Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2014

Takziah buat keluarga Pak Cik Jamal Mini Parlimen


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kematian Pakcik Jamal atau Jamal Muhammad, merupakan satu kehilangan besar kepada parti itu.Jamal, 75, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Beliau tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily berkata, jasa dan pengorbanan yang diberikan Allahyarham kepada parti amat besar terutamanya dalam menaikkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Jamal dan semoga rohnya dirahmati Allah Taala."Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara, banyak jasa yang telah beliau berikan kepada kita terutamanya dalam program-program Pasti di peringkat awal sehinggakan Pasti dikenali dan diterima oleh orang ramai," jelasnya.

Tambah beliau lagi, Allahyarham Pakcik Jamal merupakan tokoh selebriti televisyen yang terawal menyertai PAS dan banyak pandangan serta sumbangan diberikan."Banyak jasanya, beliau popular sewaktu program Mini Parlimen RTM pada tahun 80-an dan mereka yang menyertai program tersebut ada yang memegang jawatan tinggi.

"Dari awal lagi beliau memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin, sumbangan yang tidak dapat dinilai apatah kejayaan yang dimiliki oleh mereka yang menyertainya," sambung beliau.Mahfuz yang berharap agar seluruh keluarga Pakcik Jamal dapat menempuhi dugaan atas kehilangan individu yang disayangi yang turut dirasai oleh rakyat negara ini. 

Tiada ulasan: