Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 21 Februari 2008

BN MELAKA GUGUR EMPAT AHLI EXCO, DUA AHLI PARLIMEN

Barisan Nasional Melaka mengumumkan senarai calonnya untuk pilihanraya umum 8 Mac ini yang menyaksikan ramai muka lama digugurkan.

Mereka yang digugurkan itu termasuk empat anggota exco kerajaan negeri dan dua ahli Parlimen.

Melaka mempunyai enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahli exco yang digugurkan ialah Datuk Datuk Hamdin Abdollah (Durian Tunggal), Datuk Ramlah Abbas (Rim), Datuk R Ranghaban (Asahan) dan Datuk Seah Kwi Tong (Ayer Keroh).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang disebut-sebut berpindah ke pusat, kekal bertanding di DUN Bukit Baru.

Begitu juga dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang disebut-sebut akan bertanding kali ini, tidak terpilih.

Turut digugurkan ialah Ahli Parlimen Bukit katil, Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof.

Dr Mohd Ruddin diganti oleh muka baru, Datuk Mat Sirat Abu. Manakala Mohd Said pula digantikan oleh Datuk Ahmad Hamzah.

Ahli Parlimen yang dikekalkan ialah Datuk Wira Abu Seman Yusof di Masjid Tanah, Datuk Fong Chan Onn (Alor Gajah), Wong Nai Chee (Kota Melaka), dan Datuk Idris Haron (Tangga Batu).

Pada umumnya, 15 muka baru ditampilkan untuk bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula ialah Ismail Othman (Kuala Linggi), Amiruddin Yusof (Air Limau),Datuk Idris Ibrahim (Lendu), Latipah Omar (Taboh Nanjing), Norpipah Abdul (Rembia), R Perumal (Asahan) dan Datuk Idris Hashim (Lendu).

Muka baru yang lain ialah Lee Kiat Lee (Kota Laksamana), Chock Choon Sin (Bandar Hilir), Datuk Latiff Tamby Chik (Teluk Mas), Chua Khong Hwa (Bemban), Yazied Khamis (Rim), Ghazale Muhammad (Serkam), Hassan Rahman (Sungai Rambai) Wendy Ngo Kim Hwa (Bachang) dan Chiew Hong Lan (Ayer Keroh).

Koh Nai Kwang (Kesidang), Gan Tian Loo (Duyong), Chock Choon Sin (Bandar Hilir), Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (Merlimau), Datuk Yaakub Mohd Amin (Sungai Udang), Datuk Abdul Rahaman Kassim (Pantai Kundor), Datuk Tahir Hassan (paya Rumput), Datuk Seet Her Cheow (Kelebang), Datuk Mohd Yunus Husin (Air molek), Datuk Abdul Karim Sulaiman (Tanjung Bidara), Abdul Ghafar Atan (Gadek), dan Lai Meng Chong (Machap)

sumber : Malaysia kini

Tiada ulasan: