Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Mac 2008

DOLAH BARU SEDAR DARI LENA PASAL ABAI KEMPEN SIBER...

Inilah bukti keangkuhan yang ditunjukkan oleh kamu bersama sekutu-sekutu kamu. Menantu kamu menggelarkan kami dengan panggilan 'beruk' tetapi kamu perlu sedar bahawa kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun kamu menguasai seratus peratus media cetak dan televisyen tetapi kami masih ada inisiatif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat walaupun tidak menyeluruh.

Insya-Allah kamu nantikan pertembungan akan datang dan tiada yang mustahil di dunia ini, jika diizinkan Allah Barisan Rakyat akan menguasai Malaysia pada pilihanraya akan datang. Sekarang barulah engkau terjaga dari lenamu bahawasanya kamu sudah mula tertewas ditangan blogger yang menantu kamu gelarkan sebagai 'beruk' !! - jasindaily online


KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.

"Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.

"Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah," kata Abdullah semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Parti pembangkang, yang tidak mendapat layanan di media arus perdana, menggunakan kempen secara dalam talian menerusi blog, laman web berita dan SMS menerusi telefon bimbit.

Dalam konteks ini, Abdullah berkata, kerajaan BN bersedia untuk melakukan perubahan dan memberi maklum balas secara berkesan serta memperkasa golongan muda di negara ini.

"Ia adalah sesuatu yang memedihkan, namun ia berlaku tepat pada masanya, bukan sesuatu yang sudah terlambat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak jumud atau terkurung dalam dogmatisme.

"BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat," ujar beliau.

Beliau berkata, kerajaan BN bersedia berubah dan memiliki keupayaan untuk berubah serta yakin untuk berjaya, seterusnya mencapai wawasan sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tiada ulasan: