Cili Api lihat empat perkara yang menjolok berkaitan pengumuman pembubaran parlimen oleh PM Datuk Seri Abdullah Badawi.
Pertama, Abdullah berbohong. Beliau membuka tirai Pilihanraya ke-12 dengan berbohong. Pada malam 12hb beliau beritahu media Parlimen tidak akan dibubarkan esoknya. Esok, pada tengah hari 13hb beliau membuat pengumuman pembubaran tersebut. Kenapa perlu berbohong?
Kedua, Abdullah percaya pada tahayul. Beliau percaya nombor 13 itu bertuah baginya. Tepat-tepat beliau memilih 13hb sebagai tarikh untuk mengumumkan pembubaran parlimen. Bagaimana seorang berpelajaran tinggi agama dan anak serta cucu ulamak terkenal percaya pada tahayul?
Ketiga, Abdullah seorang pengecut. Beliau tahu sekiranya pilihanraya diadakan selepas pertengahan April 2008 dia akan terpaksa menghadapi Anwar Ibrahim. Jadi, dengan mengadakan pilihanraya umum dalam bulan Mac, dapatlah beliau menyekat Anwar dari bertanding dan menafikan hak demokratiknya.
Keempat, Abdullah penakut. Pada 17hb Februari ini ratusan kanak-kanak bercadang hendak berjumpa dengan Perdana Menteri Abdullah di Parlimen untuk memberi bunga. Sebahagian mereka anak kepada tahanan2 politik yang dizalimi dengan ISA. Ini tanda bantahan mereka. Abdullah takut hendak menemui mereka. Beliau terselamat sebab parlimen sudah bubar.
Sampai sekarang Cili Api tidak faham apa Islam Hadhari itu. Dengan empat perkara di atas, fahman tambah kabur bahkan gelap. Adakah IslamHadhari mengajar berbohong, percaya pada tahayul, menafikan hak demokratik seseorang, dan bertindak zalim dengan menggunakan ISA dan tidak mahu menemui anak mgnsa-mangsa ISA? Jikalau begitu bagaimana orang hendak dan patut mempercayai Islam Hadhari?
Dolah! Dolah!
Kiriman: PKR-News - 14.02.2008

Tiada ulasan:
Catat Ulasan