Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2008

DEB BAGUS, TAPI PERLU DIUBAH: WAN AZIZAH

Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) berkata pembangkang tidak pernah menafikan kebijaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) malah mengakui manfaatnya kepada rakyat termasuk Bumiputera terutama dalam bidang pendidikan.

Namun, katanya, setelah diamalkan hampir 40 tahun, ia mesti diubah dan digantikan dengan yang lebih wajar dan bermakna kepada bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain.

"Yang perlu dihiraukan adalah nasib majoriti Bumiputera, Melayu di desa, Kadazan, Murut, Iban dan Bidyuh dan lain-lain di pedalaman dan pesisiran pantai," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Wan Azizah juga meminta kerajaan mengkaji semula kaedah penswastaan perkhidmatan kesihatan, kerana menurutnya, rakyat tidak lagi berupaya menanggung kos pemeriksaan dan perubatan yang semakin meningkat. "Apatah lagi sekiranya rawatan memerlukan penggunaan pelbagai peralatan maka kosnya tidak tertanggung oleh rakyat. Ramai terlantar di rumah dan tidak berupaya menanggung kosnya," katanya.

Mengenai krisis makanan, Dr Wan Azizah meminta kerajaan menjadikan pengeluaran padi dan beras mencukupi sebagai agenda penting, seperti di Jepun, yang menjadikannya sebagai agenda pertahanan negara.

Tiada ulasan: