Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2014

JUAL BURGER BANTU PALESTIN

MERLIMAU - Sebanyak 200 burger dijual bagi tujuan mengutip dana membantu rakyat Palestin di Pasar Malam Merlimau. Penyelaras program, Jazlee Pit berkata, ini merupakan inisiatif yang pertama kali diadakan Perkasa Parlimen Jasin dan mendapat sambutan menggalakkan sehinggakan burger amal tersebut habis dijual dalam tempoh 20 minit. Menurutnya, secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penderitaan rakyat Palestin yang dianiaya
oleh Yahudi Zionis biarpun lokasinya hanya di pasar malam. “Menyedari pasar malam sebagai lokasi tumpuan kita bersepakat menjual burger Amal Gaza yang disediakan tiga pemuda tempatan. “Walaupun nampak ringkas namun ramai yang datang membeli burger tersebut termasuk masyarakat dari pelbagai peringkat dan agama,” katanya. 

 Jazlee Pit berkata demikian ketika Program Jualan Amal Burger Gaza anjuran Wira Perkasa Parlimen Jasin di Pasar Malam Merlimau. Jelas Jazlee, selain jualan burger, sehelai bendera Israel telah diletakkan di kawasan lalu lalang pengunjung bagi tujuan dipijak tanda kebencian rakyat ke atas perbuatan Israel yg amat kejam. Selain itu, menurutnya sumbangan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk disampaikan kepada rakyat di Semenanjung Gaza. “Walaupun terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan menipu Tabung Gaza namun kita meyakinkan penderma wang sumbangan itu disalurkan ke pihak berkenaan dan tidak berasa sangsi. “Daripada sokongan yang kita terima, membuktikan mereka percaya dan yakin dengan Perkasa Jasin supaya dana itu bukan setakat dikumpulkan tapi disalurkan kepada rakyat Palestin,” katanya.

Tiada ulasan: