Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Mei 2012

Pengarah Amal Malaysia Terima peluru hidup ?

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini. Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi. Beliau amat terkejut dan ketika ditemui petang tadi mengatakan ini merupakan kali pertama semenjak beliau sebagai Unit Amal.


Beliau menyangkakan bahawa surat yang diterima tadi itu adalah gurauan kawan-kawan kerana hanya ada akhbar berbahasa Tamil. Setelah dibuka lipatan akhbar kedua, beliau mendapati ada nota dan sebutir peluru hidup. Peluru yang dihantar kepada Juhari Kandungan nota tertulis dengan perkataan mencarut yang berbunyi "Pu**mak Kau Juhari.. Pengkhianat Bangsa". Beliau juga menolak kemungkinan ada bermusuh dengan sesiapa kerana kes ini berlaku ada kaitan dengan BERSIH 3.0 yang berlaku pada hujung bulan April yang lalu.

 Sampul surat itu dihantar ke alamat rumah berdasarkan maklumat dalam pengenalan diri beliau. Jika diperhatikan ayat berkemungkinan daripada Melaka dan beliau tidak menuduh mana-mana pihak serta meminta pihak polis membuat siasatan dengan terperinci kerana ia melibatkan kes jenayah yang serius. Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.~PAS MELAKA

Tiada ulasan: