Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 30 April 2008

AKAUN BALKIS TIDAK DIAUDIT SEBELUM RM9.9 JUTA DIPINDAHKAN

Juruaudit luar Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan wang RM9.9 juta seperti dilaporkan.

Akauntan bertauliah syarikat Yee Choon Kong & Co dalam satu kenyataannya berkata, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zahrah Kechik, dan suaminya, yang juga mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star kelmarin.

Menurut Yee, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Datin Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi dan baucar pembayaran untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendahkan oleh Balkis.

Ini bermakna sehingga kini, penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan Yee menegaskan beliau tidak pernah mengesahkan akaun tersebut sebelum dana RM9.9 juta itu dipindahkan.


Zaharah sebelum ini dilaporkan cuba membubarkan badan itu pada 11 Mac.

Balkis juga dilaporkan memindahkan wang RM9.9 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) selepas akaunnya ditutup sehari selepas mesyuarat tergemparnya itu.

Khamis lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri - kini ditadbir Pakatan Rakyat - menghalang badan itu dibubarkan dan notisnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

BERAS NAIK HARGA : HADIAH UNTUK RAKYAT

KUANTAN 29 April - Penduduk di bandar ini merungut berikutan harga beras yang dikatakan melambung sehingga tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.

Mereka mendakwa, beras gred super tempatan yang biasanya berharga antara RM1.60 hingga RM1.80 sekilogram, melambung kepada RM2.70 hingga RM2.90 sekilogram.

Bagi beras basmati untuk nasi beriani pula, menurut mereka, kini melambung sehingga RM3.80 sekilogram berbanding RM3.20 atau RM3 sekilogram sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya di sekitar Kuantan mendapati dakwaan pengguna terbabit ada kebenarannya apabila beras gred super kini dijual dengan harga antara RM26 hingga RM28 sekampit (10 kilogram).

Beras jenis itu sebelum ini dijual dengan harga antara RM16 hingga RM18 bagi setiap 10 kilogram.

Harga beras gred super di kebanyakan pasar raya juga didapati tidak seragam tetapi kesemuanya melebihi RM26 sekampit (10 kilogram).

Beberapa pengguna yang ditemui mengeluh dengan kenaikan harga tersebut dan meminta Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau perkembangan tersebut.

Seorang suri rumah, Rokiah Noh, 52, berkata, dia terkejut apabila mendapati beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Semambu di sini berharga RM27 sekampit.

Kebiasaannya, jelas beliau, harga beras yang seberat 10 kilogram sekampit itu ialah pada sekitar RM18 sahaja.

Apa yang menghairankan, jelasnya, ialah beras tersebut bukan diimport atau beras wangi yang dibawa masuk dari negara jiran sebaliknya merupakan keluaran tempatan.

Bagi seorang kakitangan swasta, Rosmi Megat, 54, dia turut terkejut apabila mendapati beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Jalan Bukit Goh di sini berharga RM28 sekampit (10 kilogram).

Kenaikan itu, tegasnya, dianggap tidak masuk akal kerana beras tersebut dihasilkan di negara ini dan bukannya makanan import.

"Kita meminta pihak berkuasa menyiasat kemungkinan ada pihak yang sengaja menaikkan harga beras sedangkan kerajaan telah menjelaskan bahawa tiada kenaikan harga bagi beras gred super tempatan," tegasnya.

Keadaan yang sama turut dialami peniaga restoran, Mohd. Nazar Ali, 27, yang turut hairan berikutan kenaikan harga beras di beberapa pasar raya di bandar ini.

Menurutnya, harga beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Jalan Kampung Tengah di sini juga melambung kepada RM28 sekampit (10 kilogram).

Bagi beras basmati pula, jelasnya, kini meningkat kepada RM36 sekampit (10 kilogram).

"Fenomena ini boleh menjejaskan peniaga seperti saya yang mungkin terpaksa menaikkan harga sepinggan nasi berikutan kenaikan harga beras yang tinggi di pasaran," katanya.

Mohd. Nazar meminta pihak berkuasa sentiasa memantau penjual dan pemborong beras supaya mematuhi arahan kerajaan dengan tidak menaikkan harga beras.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, harga beras meningkat 10 peratus sejak awal minggu ini, namun bekalan bahan tersebut untuk keperluan penduduk bandar raya ini tetap mencukupi.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai di sekitar bandar raya ini mendapati harga pelbagai jenama beras meningkat antara 10 sen hingga 20 sen setiap kilogram.

Pemilik Pasar Mini Kuala Terengganu, Chua Yew Siong berkata, beliau menjual pelbagai jenama beras dengan harga baru selepas menerima stok baru Ahad lalu.

"Harga semua stok beras yang baru diterima meningkat 10 peratus iaitu setiap 10 kilogram beras yang saya terima, harganya meningkat lebih RM2," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Justeru, menurutnya, beliau terpaksa menjual beras dengan harga baru kerana menerima beras dengan harga tersebut daripada pemborong.

Sebagai contoh, beras jenama Jati di kedainya kini dijual dengan harga RM11.30 untuk lima kilogram berbanding RM10.30 sebelum ini manakala RM21.80 bagi 10 kilogram berbanding RM19.80 sebelum ini.

Bagi jenama Faiza Emas, lima kilogram dijual RM11 berbanding RM10 sebelum ini dan RM21 untuk 10 kilogram berbanding RM19 sebelum ini.

Katanya, beliau memperoleh bekalan semua jenama beras yang dipesannya daripada pemborong kecuali jenama Taj Mahal yang terputus bekalan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, seorang pekerja kedai runcit di Jalan Sultan Omar di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul, 20-an berkata, kedai itu juga menjual beras dengan harga baru selepas menerima stok baru minggu lepas.

"Hendak buat macam mana, kita terima bekalan beras dengan harga yang meningkat, jadi kami terpaksa jual dengan harga baru," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 30-an berkata, dia terpaksa membeli beras walaupun harganya sudah naik beberapa puluh sen kerana ia adalah makanan utama keluarganya.

"Saya cuma berharap kerajaan lakukan sesuatu supaya harga beras tidak terus meningkat sehingga membebankan pengguna,"ujarnya.

KALAU BEGITU KEMANA ARAHNYA ??


Dalam kegawatan politik tanahair hari ini,ada dua perkara yang menjadi minat saya untuk memberi perhatian.

Pertama, keghairahan YBM Tengku Razaliegh Hamzah hendak bertanding merebut jawatan Presiden Umno.Beliau secara dasarnya telah mengisytiharkan bahawa beliau sudah pasti akan merebut jawatan tertinggi dalam Umno itu.Ini bermakna, samada Abdullah Ahmad masih mahu bertanding atau mengundur diri dan menyerah kepada Najib Razak, Tengku Razaleigh akan hadapinya.Fokus saya dalam isu ini ialah Menteri Penerangan sekarang yang juga MP Kemaman, Datuk Ahmad Sabery Chek.


Beliau sememangnya diketahui umum adalah anak didik Tengku, beliau telibat secara terus dengan politik adalah hasil tonjolan Tengku.

Sebelum itu beliau adalah pimpinan kampus UM sekitar awal hingga pertengahan 80an.Selepas beliau Jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) diambil alih oleh YB Mohamad Hussain iaitu MP Pasir Putih(maaf kalau silap) yang terpilih baru-baru ini.

Kemudian Ahmad Sabery menjadi pensyarah di UM,akhirnya beliau meletakan jawatan untuk bertading dalam pilihanraya kecil DUN menentang Ahmad Said, MB Terengganu sekarang.Ketika itu Ahmad Sabery bertanding atas tiket S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.Beliau tewas dalam pilihanraya kecil tersebut.Kemudian pilihanraya umum ke-8 sekali okt 1990 sekali lagi beliau bertanding atas tiket S46 di Dun Kijal dan kalah juga.

Ketika ini beliau adalah pembawa beg kepada Tengku Razalegh kemana sahaja atas urusan Parti.

Selepas tewas di Parlimen Kemaman dalam PRU ke 10 pada tahun 1995turut sama Tg Razaleigh membubarkan S46 dan menyertai UMNO, hubungan beliau tidak pernah putus, malah beliau penah menyebut bahawa TG Razaleigh adalah Sifoo beliau dalam politik.

Pada tahun 1999 pru ke 10 beliau bertanding atas tiket BN menentang Abdul Rahman Yusof dari parti KeADILan.

Kemudian beliau menang di Parlimen Kemaman pada PRU ke-11 mengalahkan A.Rahman dan seterusnya dilatik setiausaha Kementerian Luar.Pada tahun ini beliau dinaikan pangkat sebagai Menteri Penerangan.

Sepanjang ingatan dan pengetahuan saya, Ahmad Shabery masih sangat rapat dengan Tg Razaleigh sehingga sekarang.Oleh itu , bagaimana sikap Ahmad Shabery apabila TG Razaleigh akan menjadi calon Presiden nanti. Pada saya, tidak mustahil beliau akan menggunakan ruang yang ada di jabatan Penerangan , termasuk TV dan radio untuk memastikan kemenangan kepada Tg Razaleigh dalam pertembungan merebuta jawatan Presiden Umno....

Bersambung.......

sumber dari :
http://penawarrinduku.blogspot.com/

Selasa, 29 April 2008

PAK LAH SERAH KUASA DISEMBER INI ??

Oleh: Nak Marah Marahlah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang semakin hilang kepercayaan rakyat dikatakan akan menyerahkan kuasa disandang kepada penggantinya semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini. Inilah perkembangan terbaru hasil bualan ahli-ahli parti yang dilapor semakin bosan dengan gelagat pemimpin atasan sehingga mengakibatkan prestasi Barisan Nasional (BN) merudum teruk pada pilihanraya umum (PRU) ke-12 lalu.

Dakwa mereka, banyak tindak tanduk Pak Lah setakat ini telah menimbulkan keributan kepada orang ramai dan kadangkala mereka sendiri tidak menyangka ucapan dan kata-kata terutama semasa menjawab soalan media dengan nada penuh emosional datangnya daripada seorang Perdana Menteri.

Jika pertanyaan kerap dijawab Pak Lah sedemikian rupa, bagaimana pula pandangan orang luar terhadap kewibawaan beliau selama ini dikenali sebagai Mr Clean dan petah berhujah ketika berucap di khalayak umum. Andai tekanan akibat kekalahan teruk BN pada PRU lalu atau terlalu letih dilihat faktor perubahan percakapan Pak Lah, amatlah malang nasib rakyat yang memberi mandat kepada BN memerintah negara.

Tambah mereka, lagi cepat Pak Lah mengalihkan kuasa tersebut, lagi baik kepada BN yang dilihat mempunyai tugas besar dalam pemulihan imej dan mengembalikan kepercayaan rakyat tanpa perlu menunggu perubahan ini dilakukan pada tahun 2010.

Oleh itu, tidak timbul soal kewajaran Pak Lah meletakkan jawatan walaupun ada desakan itu dilakukan oleh sebahagian UMNO bahagian. Apa yang lebih penting lagi, peralihan kuasa segera ini akan memberi gambaran positif kepada personaliti Pak Lah yang sanggup menanggung risiko sebagai pemimpin bertanggungjawab.

Inilah dikatakan adat orang berpolitik, ada pasang surutnya. Dulu ramai membelakangi Pak Lah ketika beraksi menentang team Wawasan naungan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kini mengampu setelah bergelar PM dan akan datang tak tahulah apa akan jadi. Disinilah peri pentingnya Pak Lah merenung sejenak di tingkap Perdana Putra sambil bertanya diri sendiri mengapa kretibiliti beliau semakin tercalar sehingga BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan terpaksa menyerah 5 negeri ke tangan pembangkang?

Tiada gunanya menunding jari kepada mana-mana pihak khususnya kepada pengkhianat dalam parti pada hal satu post mortem harus dilakukan dalam semua aspek dan mencari jalan untuk menanganinya.

Pada masa yang sama, kita percaya Pak Lah sudah menyelami setiap pemimpin dibawahnya yang boleh diangkat sebagai pengganti biarpun ketika ini nama Datuk Seri Najib Tun Razak berada di kedudukan paling atas berlandaskan posnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak hairan jika nama lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut bermain di minda Pak Lah selepas mengambil kira kewibawaan mereka dalam kerajaan serta mampu menyaingi kehebatan pemimpin barisan Pakatan Rakyat yang semakin hari meniti dibibir rakyat. Semuanya terpulanglah kepada kebijaksanaan Pak Lah sendiri kerana kuasa penentu berada di tangannya sekarang.

http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

HISHAMUDDIN YANG BACUL DAN MEMALUKAN UMNO

Petikan http://www.raksasabn.blogspot.com/

Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah. Hari ini adalah hari dimana cucu pengasas UMNO dan juga anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua telah membuat sesuatu pengisytiharan yang menghina UMNO.

Saya percaya kita semua sudah sedia maklum akan permohonan maaf Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana mencium keris panca warisan sewaktu permulaan istiadat Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Siapa yang tidak kenal dengan Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda paling penakut dan bacul dalam sejarah. Sering mengambil jalan selamat dan popular tanpa mengira kepentingan dan survival bangsa.

Ketetapan yang beliau ambil didalam mesyuarat majlis tertinggi Pemuda Barisan Nasional baru-baru ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau sama sekali tidak layak memimpin mana-mana jawatan dan sayap didalam UMNO.

Pemuda UMNO seharusnya merasa malu dan jelak akan perbuatan ketuanya ini. Pemuda UMNO perlu menolak habis-habisan acuan kepimpinan bangsawan seperti manusia ini. Apa salahnya mengagung-agungkan keris? Apa salahnya keris dijadikan sebagai lambing istiadat dan lambing perpaduan umat Melayu? Dan apa salahnya kita melihat keris sebagai simbol perjuangan yang perlu diteruskan oleh umat Melayu bagi membela bangsa sendiri.

Saya kira Hishammuddin langsung tidak mempunyai kefahaman tentang erti perjuangan mengangkat harakat bangsa itu sendiri. Maklumlah, anak bangsawan yang tidak sama sekali bertarung dalam kemelut bangsa, berpendidikan inggeris, membesar dengan penuh kemewahan dan akhirnya diberi laluan mudah didalam politik dengan alasan meneruskan legasi dan warisan kepimpinan. Saya ingin mengajak untuk kita menghentikan politik selamat "ala-hishammuddin". Kita sudah tidak boleh terus menerus hidup didalam hidup yang serba kosmetik, tidak ada pendekatan yang praktikal bagi memenangi hati pengundi muda.

Saya terus-terang menyatakan bahawa salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional didalam pilihanrya yang lepas adalah disebabkan kegagalan Pergerakan Pemuda membawa golongan muda memahami dan menyanjungi perjuangan UMNO. Ini hakikat yang kita terima. UMNO menjadi semakin tidak relevan adalah disebabkan Pergerakan Pemuda menjadi semakin "syok sendiri" dan hanyut didalam pelbagai slogan retorik.

Saya sudah bosan melihat Pemuda terus-menerus diperbudak-budakkan. Saya juga sudah benci melihat Pergerakan Pemuda dipaksa bersikap rasional untuk kononya menjaga keharmonian semangat Barisan Nasional. Saya musykil dan tertanya-tanya kenapa kali ini rakan komponen menjadi terlalu sensitif merujuk kepada isu keris panca warisan walaupun telah diulang berkali-kali? Saya percaya MCA perlu diajar untuk menjadi lebih sopan apabila berhadapan dengan isu budaya.

Keris adalah simbol perjuangan yang tidak semestinya boleh dikaitkan dengan keganasan dan pertumpahan darah semata-mata. Hakikatnya keris adalah lambang perjuangan berterusan UMNO memartabatkan bangsa melayu daripada pelbagai sudut yang lebih universal dan komprehensif. Sekiranya kita sayangkan UMNO, marilah kita sama-sama menolak kepimpinan ala-bangsawan didalam parti. Sudah sekian lama Hishammuddin diberi jalan mudah.

Sudah sekian lama juga Pemuda tidak menjadi kuasa pendesak sebenar didalam dan diluar parti. Sudah semestinya, permohonan maaf sayap parti yang seharusnya menjadi kuasa pendesak ataupun benteng utama UMNO akan mengundang pelbagai persepsi buruk daripada rakyat dan umat Melayu. Tahniah kita ucapkan kepada Hishammuddin kerana menjadi Ketua Pemuda pertama yang memohon maaf dan tunduk kepada tekanan anti-melayu.

Saya ingin merayu kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk kita bingkas bangun dan tolak mana-mana kepimpinan Pemuda yang mengamalkan politik selamat dan melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Martabatkanlah pemimpin yang benar-benar berani dan lahir daripada sepak terajang akar umbi, kerana ciri-ciri inilah yang kembali memartabatkan maruah Pergerakan Pemuda yang terjejas teruk akibat penangan pemimpin bangsawan ini.

APABILA AHLI PARLIMEN UMNO MULA BERKURANG AJAR DI PARLIMEN

Oleh GB

Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama pengggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.

Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".

Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN.

Karpal Singh yang telah terpukul dengan sikap berat sebelah dan tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengangkat tangan kanannya, disebaliknya mengangka tangan kirinya secara lesu dengan memberikan alasan tangannya sakit yang kemudiannya Speaker Dewan Rakyat terpaksa akur dengan permintaan Karpal Singh berkenaan.

Tindakan Abdul Latif itu jelas sama sekali cuba menunjukkan lagak samseng dan kurang ajarnya di Dewan Rakyat dengan membelakang peraturan sewaktu mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan lebih malang apabila tindakan itu mendapat pembelaan dari Speaker.

Jika demikian halnya maka di lain kali adalah wajar untuk dihapuskan sahaja peraturan mengangkat tangan kanan sewaktu membaca ikrar angkat sumpah oleh ahli-ahli parlimen.

Contoh tauladan yang telah dimulakan oleh ahli parlimen BN sendiri yang memegang jawatan timbalan menteri jelas menunjukkan bahawa peraturan Dewan Rakyat boleh dipatuhi atau pun tidak oleh ahli-ahlinya.

Di dalam sidang pertama penggal kedua belas yang bermula hari ini menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi dan diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain.

SISWA YAKIN PAK LAH JADI KETUA PEMBANGKANG AKHIRNYA

Oleh Setiausaha Agong,Gabungan Mahasiswa UKM

Pada 1 April yang lalu,para pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS telah mengumumkan hasrat untuk membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti tersebut. Antara kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh empat pemimpin utama tiga parti tersebut ialah "Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara".

Dan minggu lepas, kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan mendiami Putrajaya sedikit masa lagi dan berlaku undi tidak percaya belandaskan Perlembagaan Persekutuan terhadap Pak Lah, kembali menghangatkan suasana kampus di Malaysia dan luar negara.

Bagi mahasiswa, kami amat yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan dan Pak Lah akan menjadi ketua pembangkang.

Keyakinan bukan berlandaskan emosi semata-mata,tetapi merupakan pengamatan dan juga kenyataan para pemimpin negara yang jelas menggambarkan berlakunya peristiwa ‘rahmat’ ini.

Penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Malaysia amat dinanti-nantikan oleh semua gerakan mahasiswa. Walaupun mahasiswa bersifat neutral dan idealis, iaitu tidak terkongkong oleh mana-mana pihak, tetapi kami amat menantikan sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen dan keadilan asasi (natural justice) di Malaysia yang seterunya melimpah masuk ke dalam Kampus.

Sepanjang 50 tahun dibawah penguasaan Barisan Nasional, terdapat banyak kezaliman dan penindasan kepada mahasiswa. Antara kebejatan dan pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa oleh pihak pentadbiran Universiti, dari kerani hinggalah Naib Canselor, ialah penafian hak asasi mahasiswa itu sendiri.

Pihak Universiti lebih suka bermain wayang dan memihak kepada anak emasnya,Aspirasi yang sememangnya jelmaan UMNO di kampus.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri, berlakunya pilih kasih dalam penempatan kolej, isu mahasiswa ditangkap dan dipukul, penganjuran program disekat tanpa alasan kukuh, pihak Aspirasi dibenarkan melanggari peraturan Universiti seperti pemasangan kain rentang yang tidak bercop dan penubuhan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman dan banyak lagi peristiwa menunjukkan sifat ultra vires pentadbir Universiti.

Diharap penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Persekutuan akan menghapuskan pencabulan hak ini dan seterusnya membuka gelanggang sama rata kepada mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus akan datang. Ianya seiring dengan manifesto Pakatan Rakyat yang ingin menubuhkan Suruhanjaya Universiti yang akan menyelia pengurusan semua universiti yang dapat menjamin otonomi universiti dan institusi pengajian tinggi serta mutunya.

Isu Akta Kolej Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1976) akan secara automatiknya terbatal dan tidak berperlembagaan. Jelas bahawa peruntukkan Seksyen 15 (d) AUKU 1971 itu sendiri mennyeksakan mahasiswa dan membisukan mahasiswa. Kami amat irihati apabila baru-baru ini melihat mahasiswa di Korea Selatan bebas menyuarakan pandangan berkaitan isu Tibet dan dapat mengacau kelancaran larian obor Olimpik China di sana . Inilah yang hak yang kami mahukan dan hak ini hanya dikongkong oleh sentimen hasutan dan fitnah sahaja manakala kebebasan bersuara akan diberikan lesen oleh Pakatan Rakyat apabila menguasai kerajaan nanti.

Selanjutnya, isu Perbadanan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meledak baru-baru ini, perlukan penyelesaian mutlak. Pindaan terhadap Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 perlu dilaksanakan.

Mahasiswa melihat isu caj perkhidmatan seringkali dimainkan, tetapi tenggelam apabila tiba menteri baru mendiami kerusi empuk Kementrian Pengajian Tinggi. Oleh itu, janji manifesto Pakatan Rakyat untuk menghapuskan caj perkhidmatan 3% dan memperluaskan skim biasiswa dan pinjaman, terutamanya untuk pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana adalah amat ditunggu-tunggu oleh mahasiswa.

Selain itu, isu kenaikan yuran yang akan menimpa mahasiswa nanti pasti terhapus seandainya janji Pakatan Rakyat untuk menghentikan segala usaha ke arah penswastaan institusi pengajian tinggi awam dan mengkaji semula pelaksanaan dasar pengkorporatan supaya memastikan ia berpegang kepada prinsip pendidikan dan bukan keuntungan kewangan itu akan dilaksanakan oleh kerajaan 'baru' nanti.

Sekiranya hal ini tidak direalisasikan semasa Pakatan Rakyat menjadi kerajaan nanti, para mahasiswa tidak teragak-agak untuk mendesak dan turun di jalan raya, menuntut kembali hak mereka yang dinafikan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Akhirnya, penantian Pakatan Rakyat berubah kedudukan sebagai kerajaan Persekutuan amatlah dinanti-nantikan oleh para mahasiswa.Kedudukan ranking Universiti yang jatuh dalam Times Higher Education Supplement (THES) 2008 pasti dipulihkan apabila IPT bebas daripada unsur politik murahan.

Usaha memperkukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedia ada dan meningkatkan prestasi mereka pasti akan membuahkan hasil sekiranya amalan ketidakamanahan akademik tidak berlaku.

Secara hujahnya, penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Kementrian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia nanti, ibarat seperti 'Cahaya di hujung lorong yang gelap' dan mengeluarkan benih harapan baru terhadap mahasiswa.

SPR YANG BERAT SEBELAH KINI MULA MENGUGUT

OLEH : GB

Aneh! Itu yang dapat kita katakan mengenai kenyataan Wan Ahmad Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang kini bertindak menggantikan hero SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini bertapa kerana kegagalan grand design untuk memenangkan UMNO/BN di negeri Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya.

Tersentak dengan keputusan pilihanraya yang nampaknya menyerlahkan perancangan SPR yang gagal untuk menipu rakyat, kini Timbalan Pengerusi SPR cuba menghalakan sasarannya ke alam langit dengan kenyataannya: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Saya ingin bertanya kepada manusia yang bernama Wan Ahmad bin Wan Ibrahim ini, sejak bilakah ada undang-undnag dan peraturan yang membolehkan SPR bertindak terhadap kempen calon yang menggunakan internet? Atau kerana SPR kini telah mati kutu untuk terus menipu menjadikan mereka sekelompok manusia yang telah hina akibat perbuatan durjana mereka selama ini telah dihidu oleh rakyat yang akhirnya telah menghukum kerajaan UMNO-BN yang umum mengetahui SPR menjadi boneka mereka?

Anda tidak layak untuk mengugut ahli parlimen. Tetapi ahli parlimen kini layak untuk mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat semua salahlaku anggota SPR yang amat jelas telah terlibat dalam salahlaku serta membongkar semua konspirasi yang diatur untuk memenangkan BN selama ini.

Terlalu banyak penyelewengan serta perbuatan salahlaku SPR yang mereka lakukan. Malah penafian demi penafian daripada mereka selama ini mengenai banyak perkara lansung tidak dapat meyakinkan rakyat.

Yang aneh bagi rakyat, ketiga-tiga penjawat tertinggi badan SPR datangnya dari Kelantan sehingga Kerajaan UMNO-BN begitu yakin untuk merampas Kelantan daripada PAS kerana mengharapkan bantuan "pengundi hant pengundi pos dan egala bentuk knspirasi dari ketiga-tiga pegawai tertinggi SPR ini. Malah kerajaan UMNO-BN tanpa segan silu dalam satu pindaan mengejut pada 12 Disember tahun lalu, meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi melanjutkan umur persaraan anggota SPR dari 65 ke 66 tahun ntuk membolehkan pengerusi SPR meneruskan perkidmatannya, walaupun dibantah rakyat.

Sekalipun dirancang sedemikian rupa, namun kekuasaan dan perencanaan Allah mengatasi konspirasi mereka bertiga. Kelantan gagal ditawan dan SPR menjadi badan yang paling hina keran konspirasi yang terdedah itu.

Selain Kelantan, isu pengundi hantu yang menyaksikan pembohongan ketara mengenai jumlah pengundi contohnya di Terengganu yang seramai 516,000 orang daripada jumlah penduduk Terengganu yang berjumlah 898,825 iaitu 57%. Angka tersebut adalah pelik kerana jumlah pengundi sebenar yang dinyatakan oleh SPR sendiri untuk seluruh negara ialah 10,922,139 daripada jumlah penduduk Malaysia 26 juta (42%). Perbezaan sebanyak 15% daripada nisbah jumlah pengundi kepada jumlah penduduk diantara negeri Terengganu dengan angka purata seluruh negara JELAS tidak logik dan adalah satu bentuk penipuan ketara yang dilakukan oleh SPR.

Apakah SPR menganggap semua rakyat di negara ini boleh diperbodohkan sedemikian rupa yang mana angka tersebut adalah telah diatur oleh pihak SPR?

Ini pula diikuti dengan berduyun-duyunnya bas yang membawa pengundi hantu dari luar Terengganu di hari mengundi. Mengapa senario yang sama tidak berlaku di negeri lain kecuali Terengganu jika benar sekalipun kata-kata Datuk Kamaruzzaman (Setiausaha SPR) yang kononnya mereka berada di luar kawasan mengundi dan balik k negei asal untuk mengundi?

Itu belum termasuk poster-poster pihak UMNO BN yang keterlauan sehingga ada yang lansung telah menghina ugama. Mengapa SPR memejamkan mata tetapi lebih berahi untuk mengawal para ahli parlimen mempnyai blog dan lamanweb untuk "berkempen" sedangkan peluang mereka untuk melakukannya di media arus perdana (cetak dan eletronik) ditutup rapat akibat perkosaan UMNO dan BN terhadap media-media ini?

Dan mengapa SPR lansung tidak memperdulikan sikap media arus perdana yang bertindak ibarat pelacur murahan kepada UMNO dan BN ini?

Pembatalan dakwat kekal beberapa hari sebelum hari mengundi jelas satu percubaan SPR yang gagal apabila mereka terjerat mengaturkan pengundi hantu yang tepaksa mengundi lebih dari sekali.

Menurut sebuah badan geakan sivil, ALIRAN, berkata semua alasan yang dibentangkan ketika menarik balik perlaksanaan dakwat kekal itu tidak munasabah dan keputusan itu dibuat berdasarkan syak tanpa sokongan bukti yang kukuh.

“Persepsi awam kepada kewibawaan SPR hilang sama-sekali. SPR kini dilihat tidak lebih dari sayap BN, suatu persepsi yang bercanggah dengan pilihanraya adil dan bersih kerana ramai yang beranggapan SPR “bersekongkol dengan BN bagi membenarkan penipuan dalam pilihanraya”,” tegas kenyataan itu lagi.

Justeru itu kita sekali lagi meminta supaya ahli parlimen Pakatan Rakyat mengusulkan supaya Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat salahlaku SPR ini dan mereka bertiga Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya ditahan dan disiasat dan jika terbukti wujud penipuan dan konspirasi, mereka hendaklah dihukum sewajarnya!

Isnin, 28 April 2008

KES ALTANTUYA : KEHADIRAN BAPA ALTANTUYA , AMARAN TERAKHIR BUAT NAJIB

Biarpun kes pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shariibuu masih dalam perbicaraan, namun kini perjalanannya nampak kian suram. Bahkan jarang dapat kita dengar kes ini diwar-warkan lagi menerusi media arus perdana. Kes yang yang menggemparkan negara dan seluruh dunia itu seolah-olah sengaja dirahsiakan serta dilewat-lewatkan. Sejak berakhirnya pilihanraya umum ke-12, perjalanan kes itu dilihat semakin terpinggir. Bahkan saksi-saksi yang dipanggil juga semakin tidak relevan dan mengarut-ngarut. Apakah ertinya semua ini?. Apakah dengan tertubuhnya suruhanjaya bagi penambahbaikan sistem kehakiman di negara ini, maka kes ini dapat selesai dan dibicarakan secara adil dan saksama. Sebelum ini banyak keraguan yang timbul, hingga menyebabkan orang ramai sudah tidak yakin lagi dengan sistem kehakiman di negara kita. Sepatutnya kes ini diberi perhatian dan publisiti meluas oleh media. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang mahu ianya diselesaikan secara senyap, maka itulah perjalanan kes itu kelihatan semakin terpinggir.

Penangguhan dan beberapa keputusan mahkamah yang dilihat sengaja melindungi "seseorang" jelas sekali dapat dilihat apabila terdapat saksi utama kes itu iaitu sepupu Altantunya sendiri, Amy dihalang untuk menunjukkan gambar seorang pemimpin kerajaan Malaysia yang dilihat pernah makan bersama Altantunya dalam sebuah restoran di Perancis. Bukan sahaja, hakim yang menghalang malahan juga turut disokong oleh peguambela dan pendakwaraya sendiri. Bukankah bagai ada satu muslihat yang mereka ini bersekongkol untuk tidak mengaitkan individu terbabit dengan kes itu.

Soalnya, siapakah individu yang dikatakan pemimpin kerajaan dari Malaysia itu? Melihat kepada mereka yang d ituduh iaitu Razak Baginda seorang penganalisis politik yang begitu rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Apakah benar gambar yang ingin ditunjukkan oleh Amy itu adalah Najib. Apa yang melucukan, Tian Chua pula ingin dipersalahkan gara-gara memaparkan foto Altantunya, Rosmah dan Najib dalam blognya (Gambaran foto yang ada pada Amy). Akibatnya bermacam-macam ancaman telah dibuat kepada Tian Chua, namun begitu kes itu kini reda apabila ada pihak yang masuk campur dan tidak mahu ia diperbesarkan. Soalnya, kenapa Najib gementar tiap kali namanya dikaitkan dengan kes ini. Lebih membingungkan lagi ialah, kenapa hakim tidak mahu Najib dipanggil sebagai saksi walhal namanya sering disebut-sebut dalam mahkamah. Apakah itu maknanya kes ini sekali lagi akan menjadi "sandiwara" seperti yang terjadi kepada Anwar. Di mana Mahathir tidak mahu ke mahkamah menjadi saksi, biarpun sapina telah dikeluarkan terhadap beliau ketika itu. Apakah kita akan menyaksikan satu lagi pencabulan undang-undang dalam institusi kehakiman di negara kita?.

Bukankah kes ini melibatkan masyarakat antarabangsa dan telah dibawa ke pengetahuan PBB. Kes ini sudah menjadi kes berprofail tinggi antara dua negara iaitu Malaysia dan Mongolia. Mengapakah banyak perkara yang tidak masuk akal berlaku dalam kes jenayah seperti ini. Sesungguhnya rakyat berhak untuk mengetahui dan memastikan satu perbicaraan yang adil dan telus.

Banyak kemusykilan yang perlu dijawab dalam memperbaiki mutu kehakiman di negara kita. Sama juga dalam kes Anwar yang sejak dari awal lagi rakyat sudah tahu akan perjalanan kes itu. Bukan amat memualkan jika satu kes sebesar itu rakyat sudah mengetahui keputusannya sejak awal-awal lagi. Akan pincanglah amalan undang-undang dalam sesebuah negara itu, pabila sesuatu keputusan penghakiman sudah boleh dibawa oleh rakyat biarpun kes belum selesai. Misalnya dalam kes Anwar dulu, rakyat sudah tahu yang Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman yang berat biarpun perbicaraan didapati memihak kepadanya. Kerana rakyat sedar yang Anwar adalah mangsa "konspirasi politik" pihak-pihak tertentu. Namun, berkat doa orang yang dizalimi itu maka ianya termakbul juga dan kini Anwar telah bebas seperti biasa.

Kes Anwar juga telah menggemparkan dunia sebelum ini. Namun ianya tidaklah sehebat dan sezalim kes Altantunya. Anwar hanya didera, dicederakan, difitnah, diperlakukan seperti haiwan oleh musuh-musuhnya. Namun beliau masih boleh bernyawa biarpun dalam keadaan yang sungguh azab sengsara. Kes Altantunya adalah satu kezaliman melampau yang hanya kita dengar berlaku di Palestin, Bosnia serta negara-negara Islam yang dijajah oleh barat. Di Palestin, kita biasa mendengar orang Yahudi, Israel menyembelih, menyiksa, membakar dan menjadikan umat Islam disana seperti binatang. Mereka melakukan sesuka hati demi survival politik mereka. Keganasan itu disokong pula oleh polis dunia Amerika Syarikat. Lantaran itu sejak sekian lama bumi Palestin terus bermandikan darah. Biarpun banyak perbincangan dan perjanjian damai dimeterai, hingga kini belum nampak keganasan itu akan berakhir.

Itu di Palestin, dan pelakunya pula adalah orang Yahudi yang memang kita tahu mereka "menghalalkan" darah orang Islam disana. Namun, kes yang berlaku sekarang ialah di Malaysia, sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Islam yang merupakan anak seorang bekas ulamak terkenal suatu ketika dulu. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah kes Altantunya dilihat lebih "ganas" daripada apa yang berlaku di palestin. Sudahlah beliau dibunuh, mayatnya pula dibom hingga berkecai. Bom yang digunakan pula ialah bom C4 yang hanya digunakan untuk perperangan. Lebih menyedihkan, mereka yang dituduh pula semuanya orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Jelas kita lihat disini, perangai mereka ini saling tak tumpah persis seperti Yahudi. Mereka langsung tidak mempunyai sikap perikemanusian. Mereka meletupkan mayat bagi tujuan untuk menghilangkan segala bukti-bukti.

Namun mereka hanya merancang, perancangan Allah juga yang terbaik. Akhirnya kini, kes pembunuhan itu berjaya dibongkarkan juga. Cuma yang menghairankan kita ialah kerja itu dilakukan oleh Dua orang anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar. Sungguh zalim sikap mereka ini yang telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara tapi mereka pula yang bertindak melakukan jenayah terbabit. Umum mengetahui bahawa Kedua-duanya pegawai terbabit bertugas di UTK, iaitu pasukan berprofil tinggi, yang antaranya bertuga menjaga keselamatan pemimpin utama negara termasuk perdana menteri dan timbalannya. Soalnya kenapa pula mereka terlibat secara langsung dalam kes ini? Siapakah yang menyuruhnya melakukan perbuatan jenayah terkutuk ini?.

Semalam, kita digemparkan dengan kehadiran bapa Altantunya Dr. Shaariibuu Setev yang juga telah mengadakan sidang media berhubung dengan kekecewaannya terhadap perjalanan kes pembunuhan anaknya itu yang kelihatan sengaja dilambat-lambatkan. Bahkan, beliau melalui kerajaan Mongolia juga telah mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri minta kes itu dipercepatkan dan diberi perhatian yang sewajarnya. Namun, sikap membisu PM itu jelas menunjukkan yang kerajaan Malaysia tidak berminat untuk mengadili kes itu secara serius. Bahkan beliau juga kecewa kerana, kes anaknya itu sering ditangguh-tanggug dengan alasan yang tidak masuk akal. Beliau khuatir terdapat pihak tertentu yang mahukan kes ini dilewat-lewatkan dan akhirnya ditutup begitu sahaja setelah ketiadaan bukti yang kukuh. Beliau juga hairan, bagaimana kerajaan Malaysia boleh menyimpan terlalu lama penjenayah yang amat berbahaya seperti itu.

Susulan daripada apa yang berlaku ini, jika kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Bapa Altantunya Dr. Shaariibuu Setev yang ditemani oleh peguam yang juga penterjemahnya, Munkhsaruul Mijiddorj memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mongolia telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia tahun lalu mengenai perkara ini. Namun Pak Lah hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang maklum balas tentang perkara ini.

Maka kehadiran bapa Altantunya, dikatakan tepat pada masanya. Mungkinkah kehadirannya itu telah dirancang dalam usaha untuk melibatkan Najib dalam hal ini. Najib mesti dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan kes ini. Namanya sudah dikaitkan, kenapa hakim tidak mengeluarkan sapina untuk memanggil Najib. Samalah yang berlaku dalam kes Linggam dulu, Suruhanjaya Siasatan DiRaja telah memanggil semua saksi yang namanya disebut dalam pita video Linggam itu termasuklah juga mantan PM Mahathir Mohamad. Itu hanya berlandaskan pita video semata-mata. Tetapi dalam kes Altantunya, nama Najib telah disebut beberapa kali dalam mahkamah. Maka adalah wajar Najib menjadi saksi untuk membela dirinya. Jika tidak dunia akan melihat mahkamah di Malaysia sama seperti dulu, tiada perubahan. Ini akan menakutkan para pelabur untuk datang ke negara kita. Kerana mereka khuatir denngan undang-undang rimba yang jelas akan memberi kemenangan kepada penjenayah sebenarnya.

Kita juga khuatir jika semua tertuduh akhirnya mengaku bersalah dan disabitkan dengan pembunuhan tersebut. Ini kerana mungkin Razak Baginda akan dipenjara seumur hidup dan Azilah serta Sirul akan dikenakan hukuman mati. Soalnya siapakah yang akan melihat hukuman itu dijalankan?. Ada yang berkata, akhirnya nanti Azilah dan Sirul dibebaskan dan dihantar berehat keluar negara dan menukar imej mereka. Yang dihukum adalah banduan-banduan lain yang menanti hukuman mati. Sebab itulah ada yang mengatakan bahawa mereka hairan kenapa kedua-dua tertuduh itu asyik menutup muka "Ala Ninja C4"?. Walhal, Mona Fendy sendiri pun orang ramai boleh kenal wajahnya. Perlakuan kedua-dua tertuduh ini seolah-olah mereka tidak mahu orang ramai kenal wajah mereka, bukankah jika mereka dibebaskan ikut jalan belakang nanti mereka boleh berada dimana- Tiada rakyat Malaysia yang kenal melainkan rakan terapat atau ahli keluarga. Mereka juga boleh menukar wajah dengan habuan wang ringgit yang ditawarkan jika mereka mengaku bersalah.

Manakala Razak Baginda pula akan dipenjarakan seumur hidup, walhal juga bakal menerima ganjaran lumayan dan dibebaskan menerusi jalan belakang. Mungkin beliau juga akan dihantar bermastautin diluar negara untuk beberapa ketika. Akhirnya mereka ini akan kembali ke Malaysia dalam keadaan kita sudah tidak kenal dengan penjenayah terbabit. Mungkin jika mereka makan disebelah kita dalam restoran mamak pun kita tak akan kenal. Apatah lagi jika mereka menukar imej seperti Osama Laden. Inilah teori yang sering diperkatakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia tentang kes Altantunya ini. Akhirnya, individu yang sepatutnya disabitkan sebagai perancang kes ini akan bebas dan bersenang-lenang. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apatah lagi jika individu terbabit dipilih menjadi pemimpin nombor satu negara. Sanggupkah kita berhadapan dengan kemungkinan ini?

Justeru itu, kehadiran bapa Altantunya juga mungkin telah dirancang oleh pihak kerajaan sendiri dalam memberi amaran kepada Najib supaya tidak bercita-cita untuk menentang Pak Lah dalam pemilihan agung UMNO bulan Disember nanti. Atau mungkin juga, ada pihak yang mahu Najib terus memberi sokongan kepada Pak Lah agar kekal sebagai PM dan tidak melayan tuntutan dari kalangan ahli-ahli dan pemimpin kanan UMNO yang mahukan peralihan kuasa berlaku sekarang. Inilah agaknya yang menyebabkan bapa Altantunya itu dibawa ke Malaysia. Sekurang-kurangnya ianya boleh mencemaskan anak Tun Razak itu. Jika tidak mahu masa depan karier politiknya hancur, eloklah dia mengikut sahaja arahan Pak Lah. Jika tersilap langkah, mungkin juga Najib akan dipanggil menjadi saksi di mahkamah. Mungkinkah ini akan berlaku? Sama-sama kita nantikan kisah ini. Bagaimanakah kesudahan riwayat politik Najib agaknya?

[Sesungguhnya kes yang berlaku terhadap Altantunya ini sukar untuk kita terima. Apatah lagi mereka yang disyaki terlibat ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Jika Mona Fendi yang memotong 18 anggota tubuh Mazlah Harun dulu kita anggap ngeri. Inikan pula Altantunya yang mayatnya dibom hingga berkecai. Bukankah ini kerja zalim namanya. Sila klik sini ke Blog Cucumatkilau untuk banyak lagi cerita panas dan sensasi]

Cucu Mat Kilau

KERANA CHELSEA MALAYSIA SANGGUP TERIMA WARGA ISRAEL

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD

Saya tertarik untuk memberi respon mengenai isu kehadiran pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke Malaysia pada bulan Julai nanti. Lawatan pasukan elit tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.

Sebagaimana yang kita maklum, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk melawat negara tersebut. Tetapi entah kenapa dalam isu ini kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu membenarkan rakyat Israel datang ke negara ini.

Sebelum ini, kita tidak kisah pun mana-mana pasukan ternama luar negara berkunjung ke bumi Malaysia, kerana mereka tidak mempunyai pemain atau pegawai dari negara Israel. Sebagai contoh, sebelum ini dua pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United (MU) dan Arsenal pernah datang ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Cuma dalam isu lawatan pasukan Chelsea ini kita tidak boleh bertolak ansur kerana melibatkan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Pasukan Chelsea dijadualkan akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 29 Julai ini. Pasukan dari barat London ini sememangnya terkenal dengan kehebatan bintang mereka, seperti Didier Drogba, Frank Lampard, Nicolas Anelka, Claudio Pizzaro dan lain-lain. Ketua eksekutif Chelsea, Peter Kenyon mengugut tidak akan hadir ke Malaysia sekiranya Grant dan Ben Haim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Namun begitu, timbul beberapa persoalan dalam isu ini, adakah kerana terlalu minat kepada pasukan Chelsea kita sanggup menggadai maruah umat Islam? Ataupun kerana sikap tolak ansur kerajaan Malaysia ini lahir dari semangat kesukanan yang terlalu tinggi? Mungkin tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia membenarkan atlit kriket Israel memasuki ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) juga atas dasar semangat kesukanan.

Saya ada memetik beberapa kenyataan pemimpin yang menyokong kehadiran dua warga Israel ini. Pertama, kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 31 hb Mac lalu yang menyatakan agak malang sekiranya bidang sukan di campuri unsur politik. Selain Timbalan Perdana Menteri, kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad pada 3hb April lalu juga dilihat mengetepikan soal perasaan umat islam.

Antara kenyataan beliau, "Kita mengharapkan sukan adalah sukan, tidak perlu dicampuradukkan dengan politik". "Kehadiran Chelsea adalah untuk menghiburkan rakyat dan untuk peminat Chelsea yang ramai di negara ini. Ia adalah salah satu program pembangunan sukan bola negara,".

Selain itu, kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim pada 14hb April baru-baru ini juga dilihat berpihak kepada dua warga Israel tersebut. Beliau berkata "Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia dan dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka". "Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,".

Betulkah urusan politik tidak boleh menganggu bidang sukan? Sebelum ini Amerika Syarikat pernah memboikot kejohanan sukan anjuran negara Russia atas dasar perbezaan politik. Terbaru tindakan aktivis Tibet seluruh dunia menganggu kelancaran perarakan larian obor olimpik Beijing juga kerana membantah sikap China menindas rakyat Tibet.

Bagi saya ini bukan setakat soal politik sahaja, tetapi melibatkan soal agama Islam dan maruah umat Islam di Palestin khususnya. Jangan kita hipokrit terhadap saudara kita di bumi Palestin, membantah pencerobohan Zionis Israel terhadap Palestin tetapi pada masa yang sama membenarkan negara kita di’cerobohi’ oleh rakyat Israel.

Kenapa Malaysia dan FAM berkeras juga mahu membawa pasukan Chelsea ke Malaysia? Sedangkan banyak lagi pasukan-pasukan ternama yang tidak ada warga Israel boleh dijemput datang ke Malaysia seperti Manchester United, Arsenal, AC Milan, Barcelona ataupun Real Madrid. Adakah dengan membawa beberapa orang pemain bola sepak Israel ini boleh meningkatkan mutu bola sepak Malaysia?

Sumber: www.minda-mahasiswa.blogspot.com

KERAJAAN SELAMA 50 TAHUN INI GAGAL DITAHAP SERIUS

Oleh M.F. Othman

FUNGSI paling asas sesebuah kerajaan antaranya adalah sentiasa memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat, tidak mengira apa agama dan bangsa sekalipun.

Dalam konteks negara kita sendiri, kita telah melalui 12 pilihanraya sejak 50 tahun yang lepas dan secara logiknya ialah seluruh rakyat Malaysia 'pasti' telah mengalami tahap peningkatan dari segi 'aman, selamat, makmur dan senang' sebanyak 12 kali lebih baik selama tempoh 50 tahun pilihanraya diadakan.

PRU ke-12 baru sahaja berlalu. Ramai yang masih trauma. Tidak kurang pula ramai yang masih bergembira dengan kemenangan yang diperolehi.

Namun saya amat percaya, tidak sedikit bilangan watak-watak yang beroleh 'kesempatan, keuntungan dan peluang' hasil daripada segala rentetan kekalutan yang berlaku khususnya dalam batang tubuh UMNO atau BN sendiri.

PRU kali ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang telah wujud selama 50 tahun ini sebenarnya ternyata gagal ‘di tahap yang amat serius’ untuk menjalankan fungsinya sekalipun yang paling asas sekalipun.

Betapa mahalnya harga yang perlu ditanggung-bayar oleh rakyat akibat kesilapan memilih sesebuah kerajaan untuk memerintah bagi suatu tempoh yang amat lama sehingga suara rakyat langsung tidak lagi kedengaran, tidak lagi dipedulikan dan ianya terus karam tenggelam oleh arus keangkuhan kuasa pemerintah yang telah merasakan bahawa mereka akan selama-lamanya akan dipilih rakyat untuk memerintah negara ini -hanya kerana selama ini kedudukan mereka tidak pernah dicabar sama sekali sekalipun hanya menafikan majoriti 2 / 3 kerusi parlimen.

Oleh itu, siapa kata politik tidak penting. Politik adalah amat penting kerana dengan politiklah negara dapat dibentuk dan ditadbir. Baik orang politik akan menghasilkan pentadbiran yang baik.

Khianat orang politik akan menghasilkan pentadbiran yang menghancurkan agama, bangsa dan negara. Orang politik biasanya dikawal oleh dasar yang membentuk parti yang diwakili.

Dasar mana-mana parti pun 'kelihatannya amat baik' tetapi tidak semua orang politik yang bernaung didalam parti yang mempunyai dasar yang cukup baik tadi akan secara automatik menjadi orang politik baik dan jujur.

Dalam konteks negara kita sendiri, demokrasi yang kita amalkan adalah baik. Sistem demokrasi yang kita amalkan yang membolehkan pilihanraya akan dapat diadakan.

Pilihanraya yang diadakan dalam tempoh 5 tahun sekali juga adalah baik. Melaluinya, rakyat berhak memilih wakil rakyat melalui parti yang diwakili.

Walaupun semasa pilihanraya, semua parti yang terlibat akan berkempen secara habis-habisan untuk memenangi hati rakyat melalui manifesto yang dibentangkan, dalam keadaan mana sekalipun akhirnya sistem demokrasi ini akan membolehkan rakyat mendapat keuntungan dan manfaat.

Ini adalah kerana mereka telah secara bebas memilih pemimpin terbaik yang dirasakan layak untuk mendapat tempat kepimpinan dan berpeluang pula untuk merasa janji-janji manifesto dilaksanakan sebaik mungkin.

Bukankah setiap parti mempunyai manifesto tersendiri yang dikatakan amat baik untuk rakyat?. Inilah yang dikatakan sistem ‘dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat’. Tetapi, secara amalannya adakah ianya begitu dan kelihatan begitu?.

Sebaik sahaja PRU 12 berlangsung, hanya sekadar mengambil satu contoh - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menggesa agar kerajaan pusat agar menarik balik serta merta segala projek kerajaan pusat yang telah dirancang kerana menurutnya rakyat telah menolak pembangunan. Buktinya mereka telah menolak UMNO/BN. Memang menarik.

Cukup menarik kerana pembangunan telah disama ertikan dengan sesebuah parti iaitu UMNO/BN. Menolak UMNO/BN bererti menolak pembangunan. Menyokong parti selain UMNO/BN juga bermaksud menolak pembangunan (sedangkan parti DAP/PKR dan PAS secara jujur kita tahu, tidak menolak pembangunan).

Maka, rakyat yang telah memilih parti selain daripada UMNO atau BN, telah dikatakan sanggup menjadi sekumpulan manusia yang anti-establishment dan anti-pembangunan – suatu pilihan yang akan merugikan mereka sendiri sendiri?.

Adakah ini bermakna rakyat telah dihukum hanya kerana telah ‘meraikan’ demokrasi yang selama ini sangat dibanggakan oleh UMNO dan kerajaan BN?. Bukankah demokrasi itu sepatutnya akhirnya akan memberikan manfaatkan kepada rakyat?.

Dalam kes Pulau Pinang, mengapa begitu sekali tergamak Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu menggesa agar segala projek tersebut ditarik balik sedangkan UMNO mengatakan mereka ikhlas berjuang untuk rakyat?.

Lantas, mengapa kepentingan rakyat berani diusik hanya kerana rakyat memilih parti selain UMNO dan BN?. Tiba-tiba mata saya berpinar dan saya menjadi keliru.

Keliru kerana akhirnya rakyatlah yang akan dipersalahkan dan mungkin mengalami kerugian kerana kehilangan hak untuk mendapatkan pembangunan - tidak hanya di Pulau Pinang, tetapi di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.

Walaupun Pak Lah telah menyatakan bahawa segala perancangan projek akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan, namun semua orang tahu bahawa itu hanyalah cakap-cakap politik yang mungkin boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Buktinya ialah pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Masihkan anda ingat apabila Pak Lah menyatakan yang lebih kurang berbunyi ‘kita akan meneruskan pembinaan jambatan ini tidak kiralah samada lurus, bengkok atau herot’ namun dalam tempoh yang tidak sampai sebulan sahaja Pak Lah telah mengubah pendiriannya itu dengan membatalkan terus pembinaan jambatan tersebut yang membawa kepada kemarahan dan perbalahan yang berpanjangan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya budaya politik kita jauh ketinggalan. Cara kita berpolitik sungguh aneh dan pelik. Kita berpolitik tetapi akhirnya kita sanggup memijak hak-hak dan kepentingan rakyat hanya kerana mereka tidak memilih parti yang kita wakili.

Bukankah parti lain yang dipilih rakyat itu pun akan berjuang untuk kepentingan rakyat?. Mengapa tidak diberikan peluang dan tidak bersikap terbuka dalam hal ini?.

Sekiranya mereka melakukan korupsi, khianat, pecah-amanah dan sebagainya, bukankah sistem demokrasi itu sendiri yang akan menghukum mereka?.

Oleh itu, saya berpendapat budaya politik kita haruslah diubah. Masanya sudah sampai dan kita tidak harus bertanguh lagi demi kepentingan rakyat.

Perubahan yang bagaimanakah harus kita lakukan?. Perubahannya adalah dengan melaksanakan budaya politik persaingan secara sihat untuk rakyat. Bagaimana?.

Dengan mengambil contoh persaingan antara AirAsia dan MAS. Persaingan antara Digi, Celcom dan Maxis. Hanyalah menyebut sekadar beberapa contoh.

Dengan kewujudan AirAsia, MAS terpaksa dan dipaksa untuk bersaing secara sihat di atas padang yang rata. Hasil persaingan ini, promosi penerbangan yang murah selalu dapat diadakan. Harga tiket akan menjadi murah.

Akhirnya pengguna/penumpang/rakyat mendapat manfaat dan kebaikannya. Tidak akan ada sesiapun yang rugi. Begitu juga sebagaimana persaingan antara Digi, Celcom dan Maxis.

Sehingga ada yang menawarkan sms serenah 1 sen dan panggilan serendah 15 sen seminit!. Malah pelbagai pakej menarik lagi ditawarkan.

Akhirnya, penguna/pelanggan/rakyat yang akan mendapat manfaat dan kebaikkan. Mengapa kepimpinan politik negara kita tidak boleh melaksanakan persaingan yang sebegini rupa?.

Bayangkan senario yang begini berlaku : BN dan Pakatan Rakyat diberikan peluang sama rata untuk mendapat ‘access’ kepada akhbar dan media elektronik.

Sama-sama akan membuktikan kepada rakyat bahawa merekalah yang terbaik untuk rakyat. Merekalah yang paling layak untuk menjadi pemimpin dan mentadbir negara ini untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran rakyat.

Setiap parti akan bergaduh, bercakaran dan bermusuhan secara sihat semasa pilihanraya diadakan.

Namun selepas pengundian dijalankan dan kerajaan dibentuk, masing-masing samada parti pemerintah dan pembangkang akan bekerja-sama bekerja untuk kepentingan rakyat.

Tidak ada masa dan ruang lagi untuk bermusuhan kerana agenda kepentingan rakyat adalah lebih utama.

Rakyat sudah memilih mereka, maka sekarang adalah masa untuk menunaikan janji. Oleh itu kerjasama semua pihak diperlukan untuk membolehkan janji-janji tersebut ditunaikan.

Kalau kita lihat negara maju seperti Amerika, England dan sebagainya konsep ini sudah lama dilaksanakan.

Didalam Parlimen, sekiranya sesuatu dasar kerajaan itu merugikan rakyat maka ahli parlimen tidak kira samada dikalangan pemerintah dan pembangkang akan sama-sama menentang dasar tersebut – malah mereka yang berada dikalangan ahli parlimen parti pemerintah tidak akan dikenakan sebarang tindakan!.

Namun dalam senario politik negara kita, ianya adalah berlainan sama sekali. Anda masih anda ingat bagaimana Datuk Shahrir Samad yang dikenakan tindakan hanya kerana menyokong usul yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang di dalam Parlimen ketika itu – yang membawa perletakan jawatannya sebagai pengerusi BNBBC (Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan) sedangkan usul yang dibawa adalah berkenaan hak dan kepentingan rakyat?.

Mengapa pihak pemerintah dan pembangkang tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat sehingga perlu bergaduh dan bermusuh setiap masa?.

Ingat, PRU 12 sudah menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat sudah terlalu muak dengan kerenah politik yang cukup memualkan dan menjijikkan ini sehingga menyebabkan nasib rakyat tidak dijaga dan diuruskan dengan baik hanya kerana perbezaan politik semata-mata sedangkan ‘gaji’ mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikutip.

Ingatlah bahawa kepimpinan politik dan YB-YB adalah hamba rakyat dan dari rakyatlah mereka mendapat kuasa.

Akhir kata, ahli dan kepimpinan politik haruslah berani berubah demi rakyat. Hanya dengan perubahan mereka sahajalah yang akan membawa kepada perubahan nasib rakyat negara ini.

Disinilah keikhlasan 'berkhidmat untuk rakyat'yang selama ini sentiasa dilaungkan akan dapat dibuktikan!.

Sabtu, 26 April 2008

KELAB PENYOKONG PAS MELAKA DILANCARKAN


Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan sebentar tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.

Dr Mujahid dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira kerana PAS Melaka akhirnya berjaya melahirkan Kelab tersebut setelah negeri-negeri selesai menubuhkannya bermula sejak tahun 2005 lagi.

"Insya Allah dengan penubuhan kelab ini di Melaka, PAS Melaka akan berjaya menarik lebih ramai kaum Cina dan India untuk mendekati PAS dan seterusnya berjaya meraih sokongan mereka dengan lebih baik lagi, lebih baik dari yang dizahirkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini".

"Kita merasakan bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS di Melaka ini akan menyemarakkan lagi sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS" kata Mujahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Encik Lim Swee telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka dan beliau telah menerima surat watikah perlantikan dari YB Dr Mujahid dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya Encik Lim Swee mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS dapat membantunya menggerakkan Kelab Penyokong PAS Melaka bagi menarik lebih ramai kaum Bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS Melaka ini.

"Kita yakin PAS akan memenangi kerusi pada Pilihanraya akan datang dengan bantuan Kelab ini" tegas beliau dengan penuh semangat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan-pimpinan PAS Negeri; aktivis Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Encik Lim Oh Pah; Aktivis masyarakat India, Encik Karupaya serta masyarakat Tionghua dan India dari seluruh negeri Melaka.

sumber : pemuda bukit katil

MESYUARAT AGUNG DPPK JASIN KALI KE 25

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin Kali ke 25

Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tarikh : 27 April 2008
Perasmi : Sdra. Azrin bin Abd Majid ( exco Dewan Pemuda PAS Pusat )
Tempat : KOMPAJ ( KOMPLES PAS KAWASAN JASIN )


Semua Pemuda dari setiap cawangan di Kawasan jasin dijempujt hadir

MB SELANGOR LAWAT PM

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama Perdana Menteri terutama perkara berkaitan program penswastaan, Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Lapangan Terbang Subang, dan isu pekerja asing di Selangor.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar, pada pertemuan itu, Abdullah menasihatkan supaya Kerajaan Negeri menghubungi Kementerian Pengangkutan dalam membincangkan dan menangani isu PKFZ serta cadangan penggunaan Lapangan Terbang Subang.

"Perdana Menteri memberi respon positif bahawa terdapat ruang untuk Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut.," kata kenyataan itu.

Selain itu, dalam menangani isu air di Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor diminta berbincang bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pertemuan dua hala itu juga membincangkan isu pekerja asing yang kian meningkat di Selangor.

Beberapa perkara lain yang berkaitan juga dibincangkan seperti kenyataan-kenyataan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Pelancongan, dan Menteri Pelajaran yang tidak menyumbang kepada hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

LAWAN TETAP LAWAN - KU LI

KB: Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan tetap menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti pada Disember walaupun berlaku peralihan kuasa.

Beliau berkata peralihan kuasa di antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dengan parti dan beliau mempunyai hak untuk bertanding sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi.

"Soal UMNO bukan kerajaan, saya cuma menawar diri kalau cukup pencalonan daripada bahagian untuk UMNO, tidak ada kena mengena dengan kerajaan... Saya hendak menawarkan diri untuk berkhidmat, jadi kalau cukup pencalonan, saya akan tawarkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 April lalu.

Abdullah bagaimanapun berkata pelan peralihan kuasa itu akan hanya dibincangkan selepas pemilihan parti.

MELAKA KINI : SOROTAN RINGKAS ISU SEMASA

OLEH : KBS

1- PM umum pengstrukturan semula BPR dan akan jadikannya satu agensi yg bebas sepenuhnya amat dialu – alukan, tapi bagi rakyat saya rasa satu tindakan agak terlewat. Kenapa tak buat diawal pemerintahan Pak Lah ?. Ini semua pada pandangan saya semata – mata nak melunakkan hati rakyat yang telah menghukum BN pada PRU ke 12 yang lalu. Berapa banyak kes rasuah sebelum ini terlepas. Saya cabar UMNO supaya buka ruang seluasnya kepada BPR agar boleh bertindak kes rasuah politik dalam pemilihan agong UMNO. Sebelum ini kes rasuah dalam BN bertindak adalah badan disiplin parti, BPR tiada kuasa, sebab tu ramai terlepas.

2- Sebelum ini Hishamudian maklumkan tak akan pertahan jawatan ketua pemuda UMNO dak tak berminat nak tanding Naib Pres. Tapi hari ni ( BH 23/4/08 ) kata akan pertimbangkan jika ada pencalonan...Jadi pemimpin UMNO susah nak ramal kalau kata nak berundur. Selang sehari dua dah tukar cakap...Orang macam ini pun boleh jadi menteri....haprak betul.

3- Tahniah kepada Datuk Othman Mohd. Kerana dilantik sepagai speaker DUN Melaka. Beliau bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri. Saya tak tahu apa kelulusan beliau. Kalau dengar dia ceramah untuk pihak UMNO dulu macam orang tak sekolah, Saya pernah diganggu ceramah oleh beliau, suaranya lantang tapi isi kosong. Antara ucapannya di Jasin dulu "Hj. Hadi jadi kafir kerana pernah berpeluk dengan orang kafir ( Lim Kit Siang ) ". Orang macam ni pun Ali Rustam boleh lantik Speaker DUN, ambillah ustaz Islam Hadhari yang pandai ceramah...kalau PAS orang macam ni kami buang ke laut je....Tengok Speaker Kedah Dr. Abd. Isa Ismail seorang lulusan ijazah doctor falsafah...

4- Media Malaysia ni memang tak profesional, contoh kes kehilangan adik Nor Azreen yang dibawa lari ke sebuah pulau di Indonesia 3 bulan lalu. Nor Azreen berasal dari Negeri Sembilan, kawasan Rembau dalam Dun MB negeri Sembilan, tapi tak ada usaha pihak berwajib negeri untuk bebaskannya bahkan dilakukan ialah pihak kijang care dibawah kelolaan Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS melalui sahabat saya Adun PAS Paroi YB Taufek. Surat khabar utama tak ketengahkan pun cerita sebenar....kalau macam ni tak payah jadi wartawan… baik jual goreng pisang lagi baik.

5- Dengar cerita pada bermula bulan April / Mei 2008 kilang Qimonda yang terletak di Batu Berendam akan berpindah ke Johor. Masalahnya nasib pekerja khususnya anak Melaka macam mana? Ada yang dah berkeluarga dan dah beli rumah pening kepala dibuatnya. Sepatutnya kerajaan negeri perlu ambil perhatian....bukan sibuk dengan sektor pelancongan, Melaka negeri maju rakyat mengganggur. Persoalannya kenapa kilang tersebut nak berpindah? dengar cerita ada permintaannya tak ditunaikan oleh kerajaan negeri. Kalau gitu yang jadi mangsa adalah pekerja. Saya harap kerajaan Negeri perlu beri penjelasan.

6- Bila PM umumkan projek pembinaan jambatan kedua P.Pinang dibatalkan disebabkan beberapa perkara yang direka cipta, saya dah agak itulah sikap pemimpin BN dendam politik punya pasal rakyat yang jadi mangsa. Sebelum PRU 12 bukan main iklan promosi koridor utara, pantai timur demi untuk keselesaan masa depan rakyat. Tapi lepas PRU semua campak dalam laut. Tahniah...Rakyat makin menyampah pada BN. Baru KM P.Pinang bertemu dengan PM berjanji akan teruskan laksana projek mega di negeri pembangkang selang tak berapa hari dah ubah sikap....hepokrit betul.

7- Syabas kepada Kerajaan P.Pinang kerana bersikap keterbukaan, bersedia beri jawatan penting kepada musuh politik ( UMNO dan Gerakan ) demi kepentingan rakyat. Pemimpin UMNO buka otak sikit ….. konsep Islam Hadhari buang ke laut aja le…

8- Malam Rabu 22 April baru – baru ni hujan lebat beberapa kampung dalam DUN serkam dinaiki air termasuk di Sg. Sembilang dan Bkt. Tembakau, apabila Majlis Perbandaran Jasin datang katanya : kebanyakan berpunca dari sistem perparitan yang haru biru. Projek parit ni sinonim dengan JKKK yang dimonopoli UMNO cawangan. Dah 50 tahun memerintah masalah parit tak boleh selesai, itu pun orang kampong tetap setia dengan BN yang slogannya AMAN, SELAMAT DAN SEJAHTERA hingga rumah tenggelam.

9- Ini pula kisah angkasawan kedua pula..apa dah jadi. Dah penat berlatih kerajaan batalkan pulak. Dulu bukan main dicanang sana sini, dalam kampong, Bandar,dalam negara dan luar negara. Bila keluar keputusan PRU 12 keluar,jambatan Pulau Pinang batal, projek angkasawan pun lingkup, Islam Hadhari tinggal kampong hadhari aja…..

sumber :
www.kbsn26melaka.blogspot.com

Khamis, 24 April 2008

PENUBUHAN KELAB PENYOKONG PAS MELAKA MALAM INI

Badan Perhubungan PAS Melaka akan menubuhkan Kelab Penyokong PAS Melaka pada 24 April 2008 jam 8.00 malam bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Harun Mohamed dalam kenyataannya semalam menjemput semua ahli dan penyokong PAS agar hadir untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan Kelab Penyokong PAS yang akan dibentuk pada malam tersebut.

Sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu semakin ramai rakyat bukan Melayu yang menyertai parti-parti Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Situasa ini berterusan sehingga borang keahlian PAS dan PKR diberitakan terpaksa dicetak beberapa kali.

RAMAI TIDAK FAHAM DENGAN KONSEP NEGARA ISLAM YANG SEBENAR

Desakan oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya PAS menggugurkan agenda parti untuk menubuhkan negara Islam adalah satu kenyataan yang dibuat atas dasar tidak faham matlamat penubuhan negara Islam yang sebenar.

Pakatan Rakyat sangat bernasib baik kerana isu ini tidak diperdebatkan semasa kempen pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Sesiapapun yang membuat kenyataan dan pandangan sewajarnyalah berhati-hati umpama menarik rambut didalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

PAS sekali-kali tidak akan menggadaikan dasar dan prinsip perjuangan partinya iaitu untuk berhukum dengan Al-Quran,Hadis,Ijmak Ulama & Kias. Masalahnya kebanyakan rakyat dan pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat masih tidak faham apa itu negara Islam yang sebenar.

Umno adalah punca kepada kekeliruan yang timbul diatas semangat dan agenda parti yang bersikap perkauman sehinggakan Islam yang dianuti oleh orang-orang melayu disalah tafsirkan apabila pemerintah hanya mengajar agama dan cara hidup berpolitik mesti dipisahkan.

Menurut Karpal Singh, pada 1988, Tun Salleh Abas bersama lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

Apa yang jelas disini sebenarnya Malaysia memang benar negara sekular kerana pemimpinnya terdiri dari orang Islam yang tidak berhukum dengan hukum Islam setelah perlembagaan persekutuan diletakkan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Apa yang PAS perjuangkan selama lebih 50 tahun ini tiadalah lain melainkan tugas manusia sebagai khalifah untuk menurut perintah Allah semampu mana yang boleh kita laksanakan.

Yang penting disini ialah kita semua bekerja mengikut kemampuan, Umno adalah pengkhianat bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada agama yang dianuti oleh mereka sendiri.

Bagaimana mungkin Umno sendiri boleh melanggar hukum Allah tolak hukum Allah, bila diminta penjelasan mereka beralasan negara kita ini adalah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan paling malang kenyataan Islam tidak sesuai dipraktikkan sebagai undang-undang pastinya mengundang persoalan aqidah yang longgar dan rapuh.

Umno juga sendiri yang menjadi petualang, semasa orang yang bukan Islam hendak faham Islam tiba-tiba Umno sendiri menakut-nakutkan orang bukan Islam paling buruk orang Islam pun ramai keliru dan tidak faham.

Isu kafir mengkafir yang sensasi semasa tahun 70 dan 80an kini kembali semula kenegara ini apabila wujudnya golongan ahbash yang membangkitkan semula isu ini.

Tidakkah kita semua mengkaji sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang berjuang dengan umat Islam yang sedikit tetapi mampu membangunkan negara Madinah yang terdiri dari pelbagai latar belakang perkauman,puak dan agama.

Tidakkah pula kita sedar seoarang orientalis barat bernama Michael H.Hart dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh pertama yang paling berpengaruh dalam melakar sejarah ketamadunan manusia.

Makanya PAS sedia menghulurkan salam solidarati dan sentiasa membuka pintu untuk sebarang perdebatan dan perbincangan agama, supaya kita boleh memberi faham kepada seluruh rakyat Malaysia apa itu kebaikan dan kebajikan Islam.

Kemenangan pilihanraya sangat penting buat PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi itu bukanlah agenda utama, yang sebenarnya kita sebagai orang-orang Islam mesti berprinsip berhukum dengan hukum Allah itu adalah kewajipan buat semua orang-orang Islam dalam memberi faham Islam sebagai Ad-Deen iaitu sebagai cara hidup manusia...

Sumber :
Jundullah

BN PANAS LAGI : DATUK LEE KAH CHOON KELUAR BN

Belum selesai isu kepimpinan UMNO, datang pula isu dari GERAKAN. Terkini Datuk Lee Kah Choon mengumumkan yang beliau telah keluar dari BN berhubung dengan kontroversi perlantikan beliau di dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP). Berikut adalah berita berkenaan dengan isu perletakan jawatan beliau..

BUKIT MERTAJAM: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut selepas kontroversi pelantikannya dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP).

Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.

"Kritikan terhadap kemampuan saya untuk menjawat dua jawatan ini adalah tidak benar kerana rekod perkhidmatan saya sebelum ini telah membuktikan sebaliknya," katanya.

Kah Choon berkata demikian bagi mengulas tindakan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan tertinggi Gerakan yang mahu beliau memberi sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menerima dua jawatan itu.

ISU ANAK DIDIK IMAM HADHARI : BEKAS MENTERI RABA PUNGGUNG PULANG KE TANAH AIR HARI INI

Oleh Mohd Sayuti Omar

BEKAS Menteri yang dikaitkan dengan satu laporan polis di balai Polis Brickfields pada 14 April lalu dikatakan akan pulang dari luar negeri esok.

Orang ramai yang mengikuti laporan bekas menteri berkenaan tertanya-tanya apakah beliau akan terus dipanggil polis untuk menjalankan siasatan atau pun tidak sebaik menjejaki kaki di lapangan terbang KLIA.

Bekas menteri berkenaan didakwa telah melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan Havana Club di Meridian hotel.

Pelayan berkenaan bersama teman lelakinya telah membuat laporan polis. Pihak polis semalam membuat kenyataan akhbar mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara itu.

Pihak polis seperti mana ditegaskan dalam kenyataan akhbar akan membuat siasatan tidak kira ke atas orang kecil atau orang besar.

Bekas menteri berkenaan juga kena menghadiri majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen yang di bangunan Parlimen pada 28 April, Isnin.

Sudah pasti sekiranya bekas menteri berkenaan hadir pada hari angkat sumpah beliau akan menjadi tumpuan rakan-rakan ahli Yang Berhormat.

Sudah pasti juga bekas menteri berkenaan tidak dapat lari daripada kepungan para wartawan dan jurugambar.

Bagaimana pun orang ramai masih lagi menjadi tanda tanya dan teka teki siapakah menteri berkenaan dan apakah beliau juga akan dilayan seperti orang biasa oleh polis?

BERITA SEBELUMNYA

Bekas menteri gatal dipercayai kawan baik TPM

BARU sekejap tadi TV3 melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an.

Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.

Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.

Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.

Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak.

Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.

Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.

Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis.

BERITA SEBELUMNYA

Bekas menteri raba punggung wanita

KL: Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras suntuk menteri berkenaan.

Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.

Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.

Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.

Menurut sumber bloger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tiak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin

ANALISIS: KATAKAN APA SAJA TENTANG ANWAR NAMUN ANWAR TETAP ANWAR

SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.

Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, 'lakonan' Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.

Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.

Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ....'Adakah 'come-back' Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?' jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?

Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang 'strategis' semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah.

Telahan yang dibuat oleh bekas 'orang kuat' PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari 'sangkar besi' juga meleset.

Malah beliau kini 'terbang' bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan.

Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.

Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen.

Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.

Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku?

Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

ANWAR SEBAGAI STRATEGIS

Anwar seorang 'orator' - pemidato yang baik dan berjaya memukau siapa saja apabila beliau berucap. Bukan setakat seorang strategis, bekas Menteri Kewangan ini juga adalah adalah seorang 'master planner' atau perancang yang bijak.

Lihat sahaja kejayaan besar PKR menghimpunkan pengikut setianya seramai 20,000 dalam perhimpunan gerila 'Black 14' sebagai mengakhiri 'zaman gelap' Anwar.

Tiada siapa sangka perancangan rapi mereka mengadakan perhimpunan itu cukup 'kebal' walaupun tanpa permit polis. Manakan tidak, Kelab Sultan Sulaiman yang selama ini menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah Melayu itu kini milik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Setelah melihat kejayaan luar biasa parti pembangkang, tidakkah kita terfikir yang faktor Anwar ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita perlekehkan.

Tambahan dengan iltizamnya untuk membuktikan sesuatu dan 'membalas dendam' tentang ketidakadilan ke atas dirinya satu ketika dulu, seolah situasi yang ada sekarang berpihak kepadanya.

RAMALAN

Ramalan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melalui blognya juga kuat mengatakan bahawa Anwar hanya akan masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri!

Ini bukan tilik nujum Pak Belalang, Dr Khir mungkin sudah 'celik' dan banyak masa untuk membuat analisa lebih-lebih lagi setelah tidak menjadi Menteri Besar apabila tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau sendiri sedar bahawa karisma Anwar pasti akan merebak seperti virus yang menular keseluruh negara hingga mampu melumpuhkan pengaruh BN terhadap rakyat.

Dr Khir juga begitu yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Tindak tanduk Anwar sebagai 'strategis' dan 'master planner' cukup licik. Segala gerak gempur dan perang saraf yang ingin dilakukan agak sukar dijangka.

Sememangnya kerusi yang diidamkannya adalah Perdana Menteri.

Kini timbul spekulasi yang PKR sedang berusaha memancing sekumpulan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.

Cakap-cakap kedai kopi juga terngiang-ngiang bahawa bukan sahaja pemimpin Sabah dan Sarawak yang dibimbangi lompat parti, takut nanti rakyat Sabah dan Sarawak juga ikut 'sekapal' lompat-melompat dalam pilihan raya umum akan datang.

KOMPLOT

Ketika artikel ini ditulis, Anwar sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Apa maksudnya? Beliau menafikan kunjungannya ke negeri berkenaan untuk memancing Ahli Parlimen BN.

Namun beliau sempat berseloloh, "lawatan ini bukan untuk memancing tetapi jika ada ikan (ahli Parlimen BN) di sekitarnya, kami mengalu-alukan dan menjemput mereka."

Mungkinkah Anwar "bakal Perdana Menteri"? Beliau pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dan menjadi pilihan Tun Mahathir ketika itu untuk menggantikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua. Namun satu skandal yang memalitkan ramai pihak telah mengheret beliau pada tahun 1998 dan disingkirkan oleh Mahathir.

Sebelas tahun dulu, Anwar juga sedang bersiap-siap untuk menjadi 'bakal Perdana Menteri' namun sikap penasihat-penasihat di sekelilingnya yang ingin beliau menyingkirkan Tun Mahathir lebih awal dari waktunya memakan diri.

Kini, adalah peluang kedua untuk Anwar untuk duduk di kerusi idamannya itu. Mungkin faktor itu membuat Anwar lebih berhati-hati mengatur langkah dan tidak lagi bersikap terburu-buru untuk duduk di atas takhta.

Walaupun berada dalam tahanan mahupun bebas tanpa sebarang jawatan politik secara rasmi, Anwar TIDAK pernah 'bersara'. Tanggungjawab politik yang digalasnya cukup berat dari sejak dia disingkirkan lagi.

Yang patut kita kagumi ialah sifat dan peribadi Anwar atau 'charm' yang beliau ada sehingga berjaya memikat bukan sahaja kawan-kawannya di Barisan Alternatif seperti Tian Chua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang juga isteri dan anak tercinta untuk berjuang bagi pihaknya tetapi telah berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi parti lawan.

Siapa kata 'faktor' Anwar sudah berlalu? Orang-orang yang berkata ini berada 'in denial' kerana menafikan satu hakikat dan realiti yang sedang berlaku di depan mata. Larangan politik yang dikenakan ke atasnya bukan penghalang tapi penggerak untuknya merancang komplot yang lebih hebat.

Apakah kejutan yang menanti kita sekembalinya Anwar 'melancong' ke Sabah dan Sarawak? Adakah tanggal 28 April bakal mencetuskan fenomena baru? Mantan Perdana Menteri pernah berkata Anwar bermimpi di siang hari.

Katakan apa saja tentang Anwar - 'Pembelot', 'Manusia angkuh' mahupun 'Pelakon Bollywood', namun Anwar tetap Anwar. Tindak-tanduknya tegas dan licik, sekeras laungannya..."lawan tetap lawan!"

"SERTAI PAKATAN RAKYAT: HANYA MENUNGGU MASA SESUAI" ANWAR

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telahpun membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

Rabu, 23 April 2008

TIDAK KESAL APA YANG BERLAKU TERHADAP ANWAR - TUN MAHATHIR

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukannya seorang anti barat, tapi akan terus bercakap mengenai pelbagai kesilapan yang dilakukan mereka terhadap orang ramai.

"Saya bukannya anti barat, (tapi) saya menentang perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh negara-negara barat," katanya.

Beliau berkata orang barat, terutamanya British, menggelarkan orang Melayu dengan nama-nama yang negatif seperti malas serta tidak cekap, dan menjangka mereka (orang Melayu) akan menyukainya. Beliau berkata oleh itu, orang barat juga perlu bersedia mendengar mengenai apa yang difikirkan oleh orang lain.

"Orang British memanggil kami Melayu malas, Melayu tidak cekap, tidak boleh dipercayai. Kita tidak dapat berkata apa-apa mengenai anda, jadi bila saya berada dalam kedudukan untuk berkata mengenai apa yang fikirkan tentang anda, dan kemudiannya anda katakan anda tidak sukakannya.

"Bila anda katakan kepada kami, anda jangka kami untuk menyukainya, kami tidak menyukainya tapi kami tidak ada cara untuk manjadikan suara kami didengari," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian semasa ditemuramah dalam rancangan "Hard Talk" yang disiarkan oleh BBC di London, semalam.

Beliau mengakui pernah mengatakan bahawa AngloSaxon Eropah adalah penyokong peperangan, perhambaan dan 'holocaust'.

"Ia benar... Saya berkata benar. Ini adalah karektor mereka dan saya akan terus berkata demikian," katanya.

Berhubung demokrasi, Dr Mahathir mempertahankan corak sistem yang diamalkan di Malaysia.

"Tidak semestinya sistem itu akan berjalan lancar bagi setiap orang, tapi jika ada pemimpin yang tidak baik, sistem demokrasi sekalipun akan gagal.

"Anda perlu ingat bahawa sebuah demokratiklah yang menjatuhkan bom atom yang membunuh lebih 200,000 orang," katanya.

Beliau berkata sekiranya dilihat kepada sejarah barat, mereka akan temui bahawa orang barat biasanya akan menampilkan pelbagai jenis ideologi.

"Mereka menggunakan ia untuk seketika dan kemudiannya mereka mendapati ia rosak. Mereka buangkannya dan mulakan yang lain.

"Satu hari, mereka akan melupakan demokrasi kerana di beberapa negara demokrasi biasanya akan berakhir dengan anarki, dan secara praktiknya kerajaan tidak wujud," katanya.

Dr Mahathir berkata demokrasi bukanlah satu sistem yang boleh disesuaikan dengan semua orang.

"Anda perlu ada sedikit persefahaman berhubung batasan demokrasi dalam usaha menjadikan ia boleh dilaksanakan," katanya.

Dr Mahathir juga diminta mengulas mengenai keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di mana parti memerintah kehilangan lima negeri kaya kepada gabungan pembangkang dikatakan akibat perbezaan kaum yang diperjuangkan oleh beliau semasa pentadbirannya.

"Saya tahu itu cuma andaian pengkritik asing tetapi hakikatanya dalam keputusan itu, ia diakibatkan oleh rasa tidak puas para penyokong parti memerintah dengan keputusan-keputusan sekarang," kata beliau.

Beliau juga mempertahankan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan penyebab kekalahan, dengan menyatakan ia adalah langkah perlu bagi membetulkan ketidakseimbangan yang wujud semasa penjajahan British.

Mengenai soal berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata jika Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau dialu-alukan untuk menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh mengenai apa yang dipanggil salah laku beliau (Dr Mahathir).

"Beliau dialu-alukan berbuat demikian, tetapi saya harap beliau mendapatkan orang yang neutral, yang tidak berat sebelah, mungkin orang luar kerana saya tidak mempercayai orang yang mereka letakkan menjaga orang yang mereka tidak suka," kata beliau.

Dr Mahathir juga ditanya sama ada beliau kesal dengan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar.

"Mengapa saya mesti kesal, beliau ditangkap di bawah undang-undang negara, beliau dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah, jika beliau tidak bersalah, saya tidak fikir tidak kira apa anda fikir mengenai kehakiman kami, saya tidak fikir beliau dihukum penjara," kata beliau.

Mengenai sistem kehakiman di Malaysia, Dr Mahathir dengan tegas menafikan beliau melantik hakim-hakim di Mahkamah Agung dan menyatakan beliau sentiasa percaya terhadap sistem itu.

"Saya tidak melantik hakim-hakim, hakim-hakim dilantik oleh Ketua Hakim Negara, dan tugas saya ialah untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai sebarang rekod, dan selepas itu ia dipersembahkan kepada Agong yang kemudian melantik hakim-hakim," jelas beliau.

Mengenai langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan bayaran exgratia kepada hakim-hakim yang dipecat semasa pentadbirannya beliau (Mahathir) menyifatkannya sebagai "tindakan politik".

"Ia tindakan politik, sesuatu bagi seseorang yang menjadi begitu tidak popular sekarang mahu menunjukkan beliau perlu melakukan sesuatu yang betul," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menuduh Abdullah menggunakan sistem dengan cara seteruk mungkin.
"Tidak ada orang boleh menyatakan sesuatu yang menentang beliau, beliau mempunyai surat khabar yang melaporkan sewajarnya mengenai diri beliau dan tentang betapa hebatnya beliau, dan beliau dikelirukan oleh penyokongnya sendiri untuk mempercayai yang beliau akan menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.

Ditanya mengapa beliau memilih Abdullah sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata,"Orang-orang ini, mereka bijak dalam menyembunyikan sifat sebenar, beliau dikenali sebagai Mr Clean dan saya fikir saya perlu melantik seseorang yang bersih menggantikan saya ...walaupun beliau bukan seorang yang mempunyai undi terbanyak (sebagai naib presiden) dalam parti, tetapi saya fikir beliau lebih tua dan saya lantik beliau dengan memikirkan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang salah".