Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 Februari 2008

MUSHARRAF TERSUNGKUR, 8 MAC GILIRAN ABDULLAH BADAWI ?

Akhirnya Pervez Musharraf berjaya dijatuh dengan Pakistan Peoples Party (PPP) berjaya memenangi suara majoriti rakyat Pakistan. PPP yang sebelum ini dipimpin oleh Benazir Bhutto mahukan Nawaz Sharif menjadi Perdana Menteri mereka.

Gelombang perubahan ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Amerika yang juga sekutu Musharraf. Abdullah Badawi yang juga rakan sekutu Musharraf turut terasa dengan kekalahan itu.


Pilihanraya Umum Negara kali ke-12 ini akan berlangsung pada 8 Mac depan. Adakah rakyat Malaysia juga berani membuat perubahan. Jika di Pakistan rakyat berani bangkit menentang pemimpin ditaktor yang dibelakangnya ada pasukan tentera yang besar menyokong, bagaimana dengan di Malaysia.


Bangkitlah rakyat malaysia. Adakah anda masih mahu berimamkan imam Hadhari yang kian waktu gagal dalam memberikan khidmat terbaik untuk rakyat. Gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, skandal dan juga pembaziran seharusnya menjadikan rakyat Malaysia menjadi lebih matang untuk menilai kepentingan mengundi calon yang betul. Ingatlah, 2008 adalah peluang anda untuk memperbetulkan kesilapan sejak 50 tahun lalu.

Orang yang melihat sesuatu tanpa fikiran itulah dia buta dalam celik, Kalau di berfikir tanpa hati mengingati ALLAH dia tersesat.

Undilah Barisan Alternatif - PAS, KeADILan.

sumber dari : HATIMULIA'S WEBLOG

Tiada ulasan: