Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 29 Januari 2012

PAS MELAKA PERKEMAS JENTERA PENERANGAN DAN IT

PAS Melaka akan memperkemaskan jentera penerangan dan IT bagi memantapkan lagi kerja-kerja penerangan dan media baru bagi menghadapi PRU 13 yang bakal menjelang.Sehubungan dengan itu beberapa perubahan telah dibuat terhadap jentera penerangan dan IT negeri di mana Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT yang baru telah dilantik pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di Pejabat PAS negeri di Semabok malam tadi.

Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dan Azmi Aziz masing-masing telah dilantik menjadi Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT yang baru.Perlantikan kedua-dua mereka dilihat dapat memberikan suntikan baru terhadap kerja-kerja yang telah dirintis dan dirancang oleh Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT sebelum ini.

Pihak PAS Negeri juga merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas gerakerja dan sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Penerangan sebelum ini iaitu Azrin Majid dan Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail yang telah bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja penerangan dan media baru. Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran kepada mereka berdua.

Kenyataan rasmi :
Asri Shaikh Abdul Aziz (gambar)
Setiausaha PAS Melaka
27 Jan 2012

Tiada ulasan: