Ampun Tuanku!Pertamanya ampunkan patik, kerana kurang arif budi dan bahasa ketika berbicara dengan Tuanku ini.
Walaupun Pilihanraya tidak melibatkan Tuanku secara langsung, namun patik berpendapat perkembangan Pilihanraya mutakhir ini perlu dilihat oleh Tuanku sendiri secara kritikal sebagai Yang diPertuan Agong, ketua kepada ketua-ketua di Negara Tuanku Malaysia.
Walaupun patik tidak tahu apalah perasaan dalam hati kecik Tuanku dengan peraturan “duti-stem” dan beberapa insiden yang diolah sedemikian jahat yang dilakukan oleh SPR dihari penamaan calon baru-baru ini.
Peraturan yang dibuat sedemikian rupa seterusnya pembatalan peraturan yang dibuat dilakukan sewenang-wenangnya atas nama SPR, menunjukkan ada rakyat Tuanku yang berkuasa tapi jahat untuk menang pilihanraya seterusnya jadi pemimpin di Negara Malaysia yang mana Tuanku Ketua Negaranya.
Sebagai rakyat kerdil patik terfikir adakah Tuanku rela dan redha kalangan rakyat yang jahat sedemikian rupa itu kepada rakyat marhaen di bawah naungan dan daulat Tuanku?
Sebagai rakyat kerdil patik terfikir juga adakah Tuanku rela dan redha kalangan rakyat yang jahat sedemikian rupa kemudiannya menang dalam pilihanraya, jadi pemimpin seterusnya mereka inilah yang memberi nasihat hal-hal kepentingan Negara kepada Tuanku?.
Sebagai rakyat kerdil yang jauh, patik amat kecewa dan sedih kerana rakyat Tuanku dipermain oleh golongan Sikitol dan Memanda Mandalia ini. Patik teramat sedih dan kecewa lagi bila patik rasa, bukan rakyat marhaen saja yang dipermainkan oleh golongan ini, tetapi sebenarnya Tuanku juga turut dipermainkan oleh mereka ini.
Ampunkan patik kerana "membawa" isi hati kecil patik ini kepada Tuanku melalui cara ini. Ampunkan patik kiranya hati Tuanku terluka dan murka dengan luahan hati kecil patik ini. Kerana patik rasa, rakyat marhaen tidak ada lagi tempat lain yang mereka boleh bergantung harap demi kebaikan dan imej Tuanku. Patik sebenarnya tidak sanggup melihat Tuanku memberi kurnia dan perkenan Tuanku untuk mereka yang jahat kepada rakyat marhaen dalam Negara Tuanku Malaysia ini.
Sebagai rakyat kecil lagi marhaen ini patik tertanya-tanya ada kuasakah Tuanku sebagai Agung yang tertinggi dalam sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di bumi Malaysia?
Ampun Tuanku
Muramatsu
United Kingdom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan