Jasin : "Kami perlukan perhatian daripada pihak yang bertanggunjawab ", begitulah keluhan seorang peniaga di Medan selera Water Front , ketika menjawab pertanyaan wakil kami ketika mengadakan tinjauan di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) baru-baru ini.
Berdasarkan tinjauan dibuat baru-baru ini, prasarana yang terdapat di Medan Selera tersebut begitu menyedihkan dengan ketiadaan kemudahan kipas angin untuk pelanggan , kebersihan yang dibawah tahap minimum yang mengundang masalah bau busuk dan kotor seterusnya mengundang kehadiran lalat yang mencacatkan lagi keselesaan pengguna.
Berdasarkan tinjauan dibuat baru-baru ini, prasarana yang terdapat di Medan Selera tersebut begitu menyedihkan dengan ketiadaan kemudahan kipas angin untuk pelanggan , kebersihan yang dibawah tahap minimum yang mengundang masalah bau busuk dan kotor seterusnya mengundang kehadiran lalat yang mencacatkan lagi keselesaan pengguna.
Bukan itu sahaja , masalah bertambah rumit lagi apabila pihak MPJ , telah menutup tandas awam sekaligus menyebabkan bekalan air untuk kemudahan pelanggan terjejas dan ini jelas menyusahkan peniaga untuk air untuk kegunaan awam.
Masalah ini jelas membuktikan kegagalan MPJ menyediakan prasarana yang baik untuk peniaga-peniaga melayu di situ.
Malah kedudukannya yang tidak strategik , dengan tanda susur masuk yang tidak membantu bagi menarik minat atau perhatian pelanggan untuk ke Medan Selera Water Front tersebut.
Menurut seorang pelanggan luar, Encik Firdaus Hadi, 25, ketika sampai di sini beliau tercari-cari jalan masuk. Apabila sampai pula ianya agak tidak munasabah kerana tiada langsung pintu masuk yang khusus yang boleh mempermudahkan pelanggan ke situ.
Sementara itu seorang peniaga enggan dikenali menyatakan kekesalannya kerana kegagalan MPJ menyediakan kemudahan asas di sini.
"Sewa dikenakan hampir Ringgit Malaysia 300 sebulan , kipas tak ada , air tak ada , kawasan pelanggan kotor dan tidak terurus ,dah lah tandas pun tak boleh guna , sewa kena bayar kata nak tolong orang melayu macam ni ke," kata peniaga tersebut dengan serius.
Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri, Ustaz Khirul Che Salleh berkata, sepatutnya Majlis Pembandaran Jasin mesti peka akan kelemahan dan kecacatan yang berlaku dalam linkungan perimeter penguatkuasaan mereka , jangan tahu mengenakan cukai , sewa dan pelbagai lagi peraturan yang membebankan rakyat tetapi tidak menjaga kebajikan mereka.
Berikutan dengan itu , beliau memberi jaminan bahawa maklumat yang diperolehi ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan dan seterusnya kepada MPJ.
"Insya Allah isu ini akan ditangani oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Jasin ," ujar beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) baru sahaja dinaikkan taraf dari Majlis Daerah Jasin tahun lalu namun mutu perkhidmatan MPJ seringkali dipertikaikan oleh rakyat.
sumber dari : Lajnah Penerangan Negeri Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan