Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 28 April 2009

EKORAN TULISAN NIK ABDUH : AWAS PERANGKAP UMNO - Malaysiakini

Oleh: Anak Bapa

Nampaknya isu muqabalah dan kerajaan perpaduan masih lagi panas di pasaran. Kenyataan terakhir Nik Abduh di dalam blognya telah menghangatkan lagi suasana pemilihan barisan pimpinan di peringkat kawasan yang sedang berlangsung sekarang dan diikuti dengan dewan-dewan dan seterusnya di peringkat PAS Pusat pada muktamar pada bulan Jun nanti. Saya ada mengikuti pandangan pelbagai pihak samada yang menyokong atau membantah tulisan Nik Abduh dan merasa terpanggil untuk melontar beberapa cetusan idea saya yang mungkin tak pernah tinggi nilainya.


Pertamanya saya sangat mengalu-alukan pendekatan perbincangan, syura, percambahan minda, penghujahan, perdebatan dan apa saja yang sewaktu dengannya di dalam kita membicarakan perkara-perkara penting di dalam jamaah asalkan ia berpaksikan kepada pembudayaan ilmu. Dan sudah sewajarnya penggunaan kata-kata kesat, pembohongan dan penyelewangan fakta tidak termasuk di dalam etika perbincangan apatah lagi jika ia dibuat di dalam konteks sebuah gerakan Islam. Kita tidak boleh menyekat perkembangan budaya yang sihat ini kerana ia menjadi teras kekuatan pembangunan keilmuan Islam sejak zaman berzaman. Perbedaan pendapat tidak wajar dianggap sebagai tidak berakhlak atau tidak wala’ kepada kepimpinan. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) sendiri, apabila ditanya berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah, pernah berkata bahawa isu sebesar ini (yakni berkaitan dengan UMNO dan BN) perlu dibawa berbincang di dalam EGM (Mesyuarat Agung Khas) kerana kita perlu mendapat pandangan akar umbi kita. Saya yakin ini kehendak majoriti ahli PAS yakni supaya kita berbincang dengan teliti dan mendengar pandangan semua pihak sebelum kita buat keputusan yang amat besar ini.

Saya tidak nampak permintaan ini sebagai amat tidak munasabah atau sebagai tidak wala’ kepada kepimpinan sedangkan pimpinan kita selalu bercakap kita perlu menegur pemimpin jika kita dapati atau mengesyaki mereka melakukan kesalahan. Tradisi menegur pemimpin ini bukanlah perkara baru dan ia sarat di dalam seerah Nabi saw dan seerah Khulafa’ Ar-Rashidin rh. Ucapan Saidina Abu Bakr ra ketika dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama telah menyatakan bahawa beliau bukanlah yang terbaik dari kalangan ramai. Jika beliau melakukan yang betul maka taatinya dan jika ia melakukan yang salah maka betulkannya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Saidina Umar ra sendiri pernah diunjukkan dengan pedang oleh seorang sahabat apabila beliau meminta menegurnya jika beliau berbuat salah.

Fenomena ini jelas menunjukkan betapa penting kita kembali bersama-sama menghayati tradisi pembudayaan ilmu dan konsep syura sebenar sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabah rh agar kita dapat membuahkan pandangan dan keputusan terbaik dan diikuti tindakan yang bersepadu daripada semua lapisan ahli kita. Elakkan merendah-rendahkan pandangan orang lain dengan cara yang menghina dan bersifat peribadi. Bukankah Rasulullah saw ada bersabda bahawa sampaikan daripadanya walaupun satu ayat? Adakah golongan tertentu (yakni yang ada sijil belajar agama) saja yang berhak bercakap tentang Islam? Siapalah kita untuk berkata si pulan dan si pulan ini saja yang berhak bercakap tentang Islam dan yang selainnya tak layak sedangkan mempelajari Islam itu tanggungjawab semua yang mengaku mukmin muslim? Jika ada individu tu bercakap benda yang salah maka tegurlah di bahagian mana yang salah bukan dengan cara ‘shoot the messenger’ (yakni hukum si yang becakap). Kita mesti ada keberanian untuk memenangkan pandangan kita melalui penghujahan yang kukuh dan meyakinkan, dan bukan dengan serangan peribadi dan penggunaan kata-kata yang tidak wajar. Kecenderungan untuk ‘mensekularisasikan’ agama yakni bab agama adalah hak ‘ustaz-ustaz’ saja dan orang lain tidak boleh langsung membicarakannya amatlah merbahaya dan tidak selaras dengan tuntutan agama kita. Saya yakin ramai dari kalangan kita yang tidak belajar Islam secara ‘formal’ (yakni tanpa sijil) tetapi telah mempelajari dan mendalami agama secara tidak formal di merata tempat tanpa jemu dan secara berterusan dalam hidup mereka. Mungkin ini tidak melayakkan mereka bergelar ulama’ tetapi dalam masa yang sama tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menghalang mereka daripada membicarakan bab-bab yang berkaitan agama setakat kemampuan ilmu yang ada pada mereka. Inilah tradisi keilmuan sebenar yang dituntut oleh Islam. Oleh itu muhasabah dan munaqashah kita adalah proses berterusan sesama kita dari semua lapisan di dalam membentuk keputusan dan tindakan.

Muktamar Agung PAS tahun lepas, yang merupakan badan tertinggi PAS, telah membuat keputusan supaya kita memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Jadi selagi tidak ada mesyuarat agung khas atau pertemuan lain yang sama taraf dengannya diadakan untuk membuat keputusan yang lain, maka adalah ‘haram’ kita membuat kerja yang bercanggah dengan keputusan ini. Malangnya ada di kalangan kita yang tak faham etika bersyura dan telah bertindak di sebalik keputusan ini. Harap jangan salahfaham apa yang saya cuba bangkitkan ini. Saya tidak kata keputusan ini baik atau tidak baik. Apa yang saya ingin tekankan ialah aspek displin syura. Jika kita rasakan bahawa keputusan muktamar berhubung isu Pakatan Rakyat didapati tidak begitu sesuai maka bawa semula ke muktamar agung khas dan kita bincang semula dan buat keputusan lain. Lepas tu apa keputusan pun yang diputuskan bersama semua kena terima dan laksanakan. Inilah apa yang saya maksudkan dengan akhlak bersyura yang nampak masih longgar di dalam jamaah kita.

Keduanya, keyakinan banyak pihak bahawa kita (yakni Melayu Islam) akan lebih selamat jika kita bergabung dengan UMNO adalah satu pandangan yang amat merbahaya kepada keutuhan jamaah. Ini berdasarkan kepada kajian semasa dan pengalaman lepas berinteraksi dengan UMNO. Bayangkan di kala kita dengan slogan ‘PAS For All’ atau ‘PAS Untuk Semua’ telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan antara PAS dengan golongan bukan Melayu (hakikat yang diakui semua), wajarkah dalam nafas yang sama ‘berkhalwat’ dengan UMNO bagi tujuan membentuk kerajaan haram yang dibenci oleh majoriti ahli dan penyokong kita sendiri. Bayangkan jika usaha ini berjaya dilakukan, apakah yang akan berlaku? Awal-awal lagi masyarakat bukan Melayu akan meninggalkan kita atas pengkhianatan ini dan kita tidak akan mendapat kepercayaan mereka lagi untuk satu jangka masa yang amat lama. Ahli-ahli PAS malah PAS sendiri berkemungkinan akan berpecah teruk menyebabkan kita lemah dan lesu. Jika kita berjaya memerintah dengan UMNO pun, dan dikurniakan dengan pelbagai jawatan penting, kita tetap akan menjadi kuda tunggangan mereka kerana dari segala segi kita memerlukan mereka untuk terus berkuasa. Bayangkan selepas setahun dua apabila mereka dah ada kekuatan, kita akan lihat tembelang sebenar UMNO dan di kala itu apa yang PAS boleh buat? Berdasarkan pengalaman lepas, apabila UMNO rasa mereka dah kuat dan PAS tak diperlukan lagi, mereka akan cari jalan bagaimana untuk menendang kita keluar. Di kala itu kita akan tersungkus ke tanah tanpa ada sesiapa yang sanggup menyambut kita. Ini tidaklah menghairankan kerana siapa yang nak sambut orang yang pernah bergelar pengkhianat?

Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh ada muqabalah atau muzakarah atau perpaduan atau sebagainya dengan UMNO atau BN. Apa yang saya katakan ialah kita perlu berdiri atas platform PR di dalam mendepani pendekatan politik sebegini kerana kita sudah ada persefahaman dengan parti komponen PR. Maknanya jika BN ingin berbincang tentang usaha bersama menanggani kemelut ekonomi atau yang sewaktu dengannya maka kita akan pergi atas PR. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan salahfaham sesama kita dan dalam masa yang sama menjaga kewibawaan parti kita. Perbedaan pendapat dan pandangan antara parti di dalam PR adalah biasa dan macamana biasa juga boleh diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan. Malah di dalam BN pun mereka sering berbeda pandangan atau bergaduh sesama sendiri. Adakah kita sudah tak pandai nak berbincang dan berpakat dengan orang lain dan apabila ada masalah sikit kita terus nak ‘abandon the ship’? UMNO ini bukan saja terkenal di dalam menekan dan menipu parti lain tetapi sesama mereka pun mereka bergigitan dan bercakaran. Tengok hukuman terpilih yang mereka buat ke atas Isa Samad dahulu dan baru-baru ini Ali Rustam. Lihat bagaimana mereka ‘mengenakan’ Khairy Jamaluddin apabila barisan Kabinet dibentuk. Ketika kita sibuk tengah bincang isu muqabalah dan kerajaan perpaduan pun UMNO siap rampas kerajaan Perak yang bermenteribesarkan PAS! Pendek kata banyak lagi boleh kita ceritakan di sini tentang kisah pengkhianatan UMNO. Mungkin kita boleh sambung di lain masa dan ketika.

Pengajarannya ialah kita perlu berhati-hati dengan UMNO kerana UMNO telah seringkali mengkhianati kita dan umat Islam. Apa saja pendekatan yang bertujuan mendekati UMNO atau apa saja perlu dibincang dengan teliti dan dimaklumi oleh akar umbi bagi mengelak persengketaan sesama kita. Kenyataan pimpinan yang dikeluarkan perlulah berhemat dan dibuat dengan penuh hikmah. Janganlah kebencian kita kepada seseorang menyebabkan kita berlaku zalim terhadapnya. Kesimpulannya kita semua akan berdepan dengan Allah rabbul jalil untuk dipertanggungjawabkan atas segala percakapan, tulisan dan tindak-tanduk kita. Moga Allah mengampunkan kita semua.

Anak Bapa: Islam mengajar kita ”Kalau Islam kuat, Melayu, Cina dan India (malah apa bangsa sekali pun) akan selamat ......”. Segelintir pimpinan PAS pula berpandangan ”Kalau Melayu kuat, Islam dan bangsa-bangsa lain akan selamat ......”. Apa pandangan anda?

http://anakbapa.blogspot.com

PERKASA YANG LEMAH TENAGA

Oleh : Muramatsu

Ali, Ruhanie, Fuad merupakan orang kuat PERKASA. Malangnya PERKASA ditubuhkan oleh kumpulan yang sudah lemah tenaga. PERKASA yang ditubuh oleh kumpulan yang sudah lemah tenaga mempunyai visi dan misi untuk menegakkan kepentingan pribumi, kononnyalah.

PERKASA sudah ada sidang kemuncaknya. Mahathir yang sudah lemah nampaknya kini bertenaga semula melalui PERKASA. Pribumi nampaknya makin malang kerana Mahathir juga sebenarnya adalah dari kumpulan yang sudah lemah tenaga.

Apakah yang pribumi boleh harapkan kepada PERKASA kiranya pemimpin PERKASA sendiri terdiri dari pihak yang lemah?

Persoalannya ialah Ali, Ruhanie, Fuad dan Mahathir pernah menjadi orang kuat dan perkasa sebelum PERKASA ditubuhkan. Mereka merupakan bekas ahli politik yang berkuasa dan perkasa semasa dalam UMNO. Kita tidak faham kenapa mempunyai kuasa dan masih perkasa sebagai ahli Parlimen dulu mereka ini tidak buat sesuatu untuk memperkasakan melayu sepertimana yang dibuat melalui PERKASA sekarang?

Atau mereka ini sedang mabuk atau gila talak nak jadi orang yang berkuasa dan perkasa semula, tetapi tidak boleh?

Peluang semasa berada di kerusi kuasa seharusnya digunakan untuk menjadikan melayu lebih perkasa. Sudah beratus pihak ditubuhkan kononnya untuk memperkasakan peribumi (melayu), tetapi kenapa melayu ini masih lagi belum jadi perkasa?

Kenapa??????????????? PERKASA tidak fikirkan apakah sebabnya melayu masih belum PERKASA walaupun UMNO menjadi parti utama melayu yang memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih itu?

Mahathir dalam persidangan PERKASA masih lagi pertikaikan melayu. Apakah jenis melayu Mahathir ini?. Bangsa apakah Mahathir ini?

Ucapan Mahathir dalam Persidangan PERKASA yang bernombor 20 itu menyebut gejala jual AP ialah melayu. Ibrahim Ali, Fuad, dan Ruhanie perlu sedar yang mabuk AP ialah Mamak seperti Mahathir iaitu keluarga NAZA KIA. NAZA KIA ialah siri perniagaan keluarga Mamak seperti Mahathir. Kenapa Mahathir kaitkan gejala gila AP dengan Melayu?

Orang gila AP ialah mamak seperti Mahathir.

Sebagai melayu yang bukan Mamak, cuba perhati kabinet Najib sekarang. Kenapa Mukhriz di letak di bawah Mustapha Mohamad di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri?. Disamping itu Nor Mohamed Yakcob sebagai Meneri di Unit Perancang Ekonmi di letak di Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri?. Cuba perati muka Muhkriz, Nor Yakcob, Mahathir dan taukeh NAZA KIA dan Shahrizat Jalil yang kini jadi Menteri.

Adakah Mustapha Mohamad cukup perkasa untuk menghalang pihak gila AP ini dari terus membuktikan apa yang Mahathir sebut melayulah yang jual AP.

Biar Ibrahim Ali, Ruhanie dan Fuad di PERKASA lihat budak-budak tingkat 4 baru yang dihasilkan dalam kabinet Najib-Mahathir.

Muramatsu

Jumaat, 24 April 2009

MAHATHIR ATAU NAJIB YANG MENJADI PM ??

"Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini."

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat unsur mempengaruhi itu ada dalam kabinet Najib ini.Mutakhir ini saya tengok makin banyak kelibat Tun Mahathir di atas pentas.

"Dia juga buat kenyataan dalam akhbar, hadir dalam program-program besar kerajaan dan mendapat liputan yang agak menyerlah di dalam media.Seolah-olah macam dia (Mahathir) pula PM sekarang ini,"jelasnya.

Dalam pada itu, Nasharuddin dalam mengulas mengenai kabinet 'Mesra Rakyat' yang dibentuk Najib menjelaskan, memang wujud pertikaian terhadap anggota kabinet yang dilantik.

"Berkenaan kabinet mesra rakyat,bagi saya ada lagi yang boleh dipertikaikan terutamanya pelantikan mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dalam kabinet hari ini mereka bukan sahaja ditolak oleh parti tetapi rakyat.

"Tanpa saya menyebut nama sesiapa pun menteri atau timbalan menteri, kita semua sudah mengenai hal tersebut.Ada di kalangan menteri atau timbalan menteri yang dilantik itu yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat,"jelasnya lagi.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perubahan yang mahu atau cuba dibuat oleh Najib dalam peringkat awal pemerintahannya.

"Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk dinilai sama ada positif atau sebaliknya perubahan yang cuba diusahakan Najib,"tegasnya.

SUMBER : HARAKAHDAILY

MAHKAMAH LANGGAR 2 PRINSIP PERLEMBAGAAN - Malaysiakini

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan, Prof. Dr. Aziz Bari berkata, mahkamah sendiri sebenarnya telah melakukan sesuatu yang ultra vires atau melampaui bidang kuasa.

Beliau yang merupakan pakar perlembagaan persekutuan berkata, dalam isu ini mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Beliau berkata, "Peruntukan itu sebenarnya melaksankan intipati konsep pemisahan kuasa khususnya mahkamah tidak boleh mencampuri urusan dewan perundangan. " Ini juga merupakan perlindungan dan autonomi negeri dalam persekutuan. Jadi Mahkamah Persekutuan telah melanggar 2 prinsip penting perlembagaan kita," tambah beliau. Prof Aziz menjelaskan bahawa perundangan itu telah diakui oleh mahkamah dalam banyak kes sebelum ini. Tetapi kebelakangan ini mahkamah menampakkan kekaburan dalam memahami konsep pemisahan kuasa.

"Contohnya lihatlah sahaja penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menyentuh tentang isu pemisahan kuasa antara eksekutif dengan mahkamah. Nampaknya hakim-hakim perlu buka buku balik dan fahami konsep asas doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers ini," ujar beliau. Beliau menerangkan, "Konsep itu penting dalam memahami kedudukan dewan yang dalam soal ini menyentuh kuasa Speaker. " Apa asas mahkamah menghukumkan yang tindakan Speaker itu tidak sah? Peraturan mana?, soal beliau.

Katanya, "kalau kita merujuk kepada Peraturan Dewan atau Standing Orders yang menjadi undang-undangnya di sana jelas kuasa mentafsir terletak di tangan Speaker sebagaimana yang disebut oleh Peraturan 89 dan 90. "Mahkamah kata Speaker tidak ada kuasa; kita ingin bertanya apa pula kuasa mahkamah untuk menyemak kuasa Speaker?" Beliau berkata, "kalau kita lihat Perkara 72 (1) tadi sangat jelas bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah masuk campur. "Saya tidak fikir ada isu inherent power di sini kerana kuasa sedemikian perlu digunakan dengan berhati-hati apabila melibatkan perlembagaan,". Beliau menerangkan "ada yang menyatakan mahkamah ada kuasa dibawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

"Peruntukan hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penentuan, bukan melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh perlembagaan," tegas beliau.

Prof. Aziz Bari
http://addin77.blogspot.com

SEKOLAH KRISTIAN, BUDAK MELAYU DAN PESTA BUKU - Malaysiakini

Oleh : Fudzail

Membaca artikel dibawah dalam Berita Harian hari ini amat menyedihkan.

Bangkitlah Melayu....kata Utusan Malaysia dan puak-puak NGO sibuk membuat lapuran polis berkaitan dengan apa saja yang dikatakan menghina Melayu.

Godam: 'Sekolah Kristian, budak Melayu dan pesta buku'
Bersama Salbiah Ani

MINGGU lepas seorang penulis dan juga penerbit yang kini sibuk dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), meluahkan isi hatinya mengenai nasib malang segelintir pelajar Melayu kelompok marhaen di Kuala Lumpur.

Beliau yang berkesempatan berkunjung ke sekolah mubaligh yang berjiran dengan Masjid Negara dan Ibu Pejabat Bukit Aman, hiba melihat nasib 70 peratus pelajar Melayu yang menimba ilmu di sekolah yang daif fizikal apalagi kemudahan pembelajaran.

Pelajar Melayu di sekolah terbabit, rata-rata di kalangan kelompok marhaen yang terpaksa belajar dalam keadaan panas kerana sekolah masih menggunakan kipas zaman tok kaduk dan memilih sekolah itu hanya kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal, bukannya kerana tarafnya sebagai sekolah mubaligh.

“Sedih melihat fizikal sekolah yang daif dan kelihatan buruk sekali kerana tidak ada dana untuk membeli cat bagi menceriakan sekolah, selain kemudahan komputer terbatas kerana mereka mengharapkan ihsan korporat yang sudi menderma dan menerima dengan besar hati meskipun komputer terpakai,” katanya berterus terang ketika bertemu dengan penulis untuk berkongsi maklumat mengenai perkara terbabit.

Beliau juga hiba kerana buku di perpustakaan untuk bacaan pelajar baik sebagai rujukan, bacaan tambahan atau mengisi hobi membaca hanya pada paras ala kadar, sedangkan Kuala Lumpur menjadi lokasi Pesta Buku Kuala Lumpur sejak 28 tahun lalu.

“Inilah akibatnya jika pengagehan kemudahan dilakukan berasaskan sistem kuota tanpa melihat realiti lapangan. Kita memperjudikan masa depan generasi Melayu yang terpinggir kerana kesusahan. Lebih menyedihkan mereka pelajar pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi kemudahan seolah-olah berada di kawasan pedalaman seperti di Pos Lejang, Pahang.

“Kita suruh mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sedang untuk ke sekolah pun ada kalanya tersangkut kerana tiada duit tambang sehingga terpaksa ponteng. Mereka anak kalangan setinggan dan rumah pangsa di Pantai Dalam. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja dengan sesetengahnya melakukan dua pekerjaan.

“Sebahagian besar daripada pelajar ini tidak dapat mengulang kaji di rumah kerana persekitaran yang tidak selesa dan sesetengahnya pula terpaksa membantu ibu menyiapkan juadah untuk berniaga, bagi memastikan perbelanjaan keluarga mencukupi sehingga hujung bulan.

“Bagaimanakah generasi muda ini mahu melepaskan diri daripada kemelut kemiskinan keluarga jika demikian keadaannya?. Mereka bukan tidak cerdik, tetapi dibelenggu kedudukan kewangan yang melarang mereka memilih sekolah dengan kemudahan lebih baik,” ujarnya.

Penulis diberitahu juga diberitahu oleh seorang lagi teman, pelajar Melayu dalam kelompok ini menjadikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai medan lepak dan membelek buku baru khususnya novel, di samping mencari ‘rezeki’ dengan membantu sesetengah pemilik gerai melakukan promosi bagi menarik perhatian pengunjung.
“Sedih melihat dan mengenang nasib mereka. Apa sangat yang dapat saya bantu sebagai individu. Paling tidak sekadar memberi upah ala kadar dan memastikan perut mereka beralas selain masa tidak diisi dengan kegiatan mengarut. Hendaknya mereka tidak berbohong kepada saya,” demikian pengakuan teman ini.

Khamis, 23 April 2009

KENAPA SUSAH SANGAT NAK TUTUP AURAT

Oleh keraspedal

"aku ingat ceramah tuan guru nik aziz,aku tengok dalam youtube,tajuk nya padan muka kena rogol,bunyinya kasar,tapi apa yang dikatakan tuna guru adalah betul bagi aku..

ia bermula dengan kritikan seorang menteri dari bn mengenai kempen menutup aurat yang dilaksanakan kerajaan kelantan,dakwanya ia membazir..(biasalah menteri umno)

balas tuan guru nik aziz,ia tidak membazir kerana aurat ini dituntut agama,......(lihat dalam yt untuk lebih lanjut).

berbalik kepada aurat,kepentinga nya antaranya Allah sangutkan mata dan anggota dengan anggota kemaluan,yakni jaga mata serta kawal kemaluan..

ertinya bila perempuan itu bka aurat,kemaluan mula aktif,samada lelaki mahupun perempuan. ini semua Allah punya kuasa,Dia yang menciptakan manusia,Dia tahu mata ada hubung kait dengan anggota kemaluan,begitu sebaliknya..

namum begitu kenapa ramai lagi wanita muslim ini tidak menyedarinya,sedangkan jika aurat dijaga,masalah zina,rogol dapat dikurangkan secara automatik.

tapi kalau aurat pun tak tahu jaga,seperti kata tuan guru,padan muka lah kena rogol kerana wanita itu sendiri yang jual murah murah ..

seperti perumpamaan,jika kita tejun dalam sungai,tiba tiba kain absah,nak sibuk apa kain basah,kamu sendiri yang terjun ..

konklusinya,menutup aurat itu satu kewajipan,samada lelaki mahupun wanita,jagalah aurat demi kebaikan anda sendiri,...

sumber:
http://keraspedal.blogspot.com/"

'AKUR JANJI' UNTUK AHMAD SAID

Ketua Umno bahagian di Terengganu yang menghadiri majlis perjumpaan dan taklimat anjuran Umno negeri itu Sabtu lalu, telah menandatangani 'akur janji', antaranya menyokong Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.

Selain menyokong Ahmad, 'akur janji' itu juga dibuat sebagai tanda patuh dan taat setia kepada institusi raja-raja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai empat ketua bahagian - Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Setiu - menghadiri majlis tersebut.

Manakala empat lagi tidak hadir, iaitu Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Ahmad sendiri (Kemaman), Datuk Wan Ahmad Farid Salleh (Kuala Terengganu) dan Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus).

Idris tidak hadir kerana memang diketahui belliau tidak menyokong Ahmad manakala Wan Ahmad difahamkan mempunyai urusan lain.

Bagaimanapun, menurut setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan, Wan Ahmad telah menghantar SMS menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ahmad.

Nasir pula, ketika dihubungi Malaysiakini semalam, berkata beliau sedang berada di luar negeri.

Ditanya sama ada beliau menyokong menteri besar, Nasir berkata: "Saya mungkin menyokongnya".

Turut menandatangani 'akur janji' itu ialah lima ketua Wanita bahagian, tujuh ketua Pemuda bahagian serta lima ketua Puteri bahagian di Terengganu yang turut menghadiri majlis tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda Bahagian Besut, Mahadi Musa yang turut menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu malam Sabtu lalu.

JASA-JASA ZAMBRY MAMAK DI PERAK


Jasa2 Zambry al-kudeta…

Baru saja 2 bulan Zambry merampas oppss memerintah Perak..kita telah melihat banyak jasa2 yang telah dibuat beliau untuk rakyat Perak…

1. baru saja masuk pejabat Menteri Besar langkah pertama tukar karpet dan lain-lain asesori….maka berwajah barulah pejabat MB sekarang ini..bertambah ceria dan berseri…

2. Pecat semua ketua kampung pilihan rakyat… Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda…idok ke menderhaka namaya tu..? ehh..itu bukan derhaka itu mengembalikan hak rakyat…

3. Zambry yang berjiwa rakyat menjamu rakyat dengan ‘Sure Heboh’ untuk menghiburkan rakyat jelata…direstukan pula oleh Tok Mufti..satu gandingan yang mantop…betul2 Zamby dan Tok Mufti memahami kehendak rakyat…

4. Menjimatkan wang rakyat dengan melelong Camry yang masih dalam jaminan 3 tahun..kerana beliau nak guna semula Perdana V6…alangkah mulianya Zambry ini… sehingga mendapat anugerah dari Sultan Perak dengan gelaran Dato’ Seri…bayangkan baru 2 bulan merampas oppsss memerintah dah dapat anugerah..korang ADUN PR memerintah Perak 10 bulan dapat apa..tu laa jasa korang tak setara dengan Zambry and the gang…tu pasal tak dapat apa2…

lihatlah..betapa banyak sumbangan yang dah dibuat kepada rakyat Perak..dalam masa 2 bulan..banyak ‘penjimatan’ wang rakyat telah dilakukan oleh Zambry…

JASAMU AKAN DIKENANG..!!

http://haninasution.blogspot.com

PAS MESTI BERSEDIA UNTUK MENJADI PENGANTI UMNO

OLEH : TULANG BESI

Saya nak bagitau apa sebenarnya sebab ahli2 PAS rata-rata menolak idea ”Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan”(Kerajaan Nasional). Ianya bukanlah sebab mereka benci pada Presiden PAS. Ahli2 PAS rata-rata masih sayang dan memberi ”baiaah” kepada Presiden PAS. Ramai yang sanggup mati untuk mempertahankan Presiden PAS.


Saya boleh simpulkan dua faktor utama yang membuat ahli PAS menolak terus idea kerajaan nasional atau perpaduan ini.

Faktor pertama adalah ”timing” kenyataan itu dibuat. Ianya dibuat beberapa minggu selepas kerajaan Perak dijatuhkan dengan cara yang amat hina sekali. Di kala itu perasaan benci pada UMNO berada di tahap maksima dan semua ahli PAS tidak mahu berada walau sedikit pun berdekatan dengan UMNO.

Tiba-tiba cadangan kerajaan perpaduan dibuat sewaktu kebencian ahli2 PAS kepada UMNO berada di kemuncak. Oleh sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menentang idea ”kerajaan perpaduan” ini dengan membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka. Ianya manifestasi kebencian serta kekecewaan ahli-ahli PAS kepada UMNO.

Juga, idea kerajaan perpaduan ini idea yang tidak berpijak di bumi nyata dan mustahil dapat dilaksanakan dalam konteks Malaysia kini. Jelas, Tuan Guru Presiden telah ditipu oleh penasihat-penasihat beliau. Kasihan Tuan Guru Presiden yang mempunyai penasihat yang separuh tiang.

Sebab yang mudah adalah kerajaan nasional ini hanya dilaksanakan dalam keadaan sesebuah negara berada dalam keadaan darurat atau gawat yang sangat besar. Masaalah ekonomi di Malaysia adalah lantaran dari hasil kerja tangan UMNO melalui amalan korupsi, kronisma dan nepotisma mereka. Apakah dengan membawa mereka dalam sebuah kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan masalaah ini?

Semua Ahli-Ahli PAS Mahu PAS Mengganti UMNO Sebagai Pemimpin Orang Melayu/Islam

Inilah dia faktor yang kedua dan yang paling besar. Rata-rata ahli PAS meninggalkan UMNO atau menolak UMNO sejak dahulu sebab mereka sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan UMNO.

Mereka telah ditipu oleh UMNO terlalu banyak kali sehingga mereka hilang perkiraan berapa kali mereka telah ditipu. Penipuan terbesar UMNO adalah berkaitan dengan Islam dimana UMNO menjadi batu penghalang terbesar kepada perlaksanaan Islam di Malaysia.

Oleh sebab itu ahli-ahli PAS memilih PAS dan meninggalkan UMNO kerana mereka mahu kepimpinan yang baru dalam hidup mereka. Mereka tidak mahu lagi UMNO memimpin mereka tapi mereka mahu PAS memimpin mereka.

Naluri manusia memerlukan kepimpinan seperti naluri manusia memerlukan makanan dan minuman. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk duduk di bawah kepimpinan PAS. Tidak hairan dalam setiap kitab-kitab akidah islamiyyah, soal akidah mesti diletakkan dalam kitab yang sama dengan permasalaahan kepimpinan.

Selepas 2008, tiba-tiba PAS melonjak naik. Tiba-tiba bukan sahaja PAS diberi peluang memimpin ahli-ahli PAS tetapi PAS juga diberi peluang memimpin rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Hati ahli-ahli PAS melonjak di dalam kegembiraan. Ini bermakna pemimpin yang mereka pilih sudah mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Dengan kata lain, tindakan2 yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan PAS sepatutnya mengarah kepada menjadikan PAS parti yang selayaknya menggantikan UMNO.

Disangka Panas Sampai Ke Petang....

Namun, sayang seribu kali sayang. Sejurus selepas PRU 2008, sebahagian kepimpinan telah membuat keputusan untuk berselingkuh dengan UMNO. Dengan erti kata lain, mereka telah berbincang dan bertemu dengan pimpinan UMNO tanpa pengetahuan semua AJK PAS Pusat dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Dan yang lebih menyedihkan, kepimpinan yang terlibat itu telah sanggup menipu kepada rakyat umum serta kepada semua ahli-ahli PAS. Apabila ditanya, mereka telah menafikan sama sekali berjumpa dengan UMNO.

Di belakang mereka telah membuat konsipirasi untuk memastikan semua ahli PAS menyokong tindakan mereka hendak membawa PAS kepada UMNO. Antara konsipirasi itu adalah percubaan mereka mempengaruhi Pemuda2 PAS tanpa pengetahuan Ketua Pemuda sendiri di dalam menyokong usaha ”Muzakarah PAS-UMNO”.(Rujuk artikel saya ” Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!”

Bayangkan sehingga ke tahap tidak ada langsung kata simpati kepada Anwar Ibrahim sewaktu beliau difitnah dalam isu liwat-Saiful. Apabila ditanya berkenaan isu Anwar Ibrahim ini, boleh dijawab:

” Soalan: Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Jawapan: Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah. ”

Langsung tiada kata simpati. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang pergi melawat Anwar dan menyatakan simpati beliau bagi pihak PAS kepadanya.

Selepas itu,berlakulah rentetan peristiwa demi peristiwa yang telah melibatkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan dan berakhir dengan kenyataan umum yang dibuat Tok Guru Nik Aziz mengkondem idea ”Kerajaan Perpaduan” ini.

Semua Ini Mengecewakan Ahli-Ahli PAS

Semua ahli PAS kecewa dengan perkembangan ini. Ahli-ahli PAS hendak melihat PAS maju dengan manjadikan PAS parti yang diterima semua masyarakat Malaysia tanpa mengorbaknkan prinsip Islam.

Lebih-lebih lagi PAS dilihat sebagai parti yang bersih berbanding dengan UMNO yang sangat kotor dan najis.

Jadi, tidak hairanlah dalam Muktamar2 Kawasan kekecewaan ini terserlah sehingga menantu Tuan Guru Presiden juga ditolak perwakilan.

Kepimpinan PAS Masa Depan

PAS mestilah dipimpin oleh merekayang mampu menjadikan PAS parti pengganti kepada UMNO.

Bukan pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi kawan dengan UMNO.

PAS mesti memimpin agenda ”Islam sederhana” di Malaysia yang mana kesederhanaan itu tidak mengorbankan prinsip Islam dan perkara yang ”Qat’ii” dalam Islam.

PAS pernah cuba untuk memimpin agenda ”nasionalisma Melayu”semasa PAS dipimpin Dr Burhanuddin Helmi dan berjaya mendapat sokongan yang mantap dari majoriti orang Melayu tanpa mengorbankan prinsip Islam. Mengapa tidak sekarang dengan agenda ”Islam sederhana”?

Para perwakilan mesti memilih pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan mampu memimpin Malaysia itu sendiri.

Para perwakilan harus menolak semua pimpinan yang mahu membawa PAS hanya menjadi parti sampingan atau parti pembangkang. Status pembangkang hanya layak bagi UMNO dan bukannya PAS.

Kiranya salah pilih pemimpin, maka PAS akan kehilangan peluang keemasan ini buat selama-lamanya. Rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS dan payah untuk PAS mendapat balik kepercayaan rakyat kepadanya.

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com

APA YANG DR. MAHATHIR NAK LAGI ???

Oleh : Anak Bapak

Dia dah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun lebih, yang mana merupakan PM paling lama dalam sejarah negara Malaysia. Sepanjang pentadbirannya banyak rekod yang telah dicipta. Dia telah berjaya membina menara tertinggi di dunia, lapangan terbang tercanggih, pusat pentadbiran kerajaan termoden, lebuhraya-lebuhraya terunggul, kereta nasional buatan tempatan dan segala macam pembangunan kebendaan lain yang sesiapa saja akan teruja menikmatinya.

Itulah Tun Dr. Mahathir, ’negarawan’ yang sangat disanjungi terutama oleh orang-orang UMNO. Sememangnya Dr. Mahathir memang ’smart’ di dalam segala segi dan dia tanpa segan silu telah menunjukkan keberaniannya sepanjang pentadbirannya yang lepas dengan melaksanakan segala apa yang ia hajati tanpa risau kepada kritikan atau tohmahan sesiapa. Sekali imbas nampak hebat karakter ini, tetapi ’looks can be deceiving’.

Sepanjang pentadbiran Dr. Mahathir kita juga telah melihat bagaimana rasuah mula menular dan kini berakar umbi di negara kita. Walaupun Dr. Mahathir menangis di dalam mesyuarat agung UMNO kerana gejala politik wang (aka rasuah) yang berleluasa di dalam UMNO, tetapi ia tidak menyekat penglibatan semua peringkat ahli dan pimpinan UMNO di dalam budaya yang menguntungkan itu sehingga ke hari ini. Tun telah mendidik rakyat supaya menerima rasuah dengan acapkali menggunakannya apabila berlangsung pilihanraya. Rakyat dihidangkan dengan projek ’mee segera’ dan sogokan sepanjang waktu pilihanraya. Kroni dan kaum kerabat BN berterusan di’hadiahkan’ dengan habuan projek di atas kesetiaan dan sokongan kuat kepada BN. Apabila budaya ini telah berakar umbi di dalam masyarakat maka terlalu sukar untuk dihapuskan.

Dr. Mahathirlah yang mengisytiharkan ’perang’ kepada raja-raja Melayu, hakim-hakim, peguam-peguam, kesatuan-kesatuan sekerja dan sesiapa saja yang menentang kehendaknya. Sejarah menjadi saksi bagaimana Team A dan Team B terbentuk di zamannya dalam apa jua institusi masyarakat pada masa itu hasil daripada ’air tangan’ Mahathir. Malah dengan timbalannya sendiri pun beliau ’berperang’ sehingga Musa Hitam, Ghaffar Baba dan Anwar Ibrahim sendiri yang terpelanting dengan tindakan jijik Tun Mahathir. Jika rakan sendiri pun hancur dengan Mahathir bagaimana pula nasib mereka-mereka yang dari kalangan pembangkang. Walaupun Tun pun membebaskan tahanan ISA ketika dinobatkan menjadi PM (malah lebih ramai daripada yang Najib bebaskan) tetapi tahanan baru ISA di bawah pentadbiran Mahathir jauh lebih ramai terutama daripada kalangan pembangkang.

Anak Bapa boleh terus berbicara mengenai kebobrokan Mahathir, dan diyakini banyak lagi yang boleh kita bincangkan tetapi cukup setakat itu untuk memberi gambaran musibah yang bakal menimpa jika kita terus menerus mengambil sikap tidak mempedulikan tindak tanduk pemimpin dan mengamalkan budaya kagum pemimpin. Jika tidak ada ’check and balance’ dan pertanggungjawaban terhadap pimpinan oleh rakyat maka akhirnya bencana pasti menimpa kita, tidak kira samada pimpinan BN atau PR atau sesiapa saja.

Persoalannya di sini ialah kenapa Dr. Mahathir, yang telah mengisytiharkan ’bersara’ daripada politik, masih lagi mahu mencampuri urusan pentadbiran secara aktif di kala rekodnya sendiri amat memalukan? Betul ada juga kebaikannya tetapi keburukannya jauh lebih banyak. Apa yang dia sibuk nak ganggu Pak Lah dan kini Najib di dalam urusan pentadbiran negara di kala dia telah diberi peluang memerintah dengan agak lama dan rekod buruknya saja yang dapat dipertontonkan? Cukuplah tu Dr. Mahathir, ’enough is enough’. Bagilah peluang idea orang lain pula nak digunapakai. Idea Tun dah terlalu uzur dan hampir ketandusan dimamah usia. Adalah lebih elok Tun gunakan saki baki umur yang tinggal untuk banyak belajar mengenai agama, beribadat dan beramal bakti membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Nasihat saya kepada Najib, tak usah dok peduli kepada kritikan dan tohmahan Tun kerana jika kamu betul-betul ingin nak buat perubahan, perubahan itu hendaklah dari kamu sendiri dan bukan daripada Dr. Mahathir. Jika kamu silap percaturan dan tunduk di bawah desakan Tun, yang dah pun diketahui umum memang bermasalah, tunggulah saat-saat kehancuran UMNO dan BN.

Anak Bapa: Najib memang pening betul sekarang. Apa taknya? Satu puak diketuai Dr. Mahathir, satu lagi diketuai oleh Khairy, dan tidak lupa satu lagi kelak yang akan diketuai oleh Rosmah. Yang mana satu Najib nak dengar? Anda semua jawablah sendiri dan 'good luck to you', Najib!

http://anakbapa.blogspot.com

Rabu, 22 April 2009

MAHMOUD AHMADINEJAD : PERMATA BARU ISLAM - Malaysiakini

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.


Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan. AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis. Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini. Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Klik disini untuk melihat sokongan rakyat dunia terhadap keberanian Ahmadinejad.

http://addin77.blogspot.com

SPEAKER DUN MELAKA ARAH KETUA PEMBANGKANG MELAKA KELUAR DEWAN

MELAKA : Speaker DUN Melaka membuktikan sekali lagi kepada rakyat Malaysia bahawa Speaker mempunyai kuasa yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Hari ini giliran Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San diperintah keluar Dewan selepas mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad berulang kali.

Othman mengeluarkan perintah itu selepas Goh enggan duduk walaupun diminta supaya bekerjasama membolehkan persidangan diteruskan.

Goh diarah keluar kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang itu membangkitkan soal berkaitan dengan satu notis yang dikemukakan semalam bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN yang telah pun ditolak.

Kekecohan turut disaksikan pada hari kedua persidangan semalam.

Semalam sidang DUN Melaka kecoh dengan "perang mulut" apabila Othman menolak usul tergempar yang dikemukakan oleh pembangkang berkaitan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Othman berkata beliau menolak usul tergempar itu berdasarkan tiga syarat di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

Keputusan yang diumumkan oleh Othman telah menimbulkan rasa tidak puas hati Goh dan empat lagi anggota DUN dari DAP dengan mereka mendesak Othman membenarkan usul tergempar itu dikemukakan dan dibahaskan pada persidangan itu.

KETUA PEMBANGKANG MELAKA USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA ALI RUSTAM


MELAKA - Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil rakyat pembangkang cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San (foto), sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat.

Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Othman Mohamad. Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang.

Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan.

Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, kira-kira jam 12.12 tengah hari. Terdahulu, ucapan itu juga tertangguh dua kali, selepas Ketua Menteri turut terjebak dalam pertikaman lidah berkenaan.

ORANG UMNO TAKUT HARI JUMAAT - Malaysiakini

Enam Menteri Besar 'panas punggung' menjelang Jumaat ini. Nasib Mat Isa Sabu, Mohamad Hassan, Ali Rustam, Abdul Ghani Osman, Adnan Yaakob dan Ahmad Said masih samar. Secara moralnya, mereka perlu berundur kerana perwakilan UMNO telah menolak mereka ketika Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Di antara keenam-enam mereka, Ahmad Said dan Adnan Yaakob yang paling ber'panas-punggung'

Jika DS Najib menunaikan janjinya mahu membuat pembaharuan, maka bersiap siagalah keenam-enam nama di atas.

Nama-nama seperti Mohd Taib, Syed Hamid Albar, Isa Samad, Abdul Rahim Thambi Chik dan beberapa nama lagi, ucaplah selamat tinggal kepada politik tanahair.

Di antara yang membezakan PAS dengan UMNO ialah, apabila orang PAS kalah di dalam pertandingan, mereka tidak 'keluar' dari arus politik kerana PAS berdakwah sambil berpolitik.

PERPADUAN MELAYU BUKAN SEBAB PAS DITUBUHKAN - Malaysiakini

Oleh : Tulang Besi

Benar sama sekali. PAS harus dibersihkan sama sekali dari pengaruh UMNO. Itu adalah satu kewajipan kepada PAS sekiranya PAS mahu melindungi kemurnian serta kesucian perjuangan Islam yang PAS dokong selama ini.

UMNO bukan parti Islam. UMNO adalah musuh Islam. UMNO memusuhi Islam semenjak penubuhan UMNO 1946. Dan, yang menyedihkan adalah UMNO mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak putus2 memusuhi Islam.

UMNO wujud untuk menjaga kepentingan elit Melayu yang digelar UMNOPUTRA. Pada mulanya UMNOPUTRA adalah terdiri dari golongan kerabat raja dan juga pegawai2 kerajaan British. Sekarang ini, UMNOPUTRA masih lagi terdiri dari golongan ini tetapi ditambah dengan kumpulan kepimpinan2 UMNO di berbagai peringkat.

Mereka inilah yang hendak dijaga kebajikan dan kekayaan mereka oleh UMNO. Dan majoriti golongan ini adalah mereka yang tidak menyukai pemerintahan serta perundangan Islam. Mustahil kiranya mereka ini akan menyokong perlaksanaan Syariat dan hukum Islam.

Saya nak tanya, sekiranya UMNO mengisytiharkan mereka menyokong perlaksanaan syariat Islam, siapakan di Malaysia ini yang bisa menghalangnya? DAP sendiri akan menarik balik bangkangan mereka terhadap hukum ini kerana di kala itu, MCA sendiri terpaksa menarik balik bangkangan mereka juga.

Tetapi kita soal, apakah yang menghalang UMNO menyokong perlaksaan hukum syariah Islam di MAlaysia?

Ketuanan Melayu Untuk Mengkayakan Kroni dan UMNOPUTRA

Sewaktu demam muzakarah melanda PAS sejurus selepas PRU 2008, alasan perpaduan dan ketuanan Melayu digunakan dengan meluas.

Hakikatnya, kempen ketuanan Melayu ini kita lihat begitu giat apabila Dr Mahathir mahu memulakan projek Penswastaan beliau. Ini kerana sewaktu proses penswastaan, segala harta dan kekayaan negara akan diberikan kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Misal yang paling utama dan masih wujud sekarang ini adalah IPP atau "Independent Power Producer". Rakyat Malaysia terpaksa memnbayar bil elektrik yang semakin meninggi kerana kroni-kroni yang mendapat laba dari "penswastaan" ini mendapat wang mudah kerana TNB wajib membayar kepada IPP ini walaupun TNB tidak mempunyai sebab untuk membeli tenaga elektrik.

Apabila "penswastaan" sebegini dipersoalkan oleh mereka yang berhati perut dan tidak rela kekayaan negara diperlakukan sebegitu rupa, maka alasan "Perpaduan Melayu" mula dilayangkan. Ini bertujuan memberi gambaran buruk kepada orang-orang Melayu yang mempersoalkan pimpinan orang Melayu yang menyeleweng ini.

Kepada orang bukan Islam yang mempersoalkan tindakan seperti ini, maka alasan ketuanan melayu digunakan untuk menghalang mereka ini dari mempersoalkan penyelewengan ini.

Dengan kata lain, Ketuanan Melayu dan Perpaduan Melayu adalah alasan yang digunakan untuk menyorok tindakan UMNO merompak dan mencuri harta rakyat ke dalam kantung-kantung dan poket-poket mereka.

PAS Tidak Seharusnya Mengambil Idea Perpaduan Melayu Ini

Oleh sebab itu, PAS harus dibersihkan sama sekali dari idea ketuanan Melayu ini. Saya tahu, motivasi di belakang idea Kerajaan Perpaduan/Muzakarah dahulu adalah untuk mempertahankan ketuanan serta perpaduan Melayu.

Apakah hebatnya perpaduan Melayu sekiranya 60% dari keluarga MElayu hanya mampu mendapat pendapatan purata RM3500 sebulan. Itupun sekiranya suami isteri bekerja.

Sedangkan sewaktu Anwar Ibrahim dipecat, Daim Zainuddin telah menggunakan wang rakyat berjumlah berbillion2 ringgit untuk menyelamatkan kroni dan kepentingan perniagaan beliau.

Inikah jenis perpaduan Melayu yang sesetengah orang dalam PAS hendak terapkan dalam PAS? Atas sebab inikah PAS hendak dibawa masuk ke dalam BN?

Tulang Besi

p/s Saya ada dapat maklumat dari seorang pembaca dari PAS Kawasan Subang:

"Dalam pertandingan di Kawasan Subang semalam, menantu kepada Tuan Guru Presiden bernama Ustaz Zaharuddin bin Mohd Said terpaksa menarik diri dari bertanding YDP Kawasan walaupun sudah 6 bulan memangku jawatan YDP Kawasan.

Perasmi kepada Mesyuarat Agung tersebut adalah Ustaz Harun Taib. Seolah seperti geng Terengganu dan geng Kerajaan Perpaduan hendak mengambil alih kepimpinan PAS Subang ini. Diharapkan perasmian oleh Ustaz Harun Taib dapat memberi "magik" yang diperlukan untuk menjayakan perancangan ini.

Tapi segala usaha tersebut mengarah kepada kegagalan. Oleh kerana terlihat betapa semaraknya kemarahan dan penolakan ahli PAS terhadap kerajaan perpaduan ini, menantu kepada Tuan Guru telah menarik diri dari bertanding.

Boleh dikatakan kawasan Subang bersih dari anasir-anasir yang pro kepada idea Muqabalah/kerajaan perpaduan ini sama sekali.

Inshaalah, mereka akan mencalonkan Husam Musa sebagai Timbalan Presiden dan Nizar sebagai Naib Presiden

Nak dijadikan cerita, punyalah benci ahli PAS kepada idea muqabalah/kerajaan perpaduan sehingga menantu Tuan Guru pun ditolak ahli.

ALI RUSTAM BERJAYA MEMPERBODOHKAN DIRINYA SENDIRI - Malaysiakini

MELAKA, 22 April (Hrkh) - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya

sumber : Harakahdaily

Selasa, 21 April 2009

PENYEBARAN GAMBAR TIDUR TERBARU YB ELIZABETH WONG

Setelah gagal untuk menjatuhkan Exco Kerajaan Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui konspirasi pendedahan gambar bogel, pihak-pihak tertentu kini diberitakan telah melakukan sebaran gambar bogel yang lebih dasyat di dalam blog.

Menurut akhbar MSTAR dengan tajuknya "Elizabeth belum boleh lega: gambar baru muncul di internet?" yang ditulis oleh G.Manimaran beranggapan bahawa penyebaran gambar bogel terbaru Eli menunjukkan seperti Eli belum 'bebas' sepenuhnya.

Persoalan kini, mengapa Eli perlu dikatakan belum boleh lega jika terbukti bahawa penyebaran gambar-gambar bogel itu adalah berniat jahat dan dilakukan oleh orang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab?

Jika berani menyebarkan mengapa tidak pula berani mendedahkan identiti? Bukankah itu sudah cukup untuk membuktikan pihak yang melakukan perbuatan menyebarkan gambar-gambar itulah yang sebenarnya pihak yang tewas dan kecewa apabila Eli masih terus menerima sokongan rakyat dan penduduk Bukit Lanjan supaya beliau meneruskan khidmatnya.

Dalang yang menyebarkan gambar itu sepastinya datang dari musuh politiknya dengan berharapan agar Eli dan PKR tersungkur dengan isu berkenaan. Termasuk pihak media yang cuba meraih sedikit keuntungan melalui tindakan mengampu dengan menimbulkan kecaman terhadap Eli ekoran isu berkenaan.

Saya bersetuju penuh dengan jawapan-balas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, dimana pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Apa yang nyata "pihak tertentu" yang melakukan kerja dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat" di Selangor tidak berjaya dan akhirnya terpaksa mengambil langkah kedua yang sebenarnya tidak lansung memberi apa-apa impak lagi kepada wakil rakyat berkanaan dan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mereka hanya boleh berjaya jika mereka sendiri bertanggungjawab untuk tampil memperkenalkan diri di samping tidak berselindung dengan dunia siber yang mengizinkan anonymity ini.

p/s : Yang menghairankan, bagaimana polis dapat kesan orang yang menghina sultan Perak sedangkan kes Eli sudah masuk bulan yang ke 2 tapi tak setel2 lagi.....takkan sibuk jaga ceramah PR encik polis woiiii..

JANGAN BELAH PAS SEPERTI TEMBIKAI DIJORONG DIFARAID

Oleh Tinta Abdullah Awab


Mengimbau Detik Sejarah Kita (PAS) Terpahat, Renongkanlah:

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. (Al Fatehah)

Unggapan simpulmati diatas yang diucapkan oleh Almarhom Ustaz Fadzil Mohd Noor, ianya sentiasa basah dan gemanya berteruan ditelinga saya nyaring dengungnya. Ucapunggap itulah sentiasa saya pinjam guna berbicara dengan anak-anak, setiap hati nurani ini mengingat kepada Almarhom Ustaz.

Detik terakhir aku seorang cokia, mencium tangan dan memeluk Ustaz Fadzil adalah di hari ke2 Muktamar ke 48 di PUTIK Pengkalan Cepa (ketika itu 2 anakku di SM Sains Tengku Mohd Fariz Petra Pengkalan Chepa, dan 2 di MRSM Pengkalan Cepa juga) terakhir dihadiri oleh Ustaz, sambil ia bertanya tentang diriku, isteri dan anak-anakku. Aku maklumkan Ustaz ketika itu, anak kecilku berumur 2 tahun Inshaallah dalam sebulan lagi anak ke 10 akan lahir, sekiranya ianya lelaki anak nak boh namanya Fadzil Noor Bin.....Ummi ni semuanya perempuan, Inshaallah kalau lelaki ana nak boh nama Ustaz.

Ketika Ustaz di timpa musibah sakit terakhirnya, aku dah jangkakan pasti aku tidak dapat berkunjung menziarahinya, melainkan abang iparku beberapa kali menziarahinya dan melaporkan aku dengan hp nya. Petang Sabtu 22 Jun 2002 bersamaan 9 Rabiulakhir 1423 aku membawa dan mengiringi isteriku yang sakit cukup masanya untuk bersalin ke Hospital K. Bagi yang berumur 42 tahun untuk bersalin anak ke 10 ianya memerlukan ketabahan berdepan semua dugaan Allah akan Rahmat dan belaskesian Rahimnya. Isteriku dibawa ke Dewan Bersalin jam 8.15 malam dan selamat bersalin jam 11.30 malam, bayi perempuan selamat sejahtera dilahirkan.

Jam 1.45 pagi pagi bererti hari Ahad 10 Rabiuakhir 1423 bersamaan 23 Jun 2002, isteriku dibawa keluar dan dimasukkan ke WAD9 B1. Sebaik saja aku azan dan kamatkan putriku, aku menceritakan keadaan sebenar mutakhir ketika itu kesihatan Ustaz Fadzil yang kami sebelum itu sejak di HKT kami mendapat berita MJJ. Isteriku kata nak boh macam mana nama Ustaz Fadzil anak kita perempuan. Boleh, Inshaallah abang namakan anak kita (3 jam umurnya) Nur Fadzilah. Kami gembira dengan kelahiran anak ini, Alhamulillah.10.45 pagi aku menerima panggilan phoned dari abang iparku Dr Z, ia cuma menangis terisak-isak, tanpa berkata apa-apa. Aku merumuskan sudah tentu Ustaz Fadzil sudah meninggal dunia. Terus ia matikan phonenya.

Aku kembali menghubungi abang iparku Dr Z yang bertugas di GH KL ketika itu. Terus aku berkata ustaz dah meninggal? Ya! Ustaz Fadzil dah meninggal jam kira-kira 10.30 pagi tadi. Macamana Kiah dan bersalin? Dah jam 11.25. Kelahiran anakku dan meninggalnya Almarhom Ustaz Fadzil Noor dalam masa selang jarak masa kira-kira 10 jam berselang, ianya amat memilukan. Besarnya anakku Nur Fadzilah Tahun 1 bererti tidak beberapa bulan lagi genaplah 7 tahun almarhom Ustaz meninggalkan kita. Kian berumurnya anaku Nur Fadzilah bererti setiap itu kian jauh Almarhom Ustaz dengan kita. Setiap tahun hari lahir anakku, setiap itu lintasan kenangku kepangkuan Ustaz. Alfathah untuk Ustaz.

Ketika diantara Kawasan-kawasan PAS di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak telah tamat muktamar. Ada yang sedang bermuktamar di perengkat kawasan masing-masing dan banyak kawasan maseh berbaki berdepan dengan muktamar. Sesungguhnya muktamar kawasan, muktamar agung ianya adalah medium tahunan sekelian perwakilan yang mewakili cawangan dan kawasan, tampil memperagakan buah fikiran yang mantap, di ketengah dan dibahaskan umpama mengisar padi dilesung kisar atau dilesung hindek untuk mengeluarkan beras yang bernas untuk manfaat dimakan.

Al Quraan dan Hadis Junjungan Rasul adalah pedoman yang wajib diterima dan akur tanpa dipertikai. Maka orang Melayu dengan peradabannya juga mempunyai kiasan dan bidalan. Cuma bagi mereka yang menggunakan budi dan perasaan akan mengerti betapa kiasan bidalan Melayu juga tidak perlu dipinggir dan dihapuskan, biarkanlah ianya beriringan sebagai pecaman pengajaran untuk kita. Kisaran dan pertembungan pendapat semasa bermuktamar, ianya adalah tuntutan dalam penapisan untuk mendapatkan saripati keputusan untuk menjana perjalanan merealisasikan parti bergerak diobit dan real yang diepakatkan. Bukan benda diluar dari keputusan resmi muktamar diputuskan secara solo dalam merealisasikannya.

Sekurang-kurangnya setahun sekali dikalangan ahli-ahli dapat bertemu dan berhimpun dalam tempoh beberapa hari dalam memupuk perteguhkan persaudaraan ukhwah dikalangan ahli-ahli PAS. Fungsi perwakilan adalah bertanggungjawab dan memikul amanah ahli yang diwakili, agar setiap usul dan pengharapan dapatlah diketengah, dirunding untuk mendapat keputusan demi kebaikkan dan kesejahteraan ummah sejagat. Perwakilan wajarlah tidak menjadikan modium muktamar sebagai rehlah biasa sekadar bersukaria, membeli belah berjumpa kawan-kawan lama sahaja. Atau sekadar ditonjolkan diri menjadi pemidato hebat berdebat berhujah menyanggah seperti harimau lapar atau pula menjadi penglipurlara bahan ketawa.

Perwakilan wajar menumpukan perhatian dan fokas menjana minda perkasa memertabat serta mendaulatkan Islam menerusi PAS pada resolusi kearah panduarah, mendenai perjuangan sehingganya penyudah di Muktamar Agong PAS Ke 53 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi di Stadium Melawati, Selangor Darul Ehsan. PAS Selangor sebagai tuan rumah selepas Perak tahun 2008. Samada muktamar itu mendatangkan kebaikan dan faedah keatas setiap perwakilan atau sebaliknya, bergantung kepada niat dan pengesahan dalam merelaisasi memenuhi bunga tari dalam gelanggang muktamar. Inshaallah.

Untuk apa dan tujuan apakah kita bermuktamar? Apakah natijah kita PAS bermuktamar, adalah bermatlamat umpama menggunakan sebilah pisau yang tajam berbisa untuk membelah tembikai, sebaik dibelah dan dijorong-jorongkan serta difaraid mengikut kekuatan yang memukul tembikai gergasi tersebut. Diberi kepada faraid mengikut sukaaku bukan faraid diajarkan Allah dan RasulNya? Kerana Bukit Uhud dan Gunung Keriang sudah ditangan dan dijangkkan seluruh bukit di Malaysia dalam PRU13 nanti dapat ditawan, makanya sebiji tembikai besar ini (PAS) wajib dijadikan rebutan oleh pemilik-pemilik yang rakus? Sudah tanda-tanda titik-titik tersebut akan bercantum menjadi garis, apakah itu garis pemisah, garis pembelahan?

Sekalipun para perwakilan yang dipileh ke muktamar kawasan dan kemuktamar pusat, bukanlah jenis perwakilan cokia yang buta Al Quraan dan buta Hadis Junjungan Rasulallah SAW hatta butta intelek dan buta minda. Seperti saya saorang blogger cokia popia kaki lima atau kudong terus tidak berkaki seperti Merbau Kudong. Menulis membicarakan tentang muktamar, walau sesiapa tidak memintanya. Sudah tentu oleh kerana PAS parti halal dengan motto ”PAS FOR ALL” yang memerlukan jenis manusia menganggotainya, bukan dari jenis Jin Islam untuk menganggotai PAS, kalut bagaimana nak bermuktamar, kerana tak dapat keleh diantara kedunya, kalau Jin islam menganggotai PAS.

Maka manusia dari jenis blogger cokia popia berhak memperkatakan sesuatu sehubungan dengan PAS dan para muktamarnya. Inshaallah. Setitik ilmu diterima blogger cokia popia ini dari Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah ayahnda kepada Almarhom Tuan guru Haji Lah (Abdullah) menantu kepada Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban (mantan KD Ulamak PAS awal-awal dulu), maka saya peturunkan untuk peringatan khusus kepada saya untuk melakar bukilan tinta ini, dengan ilmu Allah dan Rasul saya derima dari Tok Guru Ayah Mea, iaitu:-

Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.
Surah al-Baqarah ayat 124:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. "
Matlamat kita bermuktamar adalah untuk menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran PAS, skop perjuangan, matlamat dan fokas menangani isu semasa dengan penuh hikmah. Bukanlah didalam muktamar pusat yang akan diadakan sebagai gelanggan kecam mengecam, tuduh menuduh, dengan label dan brand yang memanaskan cuping telinga dan berdentum dikalbu. Janganlah kita jadikan lidah musuh dalam apa bentuk sekalipun sebagai alat ampuh bahan hujag fitnah untuk bertujuan menjatuhkan antara kita dengan kita yang akhirnya menjadi bahan ketawa musuh lawan kita yang sebenar. Ingatlah semua hli-ahli PAS dan penyokong sekutu PAS adalah: KITA KAWAN; BUKAN LAWAN.

Wahai perwakilan sekelian jadikanlah diri anda semua sebagai pemimpinn dan perwakilan yang berintegriti dan mengerti mengenali antara musuh dengan sahabat. Janganlah wahai perwakilan sekelian, anda jadikan Muktamar Agong ke 53 ini, umpama anda mengambil sebilah pisau yang beracun; belah temikai dan dijorong-jorongkan. Ingatkanlah pesanan rintihan terakhir Almarhom Ustaz Fadzil sebagimana diawal mukadimmah nukilan ini.

DUN PENANTI : NAJIB DIHANTUI BAYANGAN MAHATHIR


Bukan sekadar hantu Altantuya sahaja yang mengekori Najib, mamanda tua yang sudah lebih 5 tahun meninggalkan kerusi PM pun tumpang menyebuk sama...tak percaya pembaca baca cerita dibawah...Sebenarnya sapa memerintah sapa sebenarnya ???? Alahai makin punah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini...

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia memimpin jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Penanti di Pulau Pinang, menurut laporan-laporan media tempatan semalam.

Ini sedang penyokong beliau, yang kembali menyertai Umno awal bulan ini, terus mengenakan tekanan ke atas presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya tidak meneruskan cadangannya agar BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kata laman berita dalam talian The Malaysian Insider.

Dr Mahathir percaya beliau boleh mengalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kubu musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat umum PKR dan ketua pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

DUN Penanti terletak dalam kawasan undi parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar.

Malah, mesej itu telah disampaikan penyokong Dr Mahathir kepada beberapa pemimpin BN.

Kelmarin, sehari selepas Datuk Seri Najib, yang juga perdana menteri baru Malaysia, mengumumkan idea BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti, Dr Mahathir menggesa beliau membatalkan ideanya itu.

Dr Mahathir berhujah langkah mengaku kalah kepada pembangkang adalah satu tanda kelemahan.

The Malaysian Insider sejauh ini difahamkan Datuk Seri Najib dan kebanyakan pemimpin BN masih berpendapat tiada faedah bagi mereka bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Minggu lalu, Mohammad Fairus Khairuddin, daripada PKR, yang telah meletak jawatan sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang ekoran dakwaan rasuah, meletak jawatan sebagai Ahli DUN Penanti.

Ini mewajibkan pilihan raya kecil diadakan. Ia pilihan raya kecil kelima sejak Mac tahun lalu.

Dengan adanya kebimbangan mengenai 'keletihan pilihan raya', Datuk Seri Najib mengkritik pembangkang dengan dakwaan mereka menggunakan proses pengundian bagi tujuan politik dan ia membazirkan wang rakyat.

Pemimpin PR menyerang balas dengan mendakwa BN takut menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, berkata kekalahan BN kepada PR dalam empat pilihan raya kecil berturut-turut sebelum ini - di parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau - menyebabkan ia tidak yakin untuk terus bertanding.

'Tindakan itu didorong keadaan politik semasa, dengan mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara BN tumpas secara berturutturut seperti itu,' katanya ketika dihubungi laman berita dalam talian mStar Online, milik akhbar The Star, semalam.

Kenyataan Dr Mahathir pula menunjukkan beliau bimbang BN dan Umno dicap demikian jika mereka enggan bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti dan ini akan melemahkan semangat parti pemerintah itu.

RAKYAT TAK TOLAK BARISAN NASIONAL TAPI........

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.

Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat.

p/s : Itulah kata Najib, tapi hakikatnya sudah 4 kali PRK Kecil diadakan telah membuktikan bahawa rakyat sememangnya menolak BN cuma Najib sahaja yang masih terawang-awang dengan mimpinya. Inilah hakikat yang tidak dapat diterima oleh Najib sendiri.....Kita semua ada akal, jadi gunakan sebaiknya untuk kita semua berfikir...oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita melakukan tranformasi besar-besaran di Melaka pada PRU 13....

GAMBAR MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA ANAK-ANAK MELAKA DI PERANTAUAN

Majlis Minum Petang Bersama Anak-Anak Melaka Yang Berada di Perantauan
Anjuran BPPNM dan PERAWAN
Tarikh : 18 April 2009 / Sabtu
Masa : Jam 3.00 petang
Vip yang hadir : YB. Dato' Paduka Husam Musa, YB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin, Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, Ustaz Abd Ghani b Shamsudin
















Sabtu, 18 April 2009

Ramai Tak Sedar, Yahudi Berada di Pulau Pinang-Malaysiakini

Bila kemuncak Perang Dunia 1, lebih ramai Yahudi berhijrah ke tanah Melayu sehinggalah Perang Dunia ke-2 di mana mereka telah berpindah ke Singapura kerana khuatir di penjara dan diseksa oleh Jepun. Hingga tahun 1963, hanya tinggal 20 orang Yahudi di tanah Melayu. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan.



Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi. Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman. Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM.


Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. Hingga kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Pulau Pinang dan kebanyakan dari mereka adalah pelarian dari Rusia. Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang.

Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.

Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersih dan diselenggarakan hingga kini. Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.

Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka.

Semasa pendudukan British di tanah Melayu, ada juga Yahudi yang dilihat bekerja bersama dengan British seperti Eliaho Hayeem Victor Cohen, seorang Leftenan dari rejimen ke-9 askar British Hindia dan terbunuh pada 10 Oktober 1941:

"The graves of the Cohens are located separately from the main group of graves on the north-eastern corner of the cemetery and it includes the grave of Eliaho Hayeem Victor Cohen, a Liutenant with the 9th Jat Regiment of the British Indian Army killed in an accident on October 10, 1941. It is the only grave in the cemetery that is maintained by the Commonwealth War Graves Commission [5]. The cemetery is itself managed by a board of trustees established and registered in 1885. With the descendants of the current trustees residing outside Malaysia, the maintenance of the trusteeship is uncertain."

Cohen@Kohen pula ialah jawatan dalam Yahudi yang mirip paderi Kristian. Kohen ialah "a direct male descendant of the Biblical Aaron, brother of Moses.". Namun begitu, nama Aaron juga digelar Harun dalam Islam (adik beradik kepada Nabi Musa). Pangkat Kohen juga berkait rapat dengan Temple of Soloman (dikatakan, kuil ini akan dibina semula di atas tapak Masjidil Al-Aqsa yang sedia ada). Dan, pangkat Kohen bukan sebarangan. Soalnya, apa yang menarik minat Yahudi untuk menetap di Malaysia? Sedangkan, pada awal 1900an, 1940an, 1960an, Malaya@negara Malaysia bukanlah maju seperti negara-negara barat yang lain pada waktu itu. Dan, kubur salah seorang yang berpangkat Kohen terdapat di Pulau Pinang.

Namun, saya berpendapat bahawa, Yahudi tersebut tidaklah bekerja dengan British, sebaliknya British yang bekerja untuk mereka. Mereka datang hanya memantau kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh British. Dan konsep ini serupa saja pada zaman moden ni di mana US dan UK saja yang sentiasa berada di barisan hadapan baik semasa peperangan mahupun Press Conference, manakala Yahudi pula 'mengawal dan mengarah' dari belakang."

`Wallahu A'lam`

Menteri Besar Kudeta Tak Boleh Hadir Sidang DUN -Hanipa -Malaysiakini

Mohamad Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan
.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.