Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 8 Mei 2008

SAPA KATA KITA TIDAK BERSATU ??

Oleh: Insan Berguna

Peristiwa yang berlaku di Parlimen semalam (6 Mei 2008) wajar difahami baik-baik oleh mereka yang mengatakan Melayu kita sudah berpecah. Ada pula yang menuduh PAS yang telah memecahbelahkan orang Melayu.

Dalam sesi semalam, seorang kenalan IB, Dr. Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) mengesa agar akta bagi mengawal kes-kes murtad diadakan secepat mungkin bagi mengelak dari salah faham serta kekeliruan di kalangan orang ramai.

Cadangan beliau telah disambut baik dan disokong oleh dua orang wakil PAS, Us. Nasharuddin Mat Isa serta Us. Taib Azamudden.

Mereka berdua telah tidak mengira siapa dan dari parti mana yang membawa cadangan baik, mereka tetap menyatakan sokongan sesuatu itu demi kepentingan umat Islam.

IB juga yakin mereka akan membantah sekerasnya jika sesuatu cadangan itu tidak mengambil kira kepentingan umat dan yang bakal merosakkan umat.

Inilah dinamakan kesatuan Melayu demi memelihara kepentingan Islam. Kita bersatu untuk agama bukan bersatu untuk menyelamatkan segelintir pimpinan yang kini ditolak oleh umat.

Sekian, IB

Tiada ulasan: