan pulang ke rumah masing-masing. Usaha yang dilakukan oleh pihak Pasti cawangan amatlah dihargai memandangkan keadaan jerebu yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

ARTIS KOMEN MAWI ATAU KOMEN ISLAM ????

KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita. Malangnya, isu seperti ini mendapat respon yang negatif oleh artis yang begitu jahil dalam mendalami agama Islam. Puak Kafir begitu gembira melihat kejahilan yang ditonjolkan oleh 2 orang artis ini..

"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".


"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari rezeki pelakon-pelakon tanah air.

Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya. Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.

Ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?

Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Saya agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu.Beliau merupakan seorang artis yang selalu melakonkan watak2 seorang lelaki yang wara' dalam agama. Alangkah sedihnya ilmu yang dipelajari dan didalami hanya menjadi menjadi tiket untuk digunakan mengejar glamour di dalam bidang seni. Sebagai seorang yang berilmu beliau sanggup mengenepikan hukum Allah dalam mengutarakan hujah yang paling 'BODOH' ini. Alangkah jengkel pemikiran artis veteran ini. Prinsip sembahyang selain daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran."

Apakah erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.

Allah s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.

Saya ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga melibatkan persoalan 'akidah Islamiah dan tahap keimanan kita kepada-Nya.

Saya menyeru agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan meminta bimbingan daripada para alim ulama agar kita sentiasa dipandu ke jalan yang lurus. Renung-renungkanlah..musuh2 Islam semuanya ketawa berdekah2 melihat umat Islam yang ada dikala ini semakin jahil dengan ilmunya..Malangnya Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Islam Hadhari....

Selasa, 10 Oktober 2006

DOKTOR, ISLAM DAN LOGIK

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama....

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
Pertama :

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan makanan dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Kedua :

Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Ketiga :

Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebatm 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah :

Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

Ahad, 8 Oktober 2006

HARGA MEMECUT GAJI MENGECUT

Alhamdulillah kita masih lagi diberi keizinan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk hidup dan beribadah kepadaNya di bulan yang penuh keberkatan ini. Kita wajib bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan tidak boleh sekali-kali kufur dengan nikmatNya. Dalam masa yang sama, kita wajib memperbetulkan segala tindak-tanduk manusia yang tidak tunduk patuh kepada perintah dan larangan Allah di dunia ini. Jika tidak, Allah yang Maha Mengazab akan menurunkan azabNya yang akan menimpa tidak hanya mereka yang kufur dan zalim, malah termasuk golongan yang beriman. InsyaAllah, jika kita saling nasihat menasihati dan melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini Allah yang Maha Penyayang akan melipatgandakan ganjaranNya kepada kita. Justeru, marilah kita bersama-sama memuhasabah sesama kita agar bumi Allah ini sentiasa dipenuhi dengan segala kata-kata yang baik sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah kepada kita

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata, sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim" [TMQ Fusilat (41):33].

Selama hampir sebulan yang lepas, isu kenaikan gaji telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia khasnya mereka yang berpendapatan rendah. Ia dikatakan bermula dari kenyataan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Musa Hassan yang meminta agar kerajaan menyemak semula gaji anggota polis berpangkat konstabel sehingga Asisten Komisioner (ACP) agar dinaikkan supaya mereka, terutama yang tinggal di bandar besar, tidak berada di bawah garis kemiskinan [Utusan Malaysia 17/09/06]. Idea kenaikan gaji kakitangan awam ini juga dikatakan bermula lebih awal semasa ianya dikemukakan di Parlimen sewaktu perbahasan Bajet 2007[Utusan Malaysia 12/09/06]. Bagaimanapun, pada akhir minggu lepas kerajaan menjelaskan mereka belum bersedia untuk semakan semula gaji [Utusan Malaysia 28/09/06].

Mungkin soal gaji rendah ini semakin diberi perhatian ekoran kenaikan harga barangan seperti petrol dan ayam. Mungkin juga berpunca daripada harapan tinggi golongan pekerja selepas pembentangan bajet negara pada 1 September yang lalu. Mungkin juga ianya berlaku lantaran keadaan hidup yang semakin menghimpit saban tahun. Dari satu sektor ke satu sektor pekerjaan, semakin banyak pekerja merintih meminta gaji yang mereka peroleh dinilai semula agar berpadanan dengan tugas yang dilakukan dan berupaya memenuhi tuntutan asas kehidupan. Bagi segelintir rakyat di negara ini, rintihan sebahagian besar kakitangan perkhidmatan awam dan polis berjawatan rendah memohon kenaikan gaji baru-baru ini mungkin dilihat sebagai perkara biasa yang merupakan reaksi kepada situasi ekonomi semasa. Ada juga yang berpendapat bahawa golongan ini kurang bersyukur dan ada pula yang menyokong usaha agar semakan tangga gaji tersebut dilaksanakan.

Gaji Yang Rendah Hasil Kekejaman Sistem Kapitalis

Umat Islam dituntut untuk mencari pekerjaan yang baik dan halal. Dari pekerjaan yang halal-lah, maka umat Islam akan memperolehi gaji/upah yang halal. Sehubungan dengan adanya tuntutan ini, maka sudah semestinya persoalan kerja dan gaji sememangya dibahas oleh Islam dan merupakan salah satu cabang perbahasan dalam fiqh mu’amalat. Justeru, persoalan kerja dan gaji tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya mesti dilihat secara serius dari sudut Islam sebagai sebuah ideologi yang wajib diterapkan oleh umatnya. Adalah merupakan satu kesalahan apabila memandang isu gaji (dan lain-lain isu) hanya dari aspek keduniaan sahaja tanpa mengaitkannya dengan masalah keakhiratan. Ideologi Islam itu mencakupi persoalan fikrah (thought) dan thariqah (method) yang menyangkut segala urusan dunia dan akhirat. Ini jelas-jelas berbeza dengan ideologi Kapitalis dan Sosialis yang hanya membahas masalah keduniaan. Di sinilah kesempurnaan Islam sebagai sebuah ideologi, berbanding dengan ideologi
Kapitalis dan Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis) yang penuh dengan kekurangan, kerosakan, penganiayaan dan kezaliman. [Nizam al-Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani]

Tujuan setiap orang bekerja adalah untuk memenuhi keperluan hidup, samada keperluan asas, pelengkap, mahupun sampingan. Jika kos hidup adalah lebih tinggi dari jumlah gaji yang diperolehi, maka sudah semestinya manusia akan memberontak dan gelisah kerana salah satu keperluan tersebut gagal dipenuhi. Oleh itu, dalam keadaan ini adalah wajar bagi seorang yang bekerja untuk menuntut kenaikan gaji. Pada kebiasaannya, tuntutan kenaikan gaji pasti akan disertai dengan sebab-sebab ketidakmampuan gaji yang sedia ada untuk memenuhi perbelanjaan keperluan asas yang semakin meningkat seperti perbelanjaan dapur, sewa rumah, bil-bil, pakaian dan sebagainya. Jarang sekali kita mendengar pekerja menuntut kenaikan gaji kerana ingin memenuhi perbelanjaan sampingan atau perbelanjaan bukan keperluan.

Masalah gaji rendah yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan bukanlah persoalan yang berdiri sendiri. Masalah ini sangat terkait dengan dunia pendidikan dan pekerjaan yang menilai manusia dari aspek 'keputusan akademik'. Penetapan kadar gaji sangat tergantung kepada tingkat pendidikan yang dicapai oleh seseorang. Oleh itu, rendahnya taraf pendidikan secara automatik akan mengurangkan posisi tawar-menawar yang boleh dilakukan oleh seseorang di dalam pasaran kerja. Ini berdampak kepada rendahnya gaji/upah yang harus mereka terima. Gaji yang rendah mengakibatkan kehidupan pekerja menjadi tertekan. Hal ini sering memicu konflik antara pekerja dan majikan. Keadaan ini bertambah buruk dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat berbanding dengan pendapatan/gaji yang masih di takuk lama. Di dalam keadaan ini (kenaikan harga barang), jika gaji dinaikkan sekalipun, taraf kehidupan seseorang itu tetap tidak berubah, apatah lagi jika gaji masih di tangga yang sama,

kehidupan sebenarnya lebih parah.

Kapitalisme, dalam perkembangannya, yakni sejak Revolusi Industri di England dan Perancis, telah terbukti mengorbankan mereka yang berkelas rendah. Perkembangan revolusi industri ini memberikan kesempatan yang luas kepada para pemilik modal untuk mengeksploitasi kaum pekerja di mana mereka betul-betul menggunakan pekerja hanya untuk kepentingan mereka sahaja, yakni untuk tujuan akumulasi kapital (modal). Dengan prinsip kebebasan kepemilikan dan didukung oleh pandangan laissez faire (tidak ada campur tangan pemerintah dalam perekonomian) , para pemilik modal dengan bebasnya memanfaatkan tenaga pekerja di luar batas kewajaran dengan upah yang sangat rendah - yang tidak sesuai dengan tenaga yang telah mereka berikan. Golongan pekerja dilayan tak ubah seperti hamba yang tidak mempunyai apa-apa hak terutama di dalam menentukan upah/gaji.

Dalam paradigma kapitalis, buruh atau tenaga kerja (labour) dipandang sebagai faktor ekonomi sahaja sehingga nilainya diserahkan pada mekanisme pasar, yakni pada kekuatan antara jumlah penawaran kerja (supply) dengan permintaan (demand) para pengusaha. Dengan demikian, mekanisme pasar menjadi faktor yang paling dominan dalam penentuan gaji/upah setiap pekerja dibandingkan dengan faktor tenaga, kepakaran dan waktu yang telah dikorbankan oleh pekerja terhadap pengusaha. Upah pekerja sangat rendah, langsung tidak setimpal dengan kos untuk memenuhi keperluan hidupnya. Di dalam sistem kapitalis, pemerintah tidak menjalankan fungsinya sebagai pelayan rakyat tetapi hanya melepaskan kepada rakyat untuk 'pandai-pandai nak hidup'. Oleh itu, sistem Kapitalis secara hakikatnya tidak mengenal tugas negara sebagai 'pengurus dan penanggung jawab memenuhi keperluan pokok rakyatnya'. Rakyat yang ingin memenuhi keperluannya harus bekerja secara mutlak. Jika ia ditimpa bencana atau keperluan hidupnya meningkat, ia harus bekerja lebih keras secara mutlak. Ketika ia sudah tidak mampu bekerja karena usia, kemalangan, kecacatan atau sebab lainnya maka 'pandai-pandailah' ia mencari jalan untuk hidup. Jika ia gagal, maka itu adalah kesalahan dirinya sendiri atau kesalahan masyarakat yang dikatakan tidak membantu. Di dalam sistem kapitalis yang sedang mendominasi dunia hari ini, negara langsung tidak bersalah dan tidak boleh dipersalahkan.

Masalah ketidakcukupan gaji atau gaji yang rendah sebenarnya merupakan manifestasi dari penerapan Sistem Ekonomi Kapitalis yang bersifat menindas dan menzalimi. Adalah suatu yang lumrah di dalam ekonomi kapitalis bahawa yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan bertambah miskin. Manusia hidup hanya untuk mencari sebanyak-banyak harta benda dunia dan menjadikan manfaat sebagai asas ukuran. Halal dan haram bukan merupakan perhitungan. Jika rasuah perlu dilakukan untuk mendapatkan sesuatu projek yang lebih menguntungkan, maka mereka tidak akan segan silu untuk memberi dan menerima rasuah. Ketidakcukupan gaji yang diterima di bawah kekejaman Sistem Kapitalis ini telah menyuburkan lagi amalan keji ini. Jadi tidak hairanlah jika kes rasuah begitu berleluasa kerana pelakunya hanya mementingkan manfaat dunia semata-mata tanpa memikirkan lagi dosa dan azab yang akan diterimanya di akhirat nanti.

Tambahan lagi, segala hak dan kekayaan umat yang dirampas oleh para penguasa kapitalis menjadikan umat terus tertekan dan menderita. Apa yang pasti menjadi punca kepada segala permasalahan adalah kerana diterapkan Ideologi selain Islam di dalam kehidupan. Pendek kata, isu gaji yang kita lihat pada hari ini bukanlah sebenarnya permasalahan tentang sistem penggajian yang lemah atau sudah ketinggalan dan juga permasalahan tentang kenaikan kos taraf hidup; namun, masalah yang sebenarnya adalah kerana tidak diterapkan hukum Allah di dalam kehidupan ini yang menyebabkan ketidaksempurnaan, kegagalan dan ketidakadilan di dalam segala aspek kehidupan samada ekonomi, pemerintahan, sosial dan sebagainya.

Penentuan Gaji dan Tanggungjawab Negara

Hubungan yang wujud di antara majikan dan pekerja adalah melalui aqad Ijarah. Ijarah adalah pemberian jasa dari seorang ajir (pekerja) kepada seorang musta'jir (majikan) serta pemberian harta dari pihak musta'jir kepada seorang ajir sebagai imbalan dari jasa yang diberikan. Oleh karena itu, ijârah didefinisikan sebagai transaksi terhadap jasa tertentu dengan disertai imbalan (kompensasi) . Di dalam Islam, suatu transaksi ijarah yang akan dilakukan haruslah memenuhi rukun dan syaratnya. Di dalam menentukan upah/gaji, ia mestilah disepakati bersama oleh ajir dan musta'jir semasa kontrak kerja dilakukan dan mesti ditentukan berdasarkan kadar semasa (market rate) dengan mengambil kira kecil besarnya manfaat (jasa) yang akan dihasilkan oleh ajir. Di dalam hal ini, jika berlaku pertikaian tentang jumlah upah/gaji tersebut, maka ia hendaklah dikembalikan kepada pakar yang akan menentukan kadar semasanya [Nizam al-Iqtisad Fi al-Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Berdasarkan kaedah ini, pasukan keselamatan yang bertungkus lumus bertugas menjaga keselamatan negara sehingga nyawa mereka sendiri turut terancam sepatutnya mendapat gaji yang lebih besar dari kadar yang mereka perolehi sekarang. Oleh itu, keluhan yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara seharusnya dipandang serius dan perlu diselesaikan mengikut kaedah fiqh mu’amalat Islam.

Islam telah mewajibkan negara untuk menjalankan polisi ekonomi secara makro dengan menjalankan apa yang disebut sebagai Politik Ekonomi Islam. Politik Ekonomi Islam adalah penerapan berbagai polisi ekonomi yang menjamin tercapainya pemenuhan semua keperluan pokok (primary) setiap individu masyarakat, disertai dengan adanya jaminan yang memungkinkan setiap individu dapat memenuhi keperluan-keperluan pelengkap dan sampingan (secondary and tertiary) sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki. Hal ini bererti Islam lebih menekankan kepada pemenuhan keperluan secara individu dan bukan secara kolektif. Dengan demikian, aspek distribusi (pengagihan) sangatlah penting sehingga dapat dijamin secara pasti bahawa setiap keperluan hidup individu akan dipenuhi. Dengan kata lain, negara wajib memastikan bahawa setiap warganegara akan dapat memenuhi keperluan asas mereka, jika tidak, pemerintah akan berdosa di atas kelalaiannya. Di dalam memastikan pemerintah bebas dari dosa, maka mereka wajib melakukan perkara-perkara berikut:-

1-Negara wajib menyediakan peluang pekerjaan agar setiap rakyat yang mampu bekerja dapat memperoleh pekerjaan sekaligus dapat memenuhi keperluan asas mereka. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan (rakyat); ia akan diminta pertanggungjawabann ya atas pemeliharaan (rakyat)nya". [HR al-Bukhari dan Muslim].

Hadis ini menjelaskan tanggungjawab pemerintah secara umum termasuk memastikan keperluan asas rakyatnya dipenuhi. Kisah Umar al-Khattab r.a. memperjelaskan lagi kepada kita akan tanggungjawab seorang pemimpin di dalam hal ini. Suatu ketika Amirul Mukminin Umar bin Khattab memasuki sebuah masjid di luar waktu solat lima waktu. Didapatinya ada dua orang yang sedang berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Umar lalu bertanya, "Apa yang sedang kalian lakukan, sedangkan orang-orang di sana kini sedang sibuk bekerja?" Mereka menjawab, "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah". Mendengar jawaban tersebut, marahlah Umar ra. seraya berkata, "Kalian adalah orang-orang yang malas bekerja, padahal kalian tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak." Kemudian Umar ra. mengusir mereka dari masjid seraya memberi mereka setakar biji-bijian. Beliau berkata kepada mereka, "Tanamlah ini dan bertawakallah kepada Allah."

2-Negara wajib menyediakan jaminan sosial berupa pendidikan, kesihatan dan keamanan.


Pendidikan, kesihatan dan keamanan adalah hak asas setiap warganegara dan harus disediakan oleh pemerintah secara percuma kepada rakyatnya. Hal ini adalah kerana pemenuhan terhadap ketiganya adalah termasuk masalah 'pemeliharaan urusan umat' (ri'âyah asy-syu'ûnil ummah) dan merupakan kemaslahatan hidup setiap orang. Oleh itu, setiap warganegara tidak perlu membayar satu sen pun untuk ketiga-tiga hak asas tersebut. Dengan perlaksanaan tanggungjawab ini oleh negara, maka jika ada pun warganegara yang berpendapatan rendah, hal ini sudah tidak membebankan mereka lagi.

3-Negara wajib mengagihkan segala hasil dari kekayaan alam kepada warganegara.

Semua kekayaan alam yang sifatnya 'tidak terbatas' seperti minyak, gas, emas dan sebagainya adalah menjadi hak milik umum (milkiah al-'ammah) dan haram bagi pemerintah atau mana-mana syarikat/individu menguasai dan mengambil keuntungan darinya. Negara boleh menyelenggarakan hal ini secara sendiri atau melantik mana-mana syarikat untuk berbuat demikian dan setelah ditolak segala kos yang bersangkutan, maka segala keuntungan wajib diagihkan kepada setiap individu warganegara. Abyadh bin Hamal meriwayatkan, "Bahawa dia telah meminta kepada Rasulullah untuk mengelola galian berupa garam yang terdapat di daerah Ma'rab. Setelah dia pergi ada seseorang bertanya, Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan kepadanya sesuatu yang bagaikan air mengalir'. Rasulullah kemudian bersabda, 'Tariklah balik galian tersebut darinya" [HR Abu Daud]. Perkataan Rasulullah "umpama air yang mengalir" merujuk kepada sifat galian tersebut yang tidak putus-putus keadaannya (tidak terbatas) [Politik Ekonomi Islam, Abdul Rahman al-Maliki].

Bayangkanlah wahai kaum Muslimin, jika pemerintah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang Allah perintahkan, memberikan hak kepada yang berhak, mengagihkan segala hasil kekayaan alam kepada setiap warganegara, maka sudah tentu persoalan gaji rendah tidak akan menjadi masalah kepada umat. Setiap warganegara akan dipelihara dan dijaga. Umat manusia benar-benar akan hidup di dalam keadaan sejahtera.

4-Negara harus menangani pekerja dan majikan/pengusaha secara adil.

Hubungan majikan-pekerja di dalam pandangan Islam adalah suatu hubungan kontrak yang harusnya saling menguntungkan. Tidak boleh satu pihak menzalimi dan merasa dizalimi oleh pihak lainnya. Oleh kerana itu, kontrak kerja antara pengusaha dan pekerja adalah satu kontrak pekerjaan yang halal dan saling menguntungkan. Majikan untung kerana ia memperoleh jasa dari pekerja untuk melaksanakan pekerjaan tertentu yang diperlukannya. Sebaliknya, pekerja untung kerana ia memperoleh hasil (gaji/upah) sebagai imbalan majikan kepadanya. Agar hubungan ini dapat berjalan dengan baik dan semua pihak yang terlibat saling mendapat keuntungan, maka Islam mengaturnya secara jelas dan rinci dengan hukum-hukum yang berhubungan dengan ijârah. Pengaturan tersebut mencakup penetapan ketentuan-ketentuan Islam dalam kontrak kerja antara majikan dan pekerja; penetapan ketentuan yang mengatur penyelesaian perselisihan yang terjadi antara pengusaha dan pekerja; termasuk ketentuan yang mengatur bagaimana cara mengatasi tindakan kezaliman yang dilakukan salah satu pihak (pengusaha dan pekerja) terhadap pihak lainnya. Negara bertanggungjawab memastikan semua aspek ini berjalan dalam suasana yang adil.

Inilah jawapan Islam kepada masalah gaji rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika hukum Allah diterapkan. Yakinlah wahai kaum Muslimin, selagi hukum Allah tidak dilaksanakan secara kaffah (sepenuhnya) , selagi itulah kita akan mendengar keluh kesah insan yang malang dan tertindas oleh sistem kapitalisme. Penderitaan mereka bertambah pilu dan sayu apatah lagi setiap kali menjelang Aidil Fitri, memandangkan banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Walhal Islam sebagai agama yang sempurna tidak pernah mengabaikan golongan ini. Bagi yang benar-benar menderita, maka Allah memerintahkan zakat fitrah diberi kepada mereka untuk mengurangkan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka di dalam menyambut Hari Kebesaran Islam ini.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kesyukuran kita dalam menjalankan ibadah puasa ini seharusnya menimbulkan kesedaran bahawa satu-satunya sistem kehidupan yang layak bagi kita sebagai umat Islam, ialah sistem Islam. Sesungguhnya menerapkan sistem Islam dan mencabut akar-akar Kapitalisme yang mendominasi kehidupan kita hari ini adalah merupakan suatu kewajiban yang sangat dituntut oleh Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, "...dan barangsiapa berhukum dengan apa yang tidak diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim..." [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Ayat yang mulia ini menjelaskan bahawa tidak menerapkan hukum Allah adalah merupakan suatu kezaliman. Justeru itu, mengubah kezaliman kepada rahmat melalui penerapan semula sistem Islam adalah suatu kefardhuan ke atas seluruh umat Islam!

Wahai kaum Muslimin! Sebagaimana seruan mulia kami di permulaan nasyrah, kami juga ingin mengakhiri nasyrah ini dengan seruan mulia ke atas kalian. Kami menyeru kepada kalian untuk kembali kepada fitrah yang di atasnya kalian dicipta. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah meniupkan ruh (ciptaan)Nya kepada kita semua dan dengan ruh itu kita hidup. Dan Allah mengingatkan kita bahawa tujuan kita dihidupkan adalah untuk menyembahNya. Penyembahan kepada Allah hanya sempurna bilamana kita tunduk dan patuh kepada segala perintah dan laranganNya. Justeru kami menyeru agar kalian berusaha bersama-sama kami untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah 'ala minhaj nubuwwah. Hanya dengan jalan ini sahajalah kita akan mengecapi segala keindahan hidup di dalam suasana yang penuh keimanan hasil dari penerapan sistem yang datang dari Zat Yang Maha Sempurna. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang menolong agamaNya dan semoga kita tergolong di dalamnya.

Amin ya Rabbal 'alamin.

Rabu, 4 Oktober 2006

KEMENTERIAN CADANG KURANGKAN CUKAI HIBURAN ( PULAK DAH.....)

Tak habis2 dgn menteri pelancongan yg sekor ni... malunye lah ada menteri yg Islam hanya pada namanya shj.... Tapi pandai plak dia suruh timbalannya yg buat pengumuman.. cisss, kerana dok pikiqkan kedunian dan wang ringgit...sanggup depa wat permintaan agar cukai hiburan dikurangkan....inilah Islam Hadhari yang dicanang oleh Pak Lah Badawi....

p/s: Harga barangan makin naik, tapi cukai arak cukai hiburan disuruh turun... apa ke jadahnye ni?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan akan mencadangkan kepada kabinet supaya mengurangkan cukai hiburan bagi meningkatkan industri pelancongan hiburan di negara ini, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Donald Lim.

Katanya cukai 25 peratus yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan ke atas syarikat yang menganjurkan acara hiburan mega di semua negeri, kecuali Kuala Lumpur, terlalu tinggi.

"Kami akan kemukakan perkara ini kepada kementerian berkenaan dan melihat bagaimana ia boleh diubah bagi manfaat industri hiburan tempatan.

"Saya fikir kadar lima peratus adalah berpatutan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Star Planet dan Galileo Asia, di sini hari ini.

Star Planet ialah sebuah syarikat pengurusan acara khususnya dalam menganjurkan konsert mega, manakala Galileo Asia ialah peneraju pembekal teknologi global dalam perkhidmatan penyediaan elektronik untuk industri penggembaraan.

Lim berkata penurunan kadar cukai hiburan sudah lama tertangguh memandangkan subpelancongan itu berjaya menarik peminat untuk menghabiskan percutian mereka sambil menyaksikan konsert mega di negara ini.

Katanya 1.4 juta daripada 16.4 juta pelancongan ke negara ini tahun lepas terdiri daripada pelancong hiburan, yang menyumbang hampir RM2 bilion hasil pendapatan negara.

"Kami mensasarkan peningkatan 20 peratus kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007," katanya

Isnin, 2 Oktober 2006

PEMIKIRAN UMAT ISLAM PADA MASA KINI

Perbualan umat Islam hari ini jika bertemu, perbualan mereka bersifat peribadi, skop perbualannya sangat sempit dan terbatas sekali sekitar makan, minum, pakaian, tempat tinggal, gaji, isteri.Sedangkan Tuhan, bangsa, agama, negara, perjuangan, Akhirat jarang diperbualkan setiap hari. Jika bertemu di sekitar itulah perbualannya: "Anda kerja apa? Berapa gaji anda? Tempat tinggal di mana? Sudah kahwinkah? Berapa orang anak?"

Kalau tidak bercerita tentang tadi bercerita tentang tempat kerja: "Bos aku itu asyik menyinga aja! Apa sahaja aku buat serba tidak kena, pening kepala aku dibuatnya!

Kalau belum kahwin cerita fasal kahwin :"Susahlah hendak kahwin sekarang ini, belanja hantaran mahallah! Orang macam aku ini siapalah hendak, jawatan kecil gaji kecil, perempuan sekarang mata duitan! Orang macam engkau mudahlah kahwin, ramai perempuan yang hendak, engkau yang susah hendak pilih!Jawatan engkau besar, gaji engkau besar, mana perempuan yang tidak hendak!Cuma engkau sahaja yang belum mahu kahwin."

Sekitar yang disebutkan tadilah rata-rata perbualan umat Islam bila bertemu.Jika ada orang menceritakan Tuhan, agama, bangsa, perjuangan, ramai yang tercengang-cengang. Mereka rasa pelik, mereka tidak tahu hendak ikut sama membualkannya, mereka rasa asing.

Pemikiran manusia sungguh sudah rosak dan puncanya adalah kerana nafsu mendesak-desak apa yang dia hendak dan kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya. Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia. Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya.Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama. Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks dan nama. Perjuangan manusia setakat itu sahaja, sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua. Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata, soal negara, bangsa bukan urusan mereka itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja.Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka.

Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga. Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, seks dan nama.Umat Islam memandang agama, bangsa, negara perkara kecil sahaja, agama kepunyaan ulama, bangsa dan negara ini urusan pemimpin negara. Ia bukan persoalan orang biasa atau urusan rakyat jelata. Oleh itu bagaimanakah agama hendak kuat, bangsa hendak dihormati,negara hendak berdaulat. Ia bukan merupakan tanggungjawab bersama, bukan kepunyaan bersama, hanya untuk orang tertentu sahaja.

Kalau begitulah, murah sangat kehidupan ini. Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama, kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita.Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka.Kalau hidup sepertimana yang kita cerita jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka. Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja. Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia.Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja, seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata, kemudian mati habis cerita, selepas mati tidak ada kehidupan lagi. Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja. Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria. Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak.

Begitulah nasib agama, bangsa dan negara di seluruh dunia Islam sungguh malang dan menyedihkan. Bilakah agaknya umat Islam bertanggungjawab, berjiwa besar dan bercita-cita besar serta berpandangan jauh.

Kepada yang ada cita-cita dan juga sedang berjuang untuk Tuhan dan agama Islam, mari kita lihat pula mengapa perjuangan kebenaran seperti yang dibawa oleh para rasul banyak rintangannya.Ujian demi ujian berbagai bentuk sering mendatang, ujiannya pula besar-besar dan mencabar,yang kecilnya hanya sampingan. Sudahlah berhadapan dengan ujian demi ujian mendapat kemenangan pula setelah perjuangan terlalu panjang. Padahal rasul adalah kekasih Tuhan, mengapa pula disusah-susahkan.Kejadian ini ada banyak hikmahnya kebanyakan orang tidak boleh faham.

Di antara hikmahnya, bahawa kebenaran itu mahal nilainya,keselamatan dunia Akhirat yang berkekalan. Di Akhirat nikmat yang hendak diberikan nilainya tidak ada tandingannya kesusahan di dunia ini terlalu kecil kalau dibandingkan.

Hikmah yang berikutnya agar para-para pejuang sentiasa berpaut dengan Tuhan.Berpaut dengan Tuhan, itulah sifat hamba yang patut dikekalkan.

Hikmah yang lain supaya pejuang-pejuang yang datang tidak boleh kepura-puraan kalau tidak ada ujian banyak orang yang tidak ikhlas datang mengambil peluang. Ujian yang berat itulah menjadikan orang yang ikhlas kerana Allah sahaja yang berjuang.

Hikmah seterusnya agar anggota perjuangan hanya orang pilihan Tuhan. Setelah ada orang pilihan Tuhan itulah dia orang Tuhan sekalipun sedikit, barulah mereka diberi kemenangan. Setelah ditapis melalui ujian tinggal sedikit baru mendapat kejayaan. Setelah tinggal sedikit dapat kemenangan baru terasa kuasa dan kebesaran Tuhan. Dunia akan terkejut golongan yang sedikit diberi kemenangan, tentulah di belakangnya adalah Tuhan. Tuhan hendak memberi kemenangan menunggu pejuang-pejuang yang bertaqwa sekalipun sedikit orangnya. Ini adalah pengajaran buat umat Islam yang berjuang sepanjang zaman

Ahad, 1 Oktober 2006

ISLAMOPHOBIA:INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

PENGENALAN

Peristiwa 11 September 2001 meninggalkan pelbagai memori pahit dalam diari umat Islam apabila peristiwa tersebut menjadi batu loncatan bagi blok Barat yang berpaksikan Yahudi Zionis menyerbu ke negara Islam meratah dan menghina umat Islam diatas nama Humanism dan terrorism. Kita juga maklum pendedahan beberapa NGO yang ditubuhkan di Amerika Syarikat berkenaan konspirasi dan agenda kotor zionis berproksikan AS pada peristiwa 9/11 menjelaskan kebobrokan dan kebencian mereka terhadap Islam. Peristiwa 9/11 secara tidak langsung ada pro dan kontra kepada umat Islam.Pro-nya ialah masyarakat Barat dan dunia mula membuka mata tentang Islam, dan kontranya ialah pelabelan Islam sebagai terrorist dan tekanan umat dunia pada masyarakat Islam di seantero dunia,juga ketakutan tidak berasas masyarakat dunia pada Islam,iaitulah Islamophobia.

ISLAMOPHOBIA, SATU KAJIAN

Bila berbicara tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa fobia atau kebimbangan terhadap islam samaada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala yang berkaitan dengan Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10tahun yang lalu yang terus dimangkin dengan peristiwa 9/11. Namun, apakah ianya agenda Zionis yang berjaya? Ya, zionis dengan kekuatan politik dan medianya berjaya menyerap Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan juga terserap ke dalam minda umat Islam kini diseluruh dunia. Umat islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka-reka tentang Islam.

KISAH YVONNE RIDLEY

Pendedahan bekas wartawan Sunday Press dari London, Yvonne Ridley yang ditahan oleh Taliban di Penjara Kabul beberapa tahun yang lepas menjelaskan lagi konspirasi jahat Yahudi. Beliau yang sudah memeluk Islam dan menjadi pembela Islam kini dengan mata pena dan ceramah keseluruh dunia juga nyaris dimanipulasi oleh Zionis untuk menjadi alat sebaran doktrinisasi Islamophobia Barat.

Beliau yang berpengalaman dipenjarakan oleh Taliban menyatakan bahwa sebaran media Barat tentang terrorist dan double standard pada wanita adalah meleset sama sekali jika dibanding layanan penuh berakhlak dari pejuang taliban. Namun,media Barat menamakan pengalaman yang diperolehi oleh Yvonne yang cuba didedahkan kepada masyarajat dunia hanyalah sebagai Stockholm Syndorm iaitu tekanan perasaan yang membuatkan mangsa bersimpati dengan pemangsanya. "Saya diminta mengada-adakan berita kononnya saya diseksa dan dirogol ketika ditawan Taliban" ujar Yvonne Ridley.

Benarlah firman Allah :

"Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka." ( Al-Baqarah 120)

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN IMPERIALIS KRISTIAN

Islam mula bertapak di Tanah melayu dizaman Kerajaan Uthmaniyyah melalui kehadiran pedagang arab dan China yang juga menjadi pendakwah di Tanah Melayu melalui Pelabuhan Melaka. Pendekatan dakwah tawazun dan bilhikmah telah menarik perhatian pemerintah Melaka lantas menganut Islam sebagai addin.Malahan, kegemilangan Islam diTanah Melayu juga dilihat dengan kemakmuran kehidupan masyarakat Islam Melaka dengan penggubalan dan pelaksanaan Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut melaka yang merupakan asimilasi dari hukum hudud. Namun,imperialis Barat yang melaksanakan konsep "Devide and rule" selepas kejatuhan khilafah islamiah Turki Uthmaniyyah,ledakan Reformation dan Renaissance mula menjejak langkah menghancurkan aqidah umat Islam Tanah Melayu .

Konsep 3G yang dibawa bersama semasa berdagang di Melaka iaitu Gold, Gospel dan Glory mula menampakkan hasilnya selepas kemasukan Imperialis Portugis yang berkolaborasi dengan imperialis lain sekitar tahun 1511. Di saat inilah bermulanya proses Pembaratan (westernisasi) umat Islam dengan sogokan sekularisme dan materialisme yang disusun atur melalui sistem Perundangan (suruhanJaya Reid), sistem pendidikan, dan sistem ekonomi Barat. Kejayaan mubaligh Kristian serta gerakan Freemasonry semakin menyerlah dengan ghazwul fikr (serangan pemikiran) serta kegilaan kepada Barat atau Westomania telah menyerang kedalam sanubari umat Islam. Mereka mula meninggalkan agama dan mula disogokkan dengan ketakutan dan kejengkelan dalam melaksanakan amalan agama Islam atau Islamophobia.

REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA

Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.

Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :

-Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.

-Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.

-Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.

Saidina Umar menyebut "Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah". Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.

APA TINDAKAN KITA ?

Selaku umat Islam yang cintakan kedaulatan Islam, seharusnya kita peka dengan isu yang melanda umat Islam kini.Kefahaman yang jelas tentang Islam akan mengelakkan kita hanya menjadi golongan mutaqaaidun sahaja dengan penderitaan umat Islam semasa.Apa yang perlu kita laksanakan dalam menghadapi Islamophobia ini?

-Membina FAHAM tentang Islam dalam diri dan memberi FAHAM kepada muslim yang lain dan non-muslim tentang tuduhan terhadap Islam. Salahfaham tentang Islam telah dijelaskan oleh Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya "Sanggahan salah tafsiran Islam".

-Menentang dan tidak berkompromi dengan unsur sekularisme dan sebarang usaha menjatuhkan serta memanipulasi islam seperti IFC, Sister in islam, kumpulan artikel 11.IFC bukan sahaja masuk campur dalam urusan interfaith tetapi turut menceroboh intrafaith dalam Islam.

-Membantu organisasi atau NGO atau individu perseorangan yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam sebagai tanda kita mempunyai rasa MAHU untuk menangkis serangan Islamophobia.

-Menggunakan segenap tenaga yang ada untuk membantu rakan dan saudara seislam di seluruh dunia samada dengan jiwa,harta dan sebagainya.Malahan Dr Yusof Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya seluruh umat Islam membantu Iran walaupun ianya berkefahaman Syiah.

Dalam menghadapi segenap situasi yang mencengkam umat kini, seharusnya unsur UKHWAH menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam.Jika kita bersatu dibawah ikatan aqidah, maka akan terhasillah wehdatul fikrah yang memungkinkan terhasilnya satu tindakan bersama iaitulah wehdatul amal.

Akhirnya, hayatilah sabdaan Rasulullah SAW : "Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya" Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah?" Maka nabi saw menjawab "Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu". Sahabat bertanya" apakah itu wahan?"nabi menjawab" Cintakan dunia dan takutkan mati" (hadith riwayat Abu Daud).