Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2014

PasMa Cetusan Baru ??

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.


"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan,” katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.

“Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti,” katanya.

Tiada ulasan: