Sesungguhnya ramai yang menaruh harapan agar hasil dari PRU12 ini akan berlaku perubahan yang sewajarnya. Ada yang menaruh harapan agar parti-parti yang bergabung secara longgar sebagai Barisan Alternatif ini dapat melakukan suatu kejutan dengan mengalahkan BN. Ada yang mengharapkan agar BN kalah di negeri-negeri Kedah dan Terengganu manakala ada yang menaruh harapan agar PAS dapat melebarkan majoriti kerusi yang bakal dimenangi di DUN Kelantan.Namun, itulah pelbagai harapan demi harapan.
Dari segi realitinya, amatlah sukar untuk BN kalah di peringkat Parlimen dalam PRU. Mungkin mustahil adalah lebih tepat - sekurang-kurangnya untuk PRU kali ini.
Ini adalah kerana pelbagai helah dan kaedah yang telah dilakukan termasuk menggubal pelbagai akta untuk memastikan kerajaan memerintah kekal berkuasa.
Antaranya:
1.Menambahkan kawasan parlimen yang menjadi kubu kuat mereka. Ini dilakukan dalam pensempadanan semula dengan menambah kawasan di Johor, Sarawak dan seumpamanya dan tidak bagi negeri-negeri majoriti Melayu.
2.Memastikan kawasan-kawasan tertentu memerlukan perkongsian dari pelbagai bangsa untuk menang.
3."Gerrymandering" - mengubahsuai sempadan agar memasuk/mengeluarkan kawasan-kawasan tertentu bagi memenangkan pihak mereka.
4.Undi Pos - satu-satunya senjata sulit yang sukar untuk memasti ketelusannya
5.Pengundi hantu - tidak kira apa jawapan yang telah diberi oleh SPR - fenomena ini tetap ada. Walaupun buktinya amat jelas - ianya sekadar menjadi pameran sahaja - SPR membisu tanpa perlu menjelaskan bukti yang diketengahkan.
6.Media yang tidak bebas dan berat sebelah.
7.Memindah-mindah kawasan atau tempat mengundi walaupun tanpa permintaan pengundi.
8.Kerajaan memerintah (sebagai "caretaker government") menyalah-guna pelbagai kemudahan kerajaan.
Apa yang disenarai di atas adalah yang dibuat secara "rasmi". Banyak lagi taktik kotor yang dilakukan seperti:
1.Membeli undi dengan pelbagai sogokkan.
2.Ugutan terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan
...dan banyak lagi.
Pendek-kata, realitinya, BN akan kekal berkuasa dan harapan yang agak munasabah adalah:
1.Menambahkan majoriti kerusi DUN Kelantan.
2.Mungkin dapat menguasi negeri-negeri Kedah dan Terengganu - atau sekurangnya menyekat BN dari mendapat majoriti 2/3.
3.Mungkin juga BN tewas di Pulau Pinang - akan IB ulas dalam posting lain.
4.Menambah beberapa kerusi di Selangor, Pahang, Perak dan Perlis.
Itulah yang menjadi harapan bagi IB.
Semoga diizinkan Allah. Ameen.
Sekian
Ibrahim Baba
23 Feb 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan