Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Februari 2008

PENCABULAN HAK OLEH TV

Oleh jarihantu

"Tetapi kini, ada yang lebih mendorong kemarahan. Menonton paparan berita di televisyen menjelang pilihanraya memang memual dan menjengkelkan. Insan bengap sekalipun apabila menggali hati nuraninya akan menemui satu hakikat, penyelewengan dan ketidakseimbangan maklumat yang amat menyakitkan hati sudah mencapai tahap nista keji.

Tetapi antara pengamal, personaliti, pembaca berita dan pekerja media itu; ada antaranya adalah kawan-kawan saya. Duhai teman, apakah tivi kita sudah lupa etika Islam? Apa perasaan pembaca berita misalnya sekiranya dia itu muslim? Apakah dia bersolat, dan sekiranya dia solat tidakkah dia tahu perbuatan berbohong dan menyampaikan keangkuhan itu amat bertentangan dengan ayat ini:

Apa yang dipaksakan oleh tivi ke atas kita?

1. Demokrasi altruistik - Ia adalah satu kepercayaan bahawa politik harus berdasarkan kepentingan awam dan servis. Jadi konsep negara berkebajikan yang menjadi slogan beberapa parti oposisi tidak diberi peluang untuk diwar-warkan malah dipesongkan sebagai bertentangan dengan kepentingan awam dan servis, negara boleh bangkrap katanya!

2. Individualisme - Penekanan terhadap kebebasan individu mengatasi kepentingan dan keperluan masyarakat umum yang lebih besar. Maka akan dipesongkan maklumat bahawa perhimpunan awam misalnya adalah perhimpunan haram yang mengakibatkan malapetaka untuk seluruh rakyat, padahal ia adalah sebaliknya, kerana berhimpun adalah sebahagian hak asasi yang direstui oleh prinsip demokrasi. Tunjang ini juga membina individualiti untuk ahli masyarakat di mana, ada ahli masyarakat kita memejam mata kepada 'kebenaran nurani' dan membeloti kepentingan umum. Pada pandangan saya, atas alasan mendokong keluhuran untuk masyarakatlah maka kadang-kala kebencian peribadi sepatutnya jatuh tempat kedua. Maka walaupun menyampah dengan tokoh tertentu, atas dasar untuk terlibat memenuhi impian besar komuniti saya akan tetap memenuhi keperluan yang lebih besar.

3. Moderatisme – Penekanan diberikan supaya bersederhana dalam berpolitik, menetapkan nilai-nilai dan juga pemerkasaan budaya. Maka yang akan dipalitkan lumpur ialah segelintir parti, selalunya pembangkang sebagai 'pihak jahat' yang ganas, tidak sederhana dan sukakan kekacauan (dan itu tanpa memberi peluang pihak yang dituduh untuk menjawab kembali) . Sebagai contoh dakwaan yang popular ialah, mereka (katakan blogger yang ingin memberi suara alternatif) adalah pencemar budaya.

4. Kawalan – Penekanan ke atas ketenteraman sosial, mengelakkan konflik, menghormati autoriti politik dan sosial. Media akan memomokkan kejahatan pihak tertentu dan akan menjulang-julang kestabilan dan autoriti establishment seolah-olah hal ini benar. Sudah 12 kali pilihanraya misalnya kita tidak pernah dapat melihat debat terbuka supaya kita benar-benar tahu siapa yang kita pilih!

5. Kepimpinan – Pemaparan bahawa kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang dapat mengatasi apa jua persoalan menerusi visi, stamina dan keberanian. Dalam hal ini pihak oposisi akan menjadi mangsa sebagai kepimpinan yang kucar-kacir, tidak bervisi, tandus ide, pengecut dan
macam-macam lagi walaupun realiti sebenarnya mungkin berbeza.

(Untuk memahami lanjut, bacaan yang dicadangkan ialah Richard Wrightman Fox dan T. J. Jackson Lears., eds. The Culture of Consumption. New York: Pantheon, 1983. Lihat juga Jackson Lears, Fables of Abundance, A Cultural History of Advertising in America. New York: Harper Collins, 1994; dan William Leiss, Stephen Kline dan Sut Jhally, Social Communication and Advertising. London: Metheun, 1986. Termasuk tentunya Herbert J. Gans, Deciding What's News. A Study of CBS Evening News, NBC Nightly News, Newsweek and Time. New York: Pantheon Books, 1979)

Saya tahu entri ini tidak dapat mengubah apa-apa. Tetapi antara pengamal, personaliti, pembaca berita dan pekerja media itu; ada antaranya adalah kawan-kawan saya. Duhai teman, apakah tivi kita sudah lupa etika Islam? Apa perasaan pembaca berita misalnya sekiranya dia itu muslim? Apakah dia bersolat, dan sekiranya dia solat tidakkah dia tahu perbuatan berbohong dan menyampaikan keangkuhan itu amat bertentangan dengan ayat ini:

Ayat ke-17, surah Luqman:

'Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan serulah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.'

Solat mengandungi satu falsafah yang luar biasa untuk keamanan dunia dan akhirat. Di dalam solat kita memulakan ibadah tersebut dengan takbir iaitu pengakuan kepada Allah yang Maha Esa akan kebesarannya. Di dalam solat kita menghiasinya dengan doa-doa. Di dalam solat juga kita berjanji bahawa hidup dan mati hanya untuk Rabb, pemilik sekalian alam. Di luar solat kita tidak boleh mengingkarinya. Dan kita mengakhiri solat dengan salam, memalingkan wajah ke kiri dan kanan menandakan kesejahteraan untuk seluruh umat manusia.

Dan sesudah atau sebelum solat itu, anda duhai teman, masih boleh berbohong untuk penonton?

artikel penuh sila layari:
http://tehranifaisal.blogspot.com/ "

Tiada ulasan: