Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Mac 2008

ANUAR ZAIN : "BAKAL MELACUR AGAMA DAN BANGSA ??"

Tindakan apa yang bakal dikenakan kepada mamat ni. Kalau iye pun dah gatal nak berkahwin suruh je mak bapak pinangkan..bukan buat perangai tak senonoh macam ni. Bikin jatuh maruah agama dan bangsa jer..

Apa lagi Pak Menteri, si penyanyi dah keluar statement macam ni..so tak kan mahu dibiarkan saje..atau mahu tunggu perkara dah terlanjur seperti kes Faizal 'Superman"?? Tak dapat saya hendak pastikan samada kenyataan ini hanyalah sekadar untuk meraih publisiti murahan atau sebaliknya. Almaklumlah nama beliau pun semakin suram di dalam persada seni tanah air sejak kebelakangan ini..

Sendiri mahu ingatla ok..Negara kita ada undang-undang, jangan fikir bila dia artis, dia hak masyarakat jadi dia boleh bikin apa saje dia suka..Jika benar-benar perkara seumpama ini berlaku, tindakan tegas wajar diambil kepada mamat ni...Inilah konsep pendekatan Islam Hadhari yang berjaya dibawa oleh Pak Lah Badawi..Tahniah Pak Lah, satu beban tambahan khusus untuk kamu serta pendokong kamu..

...............................................

"Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu," ujar penyanyi 'Lelaki Ini' tentang majlis makan malam istimewa 'A Nite With Anuar Zain' yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 ini.

Bukan sahaja terbuka pada kaum sejenisnya sahaja, malah gadis-gadis juga berpeluang untuk menciumnya. Mungkin ini adalah peluang yang baik bagi peminat Anuar Zain di luar sana yang sudah lama menantikan peluang keemasan ini, apatah lagi ia pastinya merupakan suatu 'bonus' terhadap gadis-gadis yang sudah lama tergila-gilakannya.


Pada mulanya, penulis sendiri rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh adik kepada penyanyi popular Ziana Zain ini, kerana dia sanggup membuat tawaran sedemikian terhadap peminatnya. Biarpun ianya bertujuan untuk menggembirakan peminatnya namun ia pasti mencetuskan kontroversi. Apatah lagi sebelum ini, dia pernah dikritik hebat ekoran dicium peminatnya yang bersikap terlalu 'over'.

"Jangan fikirkan tentang kontroversi kerana ciuman itu adalah perkara biasa, lagipun setakat cium di pipi sahaja dan bukannya ada berbaur sensual. Kalau saya tak bagi cium pun, peminat akan datang cium juga dan ia adalah perkara biasa setiap kali saya membuat persembahan.

"Bagi saya, hari tu adalah hari untuk berseronok dan mereka mahukan perhatian dari saya. Jadi tak salah sekiranya saya mahu menggembirakan mereka," katanya yang ditemui ketika pelancaran majlis tersebut di La Bodega, Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Majlis makan malam anjuran Sutra D’ Mega Event & Entertaiment Sdn. Bhd. yang bertemakan 'Glamorous' ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan hampir 20 buah lagu dari album-album sebelumnya termasuklah lagu popular seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan sebagainya selama lebih dua jam bagi meraikan peminatnya pada malam tersebut.

Dengan diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew, Anuar Zain juga akan menyampaikan lagu secara madley, malah turut akan melakukan persembahan khas untuk peminatnya pada malam itu. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat dari Anuar Zain bolehlah mendapatkan tiket dari harga RM300 ke atas menerusi talian 03-20911666 dan website www.ticket2u.biz atau di Music Valley yang berhampiran.

Jualan Album Tidak Menguntungkan

Album ketiganya, 'Lelaki Ini' yang pernah dikritik hebat ekoran mendapatkan khidmat sepenuhnya dari komposer Indonesia, telah pun terjual sebanyak 25 ribu unit sejak berada di pasaran empat bulan lalu.

Jumlah tersebut bukanlah jumlah yang sedikit, memandangkan pasaran muzik tempatan sekarang agak lembap. Merangkap sebagai penerbit terhadap albumnya sendiri, Anuar Zain mengakui bahawa jualan album tersebut merupakan yang terbaik di antara albumnya sebelum ini. Malah turut menyasarkan jualan 30 ribu unit selepas cetakan yang seterusnya dilakukan.

Biarpun jualan album tersebut masih belum 'pulang modal' dan langsung tidak menguntungkan, namun Anuar Zain tetap berpuas hati kerana hasratnya untuk menerbitkan album sendiri telah pun tercapai.

"Tak untung pun tak mengapa, tapi saya boleh 'cover' dengan show yang ada. Dengan adanya album dan lagu-lagu baru, nama saya akan tetap diingati peminat. Kalau boleh saya tak nak macam dulu, bertahun-tahun baru keluar album. Kali ini saya nak keluarkan album dengan cepat, Insya-Allah dalam tahun hadapan," kata Anuar Zain yang kini sedang mengumpul meterial untuk dimuatkan dalam album terbarunya yang keempat.

"ORANG MELAYU SEMENANJUNG HILANG KUASA DI PARLIMEN LEPAS UMNO KALAH TERUK" KU LI

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan peri pentingnya Umno mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk membincang keputusan pilihan raya umum lalu dan merumuskan langkah-langkah yang wajar diambil oleh parti.

Katanya, perkara yang penting sekarang ialah memperbaiki kedudukan parti melalui Perhimpunan Agung Khas itu.

"Sebelum itu Bahagian-bahagian (Umno), kalau bersetuju, perlu diadakan mesyuarat Perwakilan Bahagian khas dan untuk membawa satu usul membincang keputusan pilihan raya umum lalu mengenai mengapa kita kalah begitu teruk sehingga hilang lima negeri dan hilang kuasa dua pertiga di Parlimen.

"Dan merumuskan apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh parti kita kerana Umno tanpa sokongan daripada ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tiada kuasa langsung di Parlimen," kata beliau kepada pemberita setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, malam tadi.

Katanya, orang Melayu di semenanjung kini sudah hilang kuasa di Parlimen setelah Umno dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Dengarlah, kita dengarlah suara daripada bawah ajak semua orang datang kita timbang perkara ini dengan serius.

"Jangan tak mahu berjumpa langsung dengan orang bawah. Kita orang atas sudah gagal kita dengar suara orang bawah pulak," katanya.

Beliau berkata dengan langkah itu, Umno pasti dapat memperbaiki kedudukannya seperti langkah yang pernah diambil oleh Umno pada 1969.

"Kita dulu selepas tahun 1969 kita kalah juga tapi tidak seteruk ini. Kita telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai inspirasi kepimpinan kita kepada rakyat untuk membela rakyat," kata Tengku Razaleigh.

Katanya, Umno sekarang terpaksa bergantung kepada sokongan ahli-ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak dalam menentukan kuasa negara.

Tengku Razaleigh berkata pertemuannya dengan pemimpin Ketua-Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah untuk menerangkan perlunya cadangan agar diadakan Perhimpunan Agung Khas.

Beliau berkata suara di Parlimen yang tidak sampai separuh bagi kuasa Umno di Semenanjung, harus disedari oleh pemimpin Umno di semua peringkat.

Dalam menjelaskan lagi pertemuannya dengan ketua-ketua Bahagian Umno beliau berkata masih terdapat perasaan takut terhadap kedudukan mereka.

Namun kebimbangan yang dinyatakan secara jelas dan terang oleh kepimpinan Umno bahagian adalah kebimbangan dan perasaaan takut kepada masa depan parti dan orang Melayu.

Katanya, pemimpin-pemimpin bahagian juga berpendapat perlunya perubahan dilakukan dalam parti bagi menentukan halatujunya supaya Umno terus menjadi inspirasi kepada rakyat.

Tengku Razaleigh menegaskan sekali lagi perkara yang penting ialah Umno perlu perbaiki kedudukannya agar orang Melayu mempunyai masa depan yang lebih baik.

HISHAMMUDDIN : SI BAPUK MULA BERTEMPIK !!

Masih ada juga sentimen ke Islaman pada Pemuda UMNO ini rupanya..Jika benarlah mereka mengutuk tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem "Fitna" kenapa tidak pula mereka mengutuk dasar kerajaan yang yang secara terang gagal memerangi gejala murtad yang kian menular dengan teruk dikalangan remaja muslim di kala ini.

Jika hanya pekikan dan lolongan seperti orang gila tanpa ada usaha yang jitu untuk mengutuk tindakan ini baik lupakan sahaja. Jika benar mahu mengutuk ayuh kita boikot terus barang dari Belanda dan batalkan segala urusan dari Negara Belanda...mesti tak berani punya...Nampak hujah saya memang kurang gunakan akal tapi jika seseorang itu berprinsip dan bertegas dengan Agama yang dianutinya tak mustahil usaha ini akan dilakukan. ya atau tidak terpulang kepada masyarakat Islam membuat penilaian...


KLUANG 30 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengutuk sekaras-kerasnya tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem "Fitna" kerana jelas menghina sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penerbitan filem berkenaan sesuatu yang menyedihkan dan boleh mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga menimbulkan keadaan yang berbahaya.

"Saya betul-betul sedih dalam hal ini. Dalam hal ini bukan sahaja Pemuda Umno tetapi Pemuda komponen BN juga tidak akan berkompromi dalam hal-hal agama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat kawasan Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini malam tadi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Sembrong mengulas tindakan Wilders dan penyebaran filem itu menerusi internet yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.

Beliau berkata penerbitan filem itu sukar diterima umat Islam atas dasar kebebasan bersuara dan semua pihak harus sedar kebebasan bersuara mahupun hak-hak tertentu seharusnya disertai dengan rasa tanggungjawab untuk memastikan seluruh masyarakat tidak tersinggung
.( selama ini tak pernah aku lihat ko tersinggung jika anak muda kita lari dari pegangan agama..yang kau tahu cium keris setiap kali dalam perhimpunan UMNO )

SAMY VELLU - DAH JATUH BARU NAK JADI SANG PEMBELA

Selepas tersungkurnya beliau dalam PRU 12 baru uncle Sam sedar yang selama ini beliau telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Presiden MIC. Presiden yang selama ini sibuk mengaut keuntungan melalui projek-projeknya. Walaupun dihimpit dan diasak dipelusuk penjuru, tetapi masih gagal mengubah sikap beliau.

Maka pada hari ini barulah si uncle Sam sedar, setelah selama ini dia hanyut dengan dibuai dengan mimpi-mimpi indah, PRU 12 membuatkan dia jatuh 'tertonggeng' dan dengan memberikan kesedaran untuk menjadi "Sang Pembela" bagi meraih sokongan dari penyokong-penyokong Hindraf. Cerita sensasi dari beliau ialah meminta kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini dalam tahanan ISA.


KUALA LUMPUR 30 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini meminta kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini dalam tahanan.

Menurutnya, dua daripada mereka patut dibebaskan lebih awal kerana seorang daripadanya sakit manakala seorang lagi baru terpilih menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata, R. Kenghadaran, 40, "sakit teruk" manakala M. Manoharan, 46, telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Alam Shah di Selangor atas tiket DAP.

Samy Vellu juga berkata, bagi V. Ganabatirau, 34, dan K. Vasantha Kumar, 34, pembabitan mereka tidak begitu mendalam dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan pertubuhan tidak berdaftar Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 November tahun lepas, yang menyebabkan kelima-lima mereka ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemimpin kelima yang turut berada dalam tahanan ialah P. Uthayakumar.

Presiden MIC itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bengkel "Penjenamaan Semula MIC" yang dihadiri 150 pemimpin bahagian parti, di sini.

Ahad, 30 Mac 2008

PAS BANTAH KERAS FILEM ANTI-ISLAM BELANDA


Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk "Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran dan Nabi Muhammad saw. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas.

Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi. Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.

29 Mac 2008

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

PESANAN UNTUK Y.B.


Sebagai rakyat Malaysia, saya turut bersedih dengan apa yang telah berlaku akhir-akhir ini. Dalam mengejar cita-cita untuk berkhidmat dan mencurahkan bakti kepada rakyat (saya mengharapkan itulah niatnya) untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan di bumi Malaysia rupa-rupanya Allah S.W.T. telah mendedahkan banyak perkara yang tersirat. Jika kita imbau kembali zaman khalifah-khalifah ar-Rasyidin setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. perlantikan ke jawatan khalifah telah menjadi satu tanggungjawab yang terlalu berat untuk disandang. Hari ini jawatan pemimpin menjadi rebutan sehingga ada individu yang sanggup 'pancas' mana-mana tokoh yang dilihat boleh menghalang cita-citanya.

Sejenak saya ingin membawa anda mengimbau kembali bagaimana Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila dilantik menjadi khalifah. Pernah dia menangis apabila sebaik sahaja diangkat sebagai khalifah hingga ditegur oleh isterinya. Dalam jawapannya Umar menegaskan: "Aku telah diangkat untuk mengurusi kepentingan umat Muhammad, maka terfikirlah olehku nasib orang-orang miskin yang kelaparan, orang sakit yang tersia-sia, orang bawahan yang berpakaian compang-camping, orang-orang yang tertindas dan teraniaya, orang-orang asing dan tawanan perang dan orang tua yang tidak kuat lagi bekerja. Dan aku tahu bahawa Tuhan akan menyoalku tentang mereka itu semua, maka aku khuatir kalau-kalau aku tidak dapat menjawab. Itulah sebabnya aku menangis".

Wahai Y.B.-Y.B. sekelian, walaupun ianya kisah sejarah tetapi tanggungjawab yang anda semua pikul tetap sama dan soalan Allah S.W.T tetap soalan yang sama diajukan kepada insan yang bergelar pemimpin. Jika menjadi pemimpin di dalam keluarga sudah tertalu berat, maka terlalu BESAR tanggungjawab untuk menjadi pemimpin masyarakat, daerah, negeri dan negara. Kereta mewah tuan-tuan tidak akan membantu, istana-istana tuan tidak akan membantu, rakan-rakan politik tuan juga tidak akan membantu malah anggota badan tuan-tuan juga tidak akan 'cover' kesalahan dan penyelewengan tuan-tuan.

Maaf, tidak ada niat untuk menakutkan sesiapa. Saya rakyat Malaysia yang mahukan kesejahteraan dan keamanan dunia dan akhirat. Inilah peringatan kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian. Renungi kembali tujuan kemenangan tuan-tuan yang telah dtentukan oleh-Nya adalah untuk menggerakkan negara selangkah ke hadapan dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta melindungi negara dari ancaman anasir-anasir luar yang boleh menghancurkan bumi pertiwi ini.

Oleh: Anak Raja Dagang

FILEM HINA ISLAM: MAHATHIR GESA DUNIA ISLAM BOIKOT PRODUK BELANDA

KL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. "Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan. "Kalau nak pulau buatlah betul-betul.

Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," kata beliau.

SISTEM KUOTA PERLU DIMANSUHKAN, KATA MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.

Katanya beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan "terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa".

"Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Menurut perlembagaan Umno, seseorang calon perlu memperolehi pencalonan minimum daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding ke jawatan presiden parti.

Bagaimanapun peraturan ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dan beliau berjaya mengekalkan jawatan presiden dengan hanya kelebihan 43 undi. Selepas peristiwa itu, sudah menjadi tradisi bagi Umno untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata semasa tempoh pentadbirannya "semua orang bebas mencabar dan berkempen sepenuhnya".

"Semasa tempoh saya (presiden), Tengku Razaleigh mencabar saya, semua cabar saya, dan mereka bebas mencabar, bebas berkempen sepenuhnya, tapi pada masa itu adalah mudah untuk mendapat (sokongan) 60 bahagian," katanya.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan Industri, merupakan Aggota Parlimen yang paling lama berkhidmat, sejak tahun 1969 lagi.

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Tengku Razaleigh adalah pencabar berpotensi bagi jawatan nombor satu parti, Dr Mahathir menjawab: "Tengku Razaleigh adalah salah seorang dari mereka, ada banyak lagi".

Dr Mahathir berkata selain beliau, Perdana Menteri ketiga negara Tun Hussein Onn juga pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin bagi jawatan Presiden parti. Katanya beliau merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti, tapi ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang daripada disalah guna oleh pihak yang mempunyai kuasa.

Berhubung tindakan tiga Anggota Parlimen Umno yang menolak pelantikan ke jawatan timbalan menteri, Dr Mahathir berkata ia adalah hak prerogatif mereka.

Bagaimanapun katanya beliau menyanjung sangat keputusan mereka, kerana menurutnya beliau difahamkan penolakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak dilantik ke jawatan menteri penuh.

SURAT PERMOHONAN UNTUK DISENARAIKAN KE 240 BLOG YANG DIPANTAU

Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka

Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh,
Melaka Bandar Bersejarah.
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400

PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.

URL:
http://sebolku.blogspot.com/
Nama Blog: Hasbullah Pit
Nama Blog lama: Blog Tar Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat
http://taman-pitis.blogsite.org/, Supaya memudahkan lagi unit siber pihak tuan untuk memantaunya.

Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti
izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.

Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.

Ustaz Kamarudin Sidek:
http://kbsn26melaka.blogspot.com/
Jasin Daily:
http://jasindaily.blogspot.com/
Serkam Velley:
http://serkamvelleyonline.blogspot.com/
Ayer Molek Hari ini
http://ayermolekhariini.blogspot.com/

Walaubagaimanapun, Pihak kami akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya berlaku kakitangan awam negeri melaka, digunakan sebagai unit siber bagi pihak UMNO.

Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA

HASBULLAH PIT


sumber dari :
SEBOL

Sabtu, 29 Mac 2008

CADANGAN BELI EYE ON MALAYSIA MERUGIKAN ..

OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membeli eye on Malaysia adalah satu cadangan yang tidak rasional dan tidak menguntungkan rakyat negeri melaka tetapi projek ini beri hanya berikan keuntungan pada para pelancong sahaja. Kerajaan negeri sepatutnya merancang untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat negeri melaka. Cadangan pembelian tersebut yang dilaksanakan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) daripada AD Suria Sdn Bhd menelan
belanja sebanyak RM22 juta, ini amat mendukacitakan kita sebagai rakyat negeri melaka

Cuba kita bayangkan bersama, kerajaan negeri perlu mendapat pulangan sehari RM 6 Ribu , Sebulan RM 183 ribu, setahun RM2.2 juta dan selama 10 tahun baru pulang modal sebanyak RM 22 juta. Bagaimana pula kos penyelenggaraan dan risiko penyelenggaraan dan insuran ??



Sebelum ini kerajaan negeri melaka telah mengeluarkan dana sebanyak RM23 juta untuk membina menara Taming Sari yang terletak di Melaka Raya. Apa rasionalnya projek ini diluluskan dalam masa yang sama kerajaan negeri masih lagi berhutang dengan kerajaan persekutuan sebanyak RM 1.05 Bilion

SUMBER : http://kbsn26melaka.blogspot.com/

KASIHAN UMNO YANG MALANG

Kini berakhir sudah episod tragis kisah perlantikan MB Terengganu yang menyaksikan Dato Seri Idris Jusoh gagal mempertahankan jawatannya setelah beliau ditolak oleh Istana Terengganu dan digantikan dengan Datuk Ahmad Said

Suara rakyat suara keramat, Daulat Tuanku. Umno merancang Allah merancang tetapi perancangan dan takdir dari Allah mengatasi segalanya, Umno Terengganu dan Majlis Tertinggi Umno terpaksa akur dengan nasib yang tidak menyebelahi mereka.

Derhakanya Umno kepada Sultan bukan kepalang, kalau Tuhan mereka lawan selama ini dengan menafikan amanah dan janji manusia kepada Allah inikan pula Sultan.

Mana puak-puak Umno nak letak muka, 23 Adun BN sebelum ini yang biadap kini senyap tanpa mampu membuat apa-apa kenyataan. Mulut mereka di 'zip rapat' dengan dipaksa akur dengan keputusan Istana setelah Pak Lah terpaksa mengalah kepada Sultan dengan menggunakan Majlis Tertinggi Umno sebagai penentu keputusan untuk menjaga air muka Pak Lah yang layu di Putrajaya.

Kemelut dalaman Umno tidak berakhir di situ sahaja, selepas ini mereka masih ada perang sesama mereka sendiri untuk menentukan siapakah yang akan menerajui pucuk pimpinan Umno semasa Perhimpunan Agong Umno yang ditetapkan pada Disember nanti.

Pemilihan Umno yang sebelum ini telah ditunda untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada persiapan jentera pilihanraya UmnoBN kini memakan diri mereka sendiri.

Pemilihan ini dilihat sangat penting memandangkan UmnoBN walaupun masih menguasai Malaysia, mereka sudah semakin hilang moral dan sokongan rakyat setelah mereka kehilangan 5 negeri kepada pakatan Barisan Rakyat yang membuatkan pemimpin-pemimpin Umno berjurai air mata menahan kepedihan dan kesakitan kalah dalam pilihanraya.

Kabinet Pak Lah yang baru sahaja dilantik 8 hari yang lalu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa rapuhnya pakatan Barisan Nasional yang selama ini sibuk dengan agenda Nasional menipu dan merompak duit rakyat.

Penarikan diri Ahli Parlimen dari Sabah & Pahang dari menjawat jawatan Timbalan Menteri dan yang terbaru seorang lagi Ahli Parlimen dari Sabah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri setelah tidak sanggup duduk di bawah kabinet yang digelar kabinet Khairy sudah cukup menggambarkan lemahnya Perdana Menteri Malaysia ini yang diberi nama Pak Lah Badawi.

Suasana politik negara kini semakin menarik untuk pakatan pembangkang mengatur gerak dan strategi akan datang untuk menawan Malaysia. Padan muka Umno, lain kali dengarlah masalah rakyat,tolong rakyat dan jangan khianat, sekarang terimalah padahnya...Pak Lah, Pak Lah cepat-cepatlah letak jawatan....

Sumber : Jundullah

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI : 23 ADUN BN MESTI LETAK JAWATAN


Oleh I-Pacat

Krisis perlantikan MB Terengganu berakhir sudah. Sekarang masa untuk rakyat menuntut janji 23 Adun BN yang diketuai petualang Rosol (tanpa wahyu) anak Wahid. Bukan main sombong puak-puak ni, cakap macam 'orang darat atau orang hulu', dok reti adab sopan langsung. Dia ni memang jadi kuda tunggangan Dollah dan Derih, tapi dia duk perasan hebat sangat.

Dalam Berita Minggu 23 Mac, Rosol Wahid yang mewakili 22 Adun BN menyatakan mereka telah berikrar akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar yang dijadual diadakan di Istana Tamu, Kuala Terengganu keesokannya.

Rosol juga menegaskan bahawa kesemua mereka berdiri teguh di belakang Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Idris Jusoh dan bersedia meletak jawatan sebagai Adun jika jawatan Menteri Besar Terengganu tidak dikembalikan semula kepada Idris.

Nah! sekarang ni mesyuarat MT UMNO telah memutuskan menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Dalam mesyuarat tersebut Idris Jusoh pun ada sama. Dan Abdullah suruh Deris terima keputusan itu. Perjuangan nak rebut kuasa sebagai MB dah selesai!

Tapi, bagi rakyat Terengganu, perjuangan mereka masih belum selesai. Masa mengajar puak-puak penderhaka ini sudah tiba ke puncaknya. Rakyat tidak lupa kebiadapan dan kesombongan mereka. Mereka merendah-rendahkan kebijaksanaan Sultan dan ingat rakyat bodoh macam mereka.

Kes puak gila kuasa dan penderhaka ni terlalu banyak. Kesalahan mereka terlalu besar. Kalau di zaman dulu mungkin dah lama kena pancung atau sula.

-Mereka menderhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu dengan ugutan memulau majlis angkat sumpah MB sehingga majlis itu ditukar kepada penyerahan watikah pelantikan sahaja.
-Mereka mendalangi sidang akhbar yang dibuat oleh ketua Pemuda Umno Terengganu, Sabri Alwi bersama Wanita dan Puteri negeri, yang terang-terangan menuduh istana campur tangan dalam pelantikan MB.
-Mendalangi usaha mengadakan perhimpunan-perhimpunan haram.
-Menghantar memorandum membantah keputusan Istana.
-Penyokong mereka membawa kain rentang biadap, "Kami nak Idris, NATANG!"
-Kenyataan Rosol Wahid bahawa "mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima.
Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.
Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi". (Mingguan Malaysia, 23 Mac) Dan banyak lagi....


Setakat ini belum ada apa-apa kenyataan yang membayangkan Abdullah dan ahli MT, Idris, Rosol dan 22 Adun BN lain akan mengadap Tuanku Sultan untuk merafak sembah dan memohon pengampunan atas kebiadapan mereka. Malah seperti kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub, "Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong."

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau yang dipetik dari Harakahdaily.

Sekarang ini, rakyat Terengganu khususnya menuntut janji yang diucapkan petualang Rosol Wahid bahawa Adun BN akan meletakkan jawatan bila Idris tak dilantik semula sebagai MB. "Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi", begitulah kata-kata Rosol yang dok sedar diri tu.

-Kami, rakyat Terengganu mendesak kesemua 23 Adun BN MELETAKKAN JAWATAN! Kami tidak mahu manusia munafik mentadbir negeri kami ini.
-Kami juga mengesyorkan pihak Tuanku Sultan MENARIK BALIK semua gelaran Dato' Seri, Datuk dsb daripada Adun-Adun berkenaan di atas kebiadapan dan penderhakaan terang-terangan yang dilakukan mereka!


Marilah wahai rakyat sekalian, sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai dengan sekadar selesainya krisis perlantikan Datuk Ahmad Said menjadi MB. Perjuangan kita masih belum selesai selagi 23 Adun BN ini tidak meletakkan jawatan dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas penderhakaan mereka.

Yang paling wajar ialah DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula dengan BERSIH. Biar mandat yang diberikan nanti adalah menggambarkan hasrat rakyat dan direstui Tuanku Sultan.

Daulat Tuanku! Suara Rakyat Suara Keramat!

Jumaat, 28 Mac 2008

LIM GUAN ENG DAN MELAYU PULAU PINANG


Oleh: Zukri Aksah

Bagi menyeimbangkan berita-berita krisis perlantikan Menteri-Menteri Besar dari kalangan Umno dan Barisan Nasional di Negeri Terengganu serta Perlis, maka fokus media-media arus perdana cuba dialihkan ke Negeri Pulau Pinang, yang mana buat pertama kalinya dalam sejarah, DAP yang diterajui oleh YAB Saudara Lim Guan Eng berjaya menguasai pejabat Ketua Menterinya.

Sebaik sahaja menduduki kerusi Ketua Menteri, YAB Saudara Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa segala bentuk korupsi, kronisme, nepotisme, ketidaktelusan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran yang mana ruangnya terbuka akibat perlaksanaan DEB akan dihentikan. Berita RTM dengan cekap dan pantasnya menyiarkan kenyataan Ketua Menteri yang baru ini. Dan dari kenyataan yang panjang dalam Bahasa Inggeris, sarikata Bahasa Melayu yang disiarkan oleh RTM hanyalah berbunyi "perlaksanaan DEB akan dihentikan." Begitulah jahatnya media tunggangan Barisan Nasional, siapakah sebenarnya yang sedang bermain dengan sentimen perkauman? Tidak serik dan tidak belajar lagikah Barisan Nasional dari prestasi terburuk yang mereka perolehi dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini? Yang antara lainnya seperti dikupas oleh sesetengah bijak-pandai adalah disebabkan oleh propaganda yang sangat melampau yang disiarkan semenjak pembubaran parlimen sehingga hari pengundian di dalam semua saluran media arus perdana, baik elektronik mahupun bercetak, setiap hari tanpa henti, sampaikan rakyat menjadi meluat dan menyampah.

Maka berdemonstrasilah "orang-orang Umno," kononnya mewakili "orang-orang Melayu Pulau Pinang," kononnya lagi untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Persoalan yang sama muncul lagi, siapakah yang sedang mencetus sentimen perkauman? Saya tetap dengan prinsip bahawa perhimpunan aman haruslah dibenarkan selagimana ia selaras dengan semangat demokrasi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi yang memelikkan, mereka inilah yang sebelum Pilihanraya Umum dahulu saban hari mengiklankan di kaca-kaca televisyen bahawa demonstrasi ini BUKAN BUDAYA MEREKA! Yang memelikkan juga, setelah diberi peluang berdekad-dekad oleh rakyat Pulau Pinang untuk memerintah negeri tersebut, akhirnya Barisan Nasional ditolak dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini, saham kekalahan Barisan Nasional Pulau Pinang ini juga turut disumbangkan oleh pengundi-pengundi Melayu. Apakah jasa Umno Pulau Pinang kepada orang Melayu di pulau itu selama berpuluh tahun Barisan Nasional memerintah? Kalau benar Umno atau umumnya Barisan Nasional menjaga kebajikan orang Melayu Pulau Pinang selama ini, mengapa di tahap klimaksnya mereka ditolak? Tepuk dada tanya selera, dah terhantuk jangan baru terngadah!

Saya menjadi tertanya-tanya, mengapa pula Umno Pulau Pinang khususnya, dan Umno Malaysia amnya tiba-tiba menjadi begitu sentimental dengan DEB? Bukankah DEB sudah dihentikan ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bukankah ia sudah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional? Bukankan Dr. Mahathir pernah berkata orang Melayu harus mula belajar untuk hidup tidak bertongkat? Kenapa ketika itu, Umno Pulau Pinang tidak pakat berarak beramai-ramai ke Putrajaya, berdemonstrasi di hadapan pejabat Dr. Mahathir?

Sedarlah, dan mengakulah, bahawa isu Melayu Pulau Pinang bukan isu baru, bukan isu sehari-dua, tiada kaitan pun dengan YAB Saudara Lim Guan Eng, beliau baru sahaja mengangkat sumpah. Selami masalah Melayu Pulau Pinang dari teks ucapan Dato’ Ahmad Ibni Hajar, Ketua Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang semasa majlis perasmian bangunan Umno yang telah disempurnakan oleh Pak Lah pada 5 September 2006, anda boleh perolehinya di arkib Agendadaily.com, kajilah fakta-fakta dan data-data ketidakseimbangan ekonomi yang didedahkan. Masalahnya salah siapa maka berlakunya keadaan sebegini? Nyata ia bukan salah DAP atau YAB Saudara Lim Guan Eng, dan yang lebih jelas DEB telah gagal di Pulau Pinang!

Soalnya kenapa DEB gagal? Seperti yang dijelaskan oleh YAB Saudara Lim Guan Eng ketika mengambil-alih kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, DEB selama ini telah membuka banyak ruang kepada berlakunya korupsi, kronisme, nepotisme, ketidaktelusan dan salahguna kuasa. Menggambarkan senario cara dan gaya hidup pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang ini, saya suka mengutip kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Dr. Nungsari Dato' Hj. Ahmad Radhi, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dari Umno sendiri, "Jangan nanti Umno dikenal sebagai parti kenduri-kendara, parti mesyuarat setahun sekali, dalam Umno tidak boleh terlalu pandai…," malangnya di tangan pemimpin-pemimpin seperti yang digambarkan oleh Dr. Nungsari inilah, nasib Melayu Pulau Pinang diperjudikan! Pemimpin yang hidup dengan kebodohan, bermewah-mewah dengan segala macam kenduri dan parti, entah wang siapa dan wang untuk siapa yang dibelanjakan. Bila semakin diasak dengan aduan dan keluhan rakyat, jari cuba menuding kepada orang lain, maka ketika itu Gerakan dan Koh Tsu Koonlah yang menjadi mangsa dan kambing hitam, sedang pemimpim Umno yang memegang kerusi nombor dua dalam hirarki pentadbiran Pulau Pinang sepertinya ma'sum dan suci. Nampaknya YAB Saudara Lim Guan Eng sedang cuba dipalit dosa yang sama.

Kalau sudah terbukti DEB itu gagal, maka kenapa menjadi kesalahan bagi mana-mana pemimpin untuk memperkenalkan satu pendekatan yang baru, satu dasar yang baru, yang mereka yakini boleh menjadi pengganti yang lebih baik kepada DEB? Saya tidak nafikan bahawa DEB ada jasanya, DEB ada baktinya, tetapi DEB juga ada zamannya, semakin ke penghujungnya, DEB akan berhadapan dengan kesalahan demi kesalahan, kegagalan demi kegagalan. Mengambil Pulau Pinang sebagai kajian kes, maka terbuktilah sekarang bukan lagi zaman DEB.

Barisan Alternatif atau Barisan Rakyat sekarang menerajui lima buah kerajaan negeri, enam termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka punya ruang yang memadai untuk mempraktikkan apa yang dinamakan Agenda Ekonomi Malaysia. Kepada pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional, apa salahnya jadikan masa sekarang untuk memerhati dan menilai apakah Agenda Ekonomi Malaysia ini boleh menjadi strategi yang betul dalam memenuhi ruang yang ditinggalkan oleh DEB. Paling tidakpun, masa inilah yang boleh digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk merangka satu dasar baru yang lebih kompetitif, buat dijaja dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Kata putus sama ada terlaksana atau tidaknya dasar-dasar yang dirangka ini, akhirnya berada di tangan rakyat. Kepada para pemimpin, di Barisan Rakyat atau Barisan Nasional, kejujuranlah yang paling penting dalam kita menungguli perubahan…

KU LI MULAKAN KEMPEN LAWAN ANAK BADAWI


Oleh Tarmizi Mohd Jam

SEMENTARA ITU... lapor Agendadaily hari ini, di medan yang lain Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertanding jawatan Presiden Umno seperti yang diwar-warnya beberapa hari lalu.

Ku Li dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 orang ahli Umno di rumahnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang tadi (Khamis).

Dalam kesempatan itu, mantan Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan "muqqadimah pertandingan" kepada para hadirin.

Antara Ketua Umno bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru), Datuk Malek Hanafiah (Taiping), Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan), Datuk Lajim Okin (Beaufort) dan Datuk Rizalman.

Pertemuan itu menururt Agendadaily, antara lain bertujuan untuk melakukan post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac lalu.

Paling menarik dan meningkatkan hasarat Ku Li untuk menentang anak Badawi dalam pemilijan MT Umno tahun ini apabila terdapat beberapa orang hadirin bangun berucap dan meminta Ku Li teruskan niat untuk merebut jawatan Presiden Umno itu.

Mereka mendesak Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden Umno, kata Agendadaily.

Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas Umno (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara meluahkan rasa sebenar hati mereka mengenai isu semasa dan sebab-musabab kekalahan BN pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Barangkali boleh dikatakan resolulsi pertemuan itu, ialah rancangan untuk mengadakan roadshow Ku Li ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya!

MEREKA YANG DERHAKA "DiBUANG NEGARA"?


Oleh Ketua Perusuh dipetik oleh Tarmizi Mohd Jam


EPISOD MB Terengganu kini nampaknya seakan reda. Abdullah Ahmad Badawi kini dikhabarkan telah menerima perlantikan yang diperakui oleh MPPR (Majlis Penasihat Pemangku Raja) Terengganu yang melantik Ahmad Said (DUN Kijal) sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Kemelut yang menghantui jawatan Menteri Besar Terengganu ini telah berlanjutan sejak dari 9 Mac 2008 sehingga kini.

Walaupun begitu, masih terdengar cakap-cakap belakang para penyokong dan sekutu Idris Jusuh (Bekas Menteri Besar Terengganu) yang tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Malah merekalah juga yang membuat kecoh di Terengganu dalam beberapa siri perhimpunan haram yang sekaligus kelihatan menghina dan memperkecilkan institusi Raja.

Sebagai orang Melayu, tidak sewajarnya mereka mengingkari perintah Raja/Sultan. Ini kerana tindakan tersebut akan ditakrifkan sebagai menderhaka dan boleh dikenakan hukuman berat.

Antara hukuman berat yang boleh dikenakan kepada penderhaka ialah seperti dijatuhkan hukuman mati mandatori ataupun paling kurang dibuang negeri.

Bagi kes MB Terengganu ini yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi negeri Terengganu Darul Iman, namun beliaulah juga YDP Agong Malaysia.

Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka ini bolehlah dikenakan mana-mana satu dari pada berikut,

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jadi kesimpulannya pilihan manakah yang paling sesuai untuk dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi, Gani Patail, Adnan Mansor, Idris Jusuh, Rosol Wahid dan para penyokong serta sekutu Idris Jusuh dalam kemelut MB Terengganu ini?

Bagi saya, pilihan yang terbaik sekali adalah pilihan No. 3 namun tidak dinafikan pilihan No. 1 paling layak dikenakan kepada mereka ini.

Ketuanan Melayu hanya dengan adanya Raja-Raja Melayu. Tanpanya apa ada pada Melayu.

PAK LAH MAKIN PANAS PUNGGUNG..

KIRA-KIRA 100 orang ahli UMNO di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang Khamis.

Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin.Antara Ketua UMNO bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru),Datuk Malek Hanafiah (Taiping) dan Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan).

Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk buat post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac. Disamping Tengku Razaleigh ada juga beberapa orang hadirin bangunan berucap.Kalangan mereka mendesak

Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden UMNO.Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara bercakap mengenai isu semasa dalam parti.

Pertemuan itu juga merancang untuk mengadakan roadshow ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya.

BERITA SEBELUM INI

Ada apa di White House Malaysia hari ini?

KECOH, ramai yang hendak tahu majlis apa yang diadakan di banglo besar berwarna putih di Jalan Langgak Golf, Jalan Ampang tempat kediaman rasmi anak raja dari Kelantan.

Pagi-pagi KLpos.com diberitahu bahawa tenggahhari ini ada perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian Umno di rumah Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut maklumat tersebut, pertemuan tidak rasmi itu dianjurkan oleh Ku Li atas permintaan Ketua-Ketua Bahagian Umno terbabit.

Bagaimanapun, KLpos yang menghubungi orang kanan Ku Li diberitahu bahawa pertemuan terbabit memang diadakan.

"Ia antara ahli Umno dengan Ku Li, mungkin ada di antara mereka Ketua Bahagian, tetapi mereka hadir atas kapasiti ahli Umno, bukan atas jawatan masing-masing," kata orang kanan Ku Li terbabit.

PEMILIHAN UMNO DITERUSKAN

WALAUPUN ada suara-suara dikalangan Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dan bahagian yang bimbang pada risiko berlaku perpecahan dalam parti.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO petang Rabu sebulat suara mahu pemilihan jawatan UMNO yang dijadual diadakan tahun ini diteruskan.

Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dianggotai oleh ketiga-tiga Naib Presiden,Setiausaha Agung,Ketua Penerangan dan semua pemimpin sayap UMNO Pemuda,Wanita dan Puteri.

Keputusan muktamad mengenai pemilihan itu akan dibuat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermula pada jam 3 petang inidi PWTC.Bagaimanapun dengan keputusan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu para pemerhati politik menjangka pemilihan jawatan itu pasti 'ON'.

Keputusan jawatankuasa pengurusan berkenaan diberitahu oleh Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada para wartawan selepas satu majlis di Petaling Jaya pagi Khamis.Katanya pemilihan itu adalah satu proses demokrasi dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Selasa Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberitahu semasa pertemuan Badan-badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berperingkat beberapa hari lalu ada yang meminta pemilihan UMNO itu ditangguhkan kerana bimbang 'malapetaka' akan berlaku jika ia diteruskan selepas keputusan pilihanraya 8 Mac yang mengejutkan.

Perlembagaan UMNO membenarkan pemilihan itu yang sepatutnya diadakan pada Perhimpunan Agong UMNO November lalu ditangguhkan selama 18 bulan.Ia perlu diadakan paling lewat Jun 2009

Khamis, 27 Mac 2008

AHMAD SAID BAKAL DIGULINGKAN DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA...

Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago)

KEMELUT baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Dalam posting saya yang memetik komen Dr. Aziz Bari "
PERLANTIKAN MUKTAMAD: Adun BN Boleh Kemukakan UNDI TAK PERCAYA! - DR AZIZ BARI" telah memperkatakan dengan jelas kaedah ini bagi mereka yang tidak setuju dengan pilihan Istana.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

"Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog" atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakanAhmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nagka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat pemangku raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan pemimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

TMJ:
sanggahtoksago.com

LAGI TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN

LEBIH kurang seminggu sejak dilantik, Datuk Abdul Ghapur Salleh membuat kegemparan apabila meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan mengejutkan ini satu lagi tamparan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas ketewasan besar-besaran BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan, yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu, mengikut jejak dua lagi ahli parlimen BN yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan.

Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Malaysiakini difahamkan, surat peletakan jawatan Abdul Ghapur dikirim melalui faksimili ke pejabat Perdana Menteri petang semalam.

Malam tadi desas-desus tentangnya mula berkembang melalui mesej SMS dan laman-laman web, termasuk percubaan untuk menekannya agar menarik balik surat tersebut.

Setakat ini belum jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Perdana Menteri setakat tengah malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Selain itu, pemilihan kabinet Abdullah kali ini menyaksikan perasaan kurang senang yang meluas di beberapa negeri dan dalam kalangan beberapa tokoh.

Sehari selepas pengumuman kabinet, ahli parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet.

Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar, melahirkan rasa terkejut.

Di Sabah, beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk Umno berasa tidak dihargai walaupun telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya ke-12.

Gara-gara itu, dua ahli parlimen dari Sarawak dilaporkan ingin meninggalkan BN - Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading) dan Richard Riot (Serian) bagaimanapun menafikannya.

KETUA KAMPUNG .... TAKUT DAN TAK LAGI TAKSUB


Oleh: Raden Jowo

Dirujuk:
876 ketua kampung letak jawatan 1 Mei

Aku tak perasan bila UMNO ubah undang undang pemilihan Ketua Kampung. Tapi aku perasan yang ketua kampung di pilih oleh UMNO untuk UMNO sejak dulu lagi. Sejak kecil. Kalau kau UMNO, boleh jadi ketua kampung. Kalau tidak ... jadi je la ketua restoran, ketua pelayan kenduri kawin atau yang paling koman sekali jadi ketua kelas.

Ketua Kampung nih tujuan asalnya untuk bantu rakyat kampung, tapi ditukar oleh UMNO menjadi mata dan telinga kepada YB (Yang Barua) UMNO setempat. Tapi besar imbuhannya. Sebab tu lah kalau bantuan rumah PPRT atau pinjaman kerajaan, siapa yang bukan UMNO, tunggu punya tunggu ......"pinjaman anda tidak diluluskan". Semua butir permohonan akan dirujuk kepada ketua kampung sebelum proses kelulusan.

Sebelum diluluskan pinjaman, Ketua Kampung dan mangkuk mangkuk yang bekerja dengan UMNO akan buat lapuran status peminjam. Begitu lah dengki dan khianat nya UMNO. Dan kerana sistem sebegini maka, kejayaan orang melayu berpuak puak dan berperingkat. Pokoknya UMNO cipta kasta untuk bantu rakyat. Kalau orang biasa.....sikit sikit, kalau kawan kadang kadang, kalau sedara selalu selalu dan kalau barua kerap kerap.....Kalau Pembangkang...... terjengket jengket, terjenguk jenguk, makan habuk macam anai anai.

Ada orang kata perletakan jawatan Ketua Kampung di Perak adalah kerana ketakutan. Memang ada betulnya. Bila sopak dah banyak, takut pocah tombolang. Baik lah lotak jawatan.

Yang jahat mungkin ada sebahagian. Tapi bila sorang dah nak letak jawatan, maka yang lain pun terpaksa la. Kononnya bukan UMNO yang memerintah, tukar kerajaan, maka mereka yang dilantik oleh UMNO kenalah letak jawatan. Sebenarnya banyak rahsia di belakang. Tak caya tanya lah orang kampung kek mano mano pun.

Elaun RM500 dah kira seciput, tak lumayan di zaman sekarang nihh...Kalau semata mata berharap dengan elaun sebanyak itu, orang tak berebut jawatan Ketua Kampung. Dah lah kerjanya susah, buka pintu awal pagi, bantu rakyat dan 24 jam di terjah dek orang kampung. Tak cukup tidur dan rehat. Lagi susah kerjanya dari wakil rakyat. Ramai yang boleh pengsan dibuatnya. Dah la umur lanjut, jalan semput semput. Langgar pintu keluar masuk silap haribulan ..... innallillah hi wainnal ilahirojiun. Jadi kenapa ketika UMNO memerintah, jawatan ni dikejar bagai nak rak? Hehe macam ada ape ape je.

UMNO halalkan tipu, bohong, songlap, rasuah, korup dan semua bentuk perbuatan jahat. Jadi peruntukan untuk sesebuah kampung sudah cukup untuk jadikan Ketua Kampung itu jadi kaya. Bukan lah kaya macam PM, TPM atau Patrick Lim, tapi cukup la untuk sara hidup sampai ke mati. Mati nanti lain hal. Soal jawab dengan malaikat, orang kampung tak tau, Ditutup tanah, rentung pun sendiri tanggung.

Di kampung pulak tak payah belanja besor tapi kalau sebulan sekali projek kerjaan untuk sesebuah kampung di balun dek Ketua Kampung, apa lagi nak? Mewah tu beb. Kalau pinjaman dan peruntukan, boleh rekomen kawan dan sedara. Takkan lah kosong? Boleh letak persen .......

Dan sekarang ramai Ketua Kampung dah jadi cuak. Kerana ramai yang tahu, maka isu ni bukan isu kecil. Kalau dulu PAS dan BA hanya orang kampung, sekarang sudah jadi MB. Dan MB juga berasal dari orang kampung maka ini semua mereka dah tau lama. Siapa MB yang tak tahu pasal songlap Ketua Kampung....cakap ngan diorang, lebih baik jangan jadi MB.

Songlap yang dulu satu cerita, dan sekarang songlap yang akan datang dah tak boleh nak buat. RM500.00 cukup ke? Tak payah berebut la dan baik letak jawatan. Buat kerja kampung, relax, pagi ke kedai kopi, petang ke kedai kopi, malam balik, hantar cucu ...... tonton Akaedmi Fantasia dan malam tidur. Tak der yang ganggu dan kacau.

So jangan ingat letak jawatan tu sebab taksub pada parti atau tak suka pada MB, tapi sebenarnya semua kerana mentaliti Ketua ketua kampung yang pucat lesi ketakutan dan tak der masa depan. Kalau kerana tanggung jawab, orang tak berebut jawatan. Semuanya kerana peluang semakin dekat dan duit mudah dapat. Hehhhhhh, kalau aku bukan orang kampung pun mungkin aku tak tau.

Kalau elaun ketua kampung dinaikkan jadi RM2000, aku rasa yang letak jawatan pun akan batal cadangan. Bukan tu aje....aku yang kat pekan pun akan balik untuk buat permohonan.

Oleh Raden Jowo - 27.03.2008

SULTAN MURKA,GELARAN DATUK TIGA PEMIMPIN UMNO DITARIK BALIK


TIGA pemimpin tegar Umno Terengganu ditarik semula gelaran "Datuk" oleh Istana negeri itu berkuatkuasa serta-merta. Ini berita terbaru ekoran "penderhakaan" mereka terhadap perkenan Sultan.

Menurut sumber, mereka yang terbabit bukan calang-calang orang, mantan Menteri Besar yang juga Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Setiausahanya, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam.

Ramai yang bertepuk tangan, mereka dihukum sedemikian rupa. Nampaknya mohon maaf Idris Jusoh yang sudah jadi amalannya setiap mengadap Baginda Sultan, tidak kesampaian.

Sultan kali ini benar-benar murka dengan penama Idris bin Jusoh ini. Liputan media dan pembelaan publisiti terhadap Idris, tidak sedikit memperdaya Sultan untuk mengundangnya ke Istana.

Mereka dikatakan pelopor kepada penentangan perkenan MPPR (Istana Terengganu) terhadap perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar hingga mencetuskan "ketegangan" dan rasa tidak tenteram di Terengganu.

Dalam pada itu, politik Terengganu gempar lagi apabila Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dulu, telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, iaitu satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Apakah muslihatnya? Tiada siapa dapat mengetahui keperluan jawatan Timbalan MB ini melainkan ianya untuk mengukuhkan lagi kedudukan Ahmad Said, selaku MB yang baru dan kontroversi.

Terkini: Selepas menemui Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pihaknya menerima perlantikan Adun Kijal Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Ini bermakna, kemelut yang merundung Wisma Darul Iman kian reda dan jalan penyelesaiannya sudah hampir. Idris dan juak-juaknya kalah dan tumpas ditangan Sultan (MMPR) dan Ahmad Said, Adun Kijal.

Ke manakah Idris selepas ini?

Bersediakah Perdana Menteri melantik Idris dan Rasol ke mana-mana jawatan politik diperingkat Pusat setelah gelaran "Datuknya" direntap Istana dan mereka dianggap "penderhaka" oleh rakyat Terengganu.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di Masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.


Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Ini membuktikan satu lagi kayu ukur sensitiviti rakyat terhadap institusi kesultanan di negeri ini bahkan di seluruh negara, jika ada pihak yang tidak menghormati institusi tersebut.

TMJ:
sanggahtoksago.com

Rabu, 26 Mac 2008

DOLAH BARU SEDAR DARI LENA PASAL ABAI KEMPEN SIBER...

Inilah bukti keangkuhan yang ditunjukkan oleh kamu bersama sekutu-sekutu kamu. Menantu kamu menggelarkan kami dengan panggilan 'beruk' tetapi kamu perlu sedar bahawa kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun kamu menguasai seratus peratus media cetak dan televisyen tetapi kami masih ada inisiatif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat walaupun tidak menyeluruh.

Insya-Allah kamu nantikan pertembungan akan datang dan tiada yang mustahil di dunia ini, jika diizinkan Allah Barisan Rakyat akan menguasai Malaysia pada pilihanraya akan datang. Sekarang barulah engkau terjaga dari lenamu bahawasanya kamu sudah mula tertewas ditangan blogger yang menantu kamu gelarkan sebagai 'beruk' !! - jasindaily online


KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.

"Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.

"Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah," kata Abdullah semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Parti pembangkang, yang tidak mendapat layanan di media arus perdana, menggunakan kempen secara dalam talian menerusi blog, laman web berita dan SMS menerusi telefon bimbit.

Dalam konteks ini, Abdullah berkata, kerajaan BN bersedia untuk melakukan perubahan dan memberi maklum balas secara berkesan serta memperkasa golongan muda di negara ini.

"Ia adalah sesuatu yang memedihkan, namun ia berlaku tepat pada masanya, bukan sesuatu yang sudah terlambat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak jumud atau terkurung dalam dogmatisme.

"BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat," ujar beliau.

Beliau berkata, kerajaan BN bersedia berubah dan memiliki keupayaan untuk berubah serta yakin untuk berjaya, seterusnya mencapai wawasan sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

"FOKUS LIMA ISU UTAMA DI PARLIMEN" KETUA PEMBANGKANG

KL: Ketua Pembangkang yang baru, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS atas pelantikannya dan menggariskan lima isu utama yang akan menjadi tumpuannya pada sidang Parlimen ke-12.

Beliau berkata fokus pertama adalah mengenai ekonomi, dengan pembangkang akan terus menyuarakan bantahan terhadap amalan rasuah dan pembaziran bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih mantap dan bebas daripada kemiskinan.

"Ekonomi Malaysia mesti dipupuk bagi memastikan pertumbuhan maksimum, suasana yang mesra dan menyakinkan pelabur, pengagihan adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Fokus kedua adalah mengenai perpaduan, yang kata Dr Wan Azizah, rakyat Malaysia mesti membina perpaduan tulen daripada kekayaan kepelbagaian negara ini.

"Sementara kami akan memastikan kedudukan orang Melayu tidak terancam, tetapi pada masa yang sama hak-hak dan akses kepada peluang setara untuk orang Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia akan terus dilindungi," katanya.

Dr Wan Azizah berkata memulihkan semula integriti sistem kehakiman negara akan menjadi fokus ketiga pembangkang.

Beliau berkata institusi-institusi kehakiman yang boleh dipercayai untuk memberi keputusan-keputusan adil tanpa berat sebelah merupakan asas terpenting demokrasi tulen.

Media pula akan menjadi fokus keempat pembangkang, yang katanya media Malaysia mesti diberikan kebebasan untuk membuat laporan secara bebas dan adil.

Katanya setiap kerajaan hari ini, sama ada kerajaan negeri atau persekutuan mesti diawasi dengan rapi bagi memastikan ketiadaan sebarang unsur rasuah.

Dr Wan Azizah berkata fokus kelima adalah hak asasi manusia dan bagi mempertahankan hak dan maruah manusia, undang-undang yang menyekat kebebasan asas rakyat mesti dimansuhkan.

"Semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) termasuk wakil rakyat Kota Alam Shah M. Manoharan dan empat lagi tahanan politik di Kamunting yang ditahan tanpa bicara mesti didakwa atau dibebaskan segera," katanya.

Dr Wan Azizah berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan harapan baru Malysia dan maju ke hadapan dan terus mendukung setiap hak rakyat mengikut Perlembagaan.

DAH PUAS MERAIH PUBLISITI, BARU NAK MINTA MAAF

KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata beliau akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bagi membincangkan dan menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu.

'Sudah tentu saya akan menghadap Tuanku,' katanya sambil menambah pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin.

Datuk Seri Abdullah diminta mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya Perdana Menteri menghadap Tuanku Mizan bersama Datuk Seri Idris Jusoh, yang patut memohon maaf sekiranya wujud perselisihan faham antara bekas Menteri Besar itu dengan Istana.

Sabtu lalu, Istana Terengganu mengeluarkan satu kenyataan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Idris.

Bagaimanapun, 22 Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu telah mengikrarkan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Idris, yang sudah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Datuk Seri Abdullah.

Semalam, Datuk Seri Abdullah berkata beliau yakin isu itu boleh diselesaikan.

'Saya mahu mengatakan begini. Ada jalan untuk menangani masalah yang kita hadapi sekarang. Kami tahu mengenai keadaan sebenarnya dan ada orang yang sedang mengekploitasi keadaan ini untuk kepentingan mereka yang membuat banyak kesimpulan sendiri.

'Tapi kita perlu bertenang dan pada masa yang sama jangan sampai tidak menyedari apa yang sedang berlaku berkaitan isu ini,' katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Idris berkata hubungan beliau dengan Tuanku Mizan baik dan tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu.

Beliau sedia menghadap Sultan jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak Istana.

'Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,' katanya.

Sehubungan itu, Datuk Ahmad, yang memulakan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru semalam, berkata: 'Walaupun keadaan dipenuhi dengan kontroversi, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berkhidmat demi masa depan rakyat Terengganu.'

Beliau turut menasihati rakyat supaya bersabar dan tidak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan masalah

BENDERA PAS DI LITAR F1 SEPANG

sumber dari : http://sebolku.blogspot.com

Saya sempat memasang Bendera PAS di Litar Sepang, di Kawasan C2, ketika berlangsungnya perlumbaan Formula 1 Di Litar Sepang. Maka Bendera PAS itu sebaris dengan Bendera Union Jack, SangSakaTerbalik (Bendera Poland) dan lain-lain.
Perangcangan awal, nak bawa Bendera PAS yang berkibar, akan tetapi saya membuat keputusan untuk versi gantung.Minah Salleh ini agak mushkil, bendera apakah itu. Saya pun mushkil bendera negara apakah yang dia pasang.

Mungkin dia mengagak itu bendera Jepun penyokong Nakajima.Pelbagai reaksi yang dapat dilihat dengan kewujudan bendera PAS di situ.Tidak kurang juga, cara menunjukkan sejauh mana PAS disokong oleh golongan pelbagai kaum.


Terdapat juga 1 reaksi spontan, lalu ditepi pagar, ternampak bendera PAS, dan meminta orang lain untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Bendera PAS.

Sesudah habis Perlawanan, maka bendera itu dicabut, tiba-tiba segerombolan marshal yang lalu, bersorak melihat bendera PAS itu, saya merapati mereka.
Tiba-tiba kelentung, kuingatkan penyokong UMNO dikalangan mereka nak balik kayu atau apa..

Rupanya mereka memberi air mineral percuma.

"JANGAN TUNDA PEMILIHAN PARTI" MUKHRIZ

JERLUN: Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditunda bagi menghormati suara para anggota Umno untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka kehendaki, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pemilihan parti adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan satu proses demokrasi yang harus dilalui oleh parti.

"Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.

Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan Umno boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin Umno tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara "gentleman".

"Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan... Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi," kata beliau.

Mukhriz berkata semua anggota parti haruslah mengutamakan keharmonian parti kerana semua tindakan mereka akan mendapat perhatian umum.

"Untuk kebaikan parti, yang penting kita mesti sedar bahawa semua tindakan kita mendapat perhatian umum dan lebih-lebih lagi jadi tradisi kepimpinan teratas lazimnya Presiden dan Timbalan Presiden adalah juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau.

PM ABDULLAH AHMAD BADAWI MULA BUKA LANGKAH?

Dalam beberapa hari kebelakang, selain dari isu perlantikan MB Terengganu, terselit satu pembuka langkah silat yang berhati-hati dari PM Pak Lah.

Ini nampaknya bertujuan bagi menutup mulut bekas PM Dr.Mahathir. Bermula dengan satu kenyataan oleh Menteri Baru di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim yang mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas termasuk 2 bekas Hakim Mahkamah Agong Tan Seri Wan Sulaiman dan Datuk George Cheah berhubung kes tribunal yang menggemparkan di zaman Tun Dr.Mahathir.

Kemudian kenyataan Dato' Zaid disambut oleh Karpal Singh:

Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pembentukan dua buah tribunal yang membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Terma rujukan suruhanjaya itu adalah untuk menentukan sama ada dua buah tribunal yang dibentuk itu mempunyai asas dan latar yang cukup, katanya.

Beliau membuat desakan itu dalam satu sidang akhbar di Kompleks Jalan Duta hari ini sebagai sebagai mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik bertanggungjawab menangani hal-hal berkaitan undang-undang dan kehakiman, supaya kerajaan sekarang memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan dua bekas hakim mahkamah agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.

Ahli politik DAP itu berkata meminta kerajaan sekarang di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon maaf bukan langkah ke arah yang betul.

Sebaliknya, kata beliau, sepatutnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memohon maaf.

Beliau berkata suruhanjaya itu hendaklah juga menentukan sama terdapat salah laku di pihak Dr Mahathir dalam menyalahguna artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jadi nama Tun Mahathir telah disebut, jikalau kerajaan PM Abdullah bersetuju dengan cadangan Dato' Zaid seterusnya diikuti dengan cadangan Karpal Singh, maka Dr.Mahathir akan dihadap ke Suruhanjaya Diraja untuk siasatan kembali kes tersebut. Maka satu lagi episod besar akan berlaku di Malaysia. Apakah ini benar-benar akan berlaku atau cuma sebagai ugutan terhadap Dr.Mahathir supaya tidak banyak bercakap? Sama-samalah kita rakyat marhaen tunggu dan lihat.

Cerita kedua pada hari ini, ada ura-ura Majlis Tertinggi UMNO mahu mencadangkan supaya perhimpunan dan pemilihan agong UMNO yang dijangka pada bulan Jun akan datang ditangguhkan sehingga Jun tahun hadapan. Jadi tawaran Tengku Razaleigh mahu menentang Presiden UMNO macamana? Maknanya, 2 peribadi merbahaya yang mula bercakap ini akan tertutup!!!

Awas, jangan ingat PM Pak Lah tidur atau tidak pandai membuka langkah silat.

Sama-sama kita tunggu. Wassalam.

My As