Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 April 2008

HARGA MI NAIK HINGGA 70 SEN MULAI HARI INI

KUALA LUMPUR 9 April - Bagi para penggemar mi, mereka perlu bersedia membayar lebih untuk makanan kegemaran mereka berikutan harga bahan untuk membuat mi naik antara 20 dan 70 sen sekilogram mulai esok.

Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng berkata, persatuan itu menetapkan kadar kenaikan sebanyak itu untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana seperti mi kuning, yee mi kecil, yee mi besar, mi wantan, kulit wantan dan kulit dumpling.

"ini berikutan keputusan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga bagi tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana pada 20 Mac lepas disebabkan kenaikan harga antarabangsa bagi biji gandum yang melambung tinggi," kata Ng dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu telah menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25kg .

Selain tepung gandum, Ng berkata, harga beras hancur juga naik RM22 daripada RM50 bagi setiap 50kg manakala harga bahan lain seperti tepung jagung, tepung ubi dan kanji gandum juga naik.

Berikut adalah senarai kadar kenaikan harga bahan-bahan diperbuat daripada tepung gandum mulai esok.

l Mi kuning (naik 20 sen sekilogram), mi kering (naik 20 sen sekilogram), yee mi kecil (naik 30 sen sekilogram), yee mi besar (naik 70 sen sekilogram), mi wantan (naik 60 sen sekilogram), kulit wantan (500 gm) naik 40 sen satu peket, kulit dumpling (500gm) naik 50 sen satu peket, kuetiau (naik 30 sen sekilogram), chu cheong fan (naik 0.04 sen segulung), laksa pendek (naik 30 sen sekilogram), laksa panjang (naik 30 sen sekilogram).


Bernama

jasindaily : tunggu je la apa lagi yang nak naik pasni pulak..normallah, BN kan = Barang Naik

Tiada ulasan: