Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Januari 2010

Cabaran Muslimah Alaf Baru

CABARAN MUSLIMAH ALAF BARU


''Dunia ini adalah perhiasan.Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..''


Setiap seorang individu muslimah pasti terdetik di hatinya untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dan untuk tujuan itu muslimah tersebut pasti sentiasa berusaha agar dapat membentuk peribadinya mengikut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.Tanyalah pada siapa jua,pasti tiada siapa pun di atas muka bumi ini yang memang mahukan keburukan.Semua mahukan terbaik tetapi kerana wujudnya rintangan dan halangan maka ia akan menjadi cabaran buat muslimah tersebut untuk melangkah ke pentas dakwah.


Cabaran 1 : Dari suami
Suami selalu mengharapkan yang terbaik untuk dirinya,kalau boleh semua suami sentiasa mahu isteri ada di rumah setiap masa untuk dirinya dan juga untuk anak-anak.Terdapat juga sang suami yang menggunakan helah untuk berkahwin lain dengan alasan sang isteri yang terlibat dengan jemaah tidak menumpukan hal rumahtangga dan dia rasa dirinya dipinggirkan.


Cabaran 2 : Dari anak-anak
Muslimah senantiasa berdepan dengan permasalahan anak-anak.Anak-anak yang punya seribu macam sikap selalunya memeningkan kepala seorang ibu.Kesibukan muslimat kekadang menjadikan anak-anak sudah lupa dalam mengulangkaji pelajaran atau lupa dalam membuat kerja sekolah.Terdapat juga anak-anak yang menggunakan waktu ketiadaan ibubapanya dengan membuat perkara2 yang tidak beAnak-anak kalau dibiarkan dalam rumah pun boleh rosak dengan situasi TV atau game apatah lagi kalau dibiarkan berkeliaran di bandar-bandar.


Cabaran 3 : Dari ibubapa
Terdapat juga muslimah yang masih punya ibubapa sendiri mahupun ibubapa mertua yang sakit.Mereka perlu sangat diberi layanan sepenuhnya.


Cabaran 4 : Lulusan akademik
Selagi kita masih hidup,selagi itulah alat untuk hidup itu perlu,sijil-sijil juga amat perlu untuk menarik perhatian.Sebilangan muslimat boleh bergiat cerdas dalam pelbagai jawatan namun mereka tidak punya alat ( sijil ) tersebut kerana ada yang belajar di pondok-pondok dan ada juga yang tidak sempat menghabiskan pelajaran kerana berkahwin awal.Tetapi amat malang bagi muslimat yang mempunyai sijil akademik namun tidak dapat bergerak dalam parti kerana pelbagai alasan yang kesemuanya merupakan ujian untuknya.


Cabaran 5 : Jiran dan teman
Terdapat juga teman-teman ataupun jiran-jiran yang mula menjauhkan diri kerana kurang faham dan tidak cuba untuk faham bilamana didedahkan dengan persekitaran Islamik.Anak-anak mereka yang mendedahkan aurat pula malu untuk bertemu dengan kita,muslimah yang menutup aurat.


Cabaran 6 : Dunia fesyen
Ketika ini Islam sudah semakin diterima.Rata-rata wanita menyedarinya dengan mula menambah fesyen bertudung.Pelbagai fesyen disediakan namun kebanyakan fesyen tidak cukup untuk menutup seluruh tubuh sepertimana dikehendaki dalam ayat........Pakaian generasi kini terlalu keterlaluan.Ada jubah tetapi ketat,sendat dan jarang.Seolah-olah seperti tidak berpakaian ( bertelanjang ).Benarlah seperti dalam ayat Al-Quran yang bermaksud '' Mereka berpakaian tetapi bertelanjang'',itu belum termasuk mereka yang langsung tidak menutup aurat.

Tiada ulasan: