Zaili MuhammadMELAKA, 23 Feb (Hrkh) - PAS Melaka yakin akan dapat menafikan majoriti 2/3 Umno/BN pada kali ini berdasarkan beberapa petunjuk bahawa rakyat di dalam negeri ini mahukan perubahan dan sedang menuju ke arah itu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, tanda-tanda kemenangan sudah semakin jelas dan hampir, cuma yang perlu dilakukan ialah mengendalikan usaha ke arah kemenangan itu dengan sebaik mungkin.
"Saya sangat berharap PAS Melaka pada kali ini dapat mencipta sejarah iaitu menghantar wakilnya ke dalam Parlimen mahupun DUN," ujar beliau ketika mengumumkan calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini.
Berikut ialah senarai calon PAS Melaka
Parlimen
01 P.134 (Masjid Tanah) - Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Dun
01 N.01 (Kuala Linggi) - Ustaz Julasopiyah Kassim
02 N.02 (Tanjung Bidara) - Ustaz Imran Abdul Rahman
03 N.04 (Lendu) - Dato' Mohd Amir Yaakub
04 N.05 (Taboh Naning) - Abd Halim Said
05 N.09 (Durian Tunggal) - Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
06 N.10 (Asahan) - Amdan Sudin
07 N.12 (Pantai Kundor) - Ustaz Kamis Saat
08 N.17 (Bukit Baru) - Bakrin Sidek
09 N.18 (Ayer Molek) - Salim Tahir
10 N.23 (Telok Mas) - Ustaz Rahman Jaafar
11 N.26 (Serkam) - Ustaz Kamarudin Sidek
12 N.27 (Merlimau) - Mejar (B) Jasme Tompang
13 N.28 (Sungai Rambai) - Aminuddin Abdul Jalil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan