Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2008

PAS MELAKA KESAL ATAS PENANGKAPAN WAKIL RAKYAT DAP

Zaili Muhammad

MELAKA, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan tiga orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Kesidang, Goh Leong San dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.

Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat tersebut merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga ditangkap.

"Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil, apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab?

"Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa," kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap di dalam insiden Khamis lalu di Kampung Lapan, berdekatan Sekolah Tun Tuah, di mana Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi.

Selepas itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama Lim di Balai Polis tersebut

Tiada ulasan: