Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Disember 2013

PAS MELAKA SOKONG HIMPUNAN BANTAHAN RAKYAT

MELAKA - Pas Melaka menyokong usaha beberapa (NGO) menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada 31 Disember 2013 .Pesuruhjayanya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, Pas beranggapan perhimpunan itu mengajak rakyat untuk berhimpun sebagai tanda protes di atas kenaikan harga barangan serta perkhidmatan. “Kita di peringkat negeri turut menyokong usaha ini, malah mengajak rakyat untuk sama-sama menunjukkan solidariti untuk menggambarkan rasa tidak puas hati kepada polisi yang dibuat kerajaan selepas pilihan raya.
Maknanya janji yang dibuat BN itu tidak ditepati. “Bagi kita, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam konteks demokrasi, perhimpunan aman sepatutnya satu protes memenuhi kehendak demokrasi ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Adly turut mengharapkan kerjasama yang baik daripada pasukan keselamatan dan turut menafikan perhimpunan itu nanti kononnya untuk menggulingkan kerajaan seperti diuar-uarkan. “Pihak keselamatan harus memberi kerjasama yang baik meskipun dicemari dengan isu berhubung menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Perkara ini dilakukan individu dan ia tidak boleh digambarkan seolah-olah keseluruhan peserta perhimpunan terlibat,” katanya./Sinar

Tiada ulasan: