Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 November 2013

PERWAKILAN NS DESAK KERAJAAN TOLAK TANDATANGAN TPPA

SHAH ALAM: PAS Negeri Sembilan mencadangkan PAS Pusat terus menghantar desakan agar Kerajaan Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Perwakilan Negeri Sembilan, Fareedah Abd Samad berkata, demi menjaga masa hadapan rayat dan kedaulatan negara daripada penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat, PAS Negeri Sembilan menggesa Kerajaan Malaysia meninggalkan meja rundingan TPPA serta-merta. "Peranan PAS dalam isu antarabangsa seharusnya menjangkaui isu diluar kerangka negara Islam dan masyarakat Islam. 
 "Isu ancaman terhadap krisis ekonomi negara dan dunia misalnya merupakan isu penting yang kini masih gagal diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia dan hakikatya PPAS mampu berperanan dalam hal ini," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.' 

 Selain itu, PAS Negeri Sembilan mencadangkan PAS Pusat memainkan peranan dalam menjadi basan pendesak utama kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dengan merancakkan hubungan langsung melalui kunjung hormat delegasi, perutusan rasmi dan penghantaran memorandum atas isu-isu penting.

 "Dalam memperjuangkan isu kemanusiaan seperti pemanasan global, bencana alam, krisis sumber makanan, krisis sumber tenaga dan isu pelarian antarabangsa, PAS Negeri Sembilan melihat perlunya campur tangan proaktif OIC," katanya. Beliau turut menggesa PAS mengambil langkah proaktif dengan membentangkan model Unit Amal dan Briged Muslimat yang telah menjadi kebanggan PAS kepada pihak OIC supaya ditubuhkan PAsukan Penyelamat Khas sebagai agensi khusus di bawah OIC. "Model Unit Amal berskala besar boleh kita bentangkan supaya Pasukan Penyelamat Khas OIC ini mempersiapkan prasarana yang diperlukan seperti kapal, helikopter dan pasukan perubatan terbaik agar mereka mapu menjadi pihak pertama yang menghantar bantuan dalam mana-mana misi kemanusiaan," katanya.

Tiada ulasan: