Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 16 April 2011

PRN SARAWAK : BN MENANG TAPI HILANG 8 KERUSI .. TAIB MAHMUD TAK JADI BERUNDUR

"Tahniah kepada Pakatan Rakyat terutama DAP, PKR dapat menambah kerusi DUN. BN Sarawak dibawah teraju Taib Mahmud berkuasa semula dengan mendapat 2/3 DUN dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak.Taib Mahmod tetap menjadi KM Sarawak, Rakyat Sarawak masih sayang pada Taib Mahmod dan setia pada BN Sarawak.

Seperti artikal yang lalu kekuatan BN Sarawak terletak pada DUN-DUN pengundi yang miskin dan daif kehidupan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerjaan dan pemikirannya tidak terbuka dengan maklumat.
Untuk rekod Negeri sarawak seluas tanah melayu atau semenanjung Malaysia, Bagi pembangkang menjelajah seluruh pelusuk Sarawak dengan situasi bentuk muka bumi Sarawak atau geografi bumi Sarawak cukup terbatas dan kesukaran.

Dun Dun kurang lebih 20 hinng 25 dun di Sarawak kawasan yang penduduknya bergantung seratus peratus kepada kerajaan BN Sarawak dan sukar untuk mendapat maklumat sebenar. Cukup setia kepada Taib Mahmod.

Bagi parti PAS atau parti Islam cukup sukar rakyat Sarawak dan Sabah memberi undi. Kerana kefahaman dan penjelasan cukup terhad. PAS perlu mengambil masa sekurangnya 5 hingga 10 tahun untuk rakyat Sarawak dan rakyat Sabah faham dan menyokong PAS.

Tahniah kepada semua petugas parti PAS, PKR, DAP dan pemimpinnyayang bertugas siang dan malam bagi melaksanakan proses demokrasi yang berat sebelah di Sarawak dan di bumi Malaysia.

Kita jumpa semula dan berperang di semenanjung Malaysia dalam pilihanraya umum dijangka bulan Jun atau Julai 2011. Ingat pilihanraya di Malaysia sebenar tidak adil dan tidak terbuka secara bebas seperti dinegara maju seperti Jepun dan Amerika.

Tiada ulasan: