Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Februari 2008

MAHATHIR TIDAK TERNIAT, PAK LAH PM LEBIH SEPENGGAL

MANTAN Perdana Menteri paling kontroversial, Mahathir Mohamad memberitahu rakyat Malaysia bahawa beliau tidak pernah terniat agar penggantinya, anak Badawi menjadi Perdana Menteri lebih dari sepenggal.

Mahathir yang digelar Mohd Sayuti Omar sebagai "Maha Firaun" menyarankan agar anak Badawi yang mengetuai negara ini melepaskan jawatannya.

Namun, perjanjian lisan berkenaan perkara itu telah dinafikan anak Badawi bagi menutup peluang untuknya terus berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Mahathir telah beberapa kali melahirkan rasa kesalnya terhadap kesilapannya melantik Ahli Parlimen Kepala Batas ini, secara terbuka dan ini telah memburukkan imej anak Badawi.

Ia semakin kusut, apabila rakyat semacam mengakui kelemahan dan kelembapan anak Badawi mentadbir negara hingga menyebabkan kos hidup rakyat terus mencengkam sengsara.

"Pak Lah terus tidur dan tidur. Mengantuk tak habis-habis. Macam mana nak prihatin membela nasib rakyat. Diri sendiripun tak terbela," sinis seorang blogger dalam tulisannya.

TMJ:
sanggahtoksago.com

Tiada ulasan: