Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Februari 2008

IKLAN - PERBANDINGAN HARGA BARANG KEPERLUAN TERPILIH

IB rasa ramai sudah melihat iklan kempen BN yang membandingkan harga barang keperluan terpilih. Sekali lihat mungkin kita terpengaruh dengan perbandingan itu.

Bila melihat cara berkempen mengguna statistik, maka IB teringat satu buku klasik yang menjadi rujukan asas kepada semua pelajar statistik ataupun bidang-bidang yang seumpamanya, iaitu
How_to_Lie_with_Statistics Darrell Huff. Walaupun buku ini ditulis pada tahun 1954, namun apa yang disebut dalam buku kecil 142 halaman ini tetap masih relevan.

Mengguna statistik memang mampu menarik serta memukau orang untuk percaya. Namun kerap kali angka-angka itu diselewengkan untuk mengaburi serta menipu fakta yang dibentang.

Berbalik kepada perbandingan harga tadi, IB ingin menarik perhatian kepada perbandingan yang dibuat dengan Singapura. Dari senarai itu kita akan merasakan bahawa barang-barang di Singapura adalah yang paling mahal. Sekali tenguk atas setiap barang harga di Singapura dilihat sebagai sekali ganda berbanding di Malaysia berdasarkan harga dalam RM.

Namun apa yang sengaja tidak ditunjuk kepada kita ialah apakah gaji asas bagi orang-orang di Singapura. Sebagai rujukan bagi yang berminat untuk membuat perbandingan bolehlah
rujuk url ini. Rumusannya ialah, perbandingan gaji bagi pelbagai pekerjaan di Singapura dalam dollar Singapura adalah hampir sama (malah banyak juga yang lebih tinggi dan tidak jumpa pula yang kurang) angkanya dalam RM untuk kita di Malaysia.

Jadi, apabila kita tukarkan angka gaji di Singapura kepada ringgit (tukaran 1RM= 2.30 dollar Singapura), maka kita dapati gaji mereka di Singapura adalah 2.3 kali ganda lebih dari kita di Malaysia. Dengan itu perbandingan dalam iklan BN itu satu pemalsuan fakta dan cubaan untuk menyelewengkan fahaman rakyat. Nampak murah TETAPI dispensable income (saya bukan pakar ekonomi tak pasti istilah yang diguna dalam bahasa Melayu - mungkin pendapatan yang mampu untuk dibelanja) adalah jauh lebih banyak dari kita di Malaysia.

Kenapa pula mereka tidak pula menyenaraikan untuk dibandingakan dengan harga-harga di Brunei? Mesti ada sesuatu yang tidak mahu ditonjolkan bila mereka tidak menyebutnya
.

Dan jika kita lihat perbandingan per kapita Malaysia (USD5,780) dengan Singapura (USD30,084) (
boleh rujuk url ini), mengguna data World Bank (2006) - menunjukkan bahawa per kapita Singapura adalah hampir 6 kali ganda lebih tinggi dari kita di Malaysia.

Itulah sebabnya buku yang saya sebut di awal tadi tetap masih relevan dan sangat digunakan oleh BN dengan mengeluarkan pelbagai fakta dan statistik yang boleh mengelirukan orang ramai. Dan mereka lakukan dengan sengaja untuk menipu.

Sekian
Ibrahim Baba
25 Feb 2008


http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/02/26/iklan-perbandingan-harga-barang-keperluan-terpilih/

Tiada ulasan: