Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Mei 2008

CATATAN RINGKAS ROMBONGAN MTD SERKAM KE KELANTAN DAN TERENGGANU

oleh : budi abuya

Majlis Tindakan Dun Serkam telah menganjurkan satu rombongan silaturrahim kenegeri kelantan dan Terengganu pada 1hb hingga 3 hb Mei yang lalu.

Program yang telah lama dirancang ini adalah bermatlamat meraikan petugas- petugas pilihanraya. Di kelantan, ahli rombongan juga telah diberi taklimat semasa kerajaan negeri kelantan oleh timbalan speker DUN kelantan, YB Zaki Ibrahim. Disamping itu juga ahli rombongan mengambil kesempatan untuk membeli belah dibeberapa tempat yang popular dinegeri Kelantan.

Turut serta dalam rombongan 80 orang ini, ialah 3 orang dari kalangan kaum India yang merupakan penyokong kuat Pas dalam PRU12 yang lalu. En Sanisiah Muthu yang pertama kali sampai kekelantan melahirkan rasa terharu dan kagum dengan gaya pentadbiran kerajaan Pas dikelantan. Selepas mendengar taklimat dan skim-skim kebajikan yang diperkenalkan kerajaan kelantan, beliau secara berseloroh mengatakan ingin berpindah ke Kelantan.

Secara kebetulan dan tidak dirancang ahli ahli rombongan telah berkesempatan bersama TG Nik Abdul Aziz dalam satu majlis ramah mesra bersama masyarakat siam diTumpat. Selain kagum dengan sokongan masyarakat berbilang kaum kepada kerajaan Pas di Kelantan, penulis juga mengalami pengalaman pertama kali bersama masyarakat siam di rumah ibadat mereka.

Dalam perjalan pulang, ahli rombongan telah singgah di Maahad Darul Quran –Rusila Marang.Sesi taklimat dan penerangan berhubung dengan perjalanan Maahad telah disampaikan oleh timbalan mudir, Ustaz Hamzah Ngah .

Sementara itu ketua rombongan, Sdr abd Rahman Elias mengucapkan penghargaan terima kasih yang tinggi kepada semua pihak samada dikelantan mahupun diterngganu yang telah sudi menerima rombongan ini sebagai tetamu mereka. "saya rasa bersyukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Mudah mudahan ahli rombongan dapat memanfaatkan sedikit ilmu dan pengalaman dari rombongan ini" tegas beliau .

Tiada ulasan: