Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2008

PARLIMEN DITANGGUH BAGI BINCANG ISU HARGA BERAS

Dewan Rakyat menerima usul Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) supaya sidang hari ini ditangguhkan bagi membolehkan anggota Dewan membahaskan isu kenaikan harga beras.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usul tersebut memang perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Menurutnya, mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1), ketiga-tiga syarat itu perlu dipenuhi bagi membolehkan sesuatu usul diterima untuk dibahaskan oleh anggota Dewan selama satu jam.

Sehubungan itu, beliau membenarkan sidang Dewan ditangguhkan untuk membolehkan anggota Dewan membincangkan usul itu bermula pukul 4.30 petang ini.

"Kerajaan akan diberi peluang selama 30 minit untuk menjawab," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiada ulasan: