Gerakan Anti Salah Maklumat (Gasak) bersedia mengadakan kempen besar-besaran memboikot rangkaian media perdana yang keterlauan memfitnah dan membohongi rakyat.
Setiausaha Gasak, Hasmi Hashim dalam kenyataan media 14 Februari menjelaskan bahawa Gasak akan terus memantau laporan setiap saat bagi memastikan badna-badan media negara ini memberi laporan adil kepada semua parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum 12 nanti.
"Dengan jaringan yang kami ada, Gasak tidak teragak-agak untuk melancarkan boikot cukup besar terhadap mana-mana badan media yang didapati membuat propaganda keterlaluan, laporan berat sebelah dan salah," kata Hasmi.
Desakan ini katanya berdasarkan bukti yang dikumpulkan sejak bebreapa bulan menjelang pembubaran Parlimen 13 Februari lalu. Katanya, media perdana masih jelas membuat laporan berat sebelah dan hanya cenderung keapda parti pemerintah.
"Alasan editor atau media utama salami ini yang kononnya terpaksa tunduk kepada parti atau pemimpin pemerintah sudah tidak boleh diterima lagi pada kala ini kerana kerajaan telah dibubarkan," jelas Hasmi dan berkata semua parti politik berdiri sama-rata dan berhak untuk bersaing secara sihat.
"Oleh itu, semua badan media wajar memahami erti demokrasi, bersikap matang dan profesional demi kebaikan negara." katanya.
KeADILan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan