Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Disember 2013

Salahkan kaum Cina, Idris Haron angkuh – Shamsul

MELAKA 8 DIS: Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk ‘memaafkan’ pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum lalu, disifatkan tidak jujur dan angkuh, kata Pengerusi KEADILAN Melaka , Shamsul Iskandar Mohd Akin. Idris kelmarin dilapor berkata beliau bersedia untuk memaafkan masyarakat Cina jika benar kekalahan beberapa kerusi di Melaka pada PRU13 disebabkan kerana tiada sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).
“Kenyataan Idris ini jelas menunjukkan beliau setuju bahawa masyarakat Cina wajar dipersalahkan atas kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. “Malah BN kalah beberapa kerusi baru termasuk bekas Ketua Menteri Melaka yang menjadi calon di Bukit Katil dan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara,” ujar Shamsul dalam kenyataan media hari ini. Tegasnya, sokongan 52 peratus diperolehi Pakatan Rakyat berbanding 47% yang diperolehi BN semasa PRU-13 adalah suara masyarakat pelbagai kaum yang sudah muak dan menolak budaya politik BN. Katanya, tindakan menyalahkan masyarakat Cina menunjukkan Idris tidak menghormati hak demokratik rakyat untuk menyokong sesiapa yang difikir sesuai bagi mewakili suara mereka di Dewan Rakyat atau DUN. “Kenyataan Idris juga nampaknya turut menempelak masyarakat Cina yang setia mendokong BN,” jelas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK ini). Justeru, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukti katil menggesa Idris segera meminta maaf dan menyatakan apakah kesalahan-kesalahan BN sehingga ia tewas di beberapa kerusi parlimen dan DUN, khususnya di Melaka./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: