Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2007

PASAR UMBAI BAKAL JADI BAHAN SEJARAH ???

OLEH : SAHABAT_304 (dppkjasin@yahoo.com)
Pasar Umbai yang dibina hampir setahun lebih semakin suram dengan kehadiran pembeli. Tinjauan seorang sahabat mendapati cuma terdapat seorang peniaga ayam sahaja yang berniaga di situ setelah hampir setahun lebih, ramai peniaga lain tidak berani memulakan perniagaan kerana bakal berdepan dengan kerugian.

Justeru, jika keadaan sebegini berlarutan maka tidak mustahil Pasar baru Umbai ini bakal kehilangan peniaga tunggal akibat masalah yang membelengu sekarang ini. Apakah usaha yang dijalankan oleh Majlis Pembandaran Jasin (MPJ) bagi menarik minat peniaga untuk berniaga disitu ??? Adakah kajian dijalankan sebelum pembinaan Pasar baru Umbai dijalankan dan adakah bancian berkenaan dengan hasil pendapatan yang diperolehi oleh peniaga disitu mampu menampung sewa Pasar dilakukan ?

Merujuk kepada seorang peniaga yang tidak mahu dikenali menerangkan bahawa
MPJ kononnya telah menaik taraf tapi tiada apa-apa perubahan berlaku, seolah-olah tiada idea untuk memajukan para peniaga khususnya orang Melayu, banyak pekan terbiar tidak dimajukan, contohnya Pekan Serkam dan Tedong yang kini sudah menjadi sejarah.
MPJ memilih tempat untuk dimajukan seperti Ikan Bakar Terapung, sedangkan di tempat lain tiada apa-apa perancangan

Ketika diajukan mengenai lokasi Pekan Umbai yang baru,
beliau berpendapat sepatutnya MPJ memperbanyakkan promosi dan mengambil tindakan segera terhadap aduan mengenai kerosakan atau masalah longkang tersumbat di Pasar Baru Umbai kerana perkara itu telah berlarutan sekian lama.
Sebelum ini ada peniaga sayur dan ikan cuba menjalankan perniagaan tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tiada pelanggan masuk ke pasar yang tersorok dan busuk itu. Kepada MPJ cukuplah dengan pelbagai isu yang dibangkitkan dan cuba jangan biarkan diri terpalit dengan propaganda yang boleh mendatang aib kepada anda kelak..!!

Tiada ulasan: