Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 Jun 2009

REZEKI BUAT RAKYAT KELANTAN

Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.

Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.

Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.

"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.

Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).

Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.

Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).

Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).

"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.

"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.

Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.

"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.

Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.

"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.

"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.

Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan

Jumaat, 26 Jun 2009

BISANYA PEDANG TOK GURU NIK AZIZ

Bisanya pedang Tuan Guru Nik Aziz sekarang ini baru dirasai oleh BN. Sekarang najib merayu dan meringik agar Unity government jangan dikuburkan. Kemudian idea mengenai unity gevornment ini pula sedang mencelarukan pemikiran komponen BN. Patut atau pun tidak UG ini. UG ni rasis atau pun tidak, itulah persoalan yang bermain di kalangan komponen BN.

Sedang TGNA senyum melihat mangsa pancungannya bergelimpangan.


In response to the prime minister’s call to PAS to reconsider unity talks for the sake of Malay-Muslim unity, MCA leaders said any talk about unity should be based on national and not racial interests.

But some MIC leaders believe that there is nothing wrong with Najib’s and Umno’s intentions, arguing that unity among the majority race is integral in ensuring the country’s growth.

MCA leaders like Datuk Seri Liow Tiong Lai, the party’s vice president, did not want to comment on Najib’s statement but said that any form of unity talks should be based on pluralism.

Liow, who is also the Health Minister, said the unity government concept itself, first proposed by a faction in PAS, is vague, and unclear as to whether the unity government idea involved only PAS and Umno, or the entire PR-BN lot.

Its information chief, Datuk M. Saravanan, said the country is not prepared for national unity given its young age, arguing that unity among the majority race superceded other issues.

“I totally agree with Najib. It is important for the majority to be united and the minority divided as the majority is at the forefront of the country’s development,” he said.

Datuk Joseph Salang Gandum, the Parti Rakyat Sarawak (PRS) MP for Julau, is fully supportive of Najib’s calls for Malay and Muslim unity to pave the way for 1 Malaysia.[excerpt from Malaysian Insider June 25, 2009]

sumber : Prof HAMIRDIN

PASTI GAH

1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .

2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.

3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .

4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .

5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .

6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .

7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .

8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .

9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .

10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !

sumber : Ust Nasaruddin Hassan At Tantawi

PAS MELAKA BERKAMPUNG DI SUNGAI SOK

Jentera Pilihanraya PAS Melaka telah mula berkampung di Peti Undi Sungai Sok bagi membantu PAS mempertahankan kemenangan di DUN Manek Urai.

Sejak dari 19 Jun lalu hinggalah ke hari pengundian 14 Julai PAS Melaka akan memastikan petugas mereka akan sentiasa bersiap siaga menjalankan apa juga tugas yang diamanahkan kepada Petugas PAS Melaka.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Bahiki Ismail berkata petugas-petugas PAS Kawasan yang datang ke Sungai Sok secara bergilir-gilir bagi memastikan kesinambungan gerakerja yang diamanahkan kepada PAS Melaka dilaksanakan sebaik mungkin.

SUMBER : PAS MELAKA

DS ALI RUSTAM BAKAL PERINTAH MELAKA 3 BULAN SAHAJA

* Khabar menyebut bahawa Datuk Seri Ali Rustam cuma tinggal 3 bulan lagi masa untuk menerajui Melaka.

* Walaupun kenyataan DS Nazri Aziz seolah-olah berpihak kepada Ali Rustam, namun laluan Ali Rustam pasti sukar. Yang pasti laporan rasuah beliau sedang diperhalusi. Atau mungkin menunggu isyarat dari atas ?

* Mungkinkah DS Ali akan jadi kambing hitam untuk menyelamatkan sedikit maruah UMNO yang tercalar dek kerajaan perpaduan.

* Macam orang meminang, bila lamaran ditolak malulah sikit. Macam tak berapa ada value.

* Politik dalam UMNO mudah, macam mana naik, macam tu juga turunnya.

* Ali Rustam dijangka akan jatuh kerana rasuah, UMNO tak akan mempertahankan beliau. UMNO akan turunkan beliau untuk menaikkan imej UMNO menentang rasuah. SPRM mungkin alatnya.

* Mungkin Pakatan Rakyat tak dapat menumbangkan beliau dalam PRU ke13, kerana UMNO akan menjatuhkan beliau lebih awal.

* Mungkin DS Ali Rustam boleh berusaha mencari talian hayat, siapa....cuba-cubalah dengan Datin Seri Rosmah.

* ADUN Telok Mas mungkin sudah berangan nak angkat sumpah jadi Ketua Menteri Melaka yang baru. Maklumlah beliau orang kanan Najib.

* Bagi rakyat Melaka tiada bezanya, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

SUMBER: ADLYZAHARI

Khamis, 25 Jun 2009

OBAMA USAHA HENTI MEROKOK

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mungkin telah menyukarkan lagi perniagaan pembuatan rokok namun beliau sendiri masih lagi belum berhenti merokok sepenuhnya.

Obama yang secara umumnya berusaha keras untuk menghentikan tabiat buruk itu, belum berhenti sepenuhnya walaupun selepas menandatangani rang undang-undang yang akan memperketat lagi peraturan kepada industri tembakau.

“Sebagai bekas perokok, saya sentiasa berusaha mengatasi keinginan. Pernahkah saya kembali melakukannya? Ya. Adakah saya menghisap rokok setiap hari, merokok dengan kerap? Tidak.

“Saya tidak merokok di depan anak-anak dan keluarga saya. Saya boleh dikatakan 95 peratus sembuh namun ada kalanya saya merokok semula,” tegas Obama.

Undang-undang baru itu memberi kuasa kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA) untuk mengehadkan pengeluaran dan pemasaran produk tembakau.

Pada majlis menandatangani undang-undang tersebut Isnin lalu, Obama menyatakan bahawa dirinya adalah antara hampir 90 peratus perokok memulakan tabiat itu sebelum hari jadi ke-18.

Hampir 20 peratus rakyat AS adalah perokok dan penggunaan tembakau telah membunuh 440,000 orang setiap tahun di negara ini akibat penyakit berpunca dari kanser, penyakit hati, emfisema dan beberapa penyakit kronik lain.

‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ sambut Rosmah Mansor

Kuala Lumpur 24 Jun 02:15 - Universiti Malaya (UM) hari ini gempar apabila kehadiran Wanita Pertama Malaysia, Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan contengan protes terhadap peribadi beliau pagi ini.

Contengan pada dinding Akademi Pengajian Islam universiti tersebut yang tertulis ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ (seperti di dalam gambar selepas dipadamkan dengan cat) dipercayai bermotifkan protes terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia tersebut.



Rosmah Mansor yang datang ke universiti tersebut bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.Contengan tersebut telah dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB), Universiti Malaya menggunakan cat sejurus selepas berita tersebut tersebar.



Media diberitahu, laluan rasmi tokoh tersebut teleh ditukar kepada laluan lain bagi mengelakkan ternampak contengan provokatif tersebut.Terdahulu, Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.

SUMBER : UM-TODAY

TAK SEMUA PEMIMPIN PR TOLAK ??? ISH3 MENGIGAU KE ??

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kenegaraan, mempunyai kepentingan bersama dan melangkaui soal politik.

Perdana Menteri berkata, ini memandangkan idea tersebut bertujuan untuk menyatukan ummah selain memperjuangkan hak kepentingan umat Islam secara keseluruhan.

''Saya nampak kebanyakan orang Islam mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini kerana perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam merupakan suatu yang wajib diperjuangkan dan dilakukan.

''Dari satu segi lain, langkah ini juga adalah untuk kita mendapatkan barakah dalam apa jua kita lakukan. Sebab itu, jika ini yang dianjurkan agama, kita sepatut mengikutnya dan jangan biarkan soal politik mengatasi tuntutan agama,'' katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan dan kekesalan ahli akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Reaksi mereka itu merupakan rentetan daripada tindakan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang kelmarin yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Mereka menyifatkan idea itu sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

Dalam pada itu Najib meminta masyarakat bukan Melayu supaya tidak bimbang dengan idea tersebut kerana hak mereka tetap akan dilindungi sekiranya wujud kerajaan perpaduan.

''Sekiranya kita ada kerajaan perpaduan tidak bererti kita tolak bukan Islam. Masyarakat bukan Islam tetap berperanan di dalam kerajaan dan kepentingan mereka sentiasa dilindungi oleh kerajaan,'' katanya.

Menjawab satu soalan lain, Najib percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam Pas bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.

''Dalam Pas pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan Pas, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.

''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.

PERISYTIHARAN KESIHATAN

Pengisytiharan kesihatan oleh mereka yang memasuki negara ini akan diperketatkan bagi mengelakkan penularan selesema babi influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tindakan itu bagi memastikan tidak ada sebarang penipuan dan wujudnya sikap sambil lewa terutama dalam pengisian borang pengisytiharan tersebut.

''Dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal hari ini, kami memberi jaminan bahawa setiap borang pengisytiharan kesihatan itu akan diteliti oleh pasukan kesihatan yang ditempatkan di pintu masuk negara ini.

''Mana-mana penumpang yang didapati tidak mengisi dengan betul, akan diminta mengisi balik sebelum dibenarkan ke kaunter Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan mewajibkan warga asing serta rakyat negara ini yang melalui semua pintu masuk Malaysia mengisi borang pengisytiharan kesihatan.

Keengganan berbuat demikian merupakan kesalahan dan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohd. Ismail berkata, pihak beliau telah memutuskan untuk meletakkan mesin pengimbas suhu badan di petak laluan keluar penumpang yang dikhaskan untuk pesawat dari tiga buah negara terlibat iaitu Australia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS).

''Sebelum ini, kami letak mesin pengimbas itu di laluan sebelum ke kaunter Imigresen tetapi dengan langkah terbaru ini, penumpang berkenaan akan diimbas sebanyak dua kali," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa teknikal turut memutuskan untuk menambah lagi jumlah hospital kerajaan yang membolehkan orang ramai termasuk warga asing yang mempunyai tanda-tanda selesema dan batuk menjalani pemeriksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan kemudahan itu di klinik kerajaan dan hospital swasta terpilih jika jumlah kes penularan H1N1 sampai ke tahap kritikal di masa depan.

ulasan :
tak sudah ngan perisytiharan harta, kini perisytiharan kesihatan lah pulak .. lepas tu boleh lah dimasukkan dalam mamorial perisytiharan kemerdekaan pula

Rabu, 24 Jun 2009

KITAB FURU' MASAIL BUAH TANGAN DATO ABU HASAN DIN

BENARLAH bagai dikata menerusi pepatah berbahasa Inggeris, Don't judge a book by it's cover.

Pada deretan kemas buku-buku agama koleksi peribadi Datuk Abu Hassan Din al-hafiz yang diletakkan di rak kayu sebelah meja komputer pada salah sebuah ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu, selain koleksi buku-buku Arab, rupa-rupanya terselit sebuah kitab lama yang bukan sebarangan kitab.

Akui Hassan, kitab berwarna kuning dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis dengan tulisan Jawi lama itu, tidak lebih seperti kitab-kitab lain yang pernah dibaca sebelum ini.

Lantaran itulah, kitab itu sudah lama terperap sebagai sebahagian daripada koleksi khazanah ilmu malah jarang sekali dibuka untuk tujuan rujukan. Tidak hairanlah, jika dikatakan empunya milik kitab lama ini juga tidak mengetahui bila dan di mana ia diperoleh.

"Tetapi entah macam mana, bila hendak merujuk tentang satu masalah, saya dapati permasalahan yang cuba dicari itu tidak ada di dalam kitab-kitab Arab dan tanpa disengajakan, tangan saya tercapai dan terbuka kitab Furuu' Al Massa il ini. Kebetulan pula di dalamnya ada mengenai masalah yang saya cari itu.

"Sejak itu, minat membuat rujukan berkaitan masalah fikah mula berubah iaitu kalau dahulu lebih kepada kitab-kitab bahasa Arab, kini beralih kepada kitab-kitab hasil ulama nusantara terutamanya buku Furuu' Al Massa il yang telah diterjemahkan oleh Sheikh Daud bin Abdullah Fatani, seorang ulama Melayu yang tersohor suatu masa dahulu.

"Semakin lama saya tatap buku ini, saya dapati ia mempunyai satu khazanah ilmu yang amat bernilai walaupun ia hanya sebuah kitab lama yang telah dialihbahasakan daripada kitab asalnya yang berbahasa Arab.

"Saya dapati isi kandungannya amat padat sekali, walaupun ia ditulis beratus tahun yang lalu. Tambah pula isu perbahasannya masih relevan membicarakan permasalahan semasa yang timbul pada hari ini," jelas Abu Hassan mengenai kerja penulisan terbarunya itu.

Menurut beliau lagi, kitab itu merupakan sebuah karya terjemahan dalam bentuk soal jawab yang menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat, cuma bezanya ia ditulis dengan menggunakan bahasa Jawi lama yang hanya boleh difahami segelintir orang tertentu sahaja.

"Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah ini, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja.

"Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti ini dapat dimanfaat oleh generasi masa kini, khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatapi bersama.

"Maka timbullah keinginan serta membulatkan tekad saya untuk menyusun semula atau memodenkan kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang sentiasa dahagakan ilmu.

"Cuma persoalannya, oleh kerana penulisnya telah lama kembali ke rahmatullah, kepada siapakah sepatutnya saya memohon untuk mendapatkan kebenaran dan keizinan bagi menyalin semula kitab tersebut, sedangkan penulis asalnya dan berkemungkinan para warisnya bukan dari negara ini?," cerita beliau lagi.

Kepada Allah diserahkan segalanya, Abu Hassan segera melaksanakan beberapa kali solat sunat Istikharah dan akhirnya terbukalah hati beliau untuk meneruskan cita-cita, menyalin semula serta memodenkan kitab ini dalam susunan bahasa yang mudah difahami tanpa terlebih dahulu mendapat restu dan keizinan daripada para warisnya. Apa yang beliau harapkan, sekiranya usaha ini ada ganjarannya, maka ganjarannya akan turut dikongsi bersama oleh penulis asalnya.

Kata Abu Hassan, hanya dengan cara ini sahaja beliau berkeyakinan akan dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini yang berminat untuk mendalam urusan agama mereka.

Akhirnya pada hari Rabu tanggal 23 Julai 2003 bersamaan 23 Jamadilawal 1424, tangan Abu Hassan mula mengetuk kekunci komputer bagi mencoret semula tinta pujangga yang hampir pudar ditelan masa, sekali gus bererti beliau mengambil masa selama hampir dua tahun untuk menyalin semula kitab tersebut.

"Jangka masa yang begitu lama adalah disebabkan kesibukan tugas harian saya, di samping kesukaran untuk memahami susunan bahasanya.

"Untuk menyelami ke dasar maksud dan mafhumnya, terkadang satu soalan dan jawapannya mengambil masa sehari suntuk untuk memahaminya, malah ada yang terpaksa saya tinggalkan terus kerana tidak dapat hendak memahami maksud soalan maupun jawapannya.

"Di sesetengah tempat pula, ada yang saya terpaksa tokok tambah sedikit penjelasan dan huraian dengan menggunakan huruf condong agar ia lebih jelas dan mudah difahami. Ada sesetengah soalan dan jawapannya pula terpaksa diubah atau dirombak supaya apa yang dibicarakan itu tersusun kemas," kata Abu Hassan tentang buku yang dijangka berada di pasaran pada Julai ini. Insya-Allah.

Jelas Abu Hassan lagi, di awal penyiapan kitab ini, beliau tidak memikirkan sangat tentang penerbit untuk kitab ini. Yang penting, beliau mahukan kandungannya itu dikongsi umat Islam. Namun apabila buku tersebut hampir siap iaitu sekitar 2005, beliau mula memikirkan tentang penerbit.

Kebetulan pula kerjasama di antara beliau dengan sebuah syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. sudah lama bermula, atas platform penerbitan cakera padat.

Siapa sangka usaha terbaru beliau itu telah menarik minat Telaga Biru, lantas persetujuan kerjasama termeterai. Kini, ia sudah berada di peringkat akhir penyiapan.

INFO REJAB : MENCINTAI NABI SAW

Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.

Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.

Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Dalil Naqli

Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi.

Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasulullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini.

Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasulullah SAW dalam hal ini ialah: Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW.

Sudah tentu kita tidak reda keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.

Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.

Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.

Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?

Dalil Akal dan Fitrah

Selain kalam wahyu Qurani dan Nabawi, kewajipan dan keutamaan mencintai Nabi Muhammad SAW juga sangat selari dengan setiap akal yang salim dan segala fitrah yang sejahtera.

Lazimnya perasaan kasih adalah kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia ataupun hukum syarak.

Di antara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:

lKelazatan atau tarikan yang dirasai dan ditanggapi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya seperti tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semuanya ini, adalah kecenderungan semulajadi pada fitrah yang sejahtera.

lKecenderungan atau tarikan yang dipandu dan dilahirkan oleh akal dan hati yang sejahtera terhadap sifat-sifat dalaman yang mulia dan baik yang dimiliki oleh seseorang yang dikasihi seperti suka atau kasih kepada orang-orang soleh, para ulama, ahli kebajikan yang dikhabarkan tentang perjalanan hidup mereka yang indah dan akhlak mereka yang baik.

lFitrah manusia yang cenderung untuk mengasihi golongan ini mampu menghasilkan rasa keterikatan dan komitmen yang tinggi yang jika disalurkan dengan betul boleh menghasilkan kerja-kerja besar dan hebat.

l Perasaan suka dan kecenderungan yang lahir disebabkan oleh rasa terima kasih terhadap kebaikan seseorang dan nikmat-nikmat yang telah diterima daripadanya.

Sesungguhnya menjadi tabiat jiwa manusia, suka dan kasih kepada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Jika kita meninjau faktor-faktor timbulnya cinta di atas pada diri Rasulullah SAW yang mulia, ternyata pada diri Baginda SAW terhimpun ketiga-tiga faktor tersebut sehingga mewajibkan secara aqli dan fitri Baginda SAW dikasihi dan dicintai oleh kita semua.

Adapun kecantikan rupa paras dan lahiriah Nabi SAW, kesempurnaan akhlak dan batin baginda SAW, telah dicatatkan dengan tinta emas dalam sejarah dan khazanah ilmu dan tidak dipertikaikan sama sekali.

Sekiranya kita cenderung mengasihi seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita di dunia walau cuma sekali-dua pun serta sangat terhutang budi kepada orang yang telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan kemudaratan semasa kita mengalami kesusahan duniawi barang seketika.

Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.

Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.

HAKIM SYARIE BONGKAR KES RASUAH

Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lepas.

“Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini hari ini.

SUMBER : Bernama

PUTUS CINTA MINUM KLOROK ..

Akibat terlalu kecewa selepas pinangannya ditolak keluarga teman wanitanya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak nekad meneguk cecair pencuci jubin di rumahnya di daerah Bera, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata sebelum kejadian, mangsa yang baru empat hari bekerja sebagai pembantu kedai di Sentul, Kuala Lumpur pulang ke Bera untuk bertemu dengan teman wanitanya sebaya dengannya bagi membincangkan hal pertunangan mereka.

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah teman wanitanya yang tidak jauh dari rumahnya, ibu kepada gadis terbabit memberitahu anaknya tiada kerana sedang mengikuti kursus belia di Maran serta memaklumkan pinangan mangsa ditolak dengan alasan anaknya mahu melanjutkan pelajaran di Seremban.

Katanya, berikutan kecewa serta tidak dapat menerima hakikat dengan jawapan diberikan ibu gadis berkenaan, mangsa kemudian pergi ke rumah ibu saudaranya bersebelahan dengan rumah teman wanitanya.

"Tiba di rumah ibu saudaranya, mangsa tiba-tiba bertindak memecahkan cermin tingkap dan mengambil serpihan cermin sebelum menikam dan mencederakan perutnya sendiri sebelum perbuatan terbabit sempat dihalang ibu saudaranya.

"Mangsa kemudian ditenangkan ibu saudaranya sebelum beredar pulang ke rumah kira-kira jam 12.45 pagi, di mana dia mengambil pencuci jubin lantai di dapur dan meneguknya sehingga habis," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Narenasagaran berkata, tindakan mangsa itu disedari abangnya berusia 19 tahun yang cuba menghalangnya dan menghantar adiknya ke Klinik Kesihatan Kemayan sebaik melihat mangsa mula lemah dan tidak sedarkan diri.

"Doktor memberikan rawatan segera dalam usaha menyelamatkan mangsa yang kritikal, namun akhirnya gagal apabila mangsa meninggal dunia dengan bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat keracunan," katanya.

Beliau berkata, polis hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2 pagi kelmarin dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kes berkenaan.

"Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mendiang sudah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan," katanya.

NAJIB CUBA SELEWENG FAKTA DAN DATA BTN - Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak menafikan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat dan berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan kaum.

Perdana Menteri berkata, BTN yang ditubuhkan pada 1981, menepati objektif utama memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warga negara.

"Tidak benar sama sekali dakwaan seperti disiarkan dalam akhbar The Star pada 22 Mei lalu yang BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sehingga menyebabkan perpecahan kaum," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat, semalam.

Ngeh mahu mengetahui fungsi BTN dan sejauh mana kebenaran dakwaan akhbar berkenaan.

Najib berkata, pengisian program BTN memberi penekanan terhadap aspek murni dan perpaduan antara kaum, manakala modulnya banyak menyentuh perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Antara lain termasuk hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan pada masa sama penerangan hak kaum lain tidak diabaikan.

"Peserta program juga diberi kebebasan menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa. Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan bukan Melayu kerana perkara disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Justeru, beliau berkata, setiap maklumat disampaikan kepada peserta kursus berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit, manakala elemen patriotisme diberi penekanan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan semangat cinta serta setia kepada negara.

Isnin, 22 Jun 2009

ARAB CITY IN MALACCA ??

Melaka yang kaya dengan warisan sejarah negara bakal mencatat sejarah lagi apabila menjadi lokasi pertama di dunia memiliki Arab City menjelang 2011.

Arab City yang dibangunkan syarikat swasta, Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd., (GCH), bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan kawasan 13 hektar yang membabitkan tiga fasa pembangunan di Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.

Pengarah Urusannya, Hesham Fathi berkata, fasa pertama projek itu akan melibatkan kos berjumlah RM250 juta di Pulau Melaka yang dijangka siap lebih awal daripada perancangan asalnya dan pelancarannya dijangka pada bulan Mac 2010.

“Fasa pertama yang membabitkan kawasan seluas 1.38 hektar itu telah mula dimajukan pada bulan Mei lalu dan ia merupakan sebuah kompleks perniagaan yang memiliki 240 bazar, sebuah muzium Mesir dan 20 buah restoran kafe berkonsepkan Arab,’’ katanya dalam satu perjumpaan di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Presiden GCH, Saleh Al Mansour.

Hesham menjelaskan, projek tersebut turut memiliki spa khas untuk lelaki serta wanita seperti yang terdapat di Asia Barat.

Menurutnya, setelah ketiga-tiga projek itu disiapkan, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan manakala 75 peratus daripadanya adalah untuk penduduk tempatan.

CERAMAH PERDANA

Ahad, 21 Jun 2009

TAK ADA BUKU BAHASA INGGERIS DIROTAN , TAK SOLAT DAN BUAT MAKSIAT TAK NAK PULAK !- Malaysiakini

Mereka sudah banyak kali diingatkan supaya membeli buku latihan Bahasa Inggeris yang berharga RM18. Apabila mereka datang ke sekolah tanpa buku itu, tiga murid sebuah sekolah kebangsaan di Jerteh di sini pulang ke rumah dengan kepala dan betis lebam dirotan oleh guru.

Guru itu didakwa naik angin ekoran ketiga-tiga pelajar daripada keluarga miskin tersebut gagal menyiapkan kerja sekolah mereka yang berpandukan latihan dalam buku yang mereka belum beli.

Mengenang kembali kejadian itu, Normi Hafidah Muhamad, 11, mendakwa, mereka dirotan di kepala sekali dan menerima empat sebatan di betis apabila guru itu marah kerana mereka masih belum membeli buku berkenaan.

“Sejak bulan lepas sudah banyak kali saya minta duit daripada ayah untuk beli buku tapi dia diam saja,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga dekat sini semalam.

Bapanya, Muhamad Nor yang menghidap penyakit kencing manis dan batuk kering mendakwa telah berusaha mengumpul wang agar anaknya dapat membeli buku tersebut.

“Saya belum dapat beri dia wang itu, tak sangka dia dirotan dengan teruk,’’ katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga tujuh beranak.

Rakan anaknya, Nuraini Afika Rosmadi, 11, pula kini fobia ke sekolah kerana bimbang dirotan lagi.

SUMBER : KOSMO

ulasan : anak tak de buku bahasa inggeris dirotan guru .. anak tak reti solat,buat maksiat, buat perkara tak senonoh .. rotan mak ayahnya pulak ??

ISU PERAK : NIZAR FAIL RAYUAN

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira jam 3.30 petang melalui Tetuan Leong & Tan. Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohammad Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohammad Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah semalam.

Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Mohammad Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak:

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.

“Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian.

"Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat,” kata Mohammad Nizar pada sidang media selepas memfailkan permohonan itu.

Mohammad Nizar berkata, beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan, walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.

Pada 22 Mei lalu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas Baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

SUMBER :Bernama

Khamis, 18 Jun 2009

RAKYAT DISURUH BERJIMAT ??

Penduduk di negeri ini diminta mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menggunakan bekalan air harian sebagai persiapan menghadapi musim kemarau yang dijangka melanda seluruh negara sehingga Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, walaupun pihaknya yakin Melaka tidak akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air untuk tempoh beberapa tahun akan datang namun sikap sedemikian perlu diamalkan bagi mengelak sebarang kesulitan pada masa depan.

Katanya, bekalan air di negeri ini mampu bertahan sehingga tahun 2018 melalui simpanan air yang mencukupi dari empangan utama yang terdapat di Melaka.

''Empangan Durian Tunggal di sini dan Empangan Jus di Jasin, masing-masing mempunyai kapasiti takungan sebanyak 32.8 bilion liter dan 48 bilion liter air.

''Malah, takungan air di Empangan Jus kini mencapai 100 peratus penuh manakala paras air di Empangan Durian Tunggal didapati menurun sedikit kepada 76 peratus ketika ini," katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.

Kata beliau, bagi menampung kekurangan air di empangan terbabit ekoran ketiadaan hujan sejak kebelakangan ini, sebanyak 90.8 juta liter air dari Sungai Grisik, Muar dan 53.1 juta liter air dari Empangan Jus telah di pam setiap hari ke Empangan Durian Tunggal.

Selain itu, Mohd. Ali berkata, sumber air lain yang turut dipam ke empangan itu ialah bekalan air dari Sungai Melaka dan Sungai Kesang iaitu sebanyak 181.7 juta liter sehari.

''Pada masa ini, keperluan penduduk negeri ini terhadap bekalan air sehari ialah sebanyak 325.5 juta liter," ujarnya.

Mohd. Ali berkata, bagi menampung bekalan air di Melaka sehingga tahun 2023, kerajaan Pusat diharap dapat membantu membina sebuah lagi empangan iaitu di Sungai Jernih, di sini.

Katanya, empangan itu kelak diharap menampung keperluan penduduk sehingga tempoh yang ditetapkan manakala bekalan air ke empangan itu akan diambil dari Johor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu pada perkembangan berasingan, beliau mengumumkan bahawa sambutan ulang tahun kedua pengiktirafan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) diadakan pada 7 Julai ini.

Kata beliau, pelbagai acara menarik akan diadakan bagi memeriahkan sambutan itu dan beliau meminta rakyat negeri ini agar mengenakan pakaian tradisi masing-masing pada hari berkenaan.

APA SUDAH JADI REMAJA JASIN KITA ???

Sekumpulan 20 pelajar di dua buah sekolah menengah berhampiran Taman Merlimau Utara di sini, dikesan ponteng sekolah dengan menjadikan surau, rumah kosong dan kawasan ladang kelapa sawit sebagai lokasi melepak.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin, Cif Inspektor Sa‘adon Sabirin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan segelintir pelajar sekolah itu.

Menurut beliau, pelajar-pelajar terbabit didapati melakukan perbuatan itu secara berkumpulan dan menjadikan lokasi-lokasi itu sebagai tempat pertemuan mereka.

“Hasilnya, hari ini, kita berjaya mengesan lebih 20 pelajar sekolah menengah yang ponteng. Salah seorang daripada mereka ditahan.

“Daripada maklumat diperoleh, pelajar lelaki tingkatan dua yang ditahan itu mengakui terdapat lima hingga tujuh kumpulan pelajar seramai lebih 20 orang tidak hadir ke sekolah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membanteras ponteng sekolah di sini hari ini.

Operasi bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengah hari itu turut disertai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sa‘adon menambah, pemeriksaan lanjut di dalam beg sekolah pelajar lelaki yang ditahan itu menemui sekotak rokok dan uniform sekolah.

“Pelajar terbabit mendakwa dia ponteng sekolah kerana gagal menyiapkan kerja diberikan guru dan terpengaruh dengan perbuatan rakan lain yang ponteng,” katanya.

Tambahnya, selain ponteng di ladang kelapa sawit, terdapat juga pelajar menjadikan surau dan rumah-rumah kosong di kawasan perumahan untuk ponteng sekolah.

Sehubungan itu, Sa‘adon meminta orang ramai supaya menghubungi pihak polis atau pihak sekolah sekiranya mengesyaki berlaku perbuatan ponteng sekolah di kawasan mereka.

Beliau pada masa sama menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah tersebut.

“Semua pihak perlu terlibat bersama, tanpa mengharapkan bebanan masalah ini hanya ditanggung oleh pihak sekolah atau pihak berkuasa semata-mata,” katanya.

HKL SAHKAN SAIFUL TIDAK DILIWAT

Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful Azlan Bukhari diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan.Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.Jadi ini sekaligus membuktikan bahawa segala dakwaan bahawa Saiful diliwat adalah palsu dan tidak berasas.

Ini juga bermakna konspirasi Liwat 2 semakin terdedah segala pembohongan. Ternyata kospirasi Liwat 2 dibuat secara caca marba dan tergesa-gesa kerana terdesak. Sewajarnya dakwaan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya melalui Peguam Negara terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim digugurkan serta merta. Adakah DSAI akan dihantar sekali lagi ke Penjara Sungai Buloh semata-mata pengakuan dusta dan palsu Saiful? Jangan biarkan institusi kehakiman negara kita dijadikan lawak jenaka sekali lagi.


Persoalannya apa yang berlaku kepada Saiful? Bagaimana sumpah yang dibuat di masjid Persekutan Jalan Duta? Bagaimana pula pihak yang ditemuinya atas urusan 'biasiswa' seperti gambar yang pernah didedahkan oleh Datin Dr Wan Azizah sebelum ini? Bagaimana pula dengan pemimpin Umno yang ditemui di Putrajaya yang sebelum ini memberitahu bahawa Saiful dalam keadaan pucat dan ketakutan?


Adakah Saiful terliwat, diliwat atau meliwatkan diri selepas laporan perubatan di PUSRAWI dan HKL mengesahkan dia tidak diliwat?Laporan yang dikeluarkan oleh HKL sekaligus menjadi tamparan yang paling hebat kepada kerajaan 1 Malaysia yang begitu ghairah dengan isu Liwat 2 sebagai tali hayat mereka dan dalam masa yang sama terus memanipulasi isu kerajaan perpaduan. Laporan perubatan dari HKL ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa Umno hanya menunggu hari-hari akhirnya untuk ditalkinkan.

sumber : Angkasanuri

Selasa, 16 Jun 2009

TAHNIAH YB NIZAR

Ternyata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berani, komited dan istiqamah dengan perjuangannya.

Hari ini sekali lagi beliau membuktikan yang dirinya mempunyai jiwa seorang pemimpin yang tegas apabila melaungkan BUBARKAN DUN PERAK di dalam Sidang Parlimen sambil memakai lilitan hitam Bubarkan DUN Perak.

Beliau melakukan perkara tersebut sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen selepas memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang.

Akibat dari keberaniannya tersebut, beliau telah dihukum gantung dari menyertai sidang parlimen selama 2 hari.

Selain beliau YB Ngeh Ko Ham, YB Nga Kor Ming, YB Dato’ Mahfuz Omar dan YB N Gobalakrishnan dan beberapa orang lagi YB juga turut digantung selama 2 hari kerana dikatakan melanggar etika pakaian parlimen.

sumber :Mutaligat

KALAU DI ZAMAN KHALID AL WALID ADA BLOG...

Siapa tak kenal Khalid? Siapa tak tahu kisah kepahlawanan Khalid Al Walid? Sejak sebelum islam, kisah khalid popular setelah dia berjaya mengalahkan tentera Islam di dalam perang Uhud. Setelah Islam Khalid semakin hebat. Setiap medan perang menjadi medan milik Khalid.

Rasulullah meletakkan kepercayaan kepada Khalid sejak di awal keislamannya. Kepercayaan Rasulullah terhadap Khalid tak pernah berubah. Abu Bakar meneruskan kepercayaan Rasulullah. Khalid seorang yang berani, Khalid seorang yang ikhlas berjuang, Khalid tak pernah mundur, Khalid juga tak pernah kalah.

Setelah Umar mengambil alih pemerintahan, umar terus memecat Khalid. Umar memecat khalid ketika perang masih berkecamuk. Di saat kemahiran khalid diperlukan, keberaniannya sangat diharapkan Umar memecat Khalid. Apakah Umar tak percaya kepada Khalid? Tidak sama sekali! Apakah Umar bimbang Khalid lebih popular darinya lantas merampas kedudukannya? mustahil itu yang terlintas di hati Umar! Hanya orang yang dengki dan cemburu sahaja yang berprasangka begitu. Atau mereka yang tidak mengenali hati budi dan keihklasan Umar dalam berjuang., kasih sayang Umar terhadap islam dan umat Islam... Api prasangka kepada Umar ditiupkan oleh orang yang sememangnya dengki dengan Umar..sebahagian mereka adalah Munafiqin!

Sebenarnya perkiraan Umar ialah kepentingan Islam dan umatnya. Khalid mengatahui dan meyakini Umar. Sebab itu Khalid tidak membantah. Khalid malah menyokong Umar dan tindakannya. "Khalid berjuang bukan kerana Umar" jawapan tegas dari Umar ketika membantah hujjah orang yang kononnya mahukan Khalid memimpin tentera dan menentang arahan Umar. Api munafiqin cuba memadamkan wala Khalid kepada Umar.

Khalid tidak tahu kenapa Umar memecatnya atau tidak memberikan amanah kepimpinan tentera kepadanya. Khalid disokong ramai pihak. Khalid juga tak pernah kalah. Namun semua faktor itu tidak terlintas di hati Khalid. Hanya orang yang taksub kepada Khalid dan beberapa orang yang sememangnya menanti peluang menyerang Umar sahaja yang mengapikan isu itu.
Khalid tahu kedudukan dalam kepimpinan Islam memerlukan wala kepada pimpinan. Khalid tahu Umar seorang pemimpin hebat yang tidak memikirkan selain kepentingan Islam dan ummatnya! sebab itu khalid terus menyerahkan wala kepada Umar.

Walau golongan munafiqin terus mengapikan keadaan, Khalid tetap menyerahkan kuasa dan patuh kepada Umar.... agenda munafiqin tak menjadi...alangkah bahayanya jika di zaman Khalid ada blog seperti hari ini..... entah semarak mana api fitnah yang akan membakar ummat.

Tahniah kepada Ustaz Abu bakar Husin yang dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak ! Tahniah kepada DS Nizar yang sah menjadi MP hari ini...... Takziah juga buat mereka yang gagal menjadikan api kekecewaan mereka hangat dengan isu yang terjadi... Bermuhasabahlah...jika ingin terus dinaungi rahmat Allah. Jangan perjuangan yang kita sangka perjuangan rupanya api yang membunuh perjuangan!

sumber : ANAK SENGAT

SIAPAKAH ITU ???

Beberapa Media pro Umno hari melaporkan terdapat seorang pemimpin kanan Umno yang merasakan bahawa Pas ikhlas dalam isu Kerajaan Perpaduan.Bila mengiktiraf keikhlasan pas bermakna mengiktiraf perjuangan Pas.Bila orang yang selama ini menghentam Pas mula memuji-muji Pas bermakna sudah mula menerima perjuangan Pas. Walau bagaimanapun menurut pemimpin kanan Umno tu lagi, kena risik-risik dulu macam orang meminang katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini serta keyakinan kepada perjuangan Pas, mungkinkah pemimpin kanan Umno itu akan menyertai Pas dalam tempoh terdekat?Semua kemungkinan ini tidak mustahil dengan perkembangan terkini ini. Dalam masa yang sama pemimpin Pas perlu berhati-hati agar tidak terperangkap atau diperangkap. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin kanan Umno berkenaan dikhabarkan semakin terdesak dan mengalami krisis keyakinan bukan sahaja dari dalam negara tetapi kepercayaan masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia lain. Maka usaha memuji melangit kepada Pas ibarat 'kambing hitam' atau umpan untuk mendapat buruan yang lebih besar.

SUMBER:ANGKASANURI

GERAKAN ISLAM KEHILANGAN "NAQIB"

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dr Fathi Yakan atas pemergian beliau menghadap Ilahi pada pukul 4.45 petang, 13 Jun 2009 di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan.

PAS melihat kehilangan beliau ini sebagai satu kehilangan besar terhadap dunia Islam, khususnya Gerakan Dakwah Islamiah dimana beliau merupakan antara tokoh ulama' utama yang banyak menulis tentang isu-isu gerakan Islam. Antara bukunya yang dirujuk oleh semua ahli Gerakan Islam Dunia adalah "Apa ertinya Saya Menganut Islam", Masalah Dakwah dan Pendakwah" serta "Persepsi Haraki dalam Kerja-kerja Islami".

Beliau yang lahir pada tahun 1933, merupakan pengasas kepada Gerakan Islam Lubnan, Jabhah Amal Islami. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai tokoh Ulama' yang hebat, tetapi seorang Ahli Parlimen yang amat disegani di Lubnan dan antara pemimpin Gerakan Islam Dunia yang amat dihormati.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya disyurga bersama para Rasul dan pejuang-pejuang agama Allah yang lain.

PEMUDA LANCAR HIMPUNAN RAKSASA MANSUH ISA

Pemuda PAS akan menjadi penggerak utama untuk Himpunan Raksasa 100,000 Mansuhkan ISA pada 1 Ogos akan datang.

Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata himpunan tersebut akan turut disertai pihak lain termasuk parti politik dan NGO bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta yang dianggap kejam itu.

"Oleh yang demikian, pada 17 Jun ini kita akan lancarkan kempen himpunan raksasa ISA di lobi parlimen yang akan digerakkan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita pada satu sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS hari ini.



SAFF KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 2009-2011

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman


Khamis, 11 Jun 2009

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 – 2011

PRESIDEN: YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1): DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2): YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3): YB DATO' MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN
KETUA DEWAN MUSLIMAT: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AJK (1): YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
AJK (2): USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AJK (3): YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
AJK (4): YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
AJK (5): YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
AJK (6): YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
AJK (7): USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
AJK (8): DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
AJK (9): MOHAMED HANIPA MAIDIN
AJK (10): YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
AJK (11): YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
AJK (12): USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
AJK (13): YB DR DZULKEFLY AHMAD
AJK (14): YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
AJK (15): YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AJK (16): MAZLAN ALIMAN
AJK (17): YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
AJK (18): YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT: YB DR. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DATO’ ABDUL HALIM A RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AJK (1): YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AJK (2): HAJI MOHAMAD SABU
AJK (3): HJ MOHD ANUAR TAHIR
AJK (4): HAJI ASMUNI AWI
AJK (5): YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AJK (6): YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AJK (7): YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AJK (8): HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI

PESURUHJAYA PAS PERLIS:
YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH:
YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG:
USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK:
USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS KELANTAN:
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU:
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

PESURUHJAYA PAS PAHANG:
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR:
DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN:
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN:
HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

PESURUHJAYA PAS MELAKA:
USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

PESURUHJAYA PAS JOHOR:
DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH:
HAJI MUHAMAD ABDULLAH

PESURUHJAYA PAS SARAWAK:
USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

TOK GURU SETUJU ABANG MAT DILANTIK AJK

Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.

Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi.

PRESIDEN UMUM SAF KEPIMPINAN BARU

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. -