Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 17 Februari 2008

TIDAK PERNAH MENDAFTAR TAPI NAMA ADA DALAM SPR

Di sini saya ingin mendedahkan kepelikan yang boleh rasanya dianggap salah satu daripada taktik kotor Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Menjelang pilihanraya umum ke 12 yang bakal tiba ini, saya dan beberapa orang rakan yang mengambil tahu turut merasakan bahangnya. Kami masih lagi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun telah mencapai umur layak mengundi kerana sebagai anggota tentera kami tahu jika kami berdaftar maka kami perlu mengundi secara pos yang mana kami juga meragui ketelusan undian secara pos ini.

Walaubagaimana pun, semalam secara tidak sengaja kami telah menyemak nama kami di dalam daftar pengundi SPR menerusi laman webnya dengan tujuan suka-suka. Yang menjadi kemusykilannya, terdapat beberapa orang rakan saya telah 'didaftarkan' padahal mereka tidak pernah langsung berusaha mendaftarkan nama mereka sebagai pengundi sebelum ini.

Antara mereka ialah rakan saya bernombor tentera T374109 yang bernama Afham dan bertarikh lahir pada 2 Dis 1986, tetapi telah didaftarkan sebagai Ahfam dan bertarikh lahir pada 12 Feb 1986 dan seorang lagi rakan yang bernombor T3010484 Ahmad Bema juga telah didaftarkan dengan tarikh lahir dan jantina yang salah. Mereka berdua telah 'didaftarkan' sebagai pengundi di kawasan Parlimen 124 - Bandar Tun Razak.

Ada beberapa orang lagi rakan saya yang mengalami perkara yang sama yang tidak dapat saya kemukakan di sini. Walaupun kami anggota tentera tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti politik secara serius, tetapi kami tidak mahu kerajaan yang bakal memerintah menerusi piliharanraya umum ke 12 ini dipilih melalui proses yang tidak bermaruah dan tidak berintegriti. Sekian, terima kasih.




sumber dari : http://www.marhaen.org/v1/

Tiada ulasan: