Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 April 2008

SEMUA MT UMNO PERLU LETAK JAWATAN

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Khas untuk melantik anggota MT yang baru berikutan prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Setiausahanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO bahawa jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

"Perwakilan akan menentukan semula siapa ahli MT yang baru bagi menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju parti," katanya.

Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.

Tiada ulasan: