Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 Disember 2008

SAIFUL MEMALUKAN DIRI SENDIRI - Malaysiakini

Maka hari Sabtu lalu (28 Dis 2008) khabarnya genaplah enam bulan "Jantan Kontroversi" si Saiful Bukhari Azlan dikatakan diliwat oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Saiful dalam satu kenyataannya di dalam blog beliau bahawa tempoh enam bulan itu adalah "paling mencabar dalam hidupnya". Sungguh memualkan benar bila melihat si Saiful ini berbicara soal penghijrahannya. Kononnya beliau kini sudah berhijrah dan hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka, tetapi katanya yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Beliau kononnya hanya mampu berdoa dan berserah kerana dalam tempoh enam bulan ini terpaksa menghadapi pelbagai pengalaman dan pelajaran untuk mengubah dirinya.

Menurut Saiful lagi "Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi. Dalam konteks hijrah katanya beliau telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Baginya jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,".

Itulah antara kenyataan terbaru beliau yang dibuat sempena dengan Maal Hijrah hari ini. Bukan main manis lagi kata-kata dan madah yang diunggapkan oleh beliau. Namun, sebenarnya kami yakin bahawa semuanya itu adalah bukannya dilakukan oleh beliau sendiri. Segala tulisan di blognya itu adalah datang daripada "insan" lain yang diupah oleh beliau. Saiful tidak perlu melatah akan perkara ini. Kononnya beliau berkorban untuk kebenaran?. Namun kebenaran apa yang mahu dicari dan dipertahankan?

Menuduh dirinya "mangsa liwat", kemudian bersumpah "laknat" bagi membuktikan bahawa beliau teraniaya. Namun, sebaliknya kenyataan berbelit-belit dan tidak masuk akal dalam kes ini lebih menjurus kepada "konspirasi" semata-mata. Mana mungkin rakyat boleh terima pengakuan yang berbeza-beza dalam satu masa. Sekejap kata kena liwat 8 kali, sekejap kena kata suka sama suka kemudian bertukar pula sekali. Apa sebenarnya yang ingin dipertahankan oleh Saiful?.

Beliau juga mengatakan sudah membuat laporan tentang kesnya itu di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Namun umum sudah tidak dapat mempercayainya lagi bila doktor dari sebuah hospital swasta Islam yang lebih "profesional" iaitu Pusrawi mengesahkan pemeriksaannya terhadap Saiful menunjukkan bukti bahawa beliau tidak pernah diliwat oleh sesiapa. Pun begitu, semua ini disangkal oleh kerajaan kononnya doktor itu tidak bertauliah, namun soalnya disini tauliah atau tidak beliau sudah dirawat. Keputusan sudah dibuat, dan mengapa harus perlu tauliah dan tidak tauliah. Biar apa pun, bila seseorang itu sudah bergelar "Doktor" makanya beliau sudah ditauliah. Mengapakah harus timbul pula kononnya doktor terbabit adalah pembantu perubatan biasa di hospital berkenaan?.

Ini semua menimbulkan persoalan yang tidak perlu dijawab oleh Saiful. Rakyat lebih bijak menilai sebenarnya. Justeru itulah biarpun beliau dipergunakan untuk menjatuhkan Anwar sewaktu piliharaya kecil Permatang Pauh dulu, mantan TPM itu tetap menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar. Siapa yang mahu percaya kepada Saiful ini sebenarnya. Cerita "liwat" beliau macam "Ceritera Raja Lawak Astro" semata-mata.

Bahkan, Saiful juga hanya dibela oleg Peguam upahan yang langsung tiada nama dalam institusi kehakiman negara sebelum ini. Jika Saiful yakin kesnya itu, mengapa tidak mengambil peguam yang lebih terkenal dan profesional untuk membela. Kenapa hanya seorang "peguam muda" yang langsung tidak dikenali digunakan. Bukankah ini membuktikan bahawa semua peguam di Malaysia tidak berani untuk "membela" kes anak muda itu. Ini jelas membuktikan "atas kertas" bahawa kes tersebut memang tidak relevan langsung. Sedangkan dalam masa yang sama Anwar dibela oleh barisan sembilan orang peguam terkenal, profesional dan amat ternama.

Sebenarnya, Saiful Bukhari ini hanya "syok sendiri" dengan kes "liwat" beliau itu. Walhal majoriti rakyat langsung tidak percaya dan termakan dengan hidangan beliau itu. Ditambah lagi dengan imej dan rekod peribadi beliau yang tidak menunjukkan beliau adalah manusia yang berakhlak baik ketika di IPT dulu. Kami mempunyai sumber dan maklumat tentang siapa diri Saiful ini sebenarnya. Bahkan hubungan buruk beliau dengan bapanya juga tercipta akibat kes liwat itu. Sedangkan Saiful sebenarnya sudah sama standard dengan "anak derhaka" dengan bapanya selepas kematian ibunya dulu.

Hubungan ini kembali tercipta kerana bapanya juga dikatakan bakal menerima "ganjaran tertentu" kiranya menjadi "pelakon tambahan" yang baik untuk menyempurnakan skrip-skrip yang telah disiapkan. Atas perkara inilah akhirnya kedua beranak ini disatukan dalam satu "Sandiwara Liwat Alaf Baru" yang kononnya akan Box Office di pawagam. Walhal hingga ke hari ini langsung tidak mendapat sambutan hangat. Bahkan beliau terus dicemuh dan dihina oleh seluruh umat Islam yang menontonnya.


Terkadang, kita merasa malu melihat kes "Saiful vs Anwar" ini dibicarakan di Mahkamah kita. Apa tidaknya, jika kes-kes lain sudah pasti mangsa akan dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah. Saiful sebagai mangsa, bercakap berbelit-belit. Sebab itulah hingga ke hari ini, kita tidak melihat beliau hadir ke mahkamah atau sebagainya. Jika tidak sudah pasti orang akan mentertawakan anak muda ini. "Diliwat berkali-kali dengan suka sama suka" adalah dua perbuatan yang berbeza. Anwar dituduh melakukan perbuatan meliwat pada awalnya secara paksa, kemudian ditukar kepada suka sama suka.


Sebaliknnya hanya beliau yang didakwa. Sepatutnya Saiful juga harus dipanggil ke mahkamah dan dituduh dengan kesalahan itu. Jika tidak maka kes ini tidak harus dibicarakan. Banyak keraguan yang timbul dan cukup mengelirukan sebenarnya. Samalah dalam kes "liwat versi pertama" Anwar dulu dimana adengan yang sama berlaku. Azizan adalah pemandu Wan Azizah dan anak-anaknya, tetapi beliau mengaku diliwat oleh Anwar. Padahal pemandu Anwar adalah "orang lain".

Jika Azizan diliwat Anwar maka sudah pasti pemandu peribadi Anwar telah diliwat terlebih dahulu kerana beliau adalah individu yang kerap bersama Anwar ke seluruh negara. Sedangkan Azizan hanya membawa Wan Azizah serta anak-anaknya semata-mata. Inilah yang dikatakan "fakta yang jadi auta". Mereka hanya merancang tetapi perancangan Allah jua yang lebih dari segalanya. Kami juga mempunyai rekod doktor HKL telah dipaksa untuk membuat laporan palsu bahawa Azizan diliwat. Buktinya, doktor yang tidak mahu "berkompromi" terus diarahkan tukar oleh pihak kerajaan.

Maknanya, Anwar menjadi mangsa "konspirasi jahat" puak-puak UMNO yang semakin kemaruk dan gila kuasa. Kini perkara yang sama berlaku lagi dan pelakon utamanya pula adalah anak muda yang bernama "Saiful Bukhari Azlan" pula. Melihat kepada perjalanan kes Azizan dan Saiful, ternyata kes terbaru ini lebih lemah dan kurang perancangan yang teliti daripada penulis skripnya. Pertamanya, semasa Anwar dituduh liwat Azizan tidak ada langsung laporan perubatan lain yang dikemukakan selain HKL.

Tapi kes Saiful, HKL sehingga ke hari ini belum umumkan apa-apa tetapi sudah ada laporan perubatan hospital swasta (Pusrawi) yang dibongkarkan. Kedua, Azizan jarang bersuara kepada media dan langsung tidak mempunyai blog untuk menyuarakan pandangan beliau, tetapi Saiful ada segalanya. Ketiga, Azizan mengaku diliwat dan tidak pernah pula berubah kenyataan kepada suka sama suka. Sebaliknya, Saiful berbelit-belit sekejap diliwat sekejap suka sama suka. Keempat, kes Azizan terus dibicarakan kerana mereka melihat segala bukti sudah kukuh dan boleh menang.

Namun kes Saiful, hingga ke hari ini "belum dibicarakan" langsung sebaliknya cerita "Pindah mahkamah" pula yang menjadi isu. Maka itu, jelaslah disini bahawa kes Saiful adalah terlalu "lemah" dan bakal menjerat diri mereka-mereka yang membuat skripnya. Jika dalam kes Azizan itupun Anwar akhirnya dibebaskan oleh mahkamah setelah di penjarakan lebih enam tahun di Sungai Buloh. Apakah dalam kes Saiful Bukhari ini, Anwar bakal terjerat sekali lagi?.

[Maka itu, sempena dengan Maal Hijrah ini seluruh rakyat harus bangun dari lena dan lakukan perubahan. Usahlah kita terus terlena dan termakan dengan "cerita dongeng" puak-puak UMNO dan Barisan Nasional yang tiada kerja lain selain memalukan negara sendiri dengan kes-kes yang tidak masuk akal langsung. Dunia melihat pemimpin Islam di Malaysia lebih teruk dari lain-lain pemimpin barat. Tuduhan kes "liwat" bukan hanya mencemarkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim secara "personal" tetapi sengaja memalitkan kehinaan kepada pemimpin Islam Hadhari di Malaysia ini. Kepada Saiful Bukhari, sekali anda menipu maka selagi itulah rakyat tidak akan terus percaya dengan segala kata-kata anda lagi. Manusia yang menipu untuk kemewahan duniawi memang mudah bermain kata-kata, sumpah nista hatta menjunjung Al-Quran sekali pun. Kerana dihati dan jiwa mereka sudah hilang rasa hormat dan roh Islamik untuk melihat dosa dan balasan di akhirat nanti. Justeru itu, kita tidak hairan dengan segala kenyataan Saiful selepas ini. Kerana beliau hanyalah pelengkap "konspirasi untuk menjatuhkan Anwar versi kedua". Semoga keyakinan dan kekuatan kita untuk meneruskan perjuangan dapat dipertahankan dengan semangat Maal Hijrah ini hendaknya].

sumber: Pahangdaily

SALAM MA'AL HIJRAH 1430H -Malaysiakini


SALAM MAAL HIJRAH 1430H

DARIPADA

KREW JASIN DAILY DAN SELURUH KEPIMPINAN PAS KAWASAN JASIN,

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN

DAN DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JASIN


"BERSAMA MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASUL"


"BERSAMA MENJANA GENERASI GEMILANG

Rabu, 17 Disember 2008

SUNGGUH DERMAWAN BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO - Malaysiakini

Tragedy tanah runtuh diBukit Antarabangsa adalah tempat untuk menjadi 3orang bakal timbalan presiden umno,siapa yang lebih pemurah dan baik hati.

Calun undi terbanyak Tan Sri Mahyuddin menderma RM30,000 calun kedua pula Datuk Ali Rustam menderma RM40,000 dan calun ketiga Tan Sri Muhammad Taib pula menderma RM50,000.

Yang belum dengar lagi bakal PM Malaysia Datuk Najib dan calun calun naib presiden berapa banyak wang yang akan didermakan pada tragedi diBukit Antarabangsa yang memang terkenal tempat tinggal gulungan elit dan tempat maksiat terselindung.

sumber : http://bachangkgpadang.blogspot.com/

FAM HARUS CONTOHI J-LEAGUE JADI 'PRO' DALAM MASA SINGKAT - Malaysiakini

Dalam lima tahun selepas capai tahap professional, Jepun telah berjaya melangkah ke Piala Dunia

BUAH fikiran ini adalah lanjutan daripada tulisan saya yang diterbitkan di ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk 'Swastakan bola sepak negara' bertarikh 12 Disember 2008.

Dalam ruangan itu, saya telah mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka laluan kepada pihak-pihak swasta terlibat dalam membangunkan sukan nombor satu di dunia ini.


Bagi menyambung dan memberi gambaran lebih jelas tentang idea ini dan bagaimana ia mungkin boleh diaplikasikan di negara kita, saya telah membuat sedikit kajian tentang sistem bola sepak yang di amalkan di negara Jepun.

Untuk pengetahuan semua, negara Jepun telah mencapai tahap profesional pada tahun 1993 dan pada tahun 1998, negara Jepun telah menjejakkan kaki ke pusingan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Perancis buat kali pertama.

Dalam masa lima tahun selepas mencapai tahap professional, Jepun telah pun berjaya melangkah ke Piala Dunia. Mungkin kita patut mencari apakah resepi yang digunakan oleh negara Matahari Terbit itu sehingga sukan bola sepak berkembang dengan begitu pesat dan cepat sekali.

Di Jepun, penglibatan syarikat-syarikat besar dalam sukan bola sepak adalah begitu aktif sekali. Kelab-kelab bola sepak yang utama pada asalnya ditubuhkan oleh syarikat-syarikat gergasi untuk bersaing dalam liga-liga tempatan di negara itu.

Bagi yang mengikuti J-League, sekadar menyebut beberapa nama, pasukan-pasukan seperti Urawa Reds, Kashima Antlers dan Jubilo Iwata, adalah masing-masing ditubuhkan oleh syarikat Mitsubishi Motors, Hitachi dan Yahama Motors Corporation.

Seperti kebanyakan pasukan lain yang bertanding dalam liga itu, boleh dikatakan hampir kesemua yang bertanding adalah pasukan-pasukan yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat gergasi di sana.

Selama beberapa dekad, syarikat-syarikat ini telah banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak Jepun.

Apabila liga Jepun mula mendapat status profesional, syarikat-syarikat ini menjadi lebih proaktif dengan menubuhkan akademi-akademi bola sepak mereka sendiri dan mula membina jenama mereka sendiri melalui bola sepak.

Selain dari itu, mereka turut menyumbang kepada komuniti setempat apabila akademi-akademi dan kemudahan yang dibina bebas digunakan oleh masyarakat setempat dengan harga yang berpatutan.

Hasilnya, pasukan-pasukan tempatan menjadi kesayangan mereka walaupun berada di kedudukan corot.

Jepun, dalam meningkatkan mutu bola sepak mereka, amat mementingkan pembangunan bakat-bakat dari peringkat awal.

Tidak terhad kepada sukan bola sepak sahaja, sukan-sukan lain seperti bola keranjang, bola tampar dan sebagainya, kejohanan-kejohanan tempatan dari peringkat sekolah hinggalah kebangsaan diperbanyakkan.

Dalam sukan bola sepak sendiri, Liga Daerah diadakan di setiap daerah disertai pasukan-pasukan amatur hinggalah mereka berjaya ke liga utama.

Pasukan-pasukan yang kecil sememangnya tidak akan mampu bersaing dengan kelab-kelab profesional. Namun, di sinilah sebenarnya bakat-bakat baru digilap. Dari peringkat daerah ke negeri dan akhirnya ke peringkat kebangsaan.

Malaysia sebenarnya harus mendapat banyak pengajaran dari kejayaan Jepun memajukan sukan bola sepak mereka. Mereka amat mementingkan pencarian bakat dari akar umbi.

Kesedaran sosial syarikat-syarikat gergasi di sana untuk menyumbang kepada komuniti juga amat tinggi.

Ini berbeza dengan sikap syarikat-syarikat kita yang kebanyakannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan kurang berminat untuk berkongsi kejayaan mereka dengan masyarakat setempat.

Pada pendapat saya, adalah belum terlambat untuk Malaysia mengikut jejak langkah Jepun dalam meningkatkan mutu bola sepak kita. Pertama, seperti yang telah saya cadangkan sebelum ini, iaitu dengan ‘menswastakan’ bola sepak kita.

Kita mungkin tidak boleh berharap syarikat-syarikat gergasi kita menubuhkan pasukan bola sepak baru dan menyisihkan persatuan-persatuan bola sepak negeri yang sedia ada.

Namun, kerajaan boleh menyediakan satu kertas kerja agar projek ini boleh dijalankan dengan syarikat-syarikat yang berpengkalan di negara kita mengambil persatuan-persatuan bola sepak negeri sebagai 'anak angkat'.

Dalam proses 'pengambilan anak angkat' ini, syarikat-syarikat ini sebagai 'bapa' berhak mengambil segala inisiatif dan keputusan yang perlu untuk memastikan 'anak' jagaan mereka 'membesar menjadi insan yang berguna'.

Saya berpendapat, tidak ada bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka gagal. Mereka sudah pasti akan melabur agar anak mereka berjaya.

Dengan dana yang agak besar dimiliki oleh syarikat-syarikat ini, tidak mustahil pelaburan mereka akan membawa sesuatu yang positif kepada bola sepak negara.

Bola sepak kita juga asti lebih meriah dengan suasana baru yang bakal diwujudkan. Sekurang-kurangya itulah yang berlaku di Jepun apabila Liga mereka dinaik taraf.

Tidak perlu saya sebutkan di sini, syarikat-syarikat manakah yang harus dipujuk agar terlibat dalam projek ini. Kita mempunyai sejumlah besar syarikat-syarikat gergasi yang telah berjaya dalam pelbagai industri bukan sahaja di dalam negara, malah terkenal di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, adakah syarikat-syarikat ini akan melakukan ini semua tanpa mendapat ganjaran setimpal? Jika bersandarkan andaian bahawa mereka hanya mementingkan keuntungan, saya pasti mereka pasti tidak mahu. Di sinilah peranan KBS sebagai orang tengah mengambil tempat.

KBS atas kapasitinya di pihak kerajaan, boleh memikirkan mekanisma yang sesuai dan menarik agar syarikat-syarikat yang menyumbang kepada pembangunan bola sepak mendapat insentif-insentif atau keistimewaan tertentu dari kerajaan.

Umpamanya pengurangan cukai-cukai tertentu yang pastinya akan melegakan mereka. Insentif-insentif lain haruslah difikirkan oleh KBS untuk membuka jalan kepada projek ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat-syarikat yang membentuk kelab-kelab mereka sendiri dan boleh dikatakan mereka agak berjaya.

Namun, di Malaysia umum mengetahui sentimen kenegerian masih tebal dan tidak hairan kelab-kelab ini tidak mempunyai sokongan ramai.

Kerana itulah, idea pengambilan persatuan-persatuan bola sepak negeri sebagai ‘anak angkat’ syarikat-syarikat gergasi merupakan satu kaedah yang sesuai dalam menjenamakan semula liga bola sepak Malaysia.

Kedua, FAM pula harus melebihkan tumpuan mereka kepada liga-liga tempatan. Jelas sekali, liga kita bermasalah. Format yang berubah-ubah, pemain-pemain yang kurang bertenaga dan suasana pertandingan yang begitu suram sekali.

Pertandingan-pertandingan bola sepak tempatan harus diluaskan lagi. Contohilah Jepun yang mengambil berat pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah dan daerah-daerah.

KBS dan FAM sepatutnya belajar dan amalkan apa yang dipelajari dari Jepun. Bukan sekadar belajar, tapi tidak mengamalkan pun apa yang dipelajari.

Liga-liga kecil di Malaysia harus bermula di peringkat daerah lagi dan FAM harus pastikan liga-liga daerah ini berjalan lancar.

Saya berpendapat liga-liga daerah ini tidak memerlukan kos yang besar dan pemain-pemainnya tidak memerlukan status profesional pun.

Perlawanan pula boleh dijalankan di padang-padang sekolah atau padang-padang Majlis Daerah. Ini penting agar lebih ramai bakat-bakat baru dapat diketengahkan kerana kita mungkin tidak bersedia melibatkan anak-anak kita dengan bola sepak sehingga mengabaikan pelajaran mereka.

Sebenarnya jika secara serius, akademi-akademi bola sepak yang ditubuhkan perlulah bertanggungjawab memastikan pelatih-pelatih mereka tidak tercicir dalam pelajaran dengan menyediakan kelas-kelas tambahan dan sebagainya.

Sekurang-kurangya akademi-akademi kita dapat melahirkan pemain-pemain yang mampu berfikir dengan bijak. Bukan hanya belajar menendang, menanduk dan meggelecek sahaja.

Dalam satu rencana bertajuk ‘Di sebalik kehebatan Chelsea’ bertarikh 14 Disember 2008 yang disiarkan Mingguan Malaysia baru-baru ini, pasukan gergasi ini amat mementingkan pembangunan bakat-bakat baru dengan menubuhkan akademi mereka sendiri.

Di dalam akademi yang sama, pelatih-pelatih disamping mengasah bakat bermain bola sepak, mereka disediakan kemudahan lengkap untuk belajar. Jika sebagai pemain bola sepak mereka ‘tidak menjadi’, sekurang-kurangya pelajaran mereka tidak akan tercicir.

Malaysia mungkin masih jauh jika mahu mencapai taraf seperti Chelsea atau kelab-kelab Jepun yang rata-rata begitu kaya menubuhkan akademi-akademi yang begitu lengkap dengan segala kemudahan. Namun, jika kita langkah-langkah seperti ini tidak dimulakan, kita akan lebih jauh ditinggalkan oleh mereka.

Sebagai permulaan, libatkan mereka dalam bola sepak kita dengan membenarkan pasukan-pasukan negeri memakai jenama mereka dan mereka mempunyai kawalan terhadap pasukan itu. Apabila sistem ini diterima pakai di Malaysia, dengan sendiri segala-galanya akan berkembang.

Dengan penyertaan yang lebih besar pihak-pihak swasta, kita mungkin tidak akan layak ke Piala Dunia dalam masa dua ke tiga tahun lagi. Generasi pemain yang kita ada sekarang tidak mungkin mencapai sasaran tersebut dalam tempoh masa terdekat.

Tetapi, kita harus berfikir untuk lebih dari 10 tahun akan datang. Ianya adalah langkah yang sangat berbaloi jika kita bermula sekarang, selepas dua tahun kita mungkin boleh memenangi Piala AFF.

Selepas empat tahun, kita mungkin boleh layak ke Piala Asia dan selepas 10 tahun, kita mungkin boleh layak ke Piala Dunia.

Persoalannya, adakah kita rakyat Malaysia serius ke arah itu? Atau adakah kita perlu berulang kali menyanyikan lagu sama, menjanjikan harapan palsu kepada bola sepak negara kita?

HARGA MINYAK DAH TURUN, APA CERITA TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM ?? - Malaysiakini

Salam Sejahtera,

Kali ini, ringkas saja aku nak coretkan...dulu masa harga minyak dinaikkan oleh 'mat ngantuk'...ramai pengusaha bas ekspres mohon kenaikkan tambang bas...belum sempat di luluskan, sudah ada yg menaikkan tambangnya...

Sekarang rakyat sudah dijamu dgn penurunan harga minyak buat kali ke-7, kita masih lupa pada tambang bas ekpres? Tak ambek peduli..??? Kerana anda punyai kenderaan sendiri? Bagaimana golongan pertengahan dan bawahan menghadapi situasi masalah ekonomi global ini jika kita tak endahkan harga yang juga sepatutnya perlu d umumkan turun...???


Jangan lupa tiket feri ke langkawi juga telah di naikkan hingga RM23 dari Kuala Kedah - Langkawi...seingat aku dulu dari RM15 naik ke RM18 dan seterusnya sekarang dah RM23.

Nak tunggu sampai harga RM50 baru nak sedaq mahai..??? Siapa cakap feri rugi jika harga RM15, travel ejen dan ulat tiket boleh menerima upah hingga 10% diskaun atau 1 free tiket utk jumlah group 10 org...kalau rugi, takkan dia boleh bagi mcm tu? tak kira la hampa nk ckp ni bisnes...setahu aku, skrg feri langkawi full sentiasa di setiap trip perjalanan pergi dan balik.

Bagi feri ke langkawi, aku beri cadangan agar tiket hanya di buat sehala dgn harga munasabah...contohnya, jika perjalanan dari Kuala Kedah -Langkawi, harga tambang Rm35..mereka pula perlu tunjukkan semula tiket yg di beli dari Kuala Kedah ketika menaiki dari Langkawi...manakala yg membeli tiket di Langkawi perlu berbuat demikian di Kuala Kedah...

Siapa cakap tak boleh? Pelancong yang masuk Langkawi takkan tak keluar2..??? Manakala penduduk Langkawi yg keluar urusan di tanah besar, takkan tak balik ke Langkawi (kecuali mati di tanah besar)... Buatkan syarat tiket sah utk sebulan ke, 2 bulan ke atau 3 bulan ke dari tarikh dibeli...Di Penang contoh terbaik, naik feri atau jambatan hanya bayar sekali saja...balik confirm free...apa? Langkawi banyak laluan? Kuala Perlis, Pulau Pinang, Kuala Kedah & Thailand?

Jangan la jadi BONGOK...selaraskan la, mana2 individu yg masuk dari kuala perlis nak keluar ikot pulau pinang di kecualikan tiket return...dia ambil la one way ticket..tp jgn harga Rm23 dari kuala kedah, cukup setakat Rm18 one way...bagi laluan masuk dari Pulau Pinang, Kuala Perlis & Thailand ke Langkawi...runding harga dulu, sebelum 2x kenaikan dgn pengusaha feri..

Hampa exco kerajaan negeri kedah pikiaq la, takkan tu pun aku nak bagi cadangan, kalau semua aku habaq...baik aku jadi exco, hampa pi masuk hutan cari tgk kawasan balak dan kuari...tak pun pi danok jumpa 'penghulu'-abg LID utk runding2 lagi macam mana nak tukar kerajaan negeri...maklumlah percubaan yang lepas dah gagal..!!!

Mengenai tiket feri ni, tipu sangat la kalau pengusaha cakap rugi...mereka semua'taikun' besar dari Klang, Sarawak dan Sabah dlm perkhidmatan feri...kecuali 'seraya bayu @ seri bayu' (kalau tak silap) taukey bumiputera dari Pulau Pinang...lupa namanya, maklumlah lama dh tak ke Langkawi...dulu tahu la pasal aku kerja lebih dari 4 tahun di sana, info ini pun aku terima dari teman aku yg selalu komplen mahal harga tiket walaupun minyak dah turun banyak kali...

Berbalik pada tambang one way..ada ka org parking kereta kat kuala perlis masuk langkawi, tapi bila nak keluar, ikot kuala kedah n naik bas dari 'sahab perdana' alor setar ke kuala perlis, ambil semula kereta? hehehe, mungkin dia sewel kot...so, ada akal dan otak, lu orang pikir lah sendiri..!!!

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com

KHAIRY & TEAM 'PADE DOH' BILA NAK MAI TERENGGANU ?? - Malaysiakini

Ketika aku berkunjung ke Kelantan Mac lepas, ramai 'ore ore Kelate' yang beritahu bahawa kekalahan UMNO di sana adalah kerana keceluparan Khairy Jamaluddin, menantu orang tu....tu...tu.

Sebelum itu, Awang Adek memang ada peluang untuk membalun banyak kerusi. Tapi sayang kerana monyet monyet berkeliaran, maka impian tak menjadi kenyataan.

Menakjubkan, sangkaan tersebut bertukar setelah sessi ceramah Khairy di sana secara terang terangan mengutuk Kerajaan Kelantan PAS tanpa rasa belas kasihan. Malah propaganda melampau yang seiring di tunjukkan oleh Berita berita AMPU kerajaan bagaikan Kerajaan Kelantan langsung tiada jasanya. Tambah menjelekkan ada idea ala ala samseng kampung dusun, 'SQUAD PADE DOH' ...

Kawe nok ghoyak ko demo .. sebenarnyo .. doh 18 tahun doh PAS denu. Tak dok hal ... jadi jangan lah cerita bukan bukan. Ore Kelate buke GONG seghupo mu.

Bila cerita tentang PRK Kuala Terengganu ni, sekali lagi aku berharap agar SQUAD PADE DOH di turunkan semula ke sana. Biar kucah abih Terengganu dan harapan untuk PAS akan menjadi lebih terang. Itu pun kalau BN dan Khairy berani.

Jika Khairy dan SQUAD PADE DOH berani ulang tayang perjuangan pilihanraya mereka, KAWE NOK GHOYAK KO DEMO ... Ubah saja namo SQUAD mu tu kepada SQUAD PADE MUKO MU !!!

Oleh Raden Jowo
Sumber: no2umno

ISLAM HADHARI : HILANG SUDAH SIFAT KEPERIMANUSIAAN - Malaysiakini

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam. Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi. “Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar. “Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya. Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan. Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

sumber : assirkami

YASSIN ( X BROTHERS ) SEMPOI ... - Malaysiakini

assalamualaikum ..

siang tadi saya terbaca dalam akhbar sinar harian (edisi melaka negeri sembilan) mengenai pengakuan ikhlas yang dinyatakan oleh bekas penyanyi nasyid kumpulan brothers yang juga komposer terkenal,saudara yasin bin sulaiman (Yasin Brothers) mengenai sokongan beliau terhadap Parti Keadilan Rakyat(PKR). Dalam pengakuan yang diberikan, Sdra Yasin menyatakan yang beliau adalah penyokong kuat PKR sebelum Penasihat PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998. Ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani untuk menyatakan sokongan kepada parti politik dek kerana kebebasan bersuara yang diberikan kepada beliau.

saya mengungkapkan bahawa saudara sememangnya seorang yang berani untuk menghadapi cabaran dan dugaan dan juga berani untuk membuat perubahan. apa yang penting saudara teruskan istiqamah dengan perjuangan yang pada saya seeloknya dilorongkan pada perjuangan islam yang sebenar.

saya juga rasa pelik dengan ust kita yang seorang nie (ust akhil) rasanya ini pendapat dan pandangan saya yang ust perlu balik kepada asal balik. Maksud saya bukan kembali kepada rock semula tetapi kembali kepada perjuangan islam semula. Ini kerana saya melihat ust sebagai seorang ikon dakwah yang sebelum ini saya kenal beraksi di pentas perjuangan islam, kini seolah-olah sudah kembali kepada zaman jahiliyah balik.maaf kata saya tak nafikan andai taida teman-teman yang selalu mengingatkan ust, berkemungkinan ust akan kembali beraksi seperti rockers pada zaman kegemilangan d'riyadh dulu.

saya cuma mengingatkan sahaja sepertimana yang ust selalu pesan dulu, berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran. Semoga kita sama-sama berada di landasan yang benar.

sumber :
www.assirkami.blogspot.com

BERAPAKAH NILAI RM 2.7 JUTA ?? - Malaysiakini

Kalau korang bandingkan RM2.7 juta dengan RM1.8 juta, memang lah nilai RM2.7 lebih tinggi. Apa itu RM2.7 juta? Itu adalah jumlah kos belian kenderaan berjenama Camry yang akan di beli oleh Kerajaan Negeri Perak tanpa tolak cukai. Rujuk SINI

Wah pandai anak murid cikgu. Tahniah ... esok boleh beli gula gula. WakakakaOk ....... kita anggarkan, kenderaan Camry tu akan di gunakan untuk 5 tahun atau lebih.Sekiranya kereta itu di gunakan di dalam tempoh 5 tahun, kita bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah tahun, maka kita dapat belanja kos belian menjadi RM540,000 setahun.

RM540,000 setahun kita bandingkan dengan RM2.5 juta setahun, mana banyak?Tentulah RM2.5 juta itu lebih banyak dan tahu kah anda apa yang di maksudkan dengan RM2.5 juta itu? Ia adalah kos senggara rumah Pak Lah di putra jaya.
KLIK SINI. Itu baru kos senggara rumah, belum yang lain lain lagi. So ... .apa lah nilai RM2.7 juta itu berbanding dengan belanja yang korang keluar untuk rumah pak Lah ... wakakakak ...

Soal patriotik pulak ... cuba bandingkan dengan Kereta kerajaan Negeri Sarawak. Rolls royce, bmw, jaguar dan macam macam lagi. Uhhhh ... patriotik sungguh kerajaan Sarawak.Weyyyy ... .sudah la jangan bodohkan rakyat sampai cam tu. Korang jealous ke? Kalau tak jealous, korang jangan pakai kereta luar. Beli lah kereta Proton. Kitorang tak kesah pun.Cuma kalau nak patriotik ...

suruh menteri jual kereta mewah diorang dan ganti dengan kereta Proton. Mahu ke dak?Soal patriotik tak ada kaitan antara duit sendiri atau kerajaan, ia adalah jenama barangan itu sendiri.

Kalau duit sendiri pun kalau beli kereta luar, dikira tak patriotik jugak ... wakakakakTerkini : Selepas Kedah,
Penang pun tak mau guna PROTON

KEKALAHAN BN PENTING UNTUK SEDARKAN NAJIB - Malaysiakini

Adalah penting kepada ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Jika Barisan Nasional menang, Abdullah Ahmad Badawi bersara, dan Mohd Najib Abdul Razak mengganti, maka dikhuatiri Mohd Najib Abdul Razak akan meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan mungkin pengganti ini adalah lebih teruk lagi.

Perhatikan, apa yang BERNAMA laporkan sehubungan kalah menang di P 36 Kuala Terengganu kepada Mohd Najib Abdul Razak:

13 Disember, 2008 15:02 PM

Kemenangan BN Di Kuala Terengganu Penting Untuk Bukti Kebangkitan Parti, Kata Najib

KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

Sambungan di sini:

http://www.bernama.com/

Jika UMNO kembali unggul, dengan perubahan Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin, dan memimpin perubahan parti, gabungan, Rakyat, dan Negara, maka ahli UMNO sendiri dan ahli komponen Barisan Nasional perlulah memenangkan calon PAS yang jugak Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar berikut ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.

Jika pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini tidak terjadi, adakah wang tersebut diberikan Sabtu lalu? Ataukah di suatu Sabtu 2080 atau 2100 mithalnya?

Dikhuatiri setelah menang di P 36 Kuala Terengganu, bilakah lagi para pemimpin ini akan menjejaki kaki di Terengganu waima di Kuala Terengganu lagi. Berapa banyak lagi hak royalti yang bakal ditangguhkan?

Dijangkakan nikmat ke Kuala Terengganu dan Terengganu berterusan, bila ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional memilih calon PAS yang juga Pakatan Rakyat.

Ingatlah kekalahan Barisan Nasional P 36 Kuala Terengganu adalah kemenangan ahli UMNO, Barisan Nasional, dan Rakyat Malaysia untuk jangka panjang.

http://satublogtotal.blogspot.com

ADAKAH PAS AKAN MELETAKKAN CALON WANITA DI KUALA TERENGGANU ?? - Malaysiakini

Hangat diperkatakan UMNO mungkin meletakkan calon wanitanya di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu nanti. Saya merasakan strategi UMNO itu adalah tepat dan yang paling baik untuk berdepan dengan calon PAS di sana. Sebagaimana PAS menyatakan bahawa parti tersebut bertanding untuk menang kerusi tersebut dan ini memerlukan strategi yang terbaik dan berkesan. Saya percaya pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyediakan ramuan serta resepi bagaimana untuk menambahkan lagi kerusi Parlimen Pakatan Rakyat nanti.

Sekiranya benar UMNO meletakkan calon wanitanya atau pun dari Puterinya di kerusi tersebut, maka wajar juga dipertimbangkan oleh PAS untuk meletakkan calon Muslimahnya. Saya rasa PAS tidak ketandusan tokoh-tokoh Muslimah yang cerdik pandai untuk dicalonkan di kerusi tersebut. Langkah ini juga dirasakan lebih bijak kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa tidak puas hati beberapa penyokong atau pengundi PAS yang mahukan calon-calon lelaki tertentu untuk ditabalkan sebagai calon. Mudah-mudahan dengan calon Muslimah ini nanti, semua penyokong-penyokong akan berasa lebih adil dan berpuas hati.

Buat masa sekarang pun kita lihat MP-MP wanita dari Pakatan Rakyat, terutamanya dari PAS telah menunjukkan prestasi yang cemerlang berkhidmat untuk rakyat. Contoh seperti Dr Lo' Lo yang begitu aktif berkhidmat siang dan malam terutamanya semasa trajedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Inilah semangat Muslimah yang ada di dalam PAS, begitu juga prestasi yang telah ditunjukkan oleh MP wanita dari PKR seperti YB Fauziah Salleh sehingga mendapat kepujian dari MB Pahang sendiri. Banyak lagi ADUN dan MP wanita dari Pakatan Rakyat yang telah berkhidmat tidak kurang malah melebihi dari ADUN dan MP lelaki. Di Selangor contohnya, YB Dr Mariah juga tidak kurang hebatnya seperti juga ADUN dan MP wanita dari DAP. Keberanian dan kerja keras mereka setanding dengan kaum lelaki.

Sehubungan itu, tiada rugi atau salahnya jika calon PAS di Kuala Terengganu diberikan kepada Muslimah. Sudah pasti kaum-kaum lelaki akan lebih bersemangat untuk bekerja dan berkempen di dalam pilihanraya itu nanti. Walau bagaimanapun, terserah lah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat untuk memutuskan calon yang terbaik agar kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal diisi oleh PAS. Alangkah manis dan indahnya jika calon PAS dari kaum Muslimah dipilih dan memenangi kerusi tersebut, kerana hadiah kemenangan itu pasti lebih `bermakna' buat Pak Lah dan Najib kerana itu adalah `hadiah' dari seorang wanita.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

W.FAUZDIN NS

Selasa, 16 Disember 2008

BUSH DAPAT 'HADIAH' KASUT DI IRAQ - Malaysiakini

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.


Beliau tidak menerima "cenderamata penghargaan" daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

"Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!" jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: "Ia (kasut) bersaiz 10."

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

"Perang belum berakhir lagi," kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001. ~ Mstar

Isnin, 15 Disember 2008

PENDAKWAH MUDA LEMBIK ??-Malaysiakini

Assalamualaikum

segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam, selawat dan salam buat rasul junjungan seterusnya buat para pejuang kebenaran serta para pendokong gerakan islam yang dirahmati serta dihormati sekalian. marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Rabbul jalil kerana masih lagi diberikan kesempatan pada kita untuk menikmati nikmat iman dan islam yang mana nikmat ini tidak akan dinikmati atau dirasai jika kita tidak berpegang kepada aqidah kebenaran serta tulus ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT.

Nampak panas juga cuaca pada hari ini, dan untuk memanaskan lagi keadaan yang telah sedia ada panas dan bertepatan juga pada kali ini banyak isu berkenaan aqidah yang dibentangkan kepada kita dan masyarakat umum.Tapi kali ini saya ingin melontarkan satu isu yang boleh tahan tahap kepanasannya yang boleh memanaskan pendengaran serta pandangan umum mengenai peranan pejuang muda atau kita katakan ulamak muda yang kian lesu dan tak bermaya khususnya dalam negara kita amnya.

kita tahu, yang mana negara kita banyak dan ramai menghantar mahasiswa serta golongan yang kita katakan sebagai mahasiswa islam untuk melanjutkan pengajian ditimur tengah dalam apa jua bidang tak kira bidang agama mahupun bidang akademik.

Malahan ada yang bersemangat tinggi semasa berada diluar negara ,berkobar-kobar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan di malaysia. Tapi apa yang berlaku setelah pulang ke tanahair, golongan yang dulunya umpama singa dirimba yang suka menyimpan kuku serta taring kini sudah kehilangan semangat serta bahkan boleh saya katakan sudah seperti tikus mondok yang takut untuk berdepan dengan kucing yang lebih besar daripada dirinya.

untuk selanjutnya layari
http://assirkami.blogspot.com/

KERAJAAN PR SELANGOR BUKAN RUNTUH DI TANGAN UMNO - Malaysiakini

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah satu-satunya negeri yang pada ketika ini menghadapi tekanan dan mehnah yang tidak pernah berkesudahan. Negeri yang terkaya dan termaju ini tidak seharusnya dilepaskan oleh UMNO/BN kepada pembangkang tetapi takdir telah menentukan bahawa sudah sampai ketikanya rakyat di Selangor menikmati pembaharuan. Selepas negeri kesayangan UMNO ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, UMNO seolah-olah merasakan dunia ingin kiamat.

Apakah yang membuatkan UMNO terlalu kecewa dengan kehilangan Selangor di dalam genggamannya? Tidak lain tidak bukan adalah kerana aset-aset dan kepentingan yang terdapat di negeri itu. UMNO telah lama menikmati kemewahan yang diperolehi dari negeri tersebut terutama di kalangan pemimpinnya. UMNO merasakan masih banyak harta dan projek yang perlu diagih-agihkan kepada puak-puak mereka. Kini, setelah kehilangan sebuah negeri yang selama ini `membuncitkan' perut mereka, pemimpin UMNO di Selangor mula bercakap pasal agama dan ketuanan Melayu. Semenjak bila UMNO begitu sensitif dengan hukum hakam agama Islam? Tidak terlintaskah difikiran mereka sewaktu memerintah Selangor dahulu untuk berbicara tentang ketuanan Melayu?

Di dalam soal arak dan judi, UMNO kini dilihat lebih lantang bersuara dan kadangkala nadanya melebihi dari suara pemimpin PAS di Selangor. Malangnya, suara yang tidak pernah ikhlas itu apatah lagi kejahilan agama di kalangan pemimpin UMNO di dalam menyuarakan isu tersebut, tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya orang-orang Islam di Selangor. Rakyat di Selangor bukan baru setahun dua mengenali UMNO dan mereka tahu apa yang UMNO telah lakukan semasa memerintah dahulu. Apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO di Selangor untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat, terlalu mudah untuk ditepis dan kadangkala memakan diri mereka sendiri. Lebih banyak mereka bersuara, lebih luas pekung di dada mereka yang terbuka.

Rakyat Selangor sewajarnya bertuah kerana memiliki MB Tan Sri Khalid yang sentiasa tenang, beretika dan profesional di dalam menguruskan pentadbiran di Selangor. MB Selangor tidak mudah melatah dengan `gertakan' dan `cuitan' dari pemimpin UMNO di Selangor. Berbagai tindakan dan provokasi telah dilakukan oleh UMNO terhadap beliau, namun MB Selangor ini telah masak dengan sikap dan perangai UMNO. Itulah hasil tarbiyah dan didikan yang diperolehi ketika parti beliau berada di dalam kesusahan dan penderitaan sebelum ini. PKR bukan sekejap menerima kesusahan dan penderitaan, semuanya itu banyak mengajar parti ini untuk memperkuatkan semangat dan jati diri. Oleh kerana semangat dan jati diri ini lah yang membuatkan UMNO sentiasa gagal di dalam usahanya untuk meruntuhkan kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.

Saya percaya UMNO tidak akan berjaya meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat walau dengan apa cara dan muslihat sekalipun. Tetapi, kerajaan baru ini tidak mustahil tumbang angkara tangan-tangan dari dalam. Kita telah diasuh untuk berdepan dengan musuh sekian lama, tetapi kita mungkin tidak diasuh untuk berdepan dengan rakan-rakan kita. Kadangkala merasa pelik dan hairan juga kita, setelah sekian lama kita berjuang dengan titik peluh, air mata dan kadangkala darah yang mengalir bagi menuntut reformasi, bila kita diberi sedikit kejayaan kita mula lupa diri dan tidak kenal siapa musuh dan siapa rakan seperjuangan kita. MB Selangor sebenarnya tidak pernah rasa rungsing dan tertekan dengan mainan politik UMNO, tetapi beliau lebih tertekan dengan tingkah laku rakan-rakan yang dahulunya sama-sama untuk bersusah senang.

Sikap tidak memahami dan kurang sabar sesetengah rakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor kadangkala menjejaskan kelancaran pentadbiran di negeri tersebut. Jika ada sesetengah pemimpin yang agak toleran dan berdiplomasi dengan prinsip rakan-rakan yang lain, pemimpin ini dianggap seolah-olah terkeluar dari jamaah mereka. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa yang memerintah kerajaan Selangor sekarang adalah dari kumpulan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Kerajaan di Kelantan di bawah PAS sendiri pun mengambil masa bertahun-tahun secara beransur-ansur untuk melaksanakan beberapa dasar parti tersebut, sedangkan negeri berkenaan hampir 100 % berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sudah tentu Selangor juga perlu mengambil sedikit masa untuk memuaskan semua rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting, negeri berkebajikan dan dasar ekonomikan rakyat di Selangor perlu dijadikan `kepala' untuk menyusuri langkah-langkah seterusnya.

W.FAUZDIN NS

ALI RUSTAM TERPAKSA MENELAN HAKIKAT - Malaysiakini

Akhirnya 'daulat' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat terserlah. Siapa boleh menjangkakan bahawa Ketua Menteri Melaka Ali Rustam 'menyembah' lutut MB Kelantan ? Ini telah berlaku, Ketua Menteri Melaka telah pun 'menjilat ludah'nya kembali dengan menarik balik larangan melawat Kelantan ke atas kakitangan awam Kerajaan Negeri Melaka. Begitulah hebatnya berkat kesabaran Tuan Guru MB Kelantan sehinggakan menghilangkan rasa malu, aib dan ego Ketua Menteri Melaka ini.

Setelah Ali Rustam mencipta sejarah tersendiri apabila Shah Rukh Khan dikurniakan pingat baru-baru ini, kini Ali Rustam menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba merasakan Kelantan begitu penting baginya. Selama 8 yahun sebelum ini, sedikit pun Tuan Guru MB Kelantan tidak mengeluh atau Kerajaan Negeri Kelantan rugi dengan tindakan bodoh calon Timbalan Presiden UMNO itu. Kita semua tahu betapa Ali Rustam begitu anti dengan Parti PAS dan kita masih ingat suatu ketika beliau pernah menggelar Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi dengan gelaran `Dajal' sewaktu beliau berceramah bersebelahan dengan tempat ceramah Tuan Guru Hj Hadi di Melaka. Tetapi kini, tanpa rasa segan serta mengenepikan maruah dirinya beliau sanggup `berlutut dan menyembah' di bumi Kelantan.

Apakah motif beliau menarik balik larangan bodoh tersebut ? Kita semua mungkin tidak tahu apa yang tersirat di dalam kepala otak Ketua Menteri ini. Tetapi apa yang kita tahu, sokongan perwakilan dari Bahagian-Bahagian UMNO di Kelantan amat berharga buat Ali Rustam. Beliau akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan jawatan itu jauh lebih penting dari maruah beliau. Beliau tidak peduli samada rakyat di Melaka, Kelantan atau seluruh Malaysia akan ketawa dengan gelagatnya. Inikah mentaliti Ali Rustam yang ahli UMNO ingin tabalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau Timbalan Perdana Menteri ? Saya yakin ahli UMNO khususnya Perwakilan UMNO di Kelantan tidak sebodoh yang dijangkakan. Kecerdikan ahli-ahli PAS sedikit sebanyak berjangkit juga kepada ahli-ahli UMNO di Kelantan.

Hakikatnya Ali Rustam menyedari bahawa larangannya sebelum ini ke atas kakitangan awam negeri cuma di atas kertas sahaja. Larangan tersebut dipandang sinis dan lucu oleh kakitangan kerajaan negeri beliau sendiri. Kelantan tetap menerima kehadiran rakyat dari Melaka termasuk kakitangan Kerajaan Negeri Melaka sendiri. Lawatan ke Kelantan tiada kena mengena dengan politik dan tidak mengurangkan sedikit pun tanah di Melaka dan tidak juga menambahkan tanah di Kelantan. Rupa-rupanya `waris' Pahlawan Hang Tuah ini akhirnya rebah tersungkur di depan Tuan Guru. Syabas, satu kemenangan besar buat rakyat Kelantan. Bagaimana agaknya perasaan rakyat-rakyat di Melaka pula ?

W.FAUZDIN NS

Sabtu, 13 Disember 2008

RAKYAT SUSAH TETAPI BAYAR HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ISTANA PM/TPM - Malaysiakini

R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.

http://n32.blogspot.com

BOLA SEPAK NEGARA MACAM ITIK PATAH PINGGANG - Malaysiakini

MENGECEWAKAN. Itulah keluhan yang keluar dari dada orang kampungku yang menonton perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF antara NEGARAKU dengan Thailand.

Ini adalah keluhan yang kedua selepas 2 hari lepas mereka setia dengan keluhannya apabila NEGARAKU kalah kepada Vietnam angkara penjaga gol berlagak macam "budak sekolah".

Kesian mereka, orang-orang kampungku. Aku sendiripun turut menumpang mengeluh sama. Cukup mengecewakan. Bukan sahaja kerana meneguk kekalahan akan tetapi juga melihat prestasi para pemain. Akupun hairan macamana pemilihan pemain dibuat. Betullah macam budak sekolah atau mungkin budak sekolah lagi baik daripada mereka.

Kelemahan cukup ketara bila membuat hantaran bola kepada rakan. Cukup lemah macam itik patah pinggang. Bola tak sampai tepat adalah antaranya. Boleh dikatakan 70% bola dikaki disambar mudah oleh lawan. Skill lintang pukang. Cara membuat serangan macam tiada perancangan langsung, main pakai tembak je.Penyudahnya, berakhir dengan kecewa.

Entah apa kena dengan pasukan NEGARAKU. Macam Universiti juga prestasi rankingnya, merudummmm…. Boleh jadi macam Corruption Perception Index (CPI) negara yang juga gah dengan tingginya.

Apapun aku bangga kerana pasukan bolasepak NEGARAKU mampu mengutip kad kuning yang banyak. Foul tak payah ceritalah, berguni-guni. Lagi satu aku punya bangga, fesyen rambut yang menarik macam artis.. baguslah nak melawa dalam padang.

Aku cadangkan KIVlah dulu pasukan bolasepak NEGARAKU dari bermain dimana-mana. Memalukan NEGARAKU saja. Pastikan dahulu taji tajam, lari macam kuda, licik macam belut, pintar macam kancil, berani macam harimau, tegap macam badang dan beresamkan padi-tunduk bila berisi dan bersih dari sikap bertelur sebiji riuh sekampung. Kita bukan jaguhan kampung lagi!

Orang kampungku rindu sekali melihat kelibat Mokhtar Dahari, Hassan Sani, Zainal Abidin, Azman Adnan dan berpuluh-puluh lagenda bolasepak negara. Jangan sampai mereka "tungging punggung" kepada pasukan bolasepak NEGARAKU.

Ingatlah Khairy, nasib bola yang disepak. Dari 22 orang yang berada di dalam padang hanya 2 orang sahaja yang akan memeluk bola. 20 orang lagi kerja mereka menendang dan menanduk. Berhati-hatilah kadang kala kawanpun boleh rembat gol sendiri.

Apapun aku rasa rakyat NEGARAKU cukup hampa dan kecewa dengan prestasi pemain bolasepak MALAYSIA.

http://manjanik.wordpress.com

APABILA POSTER ROKOK HARAM TAMPAL DI SURAU - Malaysiakini

Oleh rozmal

"Surau Taman Alamanda , Senawang terletak di tepi jalan berhampiran padang bola. Taman Alamanda pula adalah merupakan laluan utama antara Taman Desa Dahlia, Taman Satria dan Taman Desa Melor. Lalu Surau Alamanda sering dijadikan tempat persinggahan mereka yang ke tandas , berehat , mandi lepas main di padang.

Boleh dikatakan orang Melayu Islam yang menggunakan surau sekadar untuk menggunakan tandas , menukar lampin bayi , berehat , tidur , mandi , basuh kaki , basuh tangan bahkan basuh basikal oleh kanak-kanak keempat-empat taman tadi , lebih ramai daripada mereka yang datang semata-mata untuk solat jemaah.

Lebih buruk lagi ruang solat bahagian wanita digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk tidur , berehat dan MENGHISAP ROKOK apabila tiada jemaah di surau.

Ini terbukti setiap kali datang ke surau ini ada bau rokok , ada saja abuk dan puntung rokok. Bahkan gelas yang digunakan untuk diberi penceramah minum digunakan sebagai tempat abuk rokok.

Puas sudah dinasihat, puas sudah letak poster jaga kebersihan dan sebagainya.

Namun yang masih KURANG AJAR yang tak HORMAT surau ialah orang MELAYU yang beragama Islam. Yang menghina tempat suci Islam ialah orang Melayu sendiri. Tak pernah saya nampak orang Cina , orang India datang ke surau ini untuk melepak.

Macamana kita nak penganut agama lain hormat Islam kalau orang Melayu yang beragama Islam sendiri yang kurang ajar ? Macamana kita hendak menyeru umat Islam menegakkan Islam kalau mereka yang perjuangkan Islam menghisap rokok ?

Setelah puas berikhtiar akhirnya gunakanlah cara terakhir dengan menampal POSTER yang dibuat sendiri yang bertulis MEROKOK ADALAH HARAM dan disertakan Fatwa-Fatwa Majlis Agama Islam Negeri. ( Rujukan :
http://pasns.blogspot.com/2008/11/yoga-dan- merokok-dua-dua-haram.html ). Poster-poster ini ditampal dibanyak bahagian di surau.

Alhamdulillah selepas 1-2 minggu , tiada lagi nampak abuk rokok , puntung rokok di dalam surau dan persekitaran. Tiada lagi bau rokok apabila masuk surau.

Nampaknya inilah satu-satunya cara untuk mengelakkan generasi muda , kanak-kanak sekolah , remaja perempuan untuk menjauhkan diri dari najis rokok.

Kepada mereka yang sudah ketagih rokok , usahakanlah cara untuk berhenti merokok, DEMI anak-anak kita sendiri. Nak tak kita tengok semua anak-anak kita yang sekolah rendah termasuk yang perempuan sudah mula berjinak-jinak dengan rokok ?

Kepada mereka yang sukar untuk berhenti rokok , elakkanlah merokok di hadapan remaja dan kanak-kanak.

Ayah saya sendiri merupakan perokok tegar walaupun pelbagai cara dilakukan untuk berhenti merokok. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha , ALLAH yang menentukan segala-galanya.

Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com

BOLA TIDAK BULA - Malaysiakini

Kisah tanah runtuh dan rumah ranap telah menggerhanakan kisah industri bolasepak negara.Ini adalah kisah pemain bolasepak semi-professional yang ketiadaan gaji bulanann mereka kerana badan pengurus bolasepak negeri mengabaikan tugas mereka.

Yang lebih menggeramkan kita ialah kisah seorang pelatih bolasepak England yang digaji oleh Persatuan Bolasepak Perak tanpa membayar gajinya selama empat bulan. Khabarnya hutang yang ditanggung terhadap beliau mencecah lebih RM120,000.

Sampai bilakah kita rakyat Malaysia sanggup dihina begini?

Bila anak-anak muda kita bermain bola semi-pro mereka sepatutnya harus diberi gaji dan segala ganjaran yang berpadan untuk mereka hidup. Khabarnya gaji seorang pemain bola adalah sekitar Lima Ribu Ringgit sebulan. Bandingkan dengan gaji Eric Cantona satu ketika dahulu yang menerima lebih kurang RM200,000 setiap MINGGU.

Bila kisah pemain bola tidak dibayar gaji tentu kita tertelan air liur kerana kita tahu itulah punca kenapa banyak sangat kisah “match-fixing” (penentuan kalah menang) dalam setiap perlawanan bola di negara ini. Hakikatnya kita sendiri yang menggalakkan rasuah berleluasa dalam industri bolasepak negara.

Yang anehnya, para petugas persatuan bolasepak diberikan gelaran “Datuk' dan Tan Sri dan penghormatan lumayan dalam hidup mereka. Malahan ada anak Malaysia yang bertugas dalam Persatuan Bolasepak Asia yang mahu agar negara ini memberikan status 'diplomat' kepada mereka, hanya kerana mereka bertugas dalam persatuan itu. Hakikatnya mereka itu dahulu adalah tunggak yang menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Saya ingin cadangkan beberapa perkara di bawah ini untuk melihat industri bolasepak benar-benar sihat.

1. Gantung dan bekukan FAM sehingga selesai segala siasatan mengenai penyelewengan kegiatannya terbongkar. Ucapkan selamat tinggal kepada semua peneraju dan pengendali FAM tak kiralah mereka rakyat marhaen, kelas atasan ataupun istana.

2. Kerajaan ambil-alih keseluruhan industri bolasepak dan serahkan kepada beberapa institusi berwibawa seperti Bank-bank di Malaysia, angkatan tentera, polis, kastam, penjara, dan sebagainya.

3. Setiap institusi ini boleh menubuhkan satu sayap khas mengendalikan bolasepak di mana para pemain diberikan gaji mengikut kiraan antarabangsa sebagai pemain professsional.

4. Tubuhkan sebuah Suruhanjaya Bolasepak yang dianggotai wakil setiap agensi yang mewujudkan Kelab Pro Bolasepak itu. Jangan adakan semi-pro lagi. Ini sudah tidak bermakna. Kenapa dalam permainan mesti ada peringkat semi-pro sedangkan dalam berpolitik tidak pun ada peringkat tapisan dan latihan seperti itu.

5. Serahkan tugas memilih petugas pengendalian permainan bolasepak kepada Suruhanjaya tersebut. Kalau difikirkan masih ada pegawai berkaliber dalam persatuan bolasepak sekarang yang boleh diambil untuk meneruskan kerjaya mereka, biarkan Suruhanjaya itu membuat pilihan.

6. Suruhanjaya itu nanti boleh diberikan peluang mengendalikan satu skim loteri yang boleh melumpuhkan sendikit judi bola yang amat berleluasa di negara ini.

Eloklah belajar daripada skim “Teka Keputusan Bola” yang dikendalikan di Peranchis dan menjadi satu tabung besar untuk menjaga kepentingan kebajikan setiap peserta dalam industri bolasepak negara. Di beberapa negara Islam di Timur Tengah pun ada skim ini di mana hadiah berupa barangan dan bukannya wang ringgit.

7. Adalah dijangkakan kalau satu badan baru dapat ditubuhkan untuk mengendalikan industri boalsepak negara ini, kita mesti sasarkan matlamat mereka menyimpan dana untuk mampu membeli sebuah dua kelab bolasepak di Eropah. Biarlah kita berkemampuan memiliki kelab bolasepak di setiap negara Eropah untuk membolehkan kita mengekspot pemain bolasepak yang berbakat di negara ini bermain sebagai professional di sana. Hanya melalui cara ini barulah industri bolasepak Malaysia dapat menyinar.

8. Apabila ramai pemain bolasepak yang dihantar bermain di luar negara sebagai pemain professional, barulah boleh dijamin kemunculan beberapa kelab pemain muda di kampung dan daerah sebagai sumber tenaga professional pula.

Cubalah lihat bagaimana Brazil mengendalikan industri bolasepak Di Rio Janeiro. Mereka gunakan seluruh Pantai Copacobana dan Ipanema untuk anak-anak muda berlatih bolasepak di atas pasir. Di sana setiap minggu diadakan perlawanan yang dilihat oleh 'talent scout' seluruh dunia.

Pakar penguji bakat ini mengikuti perkembangan setiap pemain muda yang berbakat untuk beberapa tahun sehinggalah anak-anak muda itu menganggotai kelab bolasepak di Brazil sebelum mereka membeli bakat-bakat tersebut dan dibawa ke Eropah ataupun ke Kelab Latin Amerika.

Bayangkan kalau cara yang sama dipraktikkan di persisiran pantai di negara ini. Daripada Tanjung Aru di Sabah hinggalah Pantai Merdeka di Sg Petani dan Pantai Sabak di Kelantan. Sudah pasti akan muncul beberapa orang pemain bola semacam Zinadin Zidane dan Anelka ataupun Yahaya Torre. Mereka ini adalah tiga orang pemain beragama Islam yang datang daripada keluarga marhaen.

Selagi FAM diberikan kuasa mengendalikan bolasepak di negara ini selagi itulah suasana bolasepak di negara ini akan terus malap. Cadangan ini kalau diambilkira akan mengnyahkan pengaruh orang politik dan istana dalam satu bidang permainan yang sepatutnya boleh menjadi satu industri besar di negara ini.

Marhaintua
12 Disember, 2008.

ALI RUSTAM BARU CELIK POLITIK - Malaysiakini

Assalamualaikum ... Mujurlah akhirnya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhirnya berpijak juga di bumi nyata. Mulai hari ini beliau memberi tahu kerajaan negeri Melaka menarik balik larangan kakitangannya daripada mengunjungi Kelantan. Arahan itu dikeluarkan sejak lapan tahun lalu.

Alasan Ali kenapa Melaka melarang kaki tangannya kerana orang Pas kata orang Umno tidak Islam. Alasan Ali itu mengelirukan, Pas manakah yang mengatakan orang Umno tidak Islam? Kalau di Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB sejak tahun 1990 tidak pernah pun terdengar yang beliau mengatakan orang Umno tidak Islam.

Malahan Nik Azizlah yang menghakiskan tuduhan Umno kafir, taghrut dan macam-macam itu sebaik beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Kelantan. Ali tersilap dengar mungkin!

Adalah tidak bijaksana kalau Ali larang kakitangan kerajaan Melaka kerana beliau ada terdengar orang Pas negeri lain katakan Umno tidak Islam. Tindakan itu samalah dengan perumpamaan orang lain makan nangka orang lain terkena getah. Kalau begitu tidaklah adil si Ali ini.

Rasanya Ali bermimpi dengan alasan lapan tahun dulu itu. Ataupun waktu itu beliau merasakan dia kuat maka dikeluarkan arahan-arahan tidak masuk akal seperti melarang orang Melaka mengunjungi Kelantan itu.

Hari ini setelah dia sedar dan berada atas hakikat politik, arahan itu dimansuhkan. Kini Ali sendiri ke Kelantan untuk mempromosikan negeri Melaka. Tidakkah Ali merasa malu dan bersalah dengan arahan sebelum ini? Jika Ali ada maruah dan air muka dia kena minta maaf kepada kakitangan Kerajaan Melaka dan rakyat Kelantan. Arahan beliau tahun 2000 itu menghina rakyat Kelantan dan seolah rakyat Kelantan anti orang negeri lain. Arahan itu juga menampakkan dia sendiri jahil mengenai politik.

Apakah juga kerana beliau kini sedang bertarung nyawa untuk bertanding Timbalan Presiden Umno maka beliau melonggarkan segala arahan-arahan ketal dan tidak tamadun itu? Dalam orang menguar-uarkan dunia tanpa sempadan Ali mengambil tindakan surut ke belakang dengan arahan melarang kakitangan ke Kelantan. Kalau itulah pemikiran dipraktikan Ali macam mana beliau mahu jadi timbalan presiden Umno?

Apapun atas kesedaran itu diucapkan terima kasih kepada Ali. Mudah-mudahan Ketua Menteri Melaka itu tidak akan menjadi bodoh untuk kali keduanya. - TPT 50/08

http://tunpadukatuan.blogspot.com

Jumaat, 12 Disember 2008

PRK KUALA TERENGGANU : PAS PERTARUH SIAPA ?? - Malaysiakini

KALAU BN ada tiga hingga lima calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari depan, Pas pula ada tiga calon yang menjadi sebutan dan sandaran untuk merampas kerusi berkenaan. Di sini saya tidak bercadang untuk mengulas dan menganalisa calon-calon BN, dan hanya akan menyorot calon-calon Pas sahaja.

Tiga nama disebut-sebut akan diletakkan oleh Pas, ialah Naib Presiden, Mohamad Sabu yang juga calon Pas di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali dan seorang ahli perniagaan Prof Khazani Abdullah.

Ketiga calon ini realtifnya berbeza antara satu sama lain. Mohamad Sabu dikenali sebagai pekerja parti yang lantang dan rajin di dalam Pas. Pekerja yang pandai mengulas isu dan membuat humor ketika bersyarah. Beliau juga menjadi daya penarik kepada majlis ceramah Pas.

Kerana kehebatan itu beliau saya sifatkan sebagai calon berlabel nasional. Mustafa Ali pula pemimpin veteran dalam Pas yang berpengalaman. Saya namakan sebagai pekerja lama parti. Manakala Khazani tokoh muda Pas yang masih belum dikenali calon amatur dan harapan masa depan. Pekerja baru parti.

Walaupun Pas Terengganu tidak ‘kasik’ calon dan masih ada serangkaian calon lain, seperti Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik dan lain-lain, tetapi itulah tiga nama yang dikira akan disenaraipendekkan oleh Pas Terengganu untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Rasanya elok juga untuk melihat populariti calon-calon berkenaan berdasarkan poll yang dibuat oleh beberapa portal berita dan juga blog persendirian termasuk blog saya. Perbandingan ini hanya tertumpukan kepada dua nama saja, Mohamad Sabu dan Mustafa Ali kerana Khazani tidak disenaraikan dalam mana-mana poll.

Ada empat orang nama yang disenaraikan dalam poll berkenaan, iaitu Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong dan Syed Azman Syed Ahmad. Jelas sekali dari segi popular menurut poll-poll itu, Mohamad Sabu menjadi pilihan utama berbanding dengan Mustafa Ali.

Misalnya poll yang dibuat oleh KL.Pos yang dikutip jam 11:00 pagi ini (11 Disember 2008) Mohamad Sabu mendapat sokongan sebanyak 89%, Mustafa 4% dan Wan Mutalib sebanyak 7%.
Manakala poll dari blog pinkturtle pula yang dikutip pada waktu sama daripada 430 pengundi, sebanyak 68% atau 291 undian diberikan kepada Mohamad Sabu, Syed Azman 27% atau 115 undian, Wan Mutalib dan Mustafa masing-masing 3% atau kira-kira 11-13 undi saja.

Poll dari blog saya pula yang dikutip pada masa sama, daripada 216 pengundi Mohamad Sabu menerima 122 undian atau 56%, Syed Azman 43 undi atau 19%, Wan Mutalib menerima 6 undi atau 2% dan Mustafa menerima 21 undi atau 9%. Saya turut meletakkan pilihan ‘calon-calon lain’ yang menerima 24 undi atau 11%.

Saya mengagakkan mereka yang membuat pengundian menerusi poll dalam ketiga blog berkenaan adalah hampir 90 % orang yang sama dan kebanyakan mereka adalah pelayar dari luar Kuala Terengganu. Jelas dari poll itu Mohamad Sabu menjadi calon popular dengan mengatasi calon-calon lain dari ketiga poll berkenaan.

Ada beberapa sebab kenapa Mohammad Sabu popular, antaranya kerana nama beliau sudah disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu diberikan peluang bertanding sekali lagi. Sedikit sebanyak pandangan Nik Aziz itu mempengaruhi pengundi terutamanya pengundi yang taksub dengan cara politik beliau (Nik Aziz).

Selain itu ialah kerana Mohamad Sabu dilihat popular berbanding dengan nama-nama lain di kalangan masyarakat bawahan dan mereka yang meminati politik berbentuk ceramah.

Persoalannya kini apakah Pas Terengganu akan mengambil kira trend yang ditunjukkan oleh poll berkenaan ataupun suara pemerhati dan peminat politik Pas di luar Terengganu itu? Kalau Pas memperlakukan ini sudah tentu Mohamad Sabu adalah calon paling layak.

Sebaliknya sekiranya Pas Terengganu ada kriteria dan indikatornya sendiri, populariti berdasarkan poll dan ukuran orang awam itu tidak akan diterima pakai dan memungkinkan Mohamad Sabu tidak akan diturunkan semula.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini apa yang paling diutamakan kemenangan. Pas perlu menang untuk membuktikan bahawa pengaruh Pas masih kuat di negeri itu. Kemenangan itu juga akan menjadi petunjuk untuk masa depan Pas – pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manakala dalam konteks Pakatan Rakyat pula kemenangan itu sangat penting bagi meyakinkan rakyat untuk meneruskan projek terbengkalai untuk menumbangkan kerajaan BN yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim.

Justeru calon yang dianggap benar-benar mampu memberi kemenangan akan dipilih dan diberikan keutamaan.

Seperti disebutkan tadi nama Khazani tidak dimasukkan ke dalam poll. Jadi beliau tidak mendapat petunjuk apakah beliau mampu atau tidak. Namun Dewan Pemuda Pas Terengganu beriya mahu menonjolkan Khazani sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan sambil menafikan yang Pas Terengganu kekurangan calon tempatan.

Berdasarkan latar belakang pendidikan akademi Khazani yang luas dan cemerlang itu beliau berkelayakan. Tetapi bila diukur kepada pengalaman dan penglibatan dalam politik ia masih mentah dan muda.

Mari kita tinjau satu persatu potensi yang ada kepada ketiga calon berkenaan.

Mohamad Sabu – memang beliau orang luar dan pertama kali bertanding di Kuala Terengganu. Beliau pernah menang di luar negerinya, iaitu di Kelantan selama dua penggal. Mohamad Sabu adalah tokoh yang tersendiri dalam Pas dengan anutan, fahaman dan aliran pemikiran sendiri. Beliau dilihat seorang pejuang Islam yang percaya kepada kekuatan semangat, iltizam yang ampuh dan bukan bersujud kepada kebendaan.

Mohamad Sabu bukan seorang pengamal politik kebendaan. Kehidupannya sendiri sedarhana. Kepercayaan dan dasar politiknya, Hadith dan Quran. Beliau seorang yang tertarik dengan pendekatan Islam secara jema’i.

Dari segi dakwah menerusi ceramah memang ada kepada beliau. Mohamad Sabu juga mempunyai semangat perjuangan yang kental dan tidak cair dengan ugutan. Pendeknya Mohamad Sabu seorang pejuang Islam tulen dalam Pas dan sudah teruji keimanannya.

Bagaimana pun statusnya sebagai orang luar memberi sedikit masalah kepadanya. Pilihan raya kecil menyebabkan pengundi akan melihat kepada isu-isu local dan dalam hal ini sebagai orang luar beliau tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan calon setempat. Apa lagi pengundi di Kuala Terengganu itu sendiri kuat semangat kedaerahannya dan melihat calon yang ada pertalian persaudaraan dengan mereka.

Mustafa Ali – adalah tokoh veteran Pas Terengganu yang banyak pengalaman. Beliau sudah tidak popular dan sedang menghadapi kesuraman cahaya politiknya. Di luar Terengganu beliau sudah ditolak dengan politiknya yang kurang tegas dan play save. Kelebihan yang ada kepadanya ialah beliau calon tempatan. Mustafa mempunyai banyak pertalian persaudaraan dengan pengundi di Kuala Terengganu.

Khazani Abdullah – Beliau tokoh muda yang belum dikenali. Dalam erti kata lain beliau tidak mempunyai apa-apa aset semasa melainkan mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik.

Berdasarkan kepada huraian dan dapatan itu Pas kini hanya mempunyai dua calon sahaja iaitu Mohamad Sabu dan Mustafa Ali. Sekrianya pengundi Terengganu masih berpegang kepada tradisi dan politik 'semangkuk' (tempatan) maka Mustafa Ali lah calonnya.

Kesimpulannya bagi saya sebelum Pas memutuskan calon, Pas harus melihat apakah yang diharapkan daripada kemenangan pilihan raya kecil kecil itu. Sekiranya Pas mahu menjadikan kemenangan itu sebagai modal meneruskan projek terbengkalai 16 September, Pas harus memilih calon yang boleh menyambungkan projek berkenaan. Sebaliknya jika Pas merasakan projek itu perlu terbengkalai maka Pas boleh memilih calon yang hanya membawa kemenangan tetapi tidak akan merubah suasana politik nasional. [wm.kl 10:30 11/12/08]]

Untuk memberikan komen / respons:
http://msomelayu.blogspot.com

ISU TANAH RUNTUH : PAK LAH TAK PERLU AJAR MB SELANGOR - Malaysiakini

Apa yang berlaku telah pun berlaku. Trajedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sememangnya satu peristiwa yang pahit untuk ditelan. Hikmah kejadian menunjukkan Allah berkuasa mencabut kenikmatan sesiapa sahaja termasuk yang kaya raya dalam sekelip mata. Apabila trajedi malang ini berlaku, berbagai pihak mula bersuara seolah-olah mereka lah pejuang alam sekitar termasuk mereka yang meluluskan projek-projek pembangunan di lereng-lereng bukit.

Syukur Alhamdulillah, semua penduduk yang menjadi mangsa kejadian tersebut sedar siapakah yang dipertanggungjawabkan di atas kecuaian yang melibatkan bencana ini. Sudah tentu bukan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang kerana projek pembangunan lereng bukit yang dikatakan punca keruntuhan tanah tersebut diluluskan lebih kurang 15 tahun yang lalu. Siapakah yang memerintah dan berkuasa di Selangor 15 tahun yang lalu? Mungkin ada yang tidak tahu akan menjawab 15 tahun dahulu Selangor masih dijajah oleh British atau Jepun. Apa pun jawapan yang diberikan, yang jelas dan nyata bukan Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu.

Apakah sekarang Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor boleh berdiam diri dengan angkara yang lampau? Sudah tentu tidak, dan sebelum kejadian ini berlaku di Bukit Antarabangsa, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor lebih awal mengambil tindakan membekukan semua projek pembangunan di cerun-cerun bukit. Saya tertarik dengan kenyataan Pak Lah di Jakarta sebagaimana yang dipetik oleh BERNAMA yang menganggap seolah-olah MB Selangor tidak tahu mengurus negeri. BERNAMA menyebut, " Sambil menegaskan beliau tidak mahu mengajar kerajaan negeri Selangor bagaimana ia harus bekerja, Abdullah berkata apa juga tindakan hendaklah ditentukan oleh kerajaan sekarang dan apa yang difikir wajar untuk dilaksanakan terserahlah kepada pembangkang sebagai kerajaan bagi negeri Selangor.

"Kerajaan mesti bertanggungjawab memastikan apa yang ia nak betulkan jika ia fikir tak elok. Terserah kepada dia... saya tak payah mengajar mereka macam mana nak buat kerja," katanya. (BERNAMA - 12 DIS 2008)

Apa perlunya Pak Lah hendak mengajar MB Selangor tentang mengurus dan mentadbir negeri Selangor ? Bukankah beliau sendiri 'failed' di dalam mentadbir negara dan 'failed' juga memimpin partinya sendiri ? Amat melucukan orang yang telah terbukti gagal, bercita-cita untuk mengajar orang lain. Beliau terbukti gagal memimpin negara dan partinya sendiri sehingga beliau 'terpaksa' berundur selepas ini. Bukan pembangkang yang menyebabkan beliau akan berundur tetapi ahli-ahli partinya sendiri telah sedar bahawa selama ini mereka tersilap memilih pemimpin mereka. Mengapa beliau sekarang cuba berlagak pandai ? Kenyataan yang beliau buat di Jakarta itu tentunya mendatangkan ketawa rakyat di sana.

Bekas MB Selangor sebelum ini pun tidak kurang juga ingin menegakkan benang basahnya. Maklumlah, beliau adalah calon Ketua Pemuda UMNO, sudah semestinya beliau ingin menutup pekung beliau selama beliau memimpin kerajaan Selangor. Beliau mengakui pembangunan di lereng Bukit Antarabangsa diluluskan semasa pemerintahan beliau, tetapi sentiasa dipantau. Pokoknya di sini, bukan masalah pemantauan tetapi mengapa projek di lereng-lereng bukit tetap dijalankan walaupun terdapat arahan yang jelas melarang perbuatan tersebut selepas trajedi Highland Towers sebelum ini? Apakah pemantauan sahaja dapat menjamin kejadian malang seperti ini tidak berlaku? Mengapa MB Selangor ini tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, dan seolah-olah membuat undang-undang baru iaitu pembangunan di lereng-lereng bukit boleh dilaksanakan dengan syarat ia mesti dipantau.

Saya berbangga dengan sikap terbuka dan berani Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan yang sanggup untuk berjumpa dalam majlis forum bersama penghuni-penghuni di Bukit Antarabangsa. Walaupun di dalam majlis itu nanti, ada beberapa pihak yang tidak faham keadaan sebenar akan mengkritik dan menghentam Kerajaan Selangor sekarang, tetapi berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah, MB Selangor sanggup berdepan. Tahniah juga kepada semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan beberapa NGO yang lebih awal menziarahi tempat kejadian dengan segala bantuan yang mampu diberikan. Di sini barulah kita boleh melihat dengan jelas betapa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah merealisasikan dasar ketuanan rakyat yang adil dan saksama. Saya tidak pasti samada NGO yang sering menjerit `Ketuanan Melayu' atau `YES To ISA' untuk selamatkan Melayu itu turut berada di sisi mangsa trajedi Bukit Antarabangsa.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

W.FAUZDIN NS

Khamis, 11 Disember 2008

BERAPA BANYAK KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHABISAN UNTUK SHAH RUKH KHAN ?? - Malaysiakini

Berapa kerajaan Melaka belanjakan duit rakyat untuk majlis Shah Rukh Khan semalam? Kalau samping dipakai SRK je dah bernilai RM 3 ribu,bayangkan berapa banyak duit rakyat dihabiskan semalam. Saya difahamkan dari Kuala Lumpur ke Melaka SRK dibawa dengan helikopter ditempah khas.

Mari kita cuba kira betapa pemurahnya kerajaan Melaka.

1. Kos sewa helikopter RM 2 ribu sejam ( Masa dari 9.30 - 4.30 petang )= RM 14,000.00
2. Jamuan tetamu ( RM 20 X 1000 jemputan ) = RM 20,000.00
3. Kos persiapan tempat dan publisiti = RM 50,000.00 (anggaran )
4. Sewa hotel RM 1000
5. Tambang kapal terbang KLIA - Mumbai (kelas 1 ) = RM 10,000 untuk seorang pergi balik
6. Kos-kos lain ?????

Untuk makluman Ali Rustam, di Melaka terdapat ribuan penduduk yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Malah masih ada rakyat Melaka yang tinggal di daerah Alor Gajah dan Melaka seperti yang didedahkan sebelum ini dalam posting lepas yang tidak mendapat kemudahan bekalan air bersih dan elektrik.

Pengalaman saya terlibat dalam bidang motivasi dan kaunseling masih ramai murid dan pelajar di negeri Melaka yang tidak membawa wang saku dan bekal ke sekolah. Terdapat juga yang gagal membayar yuran persekolahan sehingga akhir tahun. Pada penggal persekolahan tahun depan ramai yang terpaksa memakai uniform dan kasut sekolah yang lusuh dan koyak. Kenapa semua ini berlaku? Tanyalah kaunselor dan pentadbir sekolah-sekolah di Melaka berapa ramai bilangan murid miskin yang ada di sekolah masing-masing? Adakah kerajaan Melaka menghiraukan nasib mereka ini?

Kalau kerajaan Melaka nak beri gelaran datuk pada semua artis sama ada di Hollywood atau Bolyywood berilah. Tak kan nak beri pada SRK seorang je, kecil hati artis luar yang lain nanti. Tetapi sila jawab di Padang Masyar nanti adakah rakyat sendiri mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya dari Ali Rustam dan mereka yang sewaktu dengannya?

Setiap pemimpin pasti akan ditanya amanah yang dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Melaka ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

sumber : Angkasanuri

ADAKAH SEMUA INI BERPUNCA DARI KHIR TOYO ?? - Malaysiakini

oleh Sinarharian

SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu bertanggungjawab terhadap kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kerana telah meluluskan banyak projek pembangunan lereng bukit, walaupun terdapat bantahan daripada rakyat dan aktivis bumi hijau.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin berkata, kejadian yang menyebabkan 14 rumah tertimbus dan mengorbankan empat orang terbunuh termasuk seorang bayi berusia dua bulan dua bulan serta mencederakan 15 yang lain itu bukan hanya kerana hujan lebat dan saliran yang tidak baik sahaja.

“Pimpinan kerajaan terdahulu perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ini kerana mereka telah meluluskan banyak projek pembangunan lereng bukit.

“Tragedi dahsyat Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa masih tidak dijadikan iktibar oleh kerajaan di bawah pimpinan Dr Khir yang meluluskan projek-projek perumahan lereng bukit yang berisiko," katanya.

Walaupun memuji keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menghentikan semua projek-projek lereng bukit, tetapi Charles menganggap ia sudah terlambat kerana telah banyak kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitarnya.

“Saya juga ingin menarik perhatian pihak berkuasa kepada pembangunan Bukit Gasing yang dikecam penduduk setempat yang bimbangkan hakisan tanah.

“Apa yang saya faham, penduduk akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mengkaji semula projek," katanya.

Dalam masa yang sama, Charles mengecam pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap kejadian yang berlaku seminggu lalu di Hulu Yam apabila dua beradik yang sedang tidur terbunuh akibat runtuhan dan selepas dua kejadian yang sama di Kuala Lumpur.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan tegas menentang pihak pemaju yang berkeras memohon membangunkan projek-projek lereng bukit.

“Kerajaan perlu menggunakan sepasukan pakar termasuk ahli-ahli geologi untuk memeriksa semua kondominium-kondominium di Bukit Antarabangsa dan lereng-lereng bukit yang lain untuk mencegah kejadian seumpamanya berulang.

“Sejajar dengan janji Pakatan Rakyat, saya mengalu-alukan larangan kerajaan Selangor terhadap pembangunan di lereng-lereng bukit yang lebih daripada 25 darjah kecerunan,” katanya.

Dalam kenyataannya juga, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

ANTARA VIDEO GAMES YANG MENGHINA ISLAM - Malaysiakini

Antara Video 'Games' Yang Menghina Islam [Dari email box admin]Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...

Video game yg menghina agama Islam; Bacalah!

game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal diakhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat yg aku dah luper.....

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

YB AZMIN JADI SASARAN SALAH SEORANG PENDUDUK TANAH RUNTUH - Malaysiakini



Semalam TV3 telah menyiarkan kelakuan seorang penduduk bernama Tumiran Mohd Kasdi marah-marah pada YB Azmin Ali. Sambil dia mengamuk dan marah-marah sempat pula dia perli RELA dan ASKAR yang tak mahu tolong bini dia angkat kotak. Dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja.

Aku simpati kepada mangsa-mangsa tragedi di Bukit Antarabangsa, tetapi aku meluat dan tak tahan tengok tingkahlaku sijalud seekor ini yang berlagak berlebih-lebihan, seolah-olah dia seorang saja mangsa tragedi tersebut.

Mentang-mentang dia kaya duduk dalam banglo berjuta-juta ringgit harganya tapi budi bahasanya lebih teruk daripada penyamun-penyamun UMNO. Mungkin dia ini penyamun UMNO kot? Kenapa tidak upah mat bangla atau indon untuk jadi tukang angkut?

Nasib baik YB.Azmin Ali penyabar orangnya,kalau peristewa ini berlakaku depan YB Pasir Salak atau YB Kinabatangan sudah lama berlaku perang besar.

Apa motif TV3 tunjuk footage ini? Nak jadi jaguhkah?

Pooooooooooorah............

Rabu, 10 Disember 2008

BANJIR, TANAH RUNTUH : ANTARA DAHULU DAN SEKARANG

oleh : A Kadir Jasin

KUALA Terengganu banjir. Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.

Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Maka termaklumlah seluruh negara.

Tanah runtuh di Ulu Klang. Empat orang mati tertimbus. Beberapa buah rumah mewah musnah.

Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.

Riuh satu negeri

Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Apatah lagi bila antara mangsa adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Maka termaklumlah seluruh negara.

Banjir bukan kejadian baru. Tanah runtuh pun begitu. Tetapi ada beza antara banjir sekarang dengan banjir dahulu. Banjir hari ini riuh satu negeri. Banjir dahulu tidak siapa pun peduli.

Saya membesar pada ketika banjir bukan tajuk berita atau satu mala petaka. Ia adalah kejadian biasa, putaran masa.

Maka tidaklah nampak polis dan tentera, penyelamat dan pelapor media massa. Kalau nampak pun polis dan tentera, ia hanyalah kebetulan. Mereka mengambil kesempatan daripada air bah untuk memburu pengganas di hutan rimba.

Buat satu jangka masa yang agak lama, kampung saya dikategorikan kawasan hitam atau "black area" iaitu kawasan yang diancam pengganas komunis.

Tetapi hari ini, ramai yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa beribu anggota tentera dan polis dari Malaya dan negara-negara Komanwel terkorban melawan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya.

Banjir datang dan pergi. Ia tidak lebih daripada putaran masa. Musim datang dan pergi. Sawah dan dusun tenggelam. Sekali sekala, orang yang tidak tahu atau alpa menjadi mangsa. Itu pun tidak dihebohkan atau menjadi tajuk berita.

Pada waktu itu, kita sentiasa bersedia. Kita tahu banjir tetap berlaku dan kita tahu bila ia akan tiba. Rumah kita tinggi tiangnya. Kalau empat lima kaki banjir belum apa-apa.

Di bawah rumah ada perahu. Pada musim kemarau kita tambat di sungai atau kita terbalikkan di bawah rumah atau di bangsal bersama basikal buruk dan kelengkapan bendang.

Banjir bawa rezeki

Bila banjir, kita berdayung ke hulu hilir memancing, menjala, menahan lukah, memberi makan kerbau dan lembu di banggol atau mencari itik yang dihanyutkan arus.

Kita tidak ada pegawai kaji cuaca atau Jawatankuasa Bencana Alam. Daripada hujan yang mencurah dan deras air yang mengalir, kita sudah dapat mengagak bila banjir akan melanda dan kecil atau besarnya. Kita sentiasa bersiap sedia.

Dua, tiga hari banjir bermula, ikan keli, belida (ikan selat kata orang Kedah) dan puyu (betuk) mudah dikail. Selepas itu tidak makan lagi kerana kenyang makan cacing yang tenggelam banjir.

Bila air surut, makan semula kerana lapar. Waktu itulah paling baik menahan joran berumpankan akan puyu atau sepat bagi menangkap ikan haruan.

Rumah saya di pinggir Sungai Pendang tinggi tiangnya. Lepas kepala orang dewasa. Bila berlaku banjir, kami tidak perlu berpindah ke mana-mana.

Kalau berpindah pun ke mana? Tidak ada dewan sekolah atau dewan orang ramai. Jadi masing-masinglah jaga diri, jaga ayam itik, kerbau, lembu dan kambing.

Musim banjir bawa tragedi. Tetapi ia juga membawa rezeki. Ikan dan burung mudah diperangkap. Selepas banjir sawah dan kebun subur semula.

Waktu malam, bersenjatakan lampu picit enam bateri dan jala yang dipanggil "tebah" saya dan tok wan saya, Haji Hassan, akan meredah banjir untuk ke banggol.

Banggol adalah tanah tinggi di padang ragut yang tidak ditenggelami banjir di mana kerbau lembu menyelamatkan diri. Pada waktu malam, banyak burung kembara tidur di situ.

Sekarang, setiap kali banjir ramailah penduduk pinggir Sungai Pendang yang riuh rendah dan hingar bingar berpindah.

Bukan kerana Sungai Pendang lebih mengganas. Malah ia telah dijinakkan oleh projek perairan Muda hampir 40 tahun lalu.

Mereka berpindah kerana rumah kayu bertiang tinggi telah digantikan dengan rumah batu tidak bertiang. Sekaki dua naik air, tenggelamlah ia. Perahu sudah digantikan kereta dan motosikal. Anak-anak tidak lagi pandai meredah banjir dan menangkap ikan keli dan puyu.

Maka banjir yang dulunya bukan cerita dan berita, hari ini dianggap mala petaka dan menjadi bahan muka depan serta waktu meminta dan memberi bantuan.

Rumah orang tua saya di kampung masih bertiang tinggi walaupun di bawahnya tidak lagi disimpan kerbau atau kelengkapan sawah. Sudah dijadikan dapur dan bilik tidur. Tetapi kalau banjir besar, ayah dan ibu saya masih ada atas rumah untuk berlindung.

Musim banjir adalah musim bahagia bagi saya dan budak-budak kampung yang sebaya. Ada alasan untuk tidak ke sekolah dan boleh memancing dan menjerat burung sepanjang hari dan sesuka hati.

Risikonya ada. Tetapi, umpama kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Ular, yang berbisa dan tidak berbisa, ada merata-rata. Mereka juga lari dari banjir mencari tempat selamat.

Pada satu musim banjir, Allahyarhamah nenek saya, Hajah Putih, dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras. Nenek menyeluk untuk mengambil beras dan dipatuk.

Nasib baik dia sempat dibawa ke hospital di Alor Setar dan diberikan suntikan "anti venom" bagi melawan racun ular itu. Demikian hukum Tuhan. Penawar bisa adalah bisa juga.

Pugar tanah

Dulu pun ada tanah runtuh. Tetapi orang tidak riuh. Mereka tahu risikonya dan mereka pula adalah orang biasa yang memugar tanah untuk dijadikan kebun dan dusun.

Rumah mereka dari bahan-bahan rimba. Mereka bukan Tan Sri atau orang bernama. Jadi kalau ditimbus tanah runtuh pun, tidaklah riuh, tidaklah heboh.

Menteri pun tidaklah bergegas datang atau membuat janji tidak membenarkan rumah di lereng bukit lagi. Itulah janji yang kita dengar berulang kali apabila berlaku tragedi.

Jadi saya pun tidaklah berapa peduli kalau ada banglo (daripada perkataan Gujerat yang bermaksud rumah satu tingkat) yang ditelan bumi dan orang mati kerana berumah di lereng bukit adalah "vogue" bagi orang yang berduit.

Ibarat kata orang tua-tua, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut ditimbus tanah, di lereng bukit jangan berumah.