Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 18 Mei 2007

BA - JASIN BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM

OLEH : BUDI

PAS kawasan Jasin dan PKR bahagian Jasin telah sepakat membentuk satu sekreteriat bersama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang akan datang.Sehingga ini telah ada beberapa program bersama diaturkan dan akan diteruskan lagi sehingga pilihanraya umum nanti.

Yang terbaru satu ceramah bersama telah diadakan di Kesang Jaya membabitkan naib presiden PAS, Dr Hasan Bin Ali dan bendahari agung PKR, Tan Sri Khalid Bin Ibrahim.Bagi menyemarakan lagi suhu pilihanraya di Jasin, satu lagi ceramah akan diadakan di Merlimau yang akan disampaikan oleh Dr Hatta Ramli bersama sdr Azmin Bin Ali pada 20 Mei 2007.


Menurut Naib Yang Dipertua PAS kawasan Jasin Sdr Yuhaizad Bin Abdullah, "sekriteriat BA-Jasin yang ditubuhkan ini telah mencapai banyak persefahaman khususnya dalam pembahagian kerusi dan juga tugas-tugas pilihan raya".

Beliau yang juga ahli sekreteriat tersebut, mengharapkan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kemenangan PAS dikawasan Jasin.Seterusnya beliau memaklumkan bahawa satu majlis pelancaran gabungan BA-Jasin akan diadakan melibatkan pimpinan tertinggi kedua dua parti.


Tegasnya lagi, "semua penyokong parti diperingkat MTD dan UPU hendaklah berkerja dengan bersungguh-sungguh dan mengikut arahan pimpinan. Jika semuanya berjalan baik, Insya-Allah anak sulung yang diidamkan akan lahir di Jasin".

Tiada ulasan: