Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Julai 2014

Gerakkan Mobilisasi Sedunia Sokong Gaza

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa satu mobilisasi di seluruh dunia digerakkan dalam apa jua bentuk bagi menyokong pertahanan Gaza, Palestin. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menyeru agar kempen Boikot, Alih Pelaburan, Sekatan (BDS) dilancarkan terhadap Israel secara intensif oleh masyarakat di seluruh dunia. "Israel perlu dihukum seberat-beratnya melalui penguatkuasaan sekatan ekonomi dan sosial. 


 "Kita juga menyeru semua agensi-agensi antarabangsa untuk tidak mengulangi kesilapan dengan menunggu serangan tentera Israel dihentikan atas kehendak mereka sendiri, sebaliknya pencerobohan tentera rejim Zionis itu perlu dihentikan dengan kekerasan," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Mohd Azmi berkata, Gaza kini menjadi zon pembunuhan yang dikenali sebagai 'operation protective edge' Beliau berkata, setakat ini, tiada kerajaan yang tegas memberi tekanan kepada Israel dan tiada satu negara mempunyai keberanian menghukum Israel secara langsung untuk memaksa ia menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu. "Bagi mengekang keganasan Israel, tindak balas ketenteraan tidak dapat dielakkan," katanya.

Tiada ulasan: