Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Mei 2010

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KALI KE 35

Petang tadi tamat sudah dengan jayanya Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kali ke 35. Muktamar yang bertemakan "Memasak Perjuangan, Mengangkasa Kepimpinan" menjadi suatu suntikan bagi para amilin khususnya di Melaka untuk lebih terus gigih berkerja bagi kemenangan Parti Islam khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya di Melaka.
Muktamar ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kaiat dengan ucapan perasmian yang penuh bersemangat yang pastinya menyuntik semangat para amilin untuk bergerak kerja. Antara perkara penting amanat yang di berikan beliau adalah, PAS Melaka khususnya harus lebih konsisten dengan gigih untuk memperkasakan lagi gerak kerja di peringkat bawah, iaitu gerak kerja yang bersifat tempatan seperti isu-isu rakyat. 





Kata beliau lagi, janganlah kita terlalu fokus dengan isu nasional atau antarabangsa sehingga isu tempatan dan rakyat tidak di pergiatkan. Dengan mengambil contoh rakan pakatan dari DAP yang begitu konsisten memperjuangkan isu rakyat.
Selain itu juga ucap tama dari Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek juga banyak menyentuh tentang kepimpinan barisan pemuda. Golongan pemuda yang perlu ada di dalam subuah jemaah Islam PAS juga harus lebih memahami peranan mereka dalam herak kerja jemaah. Mereka bukan sahaja hebat dalam politik tetapi juga kefahaman tarbiyyah yang perlu diadunkan di dalam gerak kerja jemaah. 


Ustaz Kamarudin juga menyentuh tentang generasi pelapis di kalangan pemuda yang perlu di cari ganti dan ditambah bagi memperkasakan lagi jentera PAS di melaka khususnya.




Muktamar juga di hangatkan lagi dengan perbahasan dari kawasan-kawasan di Melaka. Pelbagai cadangan dan tambahbaik selain tidak lupa kritikan membina untuk para pimpinan bagi muhasabah bersama.




Moga-moga, Muktamar kali ini menjadi 'catalyzer' atau pemangkin buat para 'amilin bagi mempergiatkan lagi gerak kerja PAS di Melaka. Semoga Allah memberkati perjuangan kita. InsyaAllah.Takbir..!!

Tiada ulasan: