Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Oktober 2007

HARGA TEPUNG NAIK: RESTORAN CADANG NAIKKAN HARGA ROTI CANAI

Berbaloi ke roti canai naik 20 sen sedangkan tepung cuma naik 15 sen aje. dah tentu diorang akan untung berkali ganda. kalau nak naik pun, pada saya boleh naik dari 60 sen ke 62 atau 63 sen pun boleh. mungkin inilah masanya kita nak guna duit syiling 1 sen tu.

Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai

PULAU PINANG 29 Okt. - Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan.

Kerajaan akan menimbang permohonan persatuan tersebut. Namun cadangan kenaikan sebanyak 80 sen sekeping itu di lihat agak tinggi dan akan membebankan pengguna.

"Selain roti canai, persatuan berkenaan juga turut memohon untuk menaikkan beberapa jenis makanan lain berasaskan tepung seperti mee, bihun dan capati," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barang sempena perayaan Deepavali, di Jalan Penang di sini hari ini.

Pada 15 Mei lepas, harga tepung di Semenanjung dinaikkan 15 sen sekilogram iaitu pada RM1.35 berbanding RM1.20 sebelumnya.

Untuk Sabah dan Sarawak, harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum itu.


Kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serba guna dan tidak bagi tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal.

Harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutannya dikatakan mengalami kenaikan setiap tahun.

HUMOR SEKETIKA : DR. SHEIKH MUSZAPHAR TERKEJUT BELIAU ANGKASAWAN KEDUA MALAYSIA


STAR CITY, Russia - Angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, mengakui terkejut apabila mengetahui beliau adalah orang kedua dari Malaysia yang berjaya ke angkasa.

Sheikh Muszaphar yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari, selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang kelmarin waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas menempuh perjalanan selama tiga jam 23 minit dengan kapsul Soyuz TMA-10.

Selain beliau, turut berada dalam kapsul tersebut adalah dua angkasawan Rusia iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov.

Untuk rekod, angkasawan pertama Malaysia ialah seorang rakyat Terengganu yang berasal dari Besut iaitu Ayah Pin (gambar bawah).


Isnin, 29 Oktober 2007

TARIF ELEKTRIK NAIK? - BERIKUTAN HARGA MINYAK DAN GAS MELONJAK DI PASARAN GLOBAL

Oleh Mustafa Kamal Basri dan Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.

"Harga gas yang digunakan oleh TNB pada masa ini tidak mencerminkan harga sebenar komoditi itu di pasaran dan pengguna elektrik tidak boleh lagi mengharapkan kadar tarif dikekalkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan kewangan syarikat utiliti itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di sini hari ini.

Moggie semasa mengumumkan keputusan kewangan TNB itu berkata, syarikat utiliti itu mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Moggie turut menyatakan bahawa pendapatan firma itu melonjak 14.4 peratus kepada RM23.2 bilion dan ia disumbangkan oleh peningkatan permintaan elektrik dan kenaikan tarif yang dilaksanakan pada 1 Jun 2006.

Che Khalib seterusnya berkata, TNB telah menghantar cadangan kepada kerajaan berhubung kenaikan kadar tarif elektrik dan terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat keputusan.

"TNB berpendapat kerajaan tidak mempunyai pilihan (untuk tidak menaikkan kadar tarif berikutan kenaikan harga bahan bakar global) dan kini hanya masa dan peratus kenaikan tarif itu sahaja yang belum diputuskan.

"Adalah tidak praktikal untuk mengekalkan kadar tarif pada masa ini berdasarkan keadaan itu.

"Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keputusan kerajaan," tambah beliau.

Menurutnya, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.

Che Khalib berkata, pada masa ini, TNB masih mengenakan kadar tarif yang paling murah di rantau ini.

Baru-baru ini, TNB telah meminta kerajaan menghapuskan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 tahun kawalan ke atas harga gas asli yang dibekalkan kepada syarikat penjana kuasa.

Kerajaan pada masa itu, tidak membenarkan TNB memindahkan peningkatan harga gas dan menetapkan harga yang boleh dikenakan oleh TNB kepada firma penjana kuasa bebas (IPP) dan beberapa syarikat industri pada paras RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British).

Pada masa ini, TNB menggunakan 1.35 bilion kaki padu standard gas setiap hari daripada pembekal tunggalnya, Petronas dan jumlah tersebut tidak pernah ditambah sejak tahun 2002.

Harga gas di pasaran antarabangsa ketika ini adalah sekitar AS$7 (RM24.50) bagi setiap mmBtu dan sebagai perbandingan kepada pasaran semasa, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM18.10 bagi setiap mmBtu.

Sebelum ini, Petronas bercadang untuk menaikkan harga gas dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Tenaga yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini telah memutuskan bahawa tidak ada kenaikan harga gas buat masa ini.

Che Khalib berkata, TNB bernasib baik kerana telah menambat harga arang batu kepada AS$50 atau RM167.75 setan sehingga tahun depan walaupun harga semasa bagi bahan bakar tersebut ialah AS$70 (RM234.82) setan pada masa sekarang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai strategi penstrukturan semula hutang TNB, Che Khalib berkata, pihaknya merancang untuk menyusun semula hutangnya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM2.8 bilion.

Secara asasnya, TNB mahu memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dengan KWSP sehingga tambahan lima tahun lagi dan setakat ini, kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai perkara tersebut dan akan membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi.

TNB disenaraikan sebagai firma peminjam terbesar di negara ini dengan hutang berjumlah RM24 bilion setakat akhir tahun kewangan yang lalu


P/S : BARU BUAT TUNTUTAN KENAIKAN GAJI TAK DAPAT, LA NI DAPAT HADIAH BARU DENGAN TARIF ELEKTRIK YANG DIJANGKA AKAN DINAIKKAN SERTA BEGITU JUGA DENGAN MINYAK.....MMM TAK TAU APA NAK JADI PAS NI...TOL TAHUN DEPAN NAIK, KESIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA LEBUHRAYA YANG SELALU BERULANG SERTA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TERSEBUT...YELA BEBAN SEMAKIN BERTAMBAH..TAK MASUK LAGI DENGAN KOS BARANGAN KEPERLUAN HARIAN YANG JUGA NAIK DAN BAKAL NAIK SELEPAS KENAIKAN HARGA MINYAK..AGAK-AGAKLA APAKAH USAHA KERAJAAN BAGI MEMBASMI SEGALA MASALAH YANG KIAN MERUNCING INI...???

Ahad, 28 Oktober 2007

KEBUMIKAN SAHAJA KASINO GENTING BERSAMA-SAMA PENGASASNYA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KEBUMIKAN SAHAJA KASINO GENTING BERSAMA-SAMA PENGASASNYA

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan bahawa Kasino Genting akan ditutup pada hari Isnin ini kerana menghormati pengkebumian pengasasnya. Sila lihat berita penuh Utusan Malaysia :
Kasino ditutup hormati Goh Tong

Apa kata Kasino itu dikebumikan bersama-sama dengan pengasasnya sekali kerana HORMATI umat Islam. Sila lihat Ulasan berita ini : Ulasan Berita Kasino ditutup hormati Goh Tong.

Say No To Islam Hadhari

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis Ada yang menghisabnya.

Ahmus

SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN JASIN

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN JASIN
TARIKH : 27 OKTOBER 2007
MASA : 3:00 PETANG - 5:30 PETANG
HARI : SABTU
TEMPAT : MARKAS PAS SEBATU












Jumaat, 26 Oktober 2007

KONVENSYEN MELAYU MELAKA MAJU 2010 HANYA OMOMG KOSONG

Oleh : TG KUDIN
MELAKA - Konvensyen anjuran Badan Perhubungan Umno Melaka yang berakhir pada 23 Oktober lalu dilihat langsung tidak mendatangkan manfaat atau keuntungan kepada orang Melayu Melaka khususnya, kerana tiada satu usaha pun yang dibuat bagi memajukan mereka.

Namun yang ada hanyalah projek- projek jutaan ringgit yang diagihkan kepada kroni Umno dan Ali Rustam dengan bangganya mengumumkan pelaburan bernilai RM717.54 juta ditandatangani menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Melaka dan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC), badan berkanun, swasta dan orang perseorangan dalam konvensyen tersebut.

"Pelaburan terbesar sebanyak RM500 juta ialah perjanjian antara kerajaan Melaka dengan Syarikat Bumisetia Management Services (M) Sdn. Bhd. untuk membina sebuah hotel lima bintang dan apartmen di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)," kata Ali Rustam.

Satu lagi perjanjian ialah untuk membina sebuah hotel di muara Sungai Melaka dengan pelaburan sebanyak RM65 juta antara kerajaan negeri dengan Syarikat Casa Del Rio (M) Sdn. Bhd., tambahnya.

Mohd Ali berkata, UDA Holdings turut menandatangani perjanjian dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi membangunkan tanah di Jalan Tun Ali dengan nilai pelaburan RM120 juta.

MBMB juga menandatangani perjanjian dengan Syarikat Bukit Wawasan Sdn. Bhd. untuk membeli empat rumah kedai di Bukit Baru dengan nilai pelaburan RM1.3 juta.

Mohd Ali berkata, pelaburan daripada syarikat-syarikat berkenaan adalah sebagai satu usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera menjelang Melaka mencapai status negeri maju pada 2010.

"Kerajaan negeri juga mensasarkan sebanyak 1,333 premis perniagaan untuk dimiliki oleh bumiputera dalam tempoh tiga tahun sehingga 2010," katanya.

Sekali lagi orang Melaka yang terkenal dengan babi Paya Mengkuang akan 'menang sorak kampung tergadai' kerana mereka semakin terhimpit dek kepesatan pembangunan yang diwar-warkan tetapi hakikatnya tidak.

Kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat begitu membebankan mereka sehinggakan seorang kawan memberitahu saya bahawa tayar motorsikalnya yang telah botak pun tidak mampu ditukar, terpaksa tunggu sehingga cukup bulan.

Sebaliknya kerajaan Hadhari kumpul duit rakyat melalui kenaikan cukai, minyak, harga barang dan tol sebanyak RM95 juta untuk hantar seorang rakyat Malaysia melancong ke bulan bagi bermegah-megah, Malaysia bodoh bukan Malaysia boleh, kritikan yang dilemparkan oleh kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman.



RASUAH DAN KRONI

"Selagi amalan rasuah dan kronisme kerajaan BN dan Umno terus diamalkan selagi itulah hasrat untuk meningkatkan ekuiti Melayu dalam ekonomi negara tidak akan tercapai, ini kerana peluang perniagaan hanya berlegar di kalangan suku-sakat Umno dan kawan-kawan mereka sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab.

Seterusnya beliau mendakwa, bahawa hasrat untuk mencapai 30% penguasaan ekonomi bagi Orang Melayu seperti yang dicita-citakan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan terus menjadi angan-angan kosong.

"Walau sebanyak manapun konvesyen atau seminar diadakan ianya akan hanya gah dari segi seminar dan kertas kerja tetapi pelaksanaannya hanyalah omongan kosong," katanya.

Beliau menambah, Kita ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Melaka dan Ali Rustam supaya menghapuskan semua jenis rasuah dan kronisme di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan negeri.

"Jangan pilih bulu dari segi pembahagian kontrak, pemilihan dalam jawatan- jawatan penting kerajaan negeri serta agensinya, jangan menindas peniaga- peniaga kecil bumiputera, jangan 'merobohkan' tapak-tapak perniagaan Orang Melayu dalam Bandaraya Melaka dan sebagainya.

"Selagi amalan-amalan di atas tidak dihentikan maka selagi itulah Orang Melayu khususnya di Melaka akan terus ketinggalan dari segi ekonomi, kekuatan ekonomi hanya akan diperolehi oleh 'UMNOPUTERA' bukan bumiputera iaitu merujuk kepada hanya segelintir sahaja orang Melayu yang senang sedangkan majoritinya susah," ujarnya.

Beliau berkata, semua orang tahu bahawa Kerajaan Negeri Melaka merupakan sebuah kerajaan yang begitu hebat amalan kronismenya apabila semua kontraktor, klinik dan syarikat swasta yang dikatakan cenderung kepada pembangkang sudah pasti tidak akan menikmati kontrak kerajaan negeri, termasuklah juga semua pemohon-pemohon jawatan di agensi kerajaan negeri mestilah ahli Umno.

Selain itu, beliau menempelak kerajaan negeri yang juga telah bertindak 'meranapkan' beberapa tapak perniagaan Orang Melayu di kawasan Bandaraya Melaka.

Nampaknya Kerajaan Negeri Melaka lebih mengutamakan kepentingan syarikat besar untuk mengaut keuntungan daripada memikirkan jerih-perit kehidupan masyarakat bawahan untuk hidup, menyara pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Akibatnya berlakulah pelbagai masalah sosial di dalam masyarakat seperti dadah, pelacuran, rempit, rompakan, pembunuhan dan bunuh diri juga semakin berleluasa akhir-akhir ini kerana mereka tertekan dengan kehidupan hasil daripada kebebalan pemerintah menguruskannya

Rabu, 24 Oktober 2007

SELINGAN SEKETIKA...KISAH ABANG SAM

Kisah al kisah..............

Last year. Samy Vellu mendapat jemputan untuk merasmikan satu majlis rasmidi Perak anjuran Puteri Umno.

Majlis makan tengahari telah di sediakan, pada hari tu makanan yang disediakan oleh Puteri ialah kari daging. Sebab tengok kari punya lah pekat, makan pulak dengan nasi lembik panas2 disajikan dengan papodom sekali..... Samy Vellu apalagi pulon sampai 3 pinggan....Pastu.... dah masuk suapan terakhir tiba-tiba dia tanya pada ketua puteri nie

"Ini kari kambing sapa masak?"

Maka terkejutlah sang puteri

" Aisey Man. .. Datuk Seri...... I'm sooo sorry, Itu bukan kambing..... itu lembu"

"Haah!!! Apa you sudah buat!!!", "Saya tak boleh makan lembu" Samy terkezzuutt

"Habisss, macammana ni Datuk Seri.... I'm soo sorry" rintih sang puteri

Disebabkan kari tu terlalu sedap, tiba-tiba Samy pun menghabiskan suapan yang terakhir
sambil menjilat-jilat jari nya

"Eh! Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, kenapa Datuk Seri teruskan" tanya ketua puteri

"Takpa!! Tak pa, saya baru teringat.... . saya Hindu Hadhari.... boleh tukar itu law!!!!!"

MALAYSIA BUKAN 'BOLEH' TETAPI 'BODOH' - AKHBAR AUSTRALIA

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.


"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

Isnin, 22 Oktober 2007

USTAZ DAH MARAH..( LANJUTAN KISAH SISWI UPM YANG PERNAH DISIARKAN )

Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?

Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli, asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.

Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau.

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang.

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian
.

Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu.

Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu.

Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan.


Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram.

Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan.

Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.

Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara.

Hukum fekah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.

Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi

mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?

Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh.


Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini?

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat.

Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya.

Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam.

Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat.

Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya.

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini.

Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing.

Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.

Ustaz Muhammad

Jumaat, 19 Oktober 2007

RUMAH TERBAKAR DI MALAM RAYA

OLEH : Zaili Muhammad


Nyalas, 17 Okt (Hrkh) -Sebuah keluarga di kampung Pondok Batang, Nyalas, Asahan, di sini, tinggal sehelai-sepinggang di pagi raya apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 3.20 pagi hari raya pertama.

Mangsa, Abdul Rahim Sudin, 54, peniaga warung, mengatakan bahawa beliau sekeluarga tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku kerana pergi ke rumah mertua bagi membuat persiapan hari raya.

Menurutnya, tiada barang atau harta yang dapat diselamatkan, semuanya habis terbakar, seperti pakaian, persiapan raya, buku sekolah serta termasuklah sebuah kereta dan motorsikal miliknya.

Bomba dari Jasin bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi namun gagal menyelamatkan rumah tersebut kerana api begitu marak dan cepat sekali membakar serta dalam sekelip mata sahaja semuanya hangus di telan api.

Beliau bersama isteri, Zaidah Yem, 50, dan 8 orang anaknya kini terpaksa menumpang buat sementara waktu di rumah adik iparnya, beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh orang-ramai seperti keperluan asas.

Sehubungan dengan itu PAS cawangan Nyalas Timur telah melancarkan Tabung Bencana bagi meringankan musibah yang menimpa mangsa, sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghubungi Pengerusi Cawangan, Hamdan Sudin (019-6819410) atau menyalurkan sumbangan secara terus kepada Bendahari Cawangan, Hasim Sudin (Bank Islam - No: 04-033-02-002399-6).

MTD SERKAM BANTU MANGSA KEBAKARAN

OLEH: abuya


Umbai, suasana gembira dihari raya bertukar menjadi sedih bagi sebuah keluarga disini apabila rumah tempat mereka berteduh hangus dalam satu kebakaran pada petang hari raya keempat.

Menurut tuan rumah yang terbabit Haji ismail bin Jantan, semasa kejadian semua ahli keluarga sedang menjamu selera dan menonton tv diruang dapur rumah tersebut. kebakaran ini dipercayai berpunca dari litar pintas itu bermula dari bahagian serambi rumah melayu lama itu.



"Api merebak dengan pantasnya dan kami hanya mampu menyelamatkan diri dan barang -barang yang termampu saja. Pasukan bomba yang datang juga menghadapi masaalah kerana tekanan air yang rendah" kata salah seorang anak lelaki beliau. Namun begitu beliau bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan buat seketika ini mereka menumpang di rumah keluarga terdekat.

Sementara itu Pengerusi majlis tindakan Dun Serkam Haji Ismail bin Abd Latif yang dimaklumkan tentang tragedi tersebut telah menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak PAS kepada keluarga tersebut. Beliau juga mengingatkan keluarga terbabit agar bersabar dengan ujian yang allah berikan. " PAS hanya membantu sekadar yang mampu, Insya-allah kita akan usahakan lagi bantuan agar penderitaan yang dialami dapat diringankan" katanya semasa menyampaikan sumbangan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah bendahari MTD Serkam, Sdr Abd Rahman bin Elias, AJK MTD Serkam, Sdr Zulkifli bin Md Ghaus dan AJK pas cawangan Umbai, Hj Abd Majid bin Jani.

Rabu, 17 Oktober 2007

ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT



MALAYSIAKU TERCINTA



Selepas bermulanya kadar kenaikan harga petrol RM 0.30 seliter rakyat kini dianugerahkan dengan kenaikan harga barang. Dengan bebanan hidup serta gaji yang kecil terutama dari pekerja swasta yang gagal dalam meraih simpati kerajaan. Kepada rakyat jelata, kalau benarlah BN hendak menjaga kebajikan rakyat semestinya mereka akan berusaha mencari ikhtiar membantu rakyat bukan dengan diperlakukan sedemikian rupa.. Harap rakyat malaysia kembali celik dengan melihat penindasan secara diam yang dilakukan oleh kerajaan kepada kita.....ingat, apa yang berlaku sekarang ini di Negara kita yang sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan dibawah pemerintahan BN ialah "YANG KAYA SEMAKIN KAYA DAN YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN!!!".....

Selasa, 16 Oktober 2007

CATATAN RAMADHAN - SYAWAL

OLEH : BUDI_ABUYA (budi_abuya@yahoo.com.my)

Sekali lagi syawal menjelma dan seluruh rakyat dikhabarkan bergembira menyambutnya. Mangsa tsunami di pulau pinang dah dapat rumah baru, rakyat malaysia ada yang beraya diangkasa, ada juga beraya di IJN. Tiada masalah dengan bekalan daging kerana 'stok' di Melaka mencukupi keperluan dimusim perayaan ini. Semuanya seakan menutupi realiti kepedihan rakyat yang sebenarnya terpaksa menanggung kenaikan harga barang keperluan.

Macam biasalah bila kenaikan ini berlaku wakil rakyat tempat aku akan minta rakyat bersabar dan jangan terpengaruh dengan pembangkang. Baru ini dalam 'taqarub ramadhan' beliau pun dengan muka seposen mengingatkan penduduk kampung aku agar bersyukur dengan keamanan yang dinikmati sekarang, katanya lagi walaupun harga minyak naik namun masih murah jika dibandingkan dengan negara Thailand (macam pernah dengar ayat ini, tapi dimana ye??). Kawan aku yang ada dalam majlis itu spontan menjawab "Thailand tak de minyak."!!! Terkedu dan terperanjat berok juga YB tu. Otai UMNO yang duduk atas surau nampak lega dan terpukau mendengar hujah bodoh yang masih digunapakai dari dato wira itu. Senang aje nak perbodohkan rakyat. Apelah nak jadi dengan bangsa aku ni?

Lepas tu dia cakap pulak pasal babi kat Paya Mengkuang. Dia mengakulah memang binatang tu dah lebih banyak jumlahnya dibanding rakyat Melaka, tapi tak sebut pula apa tindakan yang kerajaan negeri nak atasi masalah itu. Lagi dia nasihatkan orang yang ada atas surau tu agar tidak terpengaruh dengan pembangkang. Rupanya dia lagi takutkan pembangkang. Bukan dia je takutkan pembangkang, FRU pun takut juga. Semasa penternak babi buat demo, pasukan FRU tak pulak gunakan water canon, belantan atau peluru hidup, malahan apabila penternak babi gertak nak masukan FRU dalam sangkar babi tu, takut pulak. Kalau dengan orang PAS bukan main garang lagi.

Pagisyawal tu aku sembahyang raya kat masjid, Markas PAS ada buat solat raya juga tapi aku pilih masjid kali ini. Kat melaka ni masjid sama level dengan balairaya. maksud aku jawatankuasa masjid wajib dari parti cap keris. Berkilau kilaulah kain sampin pimpinan umno pagi tu. rasanya macam dekat perhimpunan umno pulak.

Seperti biasa setiap tahun pihak masjid mengadakan kutipan derma kilat. Ala-ala derma jihad yang dibuat PAS semasa ceramah. Tukang bawa tong derma ialah ajk masjid @ ajk umno.tak kisah le tu. yang aku bengang ialah kutipan derma tu dijalankan semasa khatib membaca khutbah, lepas tu sibuk pulak mengira duit dipenjuru masjid bukannya nak dengar khutbah aidilfitri yang setahun sekali.

Bagi aku, khutbah raya yang dikeluarkan jabatan agama tahun ini sangat baik. Tiada pujian melambung untuk pemerintah atau sindiran untuk pembangkang. Selain mengingatkan tuntutan berzakat khutbah juga mengingatkan agar menghidupkan susana kunjung mengunjung dan menjaga batas batas syarak ketika menyambut hari raya, seterusnya ditekankan agar jangan membazir, kelebihan berpuasa sunat syawal dan hiburan melampau sempena hari raya di TV. Jarang aku mendengar khutbah yang sebegini baik dari jabatan agama. tahniah !!!

Seperti yang disebut dalam khutbah itu supaya jangan membazir, aku termanggu sekejap memikir budaya baru yang semakin menjadi jadi dimusim perayaan akhir akhir ini iaitu bermain bunga api dan mercun. Bukan bunga api yang kecil, tu yang macam sambut merdeka.kat mana jual? salah ke disisi undang-undang? yang jelas ianya pembaziran yang diajarkan dan ditunjukan oleh pemimpin kerajaan yang diberi kuasa.
Selamat hari raya , maaf zahir dan batin.

Sabtu, 13 Oktober 2007

KOTA PORTUGIS DIBINA SEMULA SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA

OLEH : TG KUDIN

MELAKA - 'Dibina oleh Portugis, diperkukuhkan oleh Belanda, dimusnahkan oleh Inggeris dan dibina semula oleh Kerajaan Malaysia' itulah catatan yang tertera di depan tapak pembinaan semula Kota Portugis berhampiran Muara Sungai Melaka.

Apabila membaca catatan tersebut saya termangu sebentar dan hampir menitiskan airmata mengenangkan kebodohan anak bangsaku yang begitu berbangga mengagungkan penjajah walaupun mereka telah lama pergi meninggalkan negara kita.

Saya begitu kesal dengan tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Kerajaan Negeri Melaka untuk membina semula Kota Portugis dengan peruntukan RM12.9 juta setelah mendapat kelulusan dari kabinet baru-baru ini.

Ia tidak perlu diberi peruntukan jutaan ringgit bagi pembinaanya semula kerana hanya akan menaikkan semula imej penjajahan Portugis seterusnya menghina bangsa Melayu Islam yang telah mengecapi kemerdekaan 50 tahun yang lalu.

Apakah mereka sudah lupa dengan perjuangan nenek moyang kita dahulukala yang berjuang bermati-matian untuk menghalau penjajah dari bumi Melaka yang bertuah ini, bukan sedikit bahkan jutaan pahlawan yang telah syahid sejak ratusan tahun yang lalu.

Apa perlu kita membanggakan kesan penjajahan bangsa asing ke atas bangsa kita yang jelas mengaibkan dan menghina bangsa kita, sepatutnya sejarah hitam itu kita kuburkan dan hilangkan terus dari ingatan kita.

Sepatutnya kita berasa malu kerana pernah dijajah pada suatu ketika dulu dan hari ini setelah merdeka kita selayaknya sudah mempunyai azam baru, semangat baru, kekuatan baru serta keyakinan untuk hidup berdikari sebagai sebuah bangsa yang bermaruah dipandang mulia oleh masyarakat dunia.

Sia-sialah pengorbanan para pejuang terdahulu, para pendekar, pahlawan Melayu yang berjuang dengan harta dan nyawa bagi mempertahankan Kota Melaka dari serangan Portugis 1511, seperti pesan orang terdahulu 'Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai di kata, Harta dan Nyawa saya serahkan.

Rupanya setelah 50 tahun merdeka dengan mudah tanpa perasaan bersalah pemimpim Melayu Umno yang kononnya ingin membela orang Melayu, mengkhianati perjuangan tersebut dan dengan bangga mengatakan ini sebagai satu cara untuk kita menarik pelancong.

Bukan sekali bahkan beribu kali pejuang Melayu menyerang Kota Portugis untuk menghancurkan dan menghalau penjajah keparat itu tetapi malangnya,
sedikit pun tidak tersentuh di hati sanubari kera dan beruk ini bahawa tindakan tersebut samalah seperti mereka kencing di atas kubur nenek moyang mereka!

Kera dan beruk ini sebenarnya bukan nak sangat mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan kerana banyak cara lain yang lebih menjimatkan kos dan tanpa perlu melukakan atau mengkhianati perjuangan bangsa Melayu boleh dilakukan.

Tapi disebabkan ketamakan, haloba, rakus dan nafsu serakah perut serta bawah perut untuk membolot segala projek, wang rakyat dengan cara penipuan licik, puak kera dan beruk ini sanggup mengadai melacurkan maruah harga diri mengkhianati perjuangan bangsa.

Lihatlah apa yang terjadi kepada projek gila Rahim Tamby Chik dahulu iaitu 'Projek Cahaya dan Bunyi' yang menelan belanja jutaan ringgit bagi menarik kedatangan pelancong tetapi akhirnya siang dan malam menjadi tempat muda- mudi beromen, begitu menjijikkan, mereka kencing di atas kuburan nenek moyang mereka.

KOTA PORTUGIS

Pada awalnya tembok Kota ini dibina oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Islam Melaka mengelilingi Istana Raja, ia dibina daripada tanah dan diperkuat dengan batang kelapa dan batang nibung serta pagar kayu.

Manakala Kota Batu ini dibina oleh Portugis setelah menawannya dalam tahun 1511 mengelilingi Bukit Melaka (Bukit St Paul) dan siap pada tahun 1548 dan kota ini diperkukuh semula oleh Portugis setelah serangan Belanda dalam tahun 1605- 1606.

Belanda seterusnya memperkukuhkan lagi tembok kota dan menambah beberapa bastion setelah menawan Melaka pada tahun 1641 termasuklah Bastion Middleburg yang terletak di pintu masuk Sungai Melaka.

Namun hampir keseluruhan Kota Melaka akhirnya dimusnahkan oleh Inggeris dalam tahun 1806- 1807 dan yang terselamat hanyalah sebuah pintu kota yang dikenali A' Formosa.

Kini Kota Melaka ini sedang dikaji dan didokumentari secara komprehensif oleh Jabatan Warisan Negara dan sebahagian tembok kota ini akan dibina semula oleh KeKKWa.

Munsyi Abdullah

Dalam buku Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah (1796-1854) menulis tentang bagaimana Residen William Farquhar (1774- 1839) meruntuhkan kubu Portugis di Melaka pada tahun 1807. Farquhar, seorang jurutera yang hidup sezaman dengan Stamford Raffles, menjadi residen di Melaka antara 1803-1818.

Kata Munsyi Abdullah: "Sebab Inggeris itu terlalu cerdiknya itulah sebabnya dipecahkannya kota ini; kerana jikalau kiranya kota ini dapat ke tangan bangsa lain, nescaya beberapa lama pun diperanginya tiadalah akan alah, oleh sebab demikianlah kukuhnya dan hikmatnya kota ini."

Di kota itu juga, kata Munsyi Abdullah, terdapat penjara untuk menyeksa tahanan.

Beliau menyambung: "Ada pun seri negeri Melaka itulah kota itu. Maka apabila sudah pecah kota itu, maka negeri Melaka tiada berseri lagi, umpama seorang perempuan yang kematian suaminya, tiadalah berseri mukanya.

Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah, itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada ditiadakan, dan yang tiada diadakan, berubah-ubah adanya."


PERUTUSAN AISILFITRI KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN

Bismillah hirrahma nirrahim.
Allahhuakhbar,Allahuakhbar, Allahuakhbar, walillahhilham.


Alhamdulilah, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa yang diwajibkan selama sebulan. Kini telah sampai untuk kita meraikan kemenangan diatas kejayaan kita mengawal dan menundukkan segala keinginan nafsu yang menguasai diri, itulah erti sambutan aidil fitri yang kita raikan ini.

Sahabatku muslimin dan muslimat,
Dalam suasana kita menyambut hari yang mulia ini, marilah kita sama sama kita merenung sejenak akan nasib yang menimpa keluarga Sdr Jazimin yang kehilangan anak kesayangannya diawal Ramadhan. Inilah gambaran betapa negara kita berada dalam keadaan tidak selamat. Ibu bapa sentiasa dalam kebimbangan apabila anak anak berada jauh dari mata. Kepada keluarga terbabit saya harap kuatkan semangat dan bersabar.

Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu. Tiada lagi diplomasi dan pertimbangan untuk pembangkang. PDRM seakan mengesahkan status kompenennya dalam BN. Semoga Allah menunjukan kepada kita 'yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah'.

Sahabatku muslimin dan muslimat,
Saya juga ingin mengingatkan agar kita menggandakan usaha dalam menghadapi pilihanraya yang semakin membahang ini. Tidak kiralah bila ianya akan berlaku, yang penting kita sentiasa dalam keadaan bersedia dan segala kerja pilihanraya telah kita bereskan.

Akhirnya saya dan seluruh AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin kepada semua. Sekian, terima kasih.

AMINUDIN BIN ABD JALIL
(KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN)

Sabtu, 6 Oktober 2007

UJIAN HIPNOSIS - ALLAHYARHAMAH NURIN JAZLIN

Seluruh rakyat Malaysia meratapi pemergian adik Nurin Jaz lin Jazimin,8, dan mengutuk kekejaman yang dilakukan ke atas kanak-kanak comel yang tak berdosa itu.

Pencarian selama 30 hari berakhir pada hari Khamis apabila mayat kanak-kanak yang disumbatkan ke dalam beg sukan di Petang Jaya Isnin lepas disahkan adalah Nurin melalui ujian DNA yang dilakukan ke atas kedua ibu bapanya.

Kurnia ingin berkongsi pengalaman sepanjang berusaha mendapatkan bahan berita tentang kehilangan Nurin. Pada awalnya tugas mendapatkan berita follow up kehilangan Nurin, kurnia arahkan kepada anak buah di Meja Crime.... namun atas rasa simpati dan hati terasa dekat dengan kanak-kanak malang itu, Kurniapun turun padang mendekati keluarga mangsa.

Pada suatu malam, (tak ingat tarikhnya bila)Kurnia menghubungi seorang kenalan yang kini menjadi rakan baik dari Sinfoni Minda akedemi iaitu saudara Fitri untuk sama -sama membantu mencari Nurin melalui kaedah Hipnosis. Satu keadah yang digunakan bagi mengesan adik Yin yang hilang pada Mac lepas.

Pada malam itu juga, kurnia menghubungi bapa Nurin memaklumkan untuk membantu menggunakan kaedah itu dan atas persetujuan keluarga, malam keesokkannya kurnia bersama dua orang rakan sekerja serta Fitri dan pakar Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad datang ke rumah keluarga Nurin.

Pada waktu itu, kurnia lupakan seketika tugas sebagai wartawan, sebaliknya menjadi saudara seIslam yang berniat untuk membantu.

4 orang termasuk ibu Nurin, Norasian Bistaman, serta sepupunya, rakan Nurin yang merupakan saksi yang nampak Nurin di bawa menaiki sebuah van putih serta seorang pelajar dari Sinfoni Minta melakukan remote viewing mengesan Nurin. Mungkin ramai yang tidak percaya tentang kaedah ini, tapi ianya telah dipraktikkan di Amerika Syarikat terutama dikalangan badan perisikan bagi mengesan suspek.

Pada malam itu, ketika melakukan kaedah itu ke atas ibu Nurin, beliau masuki ke alam separuh sedar dan menemui Nurin , yang dilihatnya berada di dalam sebuah bilik gelap, berbaring dalam keadaan merengkok. Pada ketika itu Dr sazali mengarahkan ibu Nurin akan keluar dari tempat Nurin berada itu dan melihat ke sekitar kawasan bagai mengesan di mana kedudukan Nurin. Tapi hati seorang ibu apabila melihat anaknya sendirian dalam keadaan yang lemah sebegitu, dia takut untuk melepaskannya dari pendangan dan gagal mengesan lokasi kedudukan Nurin itu.

Ujian yang dilakukan keatas sepupunya juga mendapatkan jawapan yang hampir sama, di mana beliau nampak Nurin terbaring dalam keadaan merengkok di dalam sebuah bilik gelap..Ketika itu dia hanya melihat Nurin sendirian. Ketika Dr Sazali mengarahkannya keluar dari tempat di mana Nurin berada itu bagi mengenalpasti lokasi ia disembunyikan, beliau hanya menyatakan ternampak satu jalan yang seperti biasa dia lihat, terdapat banyak pokok , ada bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan. Bagaimanapun dia gagal mengesan nama jalan yang dilaluinya ketika berada di alam bawah sedar itu.

Sementara itu ujian ke tiga ke atas seorang pelajar Sinfoni Minda , agak jelas cluenya..., hampir sama dengan sepupu Nurin itu, menyatakan dia seolah-olah nampak ada Jalan yang banyak pokok, ada premis kedai. Nurin yang dilihat ketika itu dijaga oleh dua lelaki...seorang berbadan tegas dan seorang lagi agak kurus yang diyakininya orang malaysia . Katanya ketika itu yang dilihatnya tangan Nurin diikat, dan dia demam dan kesakitan. Berdasarkan maklumat itu, bersama polis usaha mengesan dijalankan di Jalan Klang Lama pada dua malam berikutnya...namun hanya menemui sebuah van berwarna putih yang akhirnya disahkan tiada kaitan dengan kes kehilangan Nurin.

Keadah remote ivewing seterusnya turut dijalankan, namun pada hari-hari terakhir sebelum penemuan mayat Nurin itu, Dr Sazali mendapati tenaga Nurin untuk membolehkan interaksi minda dijalankan semakin lemah dan keadaan Nurin ketika itu tidak bermaya akibat kesakitan yang ditanggungnya.

Kurnia, yang turut sama menyaksikan keadah itu dijalankan sepanjang masa berdebar2 dan tidak henti-henti berdoa agar Nurin dikuatkan semangat dan mampu bertahan melawat sakit yang ditanggungnya.

Namun Kuasa Tuhan juga yang menentukan segalanya. Pembunuhan kejam yang tidak disangka itu adalah penamat kepada pencarian Nurin yang setiasa dinantikan kepulangannya.

Sepanjang mendekati keluarga Nurin, air mata ibunya bagai kering menanti....dan akhirnya sekujur tubuh kaku yang pulang dan tidak akan kembali lagi.

Kini, walaupun Nurin telah selamat dikebumikan dan aman di sana , namun kerja kami mencari berita hingga tertangkapnya mereka yang terlibat dalam perbuatan terkutuk itu akan diteruskan.

Usaha mengesan manusia yang hatinya lebih kejam dari binatang yang tidak tahu ingin dipanggil apa jenis mahkluk tersebut sedang diperhalusi. Mungkin hatinya puas dengan pembunuhan yang dilakukan. Jika benar dua lelaki seperti yang digambar dalam keadah hipnosis yang dijalankan, sama-sama kita doakan agar makhluk seperti binatang itu akan ditangkap dan menerima pembalasannya......

Hati rakyat Malaysia pasti tidak akan puas selagi mahkluk itu tidak ditangkap dan cuba kita renungkan, kejadian seperti ini pasti akan berlaku lagi..lagi..dan lagi...., kerana mahkluk seperti ini yang kebiasaannyan seperti manusia normal yang dilihat cukup penyanyang dan pandai mengula-gulakan kanak-kanak ini berkeliaran di mana-mana.....

Sama-sama kita jaga keselamatan anak-anak kita... Wassalam...

Jumaat, 5 Oktober 2007

DUA SEBAB KENAPA UMAT ISLAM MUNDUR?

Apabila terdengar azan kita pasti mengetahui ia adalah panggilan solat. Tapi, saat darurat, azan dilaungkan sebagai panggilan jihad atau bagi memenuhi keperluan hajat masyarakat yang penting seperti hebahan mengenai kematian seseorang penduduk kampung.

Namun, mari tumpukan kepada azan sebagai seruan mendirikan solat. Ini kerana, tersebut dengan jelas dalam kalimah-kalimat yang tersusun itu seruan: 'Marilah menuju solat' dan diikuti seruan: 'Marilah menuju kejayaan'.

Jadi, sudah tentu 'lagu' dan 'lirik'nya diciptakan untuk solat. Dalam suatu hadis, tersebut kisah di mana para sahabat sedang bermesyuarat bersama Baginda Rasulullah s.a.w untuk memutuskan kaedah yang sesuai untuk menyeru Muslimin menunaikan solat di masjid.

Antara idea yang dibangkitkan ialah penggunaan loceng yang mirip kepada Nasrani serta tiupan serunai yang mirip kepada Yahudi dalam peribadatan mereka. Akhirnya, Bilal pun dipilih sebagai muazzin pertama yang melaungkan azan dari sebuah tempat yang tinggi.

Kaedah azan yang digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat melalui mesyuarat mereka itu sebenarnya mengandungi rahsia besar tentang 'kejayaan', 'kemajuan', 'pembangunan' dan 'kemakmuran' atau apa-apa saja perkataan yang seangkatan makna dengan kebaikan.

Di sini, timbul suatu persoalan baru - yang mana tiba dahulu, atau apa perlu didahulukan? Adakah 'solat' atau 'kejayaan' diutamakan daripada sebarang pekerjaan yang membuahkan 'kejayaan'.

Ini kerana seruan menunaikan solat terlebih awal disebut, dan dikemudiankan seruan bagi menuju kejayaan (al-Falah). Kejayaan di sini, merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.

Pendek kata, kalau kita boleh meluruskan solat, tentulah kita boleh menempa, menempah tiket ke arah kejayaan itu. Tidak cuma menempah. Malah, jika kita lurus soal solat, sudah tentu kita berhasil menguruskan kejayaan kita itu. Ertinya, kita diberi kebolehan mencipta ruang dan peluang untuk berjaya.

Kejayaan ini tentunya tidak dapat dicapai melalui usaha seorang saja melainkan ia mesti dilakukan secara berkumpulan dan berjemaah. Oleh itu, solat yang dimaksudkan di sini ialah solat berjemaah dan bukan solat bersendirian.

Ini kerana, ruh daripada seruan azan tadi bermaksud panggilan kepada orang-ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid, tempat di mana azan itu dilaungkan tadi.

Umum mengetahui bahawa maju dan mundurnya sesuatu bangsa bukanlah kerana bahasa bangsa lain. Bahasa bangsa lain tiada fungsi penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah bangsa. Bukannya bahasa Inggeris akan menyebabkan pelajar itu celik di dalam Matematik-Sains. Tapi, ia bermula dengan 'sikap' rajin, latihan mengulangkaji pelajaran.

Sikap malas dan rajin bekerja ini dipandukan oleh semangat dan motivasi. Semangat pula dibentuk daripada cara berfikir dan memandang sesuatu perkara secara positif.
Semua ini bakal diperolehi oleh seseorang Muslim itu lewat solat-solatnya sama ada yang fardhu atau sunat. Tetapi, dalam solat jemaahlah sikap-sikap yang mencerminkan mundur dan maju umat Islam ini semakin jelas kelihatan.

Maju dan mundur ini pula diukur melalui sikap pergerakan dalam solat berjemaah yang terbahagi kepada dua pergerakan. Pergerakan ke 'depan', 'belakang' dan 'kiri', kanan'.

Sebenarnya, ada banyak lagi sikap yang boleh menentukan maju mundurnya umat Islam. Tapi, dalam hubungan azan dan solat berjemaah ini, biarlah kita tumpukan kepada hal ini terlebih dulu. Gerakan ini timbul kerana wujudnya saf depan-belakang dan saf kiri-kanan.

Pergerakan ke depan bererti langkah kemajuan seseorang makmum (dipimpin) menuju ke tempat imam (pemimpin). Sementara, pergerakan kiri dan ke kanan adalah bertujuan bagi merapatkan ikatan perpaduan dan persaudaraan jika wujud ruang kosong di dalam saf itu.

Jadi, inilah dua sikap yang mendatangkan maju mundurnya sesuatu bangsa Muslim itu. Ia adalah sikap selalu bersedia menjadi pemimpin untuk memimpin umat dan sikap sentiasa berusaha merapatkan ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama mereka.
Gerakan menuju ke saf depan apabila dilihat wujudnya kekosongan, adalah menunjukkan seseorang itu sentiasa mara ke depan. Apabila tiba masanya, jika dipelawa untuk menjadi imam, maka seseorang itu bersedia memimpin solat berjemaah pada bila-bila masa.

Apabila seseorang itu melihat di bahagian kiri dan kanannya kosong, maka dia akan terus merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya. Dia tidak akan pernah membiarkan saf itu kosong diisi syaitan dan membiarkan kekosongan diisi kekosongan. Yang menyebabkan seseorang itu rapat kepada saudaranya, ialah kerana dia ingin memenuhi kekosongan itu.

Seseorang yang terasa hidupnya penuh kekosongan dan kesepian, ia sebenarnya menagih pengisian untuk berbual, berbincang, bertukar fikiran. Semua ini menjelma sebagai bahan fikiran saya sejak Ramadan ini ketika menunaikan solat terawih.

Ada peristiwa lain yang tak kurang menariknya berhubung ikatan persaudaraan ini. Suatu ketika, diriwayatkan bahawa Hasan al-Banna pernah mengadili hal solat terawih. Sebelah pihak, ingin membuat 8 rakaat sementara pihak lain mahu 20 rakaat. Al-Banna kemudian memutuskan agar solat terawih itu dibatalkan. Mereka terkejut dengan keputusan itu.

Akhirnya al-Banna bertanya-apakah hukum solat terawih itu? Mereka menjawab ia sunat. Apabila ditanya apakah hukum perpaduan sesama Islam, mereka serentak menjawab, hal memelihara perpaduan umat Islam itu hukumnya fardhu.

"Jika demikian lebih baik tidak mengamalkan yang sunat demi memelihara yang fardhu," kata al-Banna. Perpaduan penting dijaga kerana ia menentukan maju mundur umat Islam.
Percakaran sesama mereka menyebabkan kemunduran. Di beberapa buah masjid jika kita sering menelitikan hal ini, jarak-jarak antara saf tidak dirapatkan. Di sebuah masjid yang pernah saya kunjungi, ada suatu sikap aneh pada jemaahnya.

Apabila saya merapatkan diri bagi menutup ruang antara saf itu, ahli jemaah itu bertindak menghindari saya. Kemudian, saya cuba merapatkan semula. Ternyata dia telah bertindak dengan cara yang sama dan sengaja membiarkan ruang kosong itu wujud.

Dalam renungan saya, dia mungkin mahukan keselesaan. Mungkin jika rapat, keselesaan itu tidak dirasai. Jika benar itu yang dimahukan, adakah keselesaan itu matlamat di dalam solat berjemaah? Setakat ini, hal itu berlaku di desa pendalaman sahaja. Masjid di bandar belum lagi saya melihat wujudnya jarak saf yang terlalu ketara jauhnya.

Pun begitu, ada hal lain yang perlu diberi tumpuan tentang saf kiri,kanan ini. Lihat cara VIP menunaikan solat jemaah ketika solat Jumaat. Kita lihat punca wujudnya jarak antara saf itu ialah kerana mereka punya sejadah masing-masing. Jadi ketika bersolat di sejadah, maka secara tak langsung akan wujudlah jarak. Jika tidak, mungkin jarak itu tidak wujud.

Seterusnya, sikap tidak mahu maju ke depan untuk memenuhkan saf di depan jikalau ada ruang kosong di depan mereka. Saya percaya, ada kalangan kita yang pernah menghadapi situasi ini. Iaitu, ahli jemaah itu akan berpura-pura seolah-olah dia tidak nampak ruangan kosong di depannya. Dia akan sentiasa menundukkan pandangannya.

Jika ada orang di saf depan mempelawa ahli jemaah itu mengisi kekosongan di saf depan, nescaya dia berpura-pura mengalihkan wajahnya ke belakang. Pada hemat saya, adalah wajar orang tersebut pergi ke hadapan kerana ruang kosong di saf depan itu memang betul-betul berada di hadapannya.

Jadi, demikianlah sedikit sebanyak dua perkara yang dapat dipelajari dalam solat jemaah. Islam tidak menutup ruang sesiapa pun untuk memimpin solat. Mungkin kita orang yang terkemudian. Tapi lama-kelamaan, ruang itu akan terbuka dan kita akan sentiasa menuju ke depan sehinggalah kita tiba di saf paling depan setelah ada ahli jemaah keluar saf.

Akhirnya, kita mungkin dipelawa untuk memimpin solat tersebut. Tapi, sebelum boleh memimpin itu, kita perlu merapatkan ikatan persaudaraan melalui saf kiri kanan terlebih dahulu, bersikap meraikan mana-mana ahli jemaah yang mahu ke depan jika ada ruang kosong di depannya. Jika dia pelawa kita memenuhi ruang kosong di saf depannya, kita janganlah bertangguh lagi untuk mara terus ke depan.

Saya menulis ini kerana berasa cemas dengan kepimpinan Dunia Islam pada hari ini. Kita ketandusan pemimpin sebenarnya. Semua itu kita boleh pelajari apabila kita mencermati solat jemaah. Saya tidak percaya Islam Hadhari boleh memimpin Dunia Islam hari ini. Kita ramai pemimpin, tapi kepimpinan itu tidak diikat dengan akhlak. Ringkasnya, kita banjir kepimpinan, tapi kemarau keteladanan.

Syahadan, jika tiada orang mahu ke depan, maka kita yang sedar ini patut maju ke depan. Ini bukan bererti kita sudah mantap. Tapi, bagai kata orang–tiada rotan akar pun berguna. Tetapi, setelah kita sedari pimpinan sebenar sudah tiba, maka jangan berebut kepimpinan dengan pimpinan itu pula.

Serahkanlah kepimpinan itu kepada yang berhak menerimanya pada waktu itu, sebab pada waktu itu dia telah ditakdirkan Tuhan untuk memimpin. Coretan ini diakhiri melalui kata-kata novelis Indonesia , Pramoedya Ananta Toer, yang mendalam dan bermakna dan diubah sedikit dengan ayat saya: "Betapa berbezanya bangsa Barat dan bangsa Hindia (Timur) ini. Di Barat, setiap orang berlumba membuat jasa lalu mendapat tempat dalam masyarakat, sesuai dengan sumbangannya itu.

"Tapi dalam bangsa Hindia (Timur), orang berasa cemas jika mereka tidak mendapat penghormatan, lalu mereka berlumba merebutkan tempat agar mendapat kedudukan dalam masyarakatnya. "

Sikap berlumba merebut tempat dan kedudukan ini yang menghancurkan slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' selama ini. Kita tidak menderita kekurangan pemimpin. Tetapi, kita banjir dengan pemimpin yang kemarau dengan keteladanan dan akhlak sebagai contoh ikutan kepada rakyatnya.

Syahadan, dua sikap inilah (sentiasa ke depan dan merapatkan persaudaraan) yang perlu diterapkan sebagai sumbangan setiap Muslim yang peka dan prihatin ke atas maju mundurnya bangsa Muslimin. Iaitu, selalu bersedia ke depan sebagai pemimpin dan sentiasa mengukuhkan ikatan tali persaudaraan.

H Fansuri
1:42 p.m, 11 Ramadhan 1428.
Sekolah Pemikiran Kg Baru.


PERISTIWA AR – RAAFIQ Oleh : Us. Nasrudin Tantawi

3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.

Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29 Sept 2007 / sabtu), pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan
ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.

Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?

Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana
terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini, seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai .

Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insyaallah .

Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamaddun.

Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .

Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .

30 September 2007

Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.

Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.

Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan
tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.

Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .

Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah .

Format yang Menarik

Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.

Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.

Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.

Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir. Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan menyerahkan microfon kepada saya .

30 minit ulasan

Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30 minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .

Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir .

Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Suasana di Luar Semakin Kalut

Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.

Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .

Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.

Saya Tidak Mahu Mengalah

Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya merasakan saya tidak bersalah .

Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .

Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka
ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai .

Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.

Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi
biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka ?

Sejurus Majlis Selesai

Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya .

Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta . Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.

Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di persekitaran surau .

Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.

Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam kereta tersebut. Mereka mencari kenderaan saya , mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepongan mereka.

Saya teringat firman Allah swt .

Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.


HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Rabu, 3 Oktober 2007

UMNO DAB BADAR QUBRA

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )


Ramadhan Al-mubarak telah pun memasuki fasa ketiga. Anjuran agar dilipatgandakan amalan terus dikejar oleh mereka yang cintakan akhirat. Agak malang juga banyak masjid dan surau telah mula lengang, tidak seperti minggu pertama ramadhan.

Awal ramadhan ini juga menyaksikan satu peristiwa menyayat hati yang menimpa adik Nurin. Saya sekadar tumpang bersedih dan doa saya moga keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi ujian berat ini.Apapun kembalilkanlah semuanya kepada Allah.

Kita juga belum dapat melupakan kisah Siti Aisyah Bokhari yang murtad beberapa tahun dulu, pun berlaku dibulan yang mulia ini. Entah apa keadaannya dan dimana tidak kita ketahui. Tiada perkembangan atau pendakwaan. Yang kita ingat adalah fatwa Hamid Othman yang mengatakan ramai lagi orang kafir memeluk islam jika dibandingkan Aisyah seorang yang murtad. Punya le rosak!!

Satu lagi peritiwa besar yang berlaku dalam sejarah islam ialah peperangan badar yang berlaku pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah. Perang Badar mempunyai pengajaran besar yang harus dikutip oleh sekelian muslimin. Perang yang Rasulullah S.A.W sifatkan sebagai hidup dan mati perjuangan islam itu sendiri. Dalam istilah lain, jika tewas Tentera badar pada masa itu mungkin sekarang kita telah menjadi nasrani atau yahudi hadhari.

Umno yang kononnya memperjuangkan islam hadhari tidak menjadikan perang Badar sebagai pengajaran bahkan menyebutnya pun tidak. Bukankah perang Badar satu peristiwa besar dalam sejarah islam? Inilah bukti perjuangan umno yang bertopengkan islam, memilih milih apa yang selera dihati mereka sahaja. Menjadi kebiasaannya hanya peritiwa nuzul Quran yang dibesarkan, bahkan ada negeri yang memberikan cuti umum untuknya .

Dalam hal ini saya rasa PAS perlu memainkan peranan lebih luas bagi membangkitkan semangat Badar dikalangan umat islam. Jadikan ianya satu sambutan wajib lagi tersusun diperingkat kawasan hingga kesambutan diperingkat pusat. Umno memang tidak berminat, 'ulama seleberiti' lebih minat memasak dan menjadi duta produk. PAS lah yang sekali lagi dihadapan. Ayuh kita teruskan perjuangan

Selasa, 2 Oktober 2007

KISAH CIK YAM DAN CIK PAH TENTANG ORANG NAIK LANGIT!

Gambar ini diambil pada 23 Julai 2007 semasa pre-flight press conference di Johnson Space Center. Jadi selama ni rakyat Malaysia kena tipu bulat-bulat kononnya kerajaan baru decide siapa yang akan naik ke langit.

Salam.Ha! Sebelum hang baca berita tu, hang baca cite ni dulu no. Dan hang jangan lupa klik kat link depa beri tu. Cek ambik cite ni kat Attack of the SKYM!


KISAH CIK YAM DAN CIK PAH TENTANG ORANG NAIK LANGIT!


Alkisahnya pada suatu hari duduk lah Cik Yam dan Cik Pah dibawah pokok asam gelugor sambil menjamu selera dengan jeruk mempelam.


Cik Yam: Cik Pah! Dengaq tak semalam Pak Lah habaq, Si Muszaphar anak Cik Shukor confirm akan pi naik langit! Jadi Angkasawan.


Cik Pah: Eleh! tu benda basi. Saya tau lagi awai.... Saya sebenarnya tau dari bulan Julai lagi. Tapi saja tak nak habaq. Takut nanti Pak Lah marah... Maklum lah suara saya ni satu Malaya boleh dengaq.


Cik Yam: (dengan muka nyampah) Yea lah. Dah suara 'tertelan microphone' memang lah satu Malaya boleh dengaq.

Cik Pah: Anak lelaki saya yang kerja degan NASA kat USA, yang kahwin dengan MAt Salleh, duduk kat rumah besar dan pakai kerta Mercedes bagitau kat saya pasal anak Cik Shukor ni lebih kurang 2 bulan sudah.

Cik Yam: Lah.....macam tu kah....Pasai apa tak bagitau seluar dalam apa anak Cik Pah pakai.

Cik Pah: Jeles lah tu....

Cik Yam: Tak pun (sambil mencemik bibir)

Cik Pah: Lepaih tu kan, anak saya cakap.... Dia pi naik lengit, bukan sebagai angkasawan.

Cik Yam: Abis tu....kalau bukan sebagai angkasawan, dia naik langit sebagai apa? Mat Cemerlang Gemilang Terbilang?

Cik Pah: Anak saya cakap, NASA cuma kategorikan budak tu sebagai Peserta Penerbangan Angkasa (
Space Flight Participant).

Cik Yam:
Peserta Penerbangan Antarabangsa tu macam mana? Macam peserta pameran LIMA ka?

Cik Pah: Anak pompuan yang jadi bini nombor 4 jutawan Arab cakap, budak ni NASA tak iktiraf sebagai angkasawan, tapi kategorikan dia sebagai Space Tourist!

Cik Yam: Space Tourist tu macam mana? Dia macam Spacebar ka?

Cik Pah: Kepala hotak hang! Space tourist tu macam pelancong angkasa lah.

Cik Yam: Ouih! La ni boleh pi melancong kat langit? Pi nak tengok apa? Bukannya ada orang pakai bikini pun.

Cik Pah: Pi tengok bulan bintang!

Cik Yam: Kalau nak tengok bulan bintang, kat belakang reban ayam saya pun boleh tengok, buat apa pi naik langit.

Cik Pah: Kalau pi naik atas, dia tak payah melangut tengok bulan bintang. Tak lah sakit tengkok! Bongok!

Cik Yam: Jadi selama ni kerajaan perabis duit berpuluh juta untuk hantar orang pi melancong lah?

Cik Pah: Tau tak pe.

Cik Yam: Tapi kan, Pak Lah cakap, dia pi naik langit untuk buat eksperimen.

Cik Pah: Hek eleh! Space tourist yang pi sebelum ni pun buat eksperimen jugak tapi diorang tetap dipanggil Space Tourist.

Cik Yam: Pasai apa pulak?

Cik Pah: Sebab angkasawan yang betul, diorang akan dilatih kaw-kaw. Berapa tahun punya practice. Diorang ni pulak, carier diorang memang 'angkasawan' . Bukan jenis naik langit sekali, lepas tu pi jaga restoran.

Cik Yam: Macam mana Cik Pah tau carier diorang ni angkasawan?

Cik Pah: Anak pompuan saya yang satu lagi, yang jadi cukgu besar kat sekolah rendah di Amerika cakap....dia nampak dalam borang permohonan buku teks anak angkasawan ni, dia tulis 'astronaut' dalam kategori 'pekerjaan'.

Cik Yam: Kalau macam tu saya nak suruh anak saya belajar rajin-rajin supaya boleh jadi Space Flight Participant. Lepas tu kalau dia dapat pi naik langit....boleh ajak saya sekali..... (sambil termenung seketika) Eh! dia boleh ajak mak pak naik sekali kan?

Cik Pah: Kalau kapal angkasa tu hang punya.... hang nak bawak naik ayam serama kesayangan laki hang pun boleh.

KERAJAAN MESTI TERUS TERANG BENARKAH WUJUD ANGKASAWAN MALAYSIA ?

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Memandangkan perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan dengan menggunakan wang rakyat, kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berterus terang adakah benar Malaysia menghantar angkasawan?

Ketika media-media utama begitu heboh dengan apa yang didakwa sebagai angkasawan negara, semakin ramai yang mempersoalkan adakah Malaysia menghantar angkasawan atau pelancong angkasa?

Semalam, dalam laman web berita ini, seorang wartawan veteran, Ahmad Tajdid turut mempertikaikan perkara tersebut.

Sambil mengucapkan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya, beliau mempertikaikan adakah apa yang dibanggakan itu merupakan projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa?

Beliau bimbang "program angkasawan negara" akhirnya hanya menjadi modal politik pilihan raya dan tidak jauh bezanya dengan pelayaran solo kapal layar mengelilingi dunia.

Setakat yang dikesan, orang yang pertama mempersoalkan perkara itu ialah seorang blogger yang menamakan dirinya sebagai Aisehman.


Dalam postingnya yang bertajuk "Astro, Not!", beliau menyiarkan gambar yang dipetik dari laman web Nasa yang menyatakan secara jelas bahawa apa yang didakwa sebagai angkasawan Malaysia hanya disebut sebagai "spaceflight participant".

Peserta dari Malaysia itu tidak disebut sebagai angkasawan (astronaut atau cosmonaut) dalam gambar tersebut.

Menurut Wikipedia, spaceflight participant ialah gelaran yang diberikan oleh Nasa kepada pelancong angkasa.

Isnin lalu, majlis pengumuman "angka sawan pertama negara" yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dilaporkan berkata, kerajaan bersedia meneruskan program penghantaran angkasawan negara ke angkasa lepas yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM103.2 bilion sekiranya rakyat mahu ia dilaksanakan.

Kapal angkasa yang akan membawa apa yang disebut sebagai angkasawan pertama negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.

"Angkasawan negara" bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada di ISS.

Di ISS, "angkasawan negara" akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah,
bakteria dan pengkristalan protein.

Penghantaran "angkasawan negara" merupakan program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi