Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 30 September 2009

PRK Bagan Pinang : PR UMUM CALON LAWAN ISA SAMAD

Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.


Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.


Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.


Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.


Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi. Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :






NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR


PROFESION: AHLI PERNIAGAAN


UMUR: 45 TAHUN


TARIKH LAHIR: 14/5/1964


KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)


NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI


ANAK:6 ORANG


AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN


FARAH WAHIDAH 18 TAHUN


MOHAMAD FADLI 14 TAHUN


MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN


FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN


MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN


JAWATAN DALAM PAS:


PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)


TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)


SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)


EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)


PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)


TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)


KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)


BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)




LAIN-LAIN JAWATAN:


1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA


2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN


PENGALAMAN KERJA:


1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.


2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.


3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.


4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.


5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.


6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.






Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.Beliau di jangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

Sabtu, 26 September 2009

JeJak Fakir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam perjuangan 

Walaupun  Ramadhan yang telah hampir seminggu meninggalkan kita namun ianya bukan satu kenangan yang dapat dilupakan dengan begitu saja. Sepanjang Ramadhan yang lepas Dewan Pemuda Pas  tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan bulan yang cukup mulia dan penuh barakah dengan melaksanakan dakwah bilmal .Satu program telah diadakan  bagi menyalurkan  sumbangan kepada sahabat-sahabat kita yang memerlukan.Program anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah diadakan di Kampung Pulai, Serkam Merlimau Melaka.   

Antara wakil DPPP yang hadir ialah Ustaz Azman bin Sapawi ( timb Ketua DPPP ), Khairul Faizi bin Ahmad kamil ( Penolong Setiausaha DPPP dan juga Pengerusi Lajnah perpaduan Antara Kaum ) serta saudara Johari ( Pengarah Unit Amal Pusat )
 
Turut serta ialah Barisan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang diketuai oleh Ketua DPPNM Ustaz Kamarudin bin Sidek,  Ajk Dewan pemuda PAS Kawasan Jasin, Ajk PAS Cawangan Pulai serta Ajk MTD Serkam. Program ini dilaksanakan di 2 dun dimana satu lagi di Dun Ayer Molek di kawasan bukit Katil yang diketuai oleh Khairul Faizi serta wakil DPPNM serta ajk Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
  



DIALOG BERSAMA DPPN MELAKA

Assalamualaikum dan salam Perjuangan buat semua


Satu program dialog bersama Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Maahad ar’rahmah solok Gaung melibatkan semua Exco DPPNM dan AJK Pemuda Kawasan. Dialog ini diadakan bagi membincangkan serta mencari sebarang penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan dewan pemuda pas cawangan dan kawasan selain untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli. Program bermula jam 6.15 petang selepas selesai program memberi sumbangan Dialog telah dipengerusikan oleh Setiausaha DPPNM Saudara Yuzi Azhar bin Yosof.Berikut adalah sorotan daripada Dialog tersebut 




Sabtu, 19 September 2009

PERUTUSAN IDUL FITRI 1430H TYDP PAS KAWASAN JASIN



“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilaha illallahu wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahilhamd.”


Begitulah laungan takbir yang bergema di segenap penjuru alam sebaik sahaja terbenamnya matahari 30 Ramadhan. Ia merupakan suatu tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Pencipta di atas kesempatan yang Dia berikan sehingga kita dapat menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu, seterusnya menikmati hari raya yang merupakan hari kebesaran umat Islam.


Menzahirkan kesyukuran bukan terbatas kepada ucapan lisan semata-mata, tetapi ia perlu ditampilkan melalui amal perbuatan kita selaras dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T.walau di mana sahaja kita berada. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.” H. R. Tarmizi.


Dengan pemergian Ramadhan yang digantikan dengan kehadiran Syawal ini, kita mengharapkan agar Allah S.W.T. menghapuskan segala dosa kita yang telah lalu, sama ada dosa yang melibatkan kita dengan Allah atau dosa yang melibatkan kita dengan sesama manusia, selari dengan tujuan tarbiah Ramadhan yang berperanan membersihkan hati dan jiwa kita daripada dosa dan maksiat.


Selain itu, di bulan yang mulia ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Segala salah silap dan sengketa yang lalu eloklah dilupakan. Ambillah kesempatan yang masih berbaki ini demi menjalinkan sebuah persaudaraan. Anggaplah Aidilfitri yang hadir umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.


Saya selaku TYDP PAS kawasan merangkap Pengerusi JPPK PAS Jasin menyeru sahabat-sahabat ahli-ahli PAS daan Pakatan Rakyat amnya supaya bersiap sedia untuk bertempur dengan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang yanG akan diadakan selepas Hari Raya nanti.Marilah kita mempersiapkan diri dari segi keupayaan mental,spiritual mahaupun kewangan berjihaad membantu PAS di dalam pilihanraya tersebut.Mudah-mudahan Allah Taala memberi kemenangan kepada kita Insyallah.


Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli PAS Kawasan Jasin .Marilah kita berazam meningkatkan ibadat kepada Allah dan bersiap sedia menyahut seruan pimpinan untuk sama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.
Sekian,terima kasih.
SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI.

PERUTUSAN IDUL FITRI 1430H YDP PAS KAWASAN JASIN



Allahu akhbar,Allahu akhbar,Allahu akhbar,


Marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah Taala kerana dipanjangkan umur dapat kita bersama di bulan Syawal yang mulia ini.Setelah sebulan kita berpuasa,berlapar dan dahaga serta menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa,maka sampailah masanya kiat menyambut hari kemenangan.Hari kebesaran yang Allah Taala berikan khusus kepada umat Islam kerana berjaya melalui ujian-ujian Allah.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah ,


puasa yang Allah wajibkan ke atas umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik diri menjadi insan yang beriman kepada Allah Taala.Allah beri ganjaran pahala yang besar disusuli dengan malam seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar yang menjadi idaman kepada semua umat islam.Selain daripada beribadat kepada Allah,puasa juga mendidik jiwa supaya bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan serta mengaplikasikan ketaatan kepada Allah dalam bentuk amalan dan ibadat.




Muslimin dan muslimat yang dihormati, perjuangan bukan sahaja dalam melawan hawa nafsu semata-mata tetpi perjuangan juga haruslah diterjemahkan dalam usaha mendaulatkan hukum Allah di muka bumi ini.Maka PAS atau Parti islam Semalaysia sebagai sebuah wadah perjuangan Islam bertekad untuk memastikan hukum Allah itu tertegak di atas muka bumi ini walaupun ianya mengambil masa yang lama.


Dalam suasana masyarakat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS,maka adalah penting PAS khususnya di kawasan Jasin mengambil peluang menerangkan Islam kepada masyarakat melalui aktivitinya atau majlis-majlis penerangan.Selepas Hari Raya Aidil Fitri,satu lagi peperangan besar akan berlaku di Bagan Pinang.Oleh itumarilah kita menggunakan peluang ini dengan tarbiyah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan supaya terus memenangkan Islam yang dibawa oleh PAS.


Sempena dengan Aidil Fitri yang mulia ini,saya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin,ingin merakamkan ucapan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin.Mudaha-mudahan Allah Taala memanjangkan umur kita sehingga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Kepada semua saf pimpinan PAS PAS Jasin serta ahli-ahli PAS Jasin,marilah kita sama-sama merapatkan saf untuk berjuang dengan lebih gigih lagi.
Sekian wassalam.


SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

PERUTUSAN IDUL FITRI 1430H DATUK SERI PRESIDEN



Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.


Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Isnin, 14 September 2009

1.35 JUTA UNTUK RAMPASAN KUASA DI SELANGOR

Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.


“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.


Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.


Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.


Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.


“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.


Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.


“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.


“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.


Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.


“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.


“Jadi ini juga adalah satu tawaran yang bersifat politik untuk menarik masyarakat dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang, jadi ini adalah bersifat politiklah untuk menarik masyarakat pengundi-pengundi di Bagan Pinang,” katanya.


Biarpun pelbagai taktik lapok itu digunakan oleh BN, beliau yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.


“Kita lihat dia cuba guna isu kuil baru ini yang jelas daripada orang-orang UMNO yang sepertimana 12 orang telah didakwa, jelas ertinya mereka eksploitasi isu ini.
“Saya fikir ini bukan terakhir siri percubaan mereka untuk menguasai Selangor dengan pelbagai taktik kotor dan rentetan itu kita perlu lebih berhati-hati terhadap usaha jahat mereka terhadap kita yang perlu kita pertahankan kekuatan dan kesepaduan kita berusaha untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil yang kita akan hadapi.


“Kalau kita dapat mengalahkan mereka ini adalah satu tamparan yang amat memalukan, paling tidak saya ingat kita perlu usaha untuk mengurangkan majoriti ditempat mereka supaya politik mereka akan menurun,” katanya

Ahad, 13 September 2009

FITNAH BESAR TERHADAP PARTI ISLAM

KALAU di serata dunia, gerakan Islam difitnah sebagai golongan penjenayah yang menggalakkan keganasan dan menindas hak asasi manusia terutamanya wanita, kolot dan tidak rasional, di Malaysia pula terbalik.


Gerakan Islam difitnah sebagai tunduk kepada DAP, meninggalkan takbir, sebaliknya menjadi 'take beer', menjadi liberal dan macam-macam tuduhan yang perit dengan seolah-olah PAS sudah menjadi pengkhianat dan pembelot kepada agamanya.

Contohnya slogan 'take beer' yang ditulis pada sepanduk-sepanduk Umno. Sememangnya jenaka dan lawak untuk memburuk-burukkan PAS kerana dituduh tunduk kepada DAP dalam soal pengharaman arak di Selangor.


Namun apa yang berlaku ialah pihak yang menjunjung kain rentang menunjukkan perkataan 'take beer' itu menghina takbir dan syiar Islam sendiri. Adalah mustahil bagi PAS untuk menghalalkan arak kerana landasan Islamnya.


Tetapi kalau dilihat betapa kedudukan kerusi Pakatan Rakyat di negeri-negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang, orang Islam mesti faham amalan sistem demokrasi di negara ini. Orang Islam tidak boleh memecahkan undi jika mereka mahu suara itu padu. Jika tidak inilah jadinya.


Maknanya apa yang dirasakan bermasalah bagi PAS di Selangor, Perak dan Pulau Pinang ialah orang Islam tidak bersatu memberi undi kepada PAS. Maka apabila ada banyak orang Islam memberikan undi pada Umno di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, suara parti Islam ini tidak besar dalam kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi ia menjadi masalah bagi umat Islam sendiri.


Lihatlah andai kata orang Islam memberikan sokongan cukup padu kepada PAS di Selangor dan Perak, maka kedua-dua negeri itu akan memiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diterajui PAS sementara di Pulau Pinang, suara Islam berada di pihak PAS dan bukannya KeADILan.


Justeru, adalah fitnah besar untuk menyatakan bahawa PAS tunduk kepada DAP di peringkat kerajaan negeri. Ini kerana demokrasi memberi ruang menurut kerusi yang diberi sokongan.


Namun begitu, umat Islam juga harus melihat politik dari sudut kewarganegaraan Malaysia dan bukannya persaingan antara agama dan kaum. Ini kerana walaupun PAS tidak mendominasi kerajaan negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat adalah mewakili semua kaum dan agama.


PAS seperti juga DAP dan KeADILan mewakili semua kaum dan agama. Tidaklah boleh dikatakan PAS hanya mewakili orang Islam. Cara Pakatan Rakyat mentadbir berbeza daripasda Barisan Nasional.



Justeru, apabila berdepan dengan isu, PAS perlu mengambil kira sudut pandangan mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam. Begitu juga dengan DAP. Ia bukannya mewakili Cina tetapi semua kaum dan agama. Walaupun secara tradisinya DAP dilihat sebagai pengganti MCA dan PAS dengan Umno, namun begitu sistem Pakatan Rakyat adalah berbeza.


Politik tidak berasaskan kepada fahaman dan retorik semata-mata. Akhirnya kejayaan sesuatu pentadbiran bergantung pada individu ahli politik yang terlibat. Mindanya dan sahsiahnya, selain fahaman parti secara keseluruhan. Maka manusia muncul dalam pelbagai ragam. Bagaimana seseorang itu mampu membawa diri dalam sistem pentadbiran zaman ini bergantung pada setiap individu.

Maka itu kita perlu membezakan antara individu ahli politik yang menjayakan program Pakatan Rakyat dan matlamat kerajaan negeri itu sendiri. Tentu Menteri Besar seperti Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng mempunyai personaliti masing-masing. Semuanya adalah dinamik di mana ketua kerajaan negeri itu berhubung dengan ahli-ahli Exco. Belum lagi dikira angggota perkhidmatan awam negeri. Dan juga pendukong-pendukong parti.

Usaha memimpin dan mentadbir kerajaan negeri juga sukar dalam keadaan mereka sentiasa menjadi sasaran pembongkaran dan penggeledahan pihak berkaitan. Sistem pentadbiran adalah seperti itu tetapi prosesnya tidak kemas dan berhemah. Politik negara ini tidak terlepas dengan amalan dan perasaan yang tidak baik untuk bangsa dan negara. Maknanya, tidak ada penerimaan bahawa sesebuah kerajaan negeri wajar diberi peluang serta sokongan bukannya kecaman yang hanya dilakukan untuk menjatuhkan.

Dalam keadaan bergelora, anggota kerajaan negeri dan penyokongnya harus meningkatkan kekuatan dalaman supaya tidak mudah dilunturkan oleh pihak pembangkang di peringkat negeri. Sememangnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri sentiasa dilakukan hinggakan kadang-kadang terfikir bahawa tidak adakah masa untuk sama-sama merenung dan merancang apa saja kebaikan untuk rakyat dan negara.


Fitnah adalah lumrah dalam usaha untuk menjatuhkan lawan. Tetapi bagi mereka yang beriman kental, fitnah tidak akan digunakan sebagai senjata. Tetapi dalam pertarungan politik hari ini, fitnah dilakukan seberat-beratnya.Suasana mehnah ini akan membawa keburukan kepada negara keseluruhannya, termasuk umat Islam sendiri. Maka dalam keadaan sekarang, apa yang patut dilakukan adalah melawan mehnah ini. Seharusnya ada strategi untuik menangkis fitnah dan mehnah.Ada masanya patut menyerang, waktu lain pula wajar didiamkan dengan penuh sabar. Di sinilah sifat-sifat yang diajar oleh tasawuf diamalkan dengan kental, iaitu sabar, syukur, tawaduk, zuhud dan sebagainya.

Sabtu, 12 September 2009

PRK KE 8: MAMPUKAH UMNO BERTAHAN DI BAGAN PINANG ??

Tahun 2009 wajar diisytiharkan sebagai Tahun Pilihan Raya Kecil. Apa tidaknya, bermula dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihan raya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai pada bulan April, 2009, DUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak campur tangan dan menghalang diadakan pilihan raya kecil 3 DUN di Perak, Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. maka jumlah pilihan raya kecil sudah pasti bertambah.

Sungguh pun begitu, dalam keadaan SPR cuba untuk mengelak diadakan pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh di Kedah, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pada mesyuarat yang dijadualkan Isnin, 14hb. September. SPR hanya mampu menentukan tarikh pilihan raya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari sahaja akibat kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor baru-baru ini.

Pilihan raya kecil yang ke-9 selepas pilihan raya umum ke-12 cukup menarik. Kenapa dikatakan menarik kerana inilah kali pertama diadakan di kawasan Selatan Semenanjung yang menjadi kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi sebelum ini.

Tambahan pula ianya diadakan di Negeri Sembilan yang mana majoriti BN pada kali ini tidaklah sekukuh sebelum PRU ke-12 sebelum ini.

Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, yakni di mana BN ada 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Jika dilihat secara terperinci pada pilihan raya kecil di Semenanjung sebelum ini, PR berjaya mempertahankan semua kerusi yang disandang mereka sebelum ini (Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir di samping merampas kerusi Kuala Terengganu daripada tangan UMNO dan BN.

Kerusi Bagan Pinang ini adalah milik UMNO dan BN di mana mereka menang dengan majoriti 2,333 undi ke atas calon PAS. Calon UMNO Azman Mohd Nor mendapat 6430 berbanding dengan calon PAS, Hj Ramli Ismail mendapat 4097.

Berbanding dengan pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, calon PAS dalam pilihan raya umum ke-12 berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 50 %, yakni daripada majoriti undi 4411 kepada 2,333 sahaja di mana PAS Berjaya meningkatkan undi daripada 1,556 kepada 4,097.

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihan raya yang lepas kerana undi pos berjumlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Malah jika PAS berjaya mengekalkan prestasi undi yang didapati dalam pilihan raya yang lepas, dan UMNO tersilap dalam percaturan pemilihan calon seperti di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak mustahil kerusi ini akan bertukar tangan kepada pihak lawan.

Disebabkan tergugat dengan perkembangan semasa politik yang tidak memihak kepada UMNO dan BN sekarang ini, nama Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO yang baru dibebaskan penggantungan daripada kesalahan politik wang cuba ditonjolkan semula sebagai calon UMNO dalam pilihan raya kecil ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hassan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi menyerahkan kepada UMNO Telok Kemang mencadangkan calon yang sesuai bagi pilihan raya kecil kali ini.

Jika Isa Samad tidak bertanding kali ini, pihak-pihak tertentu dalam UMNO Telok Kemang mencadangkan anaknya yang bernama Najib yang menjadi aktivis pemuda dicalonkan kerana mereka bimbang untuk kehilangan pengaruh Isa Samad dalam pilihan raya kecil ini.

Manakala PAS dan Pakatan Rakyat pula dilihat begitu ghairah untuk membuat kejutan sekali lagi dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihan raya kecil ini sudah cukup untuk memberikan pukulan maut kepada UMNO dan BN.

Calon yang disebut-sebut daripada kalangan PAS pula adalah Zulkifli Mohd Omar, Pesuruhjaya Negeri Sembilan sendiri selain daripada calon DUN berkenaan dalam pilihan raya umum yang lepas, Ramli Ismail yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Telok Kemang. Seorang lagi muka baru di kalangan anak tempatan juga terdapat dalam senarai yang dipertimbangkan sebagai calon di DUN berkenaan.

Difahamkan PAS Pusat sedang mencari calon terbaik untuk berhadapan dengan UMNO dalam pilihan raya kecil ini. Keadaan ini menjadikan jentera UMNO dan BN Negeri Sembilan begitu tertekan untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang ini apatah lagi dalam keadaan parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC serta PPP sedang bergolak.

Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi mensasarkan PR akan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil ini sebagaimana kerusi-kerusi lain dalam pilihan raya kecil di Semenanjung sebelum ini.

Sudah tentu mereka tidak dapat banyak membantu memberikan undi India dan Cina yang menjadi penentu di sini kepada UMNO dalam keadaan UMNO juga turut terlibat dalam mendalangi kekecohan dan demonstrasi membantah pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Sekarang ini, UMNO dan BN terpaksa bergantung kepada undi pos di kalangan tentera bagi menentukan survival mereka di DUN Bagan Pinang ini. Jika pengundi pos tentera memprotes kepada calon UMNO bermakna harapan untuk BN mengekalkan kerusi ini adalah amat tipis sekali.

Ramai pemerhati politik menjangkakan, jika UMNO dan BN tewas pada kerusi ini bermakna harapan kerajaan Najib Tun Razak untuk terus memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 adalah ibarat telur di hujung tanduk.

Malah saya diberitahu, jika UMNO dan BN tewas dalam pilihan raya kecil ini, parti-parti komponen BN terutama daripada Sabah dan Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lain-lain mungkin akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.

Sejauh mana kerajaan UMNO dan BN mampu bertahan selepas ini bergantung kepada kemampuan mereka mempertahankan kerusi ini. Jika mereka menang dengan majoriti yang meningkat secara mendadak, maka hayat mereka akan dapat bertahan seketika. Tetapi jika majoritinya berkurangan apatah lagi UMNO dan BN kalah dalam pilihan raya kecil ini, maka UMNO juga dijangka tumbang dua tahun lagi selepas 54 tahun memerintah sebagaimana LDP di Jepun baru-baru ini dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

TELAHAN CHE' DET : PRU 13: BN BUNGKUS

Teman sebebenonye bercampur2 suka dan duka dengan ramalan Che Det ni...

Suka sebab ramalan Che Det pasal benda2 macam ni selalunya tepat. Contohnya sebelum PRU12 yang lalu. Lebih tepat lagi ramalan Daim zainuddin...

Duka pulak sebab ramalan ini dibuat terlalu awal. Kalu boleh biorle lewat sikit...masa dah nak dekat pilihanraya barulah buat ramalan sebegini..masa tu Najib dah tak buleh nak buat apa.

Satu lagi yang menarik...topik yang dipilih oleh Che Det ni teman rasa dicilok dari tajuk muka depan Harakah keluaran lepas....kisah nasib Umno dan LDP...He he. Baca Harakah juga orang tua ni...

THE LESSON FROM JAPAN
By Dr. Mahathir Mohamad on September 11, 2009 8:19 AM

1. The Liberal Democratic Party of Japan which had ruled the country since World War II has been trounced by the Democratic Party of Japan in the recent election.

2. This follows the trend which many political parties which had struggled and achieved independence had undergone. The Mashumi Party of Indonesia, the Muslim League of Pakistan, the parties which wrested independence for numerous African countries have all but disappeared.

3. It seems as if the people no longer cared for the struggles and the sacrifices that had been made by those parties and their leaders. It seems as if the beneficiaries of these struggles do not know how to be grateful.

4. But is it true that they are ungrateful? There is some truth but if we care to examine we will find that the independence fighters, and their successors, the builders of the countries after independence have changed almost completely.

5. They have almost all become greedy and arrogant. They no longer care for the country or the people.They are almost invariably preoccupied with their status and their selfish needs. They have lost touch with their followers or the descendants of their followers. The spirit which had moved their founders seem no longer to be there.

6. Will UMNO and the BN - the successors of the Alliance which had wrested independence for Malaysia escape the fate that had befallen all these pioneer parties? From present showing it is likely that they would share the same fate.

7. That the rot has set in there can be no doubt. Corruption is now rampant in UMNO and the other component parties. Power struggles have emasculated them. Leaders have a strong desire to stay in office even though they have outlived their usefulness.

8. With such leaders the country and the people have been neglected. In the last decade despite talks of billions of Ringgit being allocated for corridors etc. there is no visible or tangible evidence. There is nothing to show for the 250 billion Ringgit extra that Petronas had paid to the Government.

9. It is strange to find that Malaysia has been outstripped by its neighbours. It is no longer the leading nation in the region. Certainly it is no longer regarded as a model.

10. Malaysia's voters, especially the Malays have always been strongly loyal. Yet there is evidence that in 2008 many of these loyalists had voted for the opposition. States which had been Barisan Nasional strongholds are now ruled by the opposition.

11. Will the next election see the same phenomenon as in Japan? It is not entirely impossible. The younger voters are said to be disenchanted by the party that won the independence. That was history and it has less meaning for the young.

12. The only thing that would save the BN is the lack-luster performance of the opposition. The alternative is not a real alternative. But if the performance of the BN Government and parties fails to gain confidence, the frustrated voters might just do what the Japanese voters did - dump the party they had supported for more than half a century.

13. It behoves the BN to take notice of the inevitability of the demise of the party which had gained independence for the country. It had staved off the fate before. Can it do so again?

14. In just three years' time the new elections will be held. Time is obviously running short. Unless some drastic change is shown in the way the country is run and the people are served, the BN will join the other grand old party in the rubbish heap of history.

CUBA RETAKAN PAKATAN RAKYAT, BN YANG BERDERAI!

Apa yang berlaku dalam BN hari ini umpama dikendung tak dapat yang dikejar berkeciciran. Itulah sibuk sangat jaga tepi kain orang sehingga tak sedar kain sendiri yang dipakai koyak rabak berlubang sini sana.

Secara terang-terang media pengampu dan penipu dimanipulasi untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP. Dari isu pusat sembelihan babi di Kedah, isu penjualan arak di Selangor hinggalah isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semuanya digembar-gemburkan secara tidak bertamadun.

Sebaliknya kerjasama dalam Pakatan Rakyat terus mantap dan utuh. Perbezaan pendapat dan salah faham sikit-sikit tu biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.Tetapi apa yang berlaku dalam BN bertambah haru biru dan mengharukan. Di Terangganu Umno bergaduh sesama sendiri. MCA bertambah kalut dengan perang antara Chua Soi Lek-Ong Tee Kiat. 

MIC seperti tidak mahu ketinggalan dalam drama perpecahan di dalam BN apabila Samy Vellu bakal bertempur dengan calon timbalan presiden MIC S Subramaniam. Itu belum masuk perkelahian dalam PPP antara M. Murugiah K Kayveas.Kita tunggu apa lagi skrip dan babak yang seterusnya. Semua ini menjadi petanda yang cukup kuat gabungan yang dibangga oleh BN selama bakal menunggu masa untuk pecah berderai.

sumber: Angkasanuri

Pemuda PAS Siap ke Bagan Pinang



1. Tidak lama lagi , akan berlangsung satu lagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti biasa , seluruh jentera parti akan dikerah bagi menawan kerusi DUN tersebut .

2. Pastinya Pemuda PAS akan menjadi salah satu jentera penting parti bergandingan dengan parti - parti rakan dari PAKATAN Rakyat .

3. Tanpa mengenal penat dan letih , saya percayapemuda PAS yang telah sekian lama terlatih mendepani pilihanraya [ umum atau kecil ] kini telah siap siaga menanti arahan komandernya untuk turun beraksi memburu kemenangan .

4. Insyaallah , memandangkan Bagan Pinang ini adalah kawasan yang dimenangi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu , maka tentunya kekuatan berlipat ganda diperlukan oleh PAKATAN Rakyat untuk merampas kerusi itu . Pemuda PAS tentunya tidak teragak - agak untuk mengerahkan semaksima mungkin tenaga upayanya . Semoga Pilihanraya kecil kali ini sekali lagi akan jatuh ke tangan PAKATAN Rakyat .

5. Esok Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya dan antara agenda penting yang akan dibincangkan ialah persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang . Insyaallah , kali ini pemuda PAS akan menumpukan beberapa perkara berkait dengan strategi untuk memenangi kerusi DUN tersebut sekaligus merencana gerakan secara taktikal dan teknikal .

6. Post mortem beberapa pilihanraya kecil sebelum ini akan menjadi panduan bertindak dan pedoman merancang . Kita selamanya tidak akan memandang rendah pada keupayaan lawan tetapi pemuda PAS senantiasa optimis bahawa kita mampu , layak dan berhak untuk mengalahkan UMNO dan BN yang kini sedang ditolak oleh rakyat ekoran pelbagai salah laku , penyelewengan , rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat dan negara .

7. Setelah melalui begitu banyak siri pilihanraya kecil dalam tempoh setahun ini memanglah sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada jentera . Sebahagiannya telah kehabisan cuti untuk turun memberi khidmat tenaga demikian juga wang ringgit yang telah banyak dikorbankan untuk memenangi semua pilihanraya kecil sebelum ini kecuali di Batang Ai Sarawak . Sebahagiannya juga mungkin mengeluh kerana penat dan letih ekoran terus - terusan menghadapi pilihanraya .

8. Suka saya tegaskan di sini , andai kalian adalah pejuang Islam , pastinya kalian tidak akan cepat mengalah dan berasa lelah menghadapi situasi ini . Sebaliknya pemuda PAS akan berkata sebagaimana berkata generasi terdahulu apabila mereka menyaksikan kedatangan musuh :

و لما رآى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله و رسوله و صدق الله و رسوله و ما زادهم إلا إيمانا و تسليما

dan tatkala orang - orang beriman menyaksikan tentera - tentera Ahzab [ Barisan Musuh ] menghala ke arah mereka , mereka berkata inilah apa yang telah Allah swt dan RasulNya janjikan kepada kita dan telah benarlah janji Allah swt dan RasulNya dan tidaklah bertambah di dalam jiwa mereka melainkan keimanan yang tinggi dan penyerahan yang nekad kepada Allah swt .

9. Bukankan pilihanraya ini adalah sebahagian dari tugas jihad dan amal Islamiyang kita perjuangkan ? Kita mencari kuasa politik agar kita mampu mendaulatkan syariat Allah swt dan meninggi syiar AgamaNya . Setidak - tidaknya kita berupaya mengekang penguasaan UMNO dan BN dari terus bermaharajalela melakukan rasuah , penyelewengan kuasa dan kezaliman ke atas rakyat dan negara .

10. Namun begitu , bukanlah bermakna kita meninggalkan aktiviti - aktiviti penting yang lain seperti usrah , kuliah , liqa' fikri , tamrin dan 1001 aktiviti tradisi yang diwarisi dari pejuang sebelumnya .

Sementara kita fokus kepada usaha memenangi pilihanraya kecil di Bagan Pinang , insyaallah pemuda PAS juga akan terus menyemarakkan usaha dakwah dan tarbiyyah di semua peringkat parti di seluruh negara . Pemuda PAS mempunyai langkah teknikal dan taktikal yang tersendiri bagi mengimbang keperluan fokus dalam semua perkara utama yang mesti dilakukan oleh pemuda PAS termasuk pilihanraya kecil 

sumber: Blog KP DPPP

Khamis, 10 September 2009

KENYATAAN TUAN GURU DATUK SERI PRESIDEN BERKENAAN ISU SEBAT MODEL

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi