Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Ogos 2011

MUNAJAT PERDANA SELURUH MALAYSIA MALAM INI

Assalamualaikum .. Salam Ramadhan Al-Mubarak

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyertai Munajat perdana yang diadakan serentak di seluruh negara pada malam ini. Program tersebut adalah anjuran Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat.
Apa yang menarik dalam program tersebut ialah ianya bukan sahaja diisi dengan bermunajat dan beribadah kepada Allah s.w.t sepanjang malam 27 Ramadhan bahkan mereka yang hadir ke program tersebut InsyaAllah akan bakal mendengar amanah dari kepimpinan tertinggi parti yang dipancarkan secara langsung melalui internet.

InsyaAllah sekiranya tiada halangan dan keuzuran , Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan berucap dari Masjid Rusila, Terengganu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pula akan berucap di Kota Bharu dan turut disiar secara langsung ke seluruh program munajat di seluruh negara.

"Kemenangan yang paling manis dan berharga adalah kemenangan yang diperolehi dengan keredhaan daripada Allah s.w.t"

"Kita berharap supaya seluruh umat Islam di Malaysia memakmurkan malam ini dengan aktiviti ibadat serta tidak lupa bermunajat kepada Allah s.w.t agar Islam diberikan kemenangan yang diredhai oleh-Nya pada pilihanraya yang akan datang dan seterusnya menghapuskan kezaliman yang berlaku" ujar Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat , Nazmi bin Nik Din.

Tiada ulasan: