
Masih ingatkah anda bagaimana agama Sikh dilahirkan? Ketika itu di India pertelagahan antara puak Hindu dan Islam telah berlarutan sehingga memakan korban yang begitu banyak. Akhirnya muncullah seorang ulama' Islam yang begitu hadari pemikirannya yang telah menggabungkan agama Islam dan Hindu, menyatukannya menjadi satu dengan niat untuk menamatkan perselisihan faham antara kedua - dua belah pihak. Ulama' tersebut bernama Guru Nanak.
Mutakhir ini Ulama' Jakim telah menyinsing lengan mempertahankan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Al - Fadhil Imam Abdullah Haji Ahmad Badawi, seorang cucu ulama'. Ulama' Jakim ini telah berjuang memartabatkan sebuah ajaran Islam yang mengabaikan persoalan mengenai syurga dan neraka, azab kubur dan sakaratul maut, serta pahala dan dosa. Secara teknikalnya Islam Hadhari ini jelas menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.
Lihatlah gambar di atas. Inilah contoh imam Islam Hadhari. Sebuah ajaran yang canggih lagi menggiurkan. Agama Islam hanya ada 5 rukun Islam, Islam Hadhari ada 10 rukun yang wajib dipatuhi. Namun malangnya persepsi umum menyatakan Pak Lah sendiri terlupa apa kejadahnya 10 rukun tersebut.
Oleh yang demikian marilah kita bersama - sama mengulangkaji rukun - rukun Islam Hadhari ini untuk dijadikan renungan dan iktibar sepanjang zaman.
Rukun Pertama
Menghapuskan agama Islam sebenar. Ini dilakukan dengan cara menyucuk jarum halus ke dalam pemikiran para Muslimin Muslimat. Kuliah - kuliah agama tidak digalakkan tetapi konsert-konsert yang menyuburkan benih keruntuhan moral dibenarkan tanpa sekatan. Buat apa hendak memperbanyakkan majlis ilmu? Bukankah kita ada khutbah Jumaat?
Rukun Kedua
Memerangi pelapor penyelewengan dan rasuah. Ketika skandal penetapan kadar tol didedahkan kepada umum, Barisan Nasional mengatakan pihak yang mendedahkan perjanjian konsesi itu boleh dikenakan tahanan di bawah OSA.
Para pelaku jenayah dan pemberi rasuah akan diberi perlindungan selagi mana nilai 'tumbuk rusuk' dijadikan pertimbangan. Ini kerana ajaran Islam Hadhari menerapkan konsep 'kebenaran yang lurus ialah amalan yang dihampar dengan wang'.
Di bawah naungan Manhaj Islam Hadhari, 'tumbuk rusuk' telah ditukar istilahnya kepada 'komisyen'. Komisyen adalah halal di sisi Islam Hadhari selagi mana nilainya tidak kurang dari jutaan ringgit.
Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu hukum bermuamalat secara 'tumbuk rusuk' boleh berubah kepada haram apabila ia melibatkan transaksi bernilai ratusan ringgit sahaja.
Rukun Ketiga
Berbohong dan berjanji kosong kepada rakyat. Ini adalah rukun yang perlu dihadam dengan pemahaman yang teguh di kalangan para penganut Islam Hadhari. Salah satu amalan mulia Imam Abdullah ialah menipu.
Pada 12 haribulan, Abdullah mengatakan Parlimen tidak akan dibubar dalam masa terdekat ini. Tiba - tiba keesokan harinya Parlimen dibubarkan. Bukankah ini satu amalan yang mulia?
Abdullah mengatakan pilihanraya di negara ini berjalan mengikut lunas - lunas demokrasi tulen tetapi realitinya SPR telah melaksanakan pelbagai kong kali kong demi mempertahankan ketuanan Barisan Nasional. Abdullah terus menipu rakyat, dulu menipu, kini menipu dan selamanya rakyat terus ditipu.
Salah seorang penganut Islam Hadhari, Najib Tun Razak cukup terkenal dengan amalan berjanji kosong ini. Ketika Pilihanraya Kecil Ijok tahun lalu, macam - macam janji ditaburnya tetapi Ijok kekal sama seperti sebelum pilihanraya tersebut. Ini satu lagi contoh kehaprakan pimpinan Islam Hadhari.
Rukun Keempat
Islam Hadhari telah memperkenalkan satu sistem perlesenan premis arak dan judi. Arak dan judi hukumnya halal jika pengusahanya memaparkan lesen kebenaran yang diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan.
Rukun Kelima
Wang rakyat adalah milik Barisan Nasional. Setiap kali menjelangnya musim pilihanraya, wang - wang ditaburkan berserta dengan janji - janji pembangunan. Wang tersebut datangnya dari perbendaharaan kerajaan dan bukannya milik parti pemerintah.
Wang cukai yang dibayar rakyat marhaen telah dijadikan sumber untuk menggerakkan jentera propaganda Barisan Nasional. Mamak Maidin yang haprak lagi menjijikkan bernama Zainuddin telah menjadikan RTM sebagai medan kempen pilihanraya BN sedangkan umum mengetahui sumber kewangan RTM dijana oleh wang rakyat Malaysia dan bukannya wang parti Barisan Nasional.
Rukun Keenam
Menanamkan rasa bersyukur terhadap Barisan Nasional. Benar, kita wajib bersyukur kerana negara kita ditadbir oleh Abdullah kaki tidur, Rafidah taukeh AP, Najib Mongolia kaki Komisyen PLKN, Sukhoi dan Kapal Selam, Samy Vellu kaki lesap saham Maika, Maya Kery 'Perdana Menteri De Facto', Annuar Musa perompak wang PPRT dan ramai lagi jerung - jerung yang tidak sempat disenaraikan di sini.
Rukun Ketujuh
Merosakkan fungsi asal Polis Diraja Malaysia. Polis sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, menangani jenayah dan menegakkan sebuah negara yang aman, selamat dan makmur.
Mutakhir ini fungsi Polis telah diubah kepada berkhidmat demi menjaga kepentingan Barisan Nasional. Sebarang perhimpunan aman anjuran rakyat akan disekat permitnya. Polis juga tidak teragak - agak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan bantahan rakyat.
Di bawah Islam Hadhari, Malaysia digelar Negara Polis. Malangnya negara Polis gagal menjejaki penjenayah yang bertanggungjawab membunuh Nurin Jazlin. Terbaru kes penculikan adik Sharlinie juga gagal diselesaikan.
Rukun Kelapan
Menyundal institusi kehakiman. Hakim - hakim yang dilantik menerajui mahkamah mestilah bersedia untuk tunduk kepada arahan yang dikeluarkan Barisan Nasional.
Salah seorang pengerusi pemilihan hakim - hakim ini ialah tauke judi bernama Vincent Tan. Beliau berkolaborasi dengan VK Lingam Korek dan orang gila Adnan Mansor dalam menentukan siapakah Ketua Hakim Negara.
Rukun Kesembilan
Islam Hadhari menggunapakai konsep 'matlamat menghalalkan cara'. Untuk mengekang kebangkitan rakyat, mereka sanggup menfitnah gerakan politik pro rakyat.
Di kem Biro Tatanegara, perhimpunan aman Bersih telah dikaitkan dengan agenda Yahudi. Walhal Barisan Nasional sendiri adalah pelopor pemikiran Yahudi yang objektif utamanya adalah merosakkan akidah umat Islam menerusi perlaksanaan Islam Hadhari.
Tidakkah kita sedar sebaik sahaja Islam Hadhari dilancarkan secara tiba - tiba pelbagai rancangan hiburan tumbuh segar laksana cendawan selepas hujan?
Rancangan hiburan realiti tv seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Mentor, Malaysia Idol dan sebagainya telah berjaya melekakan umat Islam dari mengamalkan ajaran Islam sebenar. Fikiran dan emosi mereka telah dipermainkan oleh pertandingan nyanyian tersebut.
Apakah motif sebenar Islam Hadhari memberikan ruang seluas - luasnya kepada program - program yang menyuburkan budaya Hedonisme di kalangan rakyat marhaen? Mungkinkah Islam Hadhari ini adalah sejenis Agenda Yahudi yang disokong Ulama' Su' Jakim?
Rukun Kesepuluh
Islam Hadhari hanyalah untuk duniawi sahaja. Gambar di atas menunjukkan imam Islam Hadhari yang dilihat gatal merenyam. Umur 60 tahun sepatutnya mengubah seseorang kepada manusia yang mengingati mati, tetapi gaya Abdullah ini seolah - olah seperti terlupa kehidupan di dunia ini bukanlah kekal abadi.
Tidakkah Abdullah berasa takut ketika bersendirian di dalam liang lahad kubur yang sangat gelap, menghadap Allah dan ditanya mengenai penyalahgunaan kuasanya ketika bergelar Perdana Menteri?
Mengapa seorang cucu ulama' sanggup menipu rakyat? Di bawah pentadbiran Pak Lah:-
1. Beliau telah memberikan kontrak Petronas kepada Scomi yang diterajui anaknya.
2. Beliau telah membenarkan menantu menjual MV Agusta dengan kadar harga 1 Euro.
3. Beliau telah merompak dan membazirkan royalti Petroleum yang sepatutnya diagih - agihkan untuk membangunkan Terengganu, Sabah dan Sarawak. Salah satu projek membazir Islam Hadhari ialah Masjid Kristal yang indah dari segi seni bina tetapi kosong dari segi penghayatan agamanya.
4. Beliau telah membiarkan rakyat marhaen dibuli dengan bebanan kenaikan harga minyak dan membiarkan taukeh - taukeh semakin kaya di saat rakyat dihambat kemiskinan.
Ketika ini, Islam Hadhari telah menyebabkan ramai anak muda dibelenggu hutang PTPTN walaupun mereka masih belum melangkah ke alam pekerjaan. Inikah konsep Kebajikan ala BN? Sudah terang lagi bersuluh Barisan Nasional adalah sebuah Parti Penipu Besar dan Pengkhianat Rakyat!
Kesimpulan
Bersama Kita Tegakkan Negara Berkebajikan. Tolak Barisan Nasional! Undilah Untuk Perubahan. Undilah Demi Kesejahteraan. Undilah Barisan Rakyat!
http://adilnewsnet.blogspot.com/2008/03/islam-hadhari.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan