Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 31 Mei 2009

DEWAN PENYOKONG PAS

PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam. Image

Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama. Image

"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya. Image

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.

Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang

PENANTIAN BERAKHIR

Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Tahniah buat semua pengundi Dun Penanti .. makkal sakhti .. salam perjuangan Takbir!!!!!Allahu akbar

Sabtu, 30 Mei 2009

POLITIK BANGAU OH BANGAU

(-Ular oh ular mengapa engkau makan katak?
-Aku makan katak sebab itu memang makanan aku.)

Situasi politik hari ini sudah melalut. Sudah timbul bermacam-macam isu terutamanya di Perak. Antara BN dan PR nampaknya sudah semakin kusut. Berlaku sedikit jangkitan di Kedah dan di Selangor. Kita mungkin hanya melihat kepada situasi semasa, yakni apa yang sedang kita saksikan kini. Kita lupa bahawa keadaan yang semakin membarah kini hanyalah kesan lanjutan dari PRU12 dulu. Kini kita melihat akibatnya. Sepatutnya kita kena menoleh kepada faktor punca atau asal usul terjadinya.

Dalam Bangau oh Bangau, disebutkan natijahnya satu persatu terlebih dahulu hingga kadang-kadang terlupa kepada faktor puncanya terjadi. Ini kerana faktor punca kepada semua angkara itu di sebut paling akhir. Leher Bangau panjang, ikan tak timbul, rumput panjang, kerbau tak makan rumput, kerbau sakit perut, nasi mentah, api tak mahu hidup, kayu basah, hujan turun dan katak panggil hujan, ini semua adalah masaalah atau natijah. Punca kepada segala masalah itu ialah ular. Ular pula tidak boleh berbuat apa-apa kerana katak itu memang makananya. Ular tak dapat mengelak kerana itulah sifat ular iaitu makan katak. Sesuatu yang menjadi sifat semula jadi memang sukar untuk diungkai.


Melihat kepada berbagai situasi negatif yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini, terutama dalam aspek politik kita kenalah menoleh kepada PRU12. Bermula dari penolakan rakyat kepada BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan termasuk Wilayah persekutuan. Hanya Wilayah persekutuan tidak membentuk Kerajaan Negeri kerana tiada DUN. Wajar sekali kita melihat kepada faktor PRU12 kerana dari situlah ianya bermula. Tetapi nampaknya faktor itu tidak langsung diambil perhatian.


Keadaan politik kusut ini masih belum nampak jalan penyelesaian. Tidak mustahil akan berlarutan, yang entah bila akan tamat secara tuntas. Perlu juga diingat bahawa rakyat umum semakin jelak dengan gelagat dan telatah orang politik yang asyik berkrisis. Rakyat umum semakin bosan dan meluat. BN berkuasa PR ganggu, PR berkuasa BN pula ganggu. Saling tunding menunding tidak berkesudahan yang masing-masing mendakwa bahawa merekalah dipihak yang benar.

MAHKAMAH BETUL ??-Malaysiakini

  • Bila Mahkamah tinggi memberikan kemenangan kepada DS Nizar, kita kata Mahkamah betul.
  • Bila Mahkamah rayuan memberikan kemenangan kepada DS Zamry selaku MB yang sah, kita kata Mahkamah tidak betul.
  • Sebenarnya yang tidak betul kita. Pemikiran kita.
  • Begitu juga dengan akhbar Utusan Malaysia.
  • Bila Utusan Pro Kita, kita kata Utusan sudah berubah, bila Utusan hentam kita, kita kata utusan talibarut UMNO.
  • Mungkinkah kita mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO. Menyebabkan sistem yang dibuat UMNO seolah-olah menjadikan kita seperti lalang.
  • Sebab itu persepsi kita kepada UMNO mesti tepat. UMNO tak mungkin dapat mempermainkan kita dan pemikiran kita.
  • UMNO masih berkuasa. Mereka akan gunakan kuasa untuk kekal berkuasa.
  • Cuma mereka leka dengan kuasa Rakyat dan kuasa dari yang Maha Esa.\
sumber : Adlyzahari

SAMPORNA YANG MASIH TAK SEMPURNA - Malaysiakini

Terasa nak buat sikit catatan perjalanan saya ke sabah baru - baru ni. Pada 15 hingga 18 mei saya sempat mengikuti rombongan lembaga pengarah Pasti sambut Hari Guru Kebangsaan di Tawau. Kemudian sempat ke Semporna sebelum kepulau Sipadan yang dikataka 7 tercantik di dunia.

Semporna ahli parlimennya ialah seorang menteri bernama Shafie Apdal dan sekarang merupakan naib presiden Umno diamanahkan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri kedah kononnya untuk rampas semula kerajaan yang hilang.

Apa yang tak sempurnanya ialah pembangunan yang dicanangkan oleh Umno hampir tak berlaku si sana, ala pekan koboi. Rakan - rakan yang berkhidmat di sana kata Semporna adalah kawasan yang paling mundur di Sabah. Apa sudah jadi........ Macam mana nak rampas kedah yang jauh lebih maju dari Semporna..........

sumber : Minda KPPNM

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke ??- Malaysiakini

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung.Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya?Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke.Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'.

Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ.
Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'.Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya.

Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung.Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti.Akibat daripada sifat suka berkaraoke, budaya ini diserap sehingga ke jabatan dan Perbadangan milik Kerajaan Negeri (PKNM) dan AJK sektor Industri.



Apa kaitan Industri dan Perumahan dengan Karaoke?


Di atas nama "Ekspo Industri Asas Tani", yang sepatutnya memberi manfaat kepada golongan Tani, ianya dijadikan platform berkaraoke.

klik untuk zum.

Jika anda perhatikan, "Tarian Poco Poco", ditambah "Bersama YB".Saya pun tak tau jenis apa tarian Poco Poco itu, tetapi kalau cari di youtube, jumpalah tarian itu.Nasib baik YB UMNO tak pandai shuffle, kalau tidak, mahunya di suruh adakan "Shuffle Bersama Hassan Rahman"Agak pelik juga melihatkan Hedonisme UMNO Melaka, kerana ia melibatkan "lagu lama", Suatu ketika dulu, mereka sibuk dengan "Irama 60 an".

Maklumlah yang berkaraoke bukannya muda sangat.Hedonisme di Melaka berada di tahap serius. Sehinggakan di MYDIN, pun ada "MYDIN Idol".Memperkenalkan Bapa Hedonisme UMNO Melaka ....


Ekspo Industri Asas Tani Jadi Medan Judi HARAM

Saya ada cerita tentang bagaimana "Asas Tani" dipergunakan untuk memuaskan Nafsu Hedonisme berkaraoke.Dalam program itu ada program "Cabutan Bertuah".Rupanya ianya satu perjudian yang nyata.


Sekeping tiket dijual pada harga RM 3, dan mendapat nombor.Barah sosial sudah melarat, sehingga judi boleh dilakukan secara terang-terangan, menggunakan Agensi kerajaan iaitu FAMA:Saya pun tak faham bagaimana Perjudian, dan Hedonisme dapat membantu para Petani.Mungkin YB Tey boleh persoalkannya di sidang DUN nanti.

sumber: http://hasbullah.pit.my

Isnin, 25 Mei 2009

MUNGKINKAH IA BAKAL BERLAKU PADA 2010 ??-Malaysiakini

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Sumber : http://rusli-islam.blogspot.com/2009/05/ydp-agong-pecat-najib-daripada-jawatan.html Imbang Penuh

BN & POLITIK:PERKARA BIASA -MR.LIM

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) patut menganggap kejadian politik yang terjadi di Malaysia 'perkara biasa' yang tidak perlu dikelam-kabutkan.

Tetapi, apa boleh buat Barisan Nasional (BN) masih tidak boleh terima 'perkara biasa' yang ditentukan oleh rakyat apabila kalah pada lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sebelum itu ujarnya, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Umno dan BN tidak pernah hirau apa yang berlaku terutamanya senario politik tetapi selepas mendapat tamparan hebat kalah banyak kerusi mereka bertukar kepada tidak dapat menerima hakikat.

"BN patut anggap perkara biasa apa yang terjadi di Malaysia, mereka kena anggap perkara biasa kalah di lima buah negeri, tidak bertanding di Penanti, hilang majoriti pun perkara biasa, setiap kali BN sertai pilihan raya kecil kalah pun perkara biasa dan BN patut adakah pilihan raya seluruh Perak pun satu perkara biasa yang patut diterima, " jelasnya ketika ditemui di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) Penanti semalam.

Menyentuh mengenai keputusan kahakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya beliau menambah, jika mahkamah memihak kepada Pakatan Rakyat pun jalan paling baik ialah bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serah pada rakyat menentukan kerajaan mana yang mereka inginkan.

Kuasa siapa yang berhak menerajui kepimpinan Perak sambungnya, bukan terletak pada dua atau tiga orang hakim sebaliknya terpulang pada rakyat yang telah memberi mandat pada pilihan raya umum lepas.

Jika Menteri Besar 'haram' Perak, Dr Zambry Abdul Kader menang beliau juga harus mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan BN atan Pakatan Rakyat yang akan jadi pilihan rakyat.

"Peliknya BN tidak boleh anggap semua kejadian politik perkara biasa sebaliknya mahukan mereka menang sahaja. Jika kalah mereka akan buat seriba macam usaha merampas kembali walaupun rakyat telah menolak mereka dalam semua aspek, " tegasnya.

Ahad, 24 Mei 2009

SATU PRK TANPA BN

Terima kasih Barisan Nasional (BN) kerana tidak bertanding di Penanti kerana ia memberi laluan mudah untuk Parti keadilan Rakyat (KeADILan) mempertahankan kerusi di situ, " ujar Ketua Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim.

Beliau ketika ditemui di hari penamaan calon pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM), Penanti menambah, pengunduran diri Barisan Nasional (BN) bukan sahaja memudahkan kempen bahkan terbukti kegawatan BN makin parah.

Jelasnya lagi, namun walaupun laluan agak mudah tetapi penerangan kepada rakyat tetap di teruskan ke kampung-kampung atau taman bagi tujuan menyedarkan mereka tentang kepentingan pilihan raya yang diadakan.

Katanya,Pakatan Rakyat mahukan rakyat dilatih dengan sistem demokrasi yang sah maka kemasukan dalam pilihanraya boleh meningkatkan lagi pengaruh parti yang menyertainya.

"Insya-Allah bila menang nanti kita akan teruskan kerja kerajaan yang kian banyak maklumlah kita mempunyai kerajaan yang seimbang dan telus, " jelasnya.

Tambahnya, untuk mencapai hasrat itu bukan sahaja memerlukan gabungan tenaga bersama bahkan memerlukan kesatuan fikiran.

MASJIDIL AQSA : TINDAKAN SEGERA

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) merasakan keprihatinan dan kebimbangan yang tinggi kepada nasib Masjid Al-Aqsa yang kini semakin terancam dan diambang kemusnahan akibat aktiviti bawah tanah oleh Zionis Israel.

Menurut Ketua Penerangan AMK Selangor,Mohd Ezli Mashut, berita-berita terbaru yang terpampang di media-media utama negara ini dan antarabangsa memberikan satu gambaran tragis bakal berlaku kepada Masjid Al-Aqsa jika tiada usaha pantas dan bersepadu digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

"AMK Selangor menggesa agar Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan yang aktif dan berani untuk mengusulkan isu ini di peringkat dunia Islam dan antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia juga disaran menggerakkan usaha bersepadu di peringkat antarabangsa bagi memastikan Zionis Israel tidak meneruskan aktiviti-aktiviti penggalian terowong bawah tanah yang merancang untuk memusnahkan terus Masjid Al-Aqsa tersebut secara semulajadi jika berlaku gegaran gempa bumi atau seumpamanya,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya,AMK Selangor berharap agar desakan untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam ini mendapat sokongan dan dokongan kuat semua pihak di negara ini daripada semua parti politik, NGO, kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Isu ini diketengahkan kerana ianya adalah satu isu antarabangsa dan kemanusiaan yang melangkau batas sempadan bangsa, agama dan negara. Tindakan biadap Zionist Israel adalah satu ancaman yang berbahaya kepada seluruh umat manusia di dunia ini,"katanya.

Selain itu beliau berharap,Perdana Menteri Malaysia akan memanjangkan isu keselamatan dan nasib Masjid Al-Aqsa di peringkat antarabangsa semasa kunjungan beliau ke luar negara.

"Kita juga berharap semasa lawatannya ke China kelak, Perdana Menteri dapat mengemukakan isu ini agar China selaku salah satu kuasa besar dunia baru juga dapat memberikan tekanan kepada pihak Israel agar serius dan serta merta menghentikan apa jua aktiviti yang boleh mengancam dan menjejaskan struktur Masjid Al-Aqsa ini,"jelasnya lagi.

Di samping itu,katanya,"AMK Selangor juga berharap semua pertubuhan politik di negara ini juga dapat menjadikan isu ini sebagai satu isu serius antarabangsa yang utama ketika ini."

Menurutnya, perbezaan fahaman dan politik yang berlaku di negara ini tidak wajar dijadikan penghalang dan tembok untuk bersama-sama bergerak dalam satu suara rakyat Malaysia untuk menghentikan rancangan jahat pihak Zionis Israel yang memang jelas merancang untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa ini bila-bila masa sahaja ketika umat Islam dan masyarakat dunia difokuskan kepada masalah ekonomi dan kewangan dunia.

"AMK Selangor berkeyakinan bahawa semua rakyat Malaysia boleh bersama-sama dalam mendesak kerajaan Malaysia agar aktif dan berperanan besar dalam menggerakkan kesedaran global kepada nasib Masjid Al-Aqsa ini,"katanya lagi.

Ujarnya, dunia pastinya tidak mahu melihat peristiwa tragis kemusnahan Masjid Al-Aqsa angkara konspirasi jahat Zionis Israel ini daripada berlaku.

Tambahnya, resolusi PBB tidak akan lagi mempunyai erti dan makna lagi jika perancangan konspirasi Zionis Israel ini mencapai kejayaan.

"AMK Selangor mengajak semua pimpinan parti politik, NGO dan pihak kerajaan menjadikan isu antarabangsa nasib kemusnahan Masjid Al-Aqsa mendapat liputan dan perhatian dunia antarabanga.

"Sudah tiba masa dan ketikanya sekali lagi di waktu kita berbeza pandangan dan pendapat di negara ini, kita seiringan dan senada satu suara menggerakkan dan menyedarkan dunia mengenai satu lagi kezaliman dan perancangan konspirasi jahat Zionis Israel,"tegasnya

TIADA PEMISAH ANTARA ULAMA-PROFESIONAL

Tiada pemisahan di antara golongan ulama dan profesional di dalam PAS.Demikian tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika perasmian penutup Sambutan Jubli Perak Ulama' di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak semalam.

"Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama' dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita," katanya.Baliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

"Jika hubungan ini renggang, ianya akan dikacau oleh pihak tertentu sepertimana pihak media yang sering cuba untuk memperdayakan kita dengan maklumat yang salah," ujarnya.

Sementara itu, program sehari anjuran Dewan Ulama PAS Pusat itu turut menggariskan beberapa resolusi.Antaranya ialah berusaha untuk memperkukuhkan kepimpinan ulama serta memastikan kesinambungannya terpelihara.Di samping itu, turut digariskan juga adalah kepimpinan secara jamaie juga merangkumi kepelbagaian tokoh dan bidang bagi menerajui parti selain memperteguhkan prinsip syura dalam membuat keputusan.

Dalam majlis yang sama, empat orang dianugerahkan sebagai tokoh sempena sambutan jubli perak dewan ulama PAS.

Mereka terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, DAto' Mustafa Ali; bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hasan Shukri dan kolumnis Harakah, Subky Latif.Kira-kira empat kertas kerja dibentangkan dalam seminar sehari yang dihadiri kepimpinan di peringkat tertinggi sehingga ke kawasa

Rabu, 20 Mei 2009

CALON-CALON PEMILIHAN 3 SAYAP UTAMA PARTI

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

ImagePengumuman dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raya Laut pada 18 Mei bersama anggota jawatankuasanya, termasuk Timbalan Pengerusi, Ustaz Hassan Shukri.

Beliau turut memaklumkan agar penama yang dicalonkan menjawab secara bertulis borang pencalonan yang akan diserahkan sebelum 25 Mei ini.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diumumkan Mustafa.

DEWAN ULAMA

Pengerusi Tetap

1. Hamdan Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Mohd Nazir Zakaria
Image

Ketua

Dato' Harun Taib

Timbalan Ketua (2)

Hashim Jasin
Dato' Ahmad Yaakob

Naib Ketua

Dato' Mahfodz Mohamed (

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama (40)

Abdullah Abdul Razak
Abd Rashid Abd Rahman
Abdullah Husin
Abdul Ghani Samsuddin
Abu Bakar Abdullah
Ahmad Awang
Dato' Ahmad Yaakob
Azizan Md Desa
Dr Badruzzaman Yusuf
Hassan Mohamood
Hashim Jasin
Dato' Husin Awang
Ismail Osman
Jaliluddin Abdul Wahid
Yahya Othman
Soied Din
Mohd Zain Abdul Rahman
Taib Azamuddin Md Taib
Nik Mohd Zawawi Salleh
Shuib Mad Amin
Salleh Sani Harun
Zulkifli Ismail
Khirul Muntanazar Ismail
Yussainee Yahya
Zulkarnain Abidin
Salehen Mukhyi
Nik Razi Nik Mat
Mohd Zainul Asri Mohd Ramli
Mohd Amir Omar
Dato' Muhammad Daud
Yaakob Husin
Hassan Alias
Nurul Khalil Rosli
Dato' Hassan Mohamad
Ismail Noh
Dr Osman Sabran
Mokhtar Sarip
Muhammad Mustafa
Zulkarnain Hassan
Mokhtar Senik

Pemeriksa kira-kira (6)

Abdul Rashid Dail
Ibrahim Omar
Isa Jantan
Khairil Saad
Mohd Noor Md Zain
Nordin Ayob
Image

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap (2)

Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa

Ketua Pemuda (2)

Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)

Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
Ahmad Baihaki Atiqullah
Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)

Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
Zaki Ibrahim

DEWAN MUSLIMAT PAS

Pengerusi Tetap (3)

Noraini Hussin
Nor Hashimah Deraman
Wan Hamidani Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap (6)

Faizah Ismail
Norhafizah Musa
Wan Hamidani Wan Ahmad
Rosnah Abdullah
Nor Hashimah Deraman
Aida Yusof Rawa

Ketua Muslimat (4)

Dr Asiah Ali
Azizah Khatib Mat
Nuridah Salleh
Siti Mariah Mahmud

Timbalan Ketua Muslimat (4)

Azizah Khatib Mat
Siti Mariah Mahmud
Siti Zailah Yusof
Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua Muslimat (3)

Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Wan Ubaidah Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja (39)

Salamiah Mohd Nor
Dr Rosni Adam
Salbiah Wahab
Dr Najihatus Soleha Ahmad
Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Khadijah Mahmud
Maznah Taib
Toh Puah Fatimah Zainab
Wan Fatimah Wan Teh
Siti Mariam Othman
Munirah Atirah Hassan Adli
Wan Maseri
Dr Khatijah Jumangat
Wan Ubaidah Omar
Aishah Ghazali
Dr Halimah Ali
Azizah Khatib Mat
Sapinah Jusoh
Mastura Mohamad
Teh Izanuri Jamaludin
Aiman Atirah al Jundi
Nuridah Salleh
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
Kintan Osman
Wan Hasrina Wan Hassan
Zaroni Othman
Dr Siti Mariah Mahmud
Rosiah Salleh
Norlia Abdul
Norazliza Abd Laitf
Dr Asiah Ali
Nurul Huda Yusof Rawa
Norhayati Bachok
Amizan Baharuddin
Rosnah Abdullah
Nor Wani Ahmad
Norhanim Ismail

Pemeriksa Kira-kira (8)

Basmatul Uyun Yusuf
Wan Hasna Wan Ismail
Fauziah Yaacob
Farah Ahmad
Asmah Sarojee
Hasmah Durani
Norliza Abd Latif

AKHIRNYA, KHIR TOYO DIGANTUNG

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

khir toyo and selangor state assemblyEkoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

PAS MENGORAK LANGKAH

PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Siasahdaily..

FAKTA-FAKTA MENELANJANGKAN KATAK BEHRANG

Oleh: Jantantuya

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapangpun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

dari blog
bypass308.blogspot.com

SUMBER : CINA ISLAM

Selasa, 19 Mei 2009

SEMOGA PAS JASIN MEMBAWA SATU PERUBAHAN

Alhamdulillah mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin kali ke 42 selesai sudah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tn Haji Muhamad bin Sabu. Turut mengiringi beliau ialah TPJ 1 PAS Negeri Melaka, Sdra Adly Zahari.

Untuk kali ini hampir 60 peratus ahli jawatankuasanya terdiri daripada muka baru. Keputusan dengan melakukan sistem syura bagi 3 jawatan tertinggi PAS Kawasan Jasin adalah jalan yang terbaik. Tahniah kepada Mejar (B) Tuan Haji Jasme bin Tompang yang mengekalkan jawatan YDP PAS Kawasan Jasin serta Akhi Yuhaizad bin Abdullah serta Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek dimana mereka diamanahkan menggalas jawatan TYDP dan NYP. Semoga PAS Kawasan Jasin akan terus maju kehadapan dalam usaha memperkukuhkan dasar Islam yang menjadi ketetapan kita semua. Salam ukhawah dan salam perjuangan






Isnin, 18 Mei 2009

DACS MELAKA APA KABAR ??

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjadikan sukan sebagai medium dakwah bagi menarik belia menyertai kegiatan keagamaan anjuran pelbagai agensi berkaitan agama berikutan kekurangan penyertaan golongan itu dalam program berkenaan sebelum ini.

Menterinya, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata kegiatan keagamaan anjuran agensi berkaitan agama kurang mendapat sambutan belia seolah-olah wujud penghalang untuk mereka menyertainya.

Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada anggapan belia bahawa program keagamaan hanya tertumpu kepada Kelas Fardu Ain dan kifayah, ceramah agama dan qiamullail.

“Melalui program sukan, lebih ramai belia menyertai kegiatan agama anjuran jabatan dan agensi kerajaan. Ini memudahkan pendakwah mendampingi mereka.

“Jika remaja boleh berjaga awal pagi untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, kita boleh praktikkan dakwah kepada mereka supaya mengambil air sembahyang walaupun tidak solat sunat.

“Berwuduk pun menerima pahala. Saya percaya perlahan-lahan mereka akan bersolat sunat sebelum menonton bola,” katanya pada sidang media selepas menutup Liga Sukan Agensi Agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini, semalam.

Sebanyak 12 kontinjen mengambil bahagian dalam liga berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) muncul juara keseluruhan.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir berkata, pakaian menutup aurat bukan penghalang untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan sukan seperti yang dibuktikan pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara yang mencatat sejarah selepas memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

NAJIB PUNCA SEGALA-GALANYA

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .

Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.

"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.

"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.

"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.

Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu.

TIADA SUAPAN UNTUKMU DI SELANGOR

Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Anggota Exco, Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.Image

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

Image "Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw

PENANTI : JENTERA PAS DIARAH SIAP SEDIA

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini.

Beliau ketika berceramah bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kampung Pak Elong semalam menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

BN diamanahkan memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih nyata bukan membawa kecemerlangan bahkan memeritkan rakyat dengan berbagai kenaikan yang tidak sewajarnya.

"Datanglah beramai-ramai ke Dun Penanti untuk memberikan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan calon Pakatan Rakyat berjaya di situ. Kejayaanya kelak bukan kejayaan KeADILan sahaja malahan PAS dan DAP, " tambahnya.

PAS dengan bantuan PAS Pulau Pinang akan memberitahu di mana lokasi negeri-negeri akan ditempatkan bersama jentera KeADILan termasuk DAP.

Tambahnya, setelah bersama melaksanakan tugasan yang diberikan semua gabungan Pakatan Rakyat akan merancang strateji bagaimana untuk menjatuhkan pengaruh BN yang telah hampir punah.

BN dan Umno sebenarnya kata Dr Hatta, berada di garisan penamat untuk terjun ke lautan dalam maka menjadi tugas Pakatan Rakyat menolak parti itu bersama rakyat yang sudah muak dengan telatah mereka.

"Pilihan raya kecil Penanti merupakan satu lagi peluang untuk menolak Umno maka laksanakan tugas dengan sempurna tanpa ada perasaan tidak puas hati. Yang penting Umno kalah dan terus menderita, " tegasnya lagi.

Sabtu, 16 Mei 2009

MUKTAMAR PAS KAWASAN JASIN

MUKTAMAR PAS KAWASAN JASIN
PADA 16 MEI 2009
HARI SABTU
BERMULA JAM 8.30 PAGI
BERTEMPAT DI KOMPLEKS PAS KAWASAN JASIN(KOMPAJ)
DIRASMIKAN OLEH
TN.HJ. MOHAMAD BIN SABU
AJK PAS PUSAT

Khamis, 14 Mei 2009

PAS MASIH PERLUKAN ULAMA DAN PROFESIONAL

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tidak timbul isu ulama atau profesional yang dipilih sebagai pemimpin parti kerana gabungan dua latar belakang itu mampu mengukuhkan lagi kekuatan Pas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau yakin perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas, Jun ini akan memilih calon yang mampu memimpin parti dan ahlinya dalam urusan dunia hingga akhirat bagi semua peringkat jawatan.

"Zaman Nabi (Muhamad SAW) dulu hanya dia seorang yang alim. Yang lain semua profesional. Lama kelamaan ada gabungan antara ilmu Islam dan profesional.

"Ilmu akademik (profesional) ini yang menjadi dalil kepada kekuasaan Allah. Saya yakin perwakilan akan membuat pilihan pemimpin yang berkemampuan membawa dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui selepas mengumumkan Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darul Naim, semalam.

Isu pemimpin ulama dan profesional timbul apabila Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti itu.

Difahamkan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Umno, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap menolak sebarang bentuk kerjasama termasuk berhubung cadangan kerajaan perpaduan, selagi Umno menolak dasar Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas selama ini.

Katanya, Umno juga tidak dapat memberi sebarang jaminan yang Pas tidak akan disingkirkan, apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) kembali kuat.

Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, kerjasama dengan Umno menyebabkan perpecahan dalam Pas, hingga tertubuhnya beberapa parti serpihan, hingga ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk membaik pulih keadaan.

Walaupun mengakui wujud perbezaan dasar perjuangan di kalangan parti yang menyertai Pakatan Rakyat, namun beliau menghormati perbezaan itu selagi parti dalam pakatan itu menyokong dan menerima dasar perjuangan Pas.

"Itu dia punya pasal (perbezaan dasar perjuangan), bukan parti saya, tapi dia sokong Pas, saya Alhamdulillah," katanya menjawab pertanyaan kesediaan Pas membentuk kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas bercadang mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu, hanya diisi pemimpin bertaraf ulama, pada muktamar yang akan berlangsung di Shah Alam, bulan depan.

Rabu, 13 Mei 2009

MINYAK NAIK LAGI


Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan 'One Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.

Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.
Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.

Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan 'One Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.

Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.

SUMBER: mutaligat

TOK GURU KEMUKA DEKLARASI PERPADUAN NASIONAL

Tanggal 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat. Ramai penduduk menjadi mangsa rusuhan antara kaum. Ia masih diingati sehingga ke hari ini. Mungkinkah peristiwa seumpama itu berulang kembali, seperti yang pernah berlaku di Kampung Medan beberapa tahun lalu.

Ekoran peristiwa itulah kerajaan mengubal Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990). Dan paling menarik apabila PAS dipelawa Tun Abdul Razak Hussien berada dalam kerajaan Barisan Nasional pada 1974.

Mengingatkan peristiwa itu buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari ini.

Sidang akhbar itu dihadiri hampir kesemua anggota Exco kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, sebahagian wakil rakyat, penjawat awam dan pemimpin PAS yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.Image

"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.

"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.

Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.

Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.

Image "Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan

"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah SWT sebagai premis kebahagiaan yang pertama.

Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat

Selasa, 12 Mei 2009

BUKTI HEE YIT FONG PEMBOHONG BESAR - NIZAR VS ZAMRY

Terkini 9.50 pagi:
Di Kuala Lumpur, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

Kata Ku Li :
Beliau menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Aksi Terbaik DUN 7May
Gambar tidak bisa berbohong !!

Alat ini dikenali sebagai ' alat pemadam kebakaran' Anda setuju ??

Ia digunakan bagi memadamkan kebakaran nafsu lelaki ketika aksi perogolan. Tak mungkin YB Aulong itu berminat mahu merogol si Hee ! Jika terkena, anda akan mengalami kematian 'pucuk sementara' . Untuk apa alat ini dibawa masuk ke dalam Dewan ? Bukankah itu sebahagaian barangan larangan yg diharamkan ! Untuk bacaan mantap klik blog rakan wak di sini.

sumber : politik banjar

DASAR YANG TAK PERNAH BERUBAH

Pas tetap mengekalkan dasar kepimpinan ulama seperti diputuskan Majlis Syura pada Muktamar Tahunan Pas 1982 walaupun barisan kepemimpinan parti itu diterajui golongan profesional selepas berakhirnya pemilihan parti bulan depan.

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, berkata dasar Pas yang memperjuangkan Islam tidak akan tersasar jika dipimpin golongan profesional kerana hal berkaitan dasar ditentukan oleh Majlis Syura Ulama.Beliau yang juga calon Timbalan Presiden berkata, perkara berkenaan jelas sudah termaktub dalam perlembagaan dan semua ahli Pas perlu memahaminya tanpa perlu membangkitkan soal latar belakang kepemimpinan tertinggi parti.

"Jawatan tertinggi parti ditandingi secara terbuka dan tidak kira seseorang calon itu golongan ulama atau profesional. Ia kerana akhirnya sebarang keputusan parti akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama terlebih dulu jika ada sebarang kekeliruan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Muktamar Tahunan Pas ke-55 pada Jun ini dijangka menyaksikan perebutan sengit bagi jawatan timbalan dan naib presiden parti itu apabila beberapa tokoh kanannya dicalonkan untuk bertanding mengisi kerusi berkenaan.

Persaingan sengit itu menyebabkan wujud pertembungan antara dua aliran utama dalam Pas iaitu kelompok proulama dengan proPakatan Rakyat Kelmarin, Mesyuarat Majlis Syura Ulama memutuskan pertandingan jawatan tertinggi Pas terbuka kepada semua ahli dan tidak terhad kepada ulama mahupun profesional.Mesyuarat itu bagaimanapun sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan dasar kepemimpinan ulama.

Ketua Dewan Pemuda Pas yang juga calon Naib Presiden, Salahuddin Ayub, berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan menentukan barisan kepemimpinan yang layak menerajui parti.

"Ahli parti perlu berpegang kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menyerahkan kepada perwakilan siapa yang patut berada dalam barisan kepemimpinan parti," katanya.

"Walau siapapun nanti, yang pasti Majlis Syura Ulama akan menjadi pemandu bagi setiap perkara bagi memastikan ia tidak tergelincir dari sempadan yang sepatutnya ahli ikuti," katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berharap ahli parti itu tidak menimbulkan lagi pertikaian mengenai calon yang layak menyandang jawatan tertinggi Pas.

"Kadang-kadang mereka (pemimpin Pas) tidak rujuk dulu dengan perlembagaan. Majlis Syura Ulama sudah putuskan sesiapa saja boleh bertanding dan boleh berada di kedudukan tertinggi parti.

"Calon dari golongan ulama atau profesional boleh memimpin parti, tetapi Majlis Syura Ulama akan membuat garis panduan untuk menentukan kewajaran sebarang keputusan," katanya.

S/U POLITIK DERIS KENA LOKAP

Polis Kontinjen Terengganu mendapatkan waran tangkap terhadap Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana beliau gagal hadir memberi keterangan selepas tempoh tiga hari, berakhir jam 3 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC II) Hamzah Mohd Jamil, berkata Ahmad Ramzi masih tidak menghubungi atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugut bunuh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), bulan lalu.

Hamzah, berkata berikutan itu, polis mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

"Polis memberi tempoh tiga hari bermula Jumaat lalu kepada Ahmad Ramzi supaya ke IPD bagi membantu siasatan dan jika dia gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan.

"Kita juga mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen dan Interpol bagi mengesan Ahmad Ramzi jika dia berada di luar negara. Bagaimanapun, setakat ini polis masih menunggu laporan daripada agensi berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, polis sudah mengeluarkan makluman sejak 25 April lalu kepada keluarga termasuk isteri Ahmad Ramzi yang mengaku tidak tahu suaminya berada.

"Ahmad Ramzi tidak perlu menyembunyikan diri jika tidak bersalah kerana polis hanya mahu mengambil keterangan berhubung kes SMS itu," katanya.

Beliau berkata, polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes berkenaan dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

Hamzah berkata, siasatan yang dibuat setakat ini mendapati SMS ugutan bunuh yang diterima Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Mohd Ariffin Abdullah (Paka) bukan dihantar daripada telefon mudah alih milik Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu.

Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan polis mengenai kes itu dijangka selesai apabila Ahmad Ramzi memberi keterangan.

Pada 13 April lalu, Rosol, Abdul Halim dan Zakaria Abdullah membuat laporan polis selepas menerima SMS yang dikatakan dihantar daripada nombor telefon mudah alih didaftarkan sebagai milik SUSK Menteri Besar.

Berikutan SMS itu, tujuh lagi Adun BN yang bersimpati dengan tiga Adun berkenaan bersepakat tidak hadir pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selagi tidak mendapat jaminan keselamatan polis.

Semua Adun berkenaan bagaimanapun hadir pada hari ketiga sidang DUN selepas diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan jaminan keselamatan daripada polis.

Dalam perkembangan berkaitan, pada 23 April lalu, polis menahan seorang kerani berusia 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta, di Bandar Baru Bangi, serta merampas beberapa peralatan termasuk komputer peribadi lelaki terbabit yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berkenaan.

ZAMBRY KUDETA AKUR KEPUTUSAN MAHKAMAH

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan hati dan fikiran terbuka serta meminta semua penyokong BN dan rakyat Perak bertenang menghadapi situasi berkenaan.

Zambry berkata, beliau dan enam Exconya akan mengambil tindakan mengikut sistem perundangan berhubung keputusan mahkamah itu yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui Setiausaha Akhbarnya, Nizamuddin Mat Isa.

SMS berkenaan berbunyi, Dr Zambry menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.

"Saya serta rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang dan saya menyeru semua penyokong BN serta rakyat Perak supaya bertenang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, berkata sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang arahan dan maklumat lanjut daripada Zambry.

"Sehingga jam 3.30 petang tadi, saya hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon. Zambry memberitahu beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun Umno Ke-63," katanya.

Ketika ditanya berhubung keputusan mahkamah berkenaan, beliau berkata, pihaknya bersedia untuk mengikut perintah mahkamah untuk keluar daripada Bangunan SUK bila-bila masa.

"Kita ikut perintah mahkamah, kalau mahkamah suruh keluar, kita akan keluar. Kita taat dengan perintah mahkamah dan kita tidak ada sebarang masalah," katanya.

Isnin, 11 Mei 2009

SAH !!! ZAMBRY MENTERI BESAR HARAM PERAK


KL: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. / Utusan, Mstar

BERITA SEBELUMNYA

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta menunggu keputusan kes mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

MUKTAMAR DPPNM KALI KE 34 : TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA

Muktamar DPPNM sudahpun selesai. Bagi mereka yang jutaan tahniah kami ucapkan dan harapan kami semua agar mereka yang dilantik dapat manfaatkan segala amanah yang diberi. Tahniah kepada mereka yang berjaya..

Ketua : Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek
Timb. Ketua : Yuhaizad bin Abdullah
Naib Ketua : Mohd Zakuan bin Haron

Exco :
Yuzi Azhar bin Haji Yosof
Haji Shahrudin bin Yusof
Abd Kader bin Dewa
Mohsen bin Jaamat
Abu Khir bin Abu Bakar
Hanim bin Abas
Ust. Shahbudin bin Senin
Ust. Helmi bin Hasan
Ustaz Khairul bin Che Salleh
Ustaz Adnan bin Sulaiman

Tahniah sekali lagi kepada mereka semua....

Kelab Penyokong Pas "Ancam " Bee End -Malaysiakini

Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ia ditubuhkan pastinya 'mengancam' kestabilan politik Barisan Nasional (BN) pada masa depan kata, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru itu katanya secara tidak langsung membuatkan Umno dan BN terasa bahang kemerosotan sokongan makin menghampiri politik sempit yang diamalkan sejak 50 tahun lalu.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20,000 orang seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN.

Kerajaan tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek, " tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa selepas merasmikan 'Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang' di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.

Kata beliau lagi, kemasukan itu berikutan terpengaruh dengan model yang ditunjukan oleh Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan diskriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui oleh Dr Mujahid sendiri menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapan PAS sebuah parti ekstrim yang tidak mahu mendengar serta menerima pandangan atau budaya kaum lain, katanya.

"Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik. Tetapi, hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur, " tambahnya.

Selain daripada faktor politik di Kelantan kata Mohammad Sabu, dialog yang ketara merupakan faktor mempengaruhi kecenderungan mereka untuk bersama PAS atas nama 'PAS For All'.

PAS Pusat juga bertekad akan meletakan status kelab ini ke satu tahap sesuai dengan peranan mereka dalam usaha membantu parti agar masyarakat mereka turut serta memperjuangkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian, katanya.

Sementara itu, Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri menambah, di Pulau Pinang sendiri mempunyai keahlian seramai 2,000 orang.

Paling ramai di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Konvensyen ini katanya, untuk mencari kesepaduan di samping untuk mencari jawatankuasa yang akan memimpin Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

"Saya berterima kasih Dr Oii yang sanggup menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang sehingga hari ini. Untuk membantu beliau mesti ada jawatankuasa yang dapat bekerjasama mencari formula baru setiap masa, " kata Mujahid

Ahad, 10 Mei 2009

Projek BN Hancur

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San mendedahkan bahawa 3 projek Ladang mangga delight kerajaan negeri Melaka menemui kegagalan.

Antara projek ladang mangga delight ialah di Kg Gelam dan Kg Air Barok. Dianggarkan sekurang-kurangnya RM3 juta duit rakyat hangus begitu sahaja lantaran kegagalan projek ini.

YB Goh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada forum Menjana Gelombang 13 anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka di Kompleks PAS Jasin petang tadi.

Kegagalan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri hanya mementingkan projek ini dijalankan tetapi kajian samada projek tersebut berdaya maju atau tidak kurang diberi perhatian. Akhirnya banyak projek kerajaan negeri gagal dan terbengkalai anataranya projek ladang mangga delight, Pulau Melaka dan lain-lain.

Difahamkan projek mangga ini diusahakan dengan bantuan Jabatan Pertanian. Kegagalan projek ini disahkan sendiri oleh Pegawai Jabatan Pertanian ketika dihubungi oleh YB Goh Leong San baru-baru ini.

Ladang Mangga Delight di Kampung Gelam diusahakan oleh Syarikat Petaniaga Sdn Bhd, di mana mangga tersebut di tanam di kawasan seluas 300 ekar sejak sembilan tahun lalu hasil galakan daripada Jabatan Pertanian.

Proses penanaman mangga di kawasan itu membabitkan empat fasa, iaitu fasa pertama bermula seluas 43 ekar, fasa kedua 75 ekar, fasa ketiga 90 ekar dan fasa keempat yang baru bermula seluas 300 ekar.

Terdapat 102 pengusaha yang digabungkan di bawah Petaniaga Sdn Bhd dan mereka mempunyai pegangan saham mengikut kemampuan masing-masing.

Mangga Melaka Delite bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah sudah berjaya menembusi pasaran luar.Namun akhirnya projek ini gagal dan duit rakyat hangus.

Forum Sempena Hari Terbuka PAS Melaka

Semua ahli panel Forum Menjana Gelombang 13 yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN pada PRU 12 dahulu akan tetap utuh malah lebih hebat pada PRU 13 nanti.

Ahli-ahli Panel tersebut ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mereka sepakat bahawa gelombang tersebut akan terus bersemarak walaupun pelbagai usaha dan taktik digunakan BN untuk mempengaruhi rakyat. Antaranya senjata 3R iaitu Race, Religion dan Royal.

Dr Lo' Lo dalam ucapannya menegaskan bahawa walaupun negara mendapat Perdana Menteri baru namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada sokongan rakyat, malah menurutnya rakyat semakin memihak kepada PR.Pendapat beliau turut disokong oleh semua ahli Panel yang yakin bahawa suatu perubahan besar turut berlaku di negeri Melaka walaupun ianya tidak menjadi realiti ketika PRU 12 lalu.

Forum tersebut dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sempena program Hari Terbuka PAS Melaka di Dataran Hamas, Komplek PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor, Jasin.