Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 November 2013

PAS perlu inklusif, kehadiran perlu dirasai rakyat

SHAH ALAM: Organisasi PAS di semua peringkat perlu memastikan bahawa kehadiran dan kewujudan mereka disedari dan dirasi oleh lapisan masyarakat. Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib (gambar) ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden berkata, untuk mencapai matlamat itu, ahli-ahli perlu menjadikan PAS sebuah parti yang bersifat inklusif. 

 "Aktiviti-aktiviti PAS perlu inklusif kepada rakyat, bukan eksklusif untuk ahli PAS sahaja. "Harus dirasai masyarakat. (Malangnya) ada PAS kawasan dan cawangan tidak dirasai kewujudannya," katanya ketika mengemukakan usul terima kasih di atas ucapan dasar Presiden PAS. Oleh itu katanya, ucapan dasar ptesiden yang bertemakan "Rahmat Untuk Semua" perlu diterjemah dalam setiap gerak kerja.
Dalam pada itu perlu beliau juga mahu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diperkasakan. Beliau mencadangkan agar satu modul khas diwujudkan kepada DHPP agar mereka ini lebih memahami Islm. Katanya pencapaian DHPP sehingga kini sangat membanggakan apabila mereka turut terlibat dalam menjelaskan isu-isu berkait perjuangan Islam kepada bukan Islam yang sebelum ini dijadikan senjata oleh Umno untuk menakut-nakutkan bukan Islam bagi menyokong PAS. "Ada ahli DHPP ini menyertai usrah kawasan untuk mendapatkan penjelasan terhdap isu-isu agama yang berkait dengan mereka. "Alhamdulillah sedikit sebanyak mereka telah faham tentang Islam yang diperjuangkan PAS melalui pendekatan ini," katanya yang juga Adun Templer. Selain itu, beliau juga mahu PAS terus menjalinkan hubungan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melebarluaskan pengaruh sokongan kepada parti. Katanya, hubungan dengan NGO sebelum ini telah mengangkat PAS pada satu tahap lagi dan dilihat berkesan kepada masyarakat./hRKH

Tiada ulasan: