Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 30 September 2013

Pertempuran menjelang Intifada Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel telah bertempur dengan penunjuk perasaan menjelang ulang tahun ke-13 Intifada Al-Aqsa di Baitulmaqdis, menurut media tempatan, kelmarin.Insiden itu dilaporkan berlaku selepas tentera rejim Zionis bertindak menyerang sekumpulan penunjuk perasaan kerana mengadakan bantahan terhadap pertambahan jumlah penganut Yahudi yang berkunjung ke kawasan Masjid Al-Aqsa.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak berkuasa Israel telah menahan 10 penduduk Palestin.Difahamkan, protes sama turut diadakan di Nablus dan al-Khalil di Tebing Barat.Sementara itu, laporan dipetik dari Press TV, ribuan penduduk Palestin di Genting Gaza juga mengadakan demonstrasi menuntut penganut Yahudi supaya tidak lagi menceroboh masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam tersebut.
Khamis lalu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa supaya serangan berterusan di kawasan Masjid Al-Aqsa segera dihentikan selain memberi amaran jika perkara itu berlarutan, ia akan memberi kesan lebih buruk pada masa hadapan./Sinar

Tiada ulasan: